Khamis, 22 Mac 2012

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Calon..anda layak ke?

Posted: 22 Mar 2012 02:40 AM PDT

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata
beliau perlu mengikut kehendak rakyat dalam memilih calon
bagi pilihan raya.
"Sebagai seorang pemimpin, adalah wajar saya mendengar apa
yang rakyat mahu. Maka, saya akan membuat keputusan sama
ada tempoh bagi seseorang itu sudah sampai dan dia tidak lagi
harus bertanding," kata Perdana Menteri dalam satu temubual
dengan DJ Sam Mak dan Tan Yi Hui dari stesen radio 988 FM
dalam program satu jam "988 Street VIP" hari ini.
Sebagai contoh, kata Najib, jika orang ramai di sesuatu
kawasan itu mendapati wakil rakyat mereka gagal menjalankan
tugas dengan baik dan mereka tidak lagi mahu orang ini
mewakili mereka, maka beliau perlu membuat keputusan.
Persoalan yang akan timbul akhirnya ialah sama ada beliau
selaku Perdana Menteri dapat memenuhi kepentingan rakyat
atau tidak, katanya.
Najib berkata beliau akan dipersalahkan kerana menggugurkan
mereka.
"Kita tidak boleh salahkan pemimpin kerana pemimpin
melakukan apa yang terbaik untuk rakyat. Itulah prinsip yang
saya pegang," katanya.
Ketika ditanya sama ada pilihan raya umum kali ini akan
diadakan pada Mei atau Jun, Perdana Menteri berkata apa saja
boleh berlaku tetapi memilih tarikh pilihan raya bergantung
kepada banyak faktor.
Katanya apa yang penting ialah untuk meyakinkan rakyat
bahawa masanya adalah sesuai dan terdapat keyakinan yang
tinggi terhadap kerajaan.
"Saya masih menilai keadaan semasa lawatan saya ke seluruh
negara. Saya ingin lihat sejauh mana sokongan rakyat terhadap
saya dan terhadap kemampuan kita menyelesaikan isu-isu
semasa.
"Mudah-mudahan terdapat faktor-faktor keyakinan yang baik
malah yang kukuh, maka itulah masanya saya rasa kita akan
adakan," katanya.
Mengenai serangan peribadi dalam laman Facebook beliau,
Najib berkata itu sudah dijangka kerana dalam alam siber,
semuanya boleh belaka.
"Tapi, jika ada teguran positif dan membina, saya rasa ianya
baik untuk negara melibatkan rakyat.
"Rakyat harus menyatakan pendapat. Sebagai pemimpin,
terpulang kepada kita untuk melibatkan mereka. Proses
penglibatan rakyat ini baik untuk kita. Saya menyambut baik
proses ini dan berharap rakyat akan melihatnya secara positif,"
katannya.
Ketika ditanya sama ada beliau menganggap dirinya seorang
ahli politik atau seorang negarawan, Perdana Menteri berkata
beliau berpendapat kombinasi kedua-duanya perlu ada pada
seorang pemimpin sebuah negara demokrasi yang segar seperti
Malaysia dan negara-negara lain.
Katanya kerajaan mempunyai perancangan jangka panjang dan
visi yang amat jelas untuk Malaysia.
"Namun, pada masa yang sama, saya harus berpijak di bumi
nyata. Saya sedar bahawa untuk mencapai visi jangka panjang
ini, kita perlu menang dalam pilihan raya akan datang," kata
Najib.- Bernama

Panasss...panasssss

Posted: 21 Mar 2012 08:09 PM PDT

Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (Bebas–
Gombak Setia) mempersoalkan tindakan seorang individu yang
menjawat jawatan tertinggi di tiga buah syarikat di Selangor
menerima elaun dan berbelanja mewah sehingga ratusan ribu
ringgit.
Bekas Exco Kerajaan Negeri mendedahkan, individu itu
didakwa pergi ke China, Thailand dan Australia membabitkan
kos kira-kira RM130,000 pada tahun sama.
"Saya bukan iri hati, hanya fikirkan rakyat. Saya hairan sebab
dia asyik ke luar negara saja, seolah-olah tiada kerja di negeri
ini.
"Saya cadangkan supaya hadkan bilangan untuk seseorang itu
pegang jawatan seperti yang pernah dicadangkan Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang sebelum ini. Jika dia
mahu pegang banyak jawatan, kena hadkan elaun
diterimanya," katanya ketika membahaskan titah Sultan
Selangor di Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor,
semalam.
Sebelum itu, Hasan menyelar Dr Abdul Rani Osman (Pas–
Meru) mempunyai masalah psikologi kerana mempersoalkan
ketidakhadiran beliau pada Majlis Santapan Diraja, malam
Isnin lalu dan sesi petang sidang kelmarin.
"Dia ganggu peribadi saya dan tidak mencerminkan
kebijaksanaan yang seharusnya dimiliki oleh seorang Adun.
"Saya juga pernah jadi ahli Parlimen. Kadang-kadang menteri
tidak menghadiri sidang Parlimen kerana mempunyai beberapa
perkara lain yang mendesak. Adakah itu bermakna mereka
tidak menghormati Dewan Rakyat?" katanya.
Dalam sidang sama, Hasan berkali-kali diberi peringatan oleh
Timbalan Speaker Dewan, Haniza Mohamed Talha supaya
tidak membincangkan perkara peribadi.
Beliau mendakwa, pemecatannya daripada Pas adalah kerana
berjuang untuk Islam, Melayu dan institusi diraja (IMR).
Dr Shafiee Abu Bakar (PAS-Bangi) kemudian bangun dan
mempersoalkan Hasan sumbangan sebagai Exco Selangor
sebelum ini dan mendakwa kemungkinan beliau kecewa akibat
dipecat.
Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) turut bertanya masa yang
diperuntukkan Hasan melibatkan diri dengan orang bukan
Islam mengenai dakwaan murtad yang dibuat mereka.
"Saya seorang pakar motivasi, tiada istilah kecewa dalam hidup
saya," katanya.
Dalam pada itu, Hasan turut mendakwa Penasihat Ekonomi
Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak wajar diangkat
sebagai pemimpin dalam membantu pembangunan di negeri itu
kerana berdepan dengan pelbagai masalah moral.
"Saya tidak tuju kepada sesiapa pun, cabaran pembangunan
bukan bersifat fizikal semata-mata, tetapi moral dan akhlak.
Kita perlukan pemimpin yang lengkap seperti itu," katanya.

Ye ker?

Posted: 21 Mar 2012 07:50 PM PDT

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
mengakui tiada projek pembangunan melibatkan tanah rizab
Melayu oleh anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC) sejak tiga
tahun lalu.
Menurutnya, apa yang dirancang Kerajaan Negeri ialah
membangunkan tanah rizab Melayu yang terletak di kawasan
strategik seperti di Klang, Hulu Langat dan Sepang untuk
projek perumahan.
"Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri pada masa ini tidak
mempunyai perancangan khusus membangunkan tanah rizab
Melayu," katanya, semalam.
Kenyataan berkenaan menjawab pertanyaan mulut Ng Suee
Lim (DAP-Sekichan) berhubung perancangan membangunkan
tanah rizab Melayu yang strategik demi meningkatkan tahap
ekonomi Melayu.
Abdul Khalid berkata, jumlah keluasan tanah rizab Melayu
bagi sembilan daerah di seluruh Negeri Selangor sebanyak
182,701.7 hektar.
Beliau berkata, jumlah keluasan mengikut pecahan daerah
adalah Sabak Bernam iaitu 69,129.4 hektar, Gombak (4,576.8),
Sepang (9,146 ), Hulu Langat (13,237.5), Hulu Selangor
(12,720.8), Kuala Langat (15,012.3), Kuala Selangor (7,474.5),
Klang (9,123) dan Petaling (1,093.2).
Dalam pada itu katanya, pihaknya bercadang membangunkan
tanah rizab Melayu di negeri ini yang difikirkan boleh menjana
keuntungan dan memberikan faedah kepada kaum bumiputera
dalam masa terdekat.
Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
pada Majlis Perasmian Pembukaan Sidang Dun Selangor Isnin
lalu menitahkan agar pentadbiran Kerajaan Negeri
bertanggungjawab mengawal selia tanah dengan amanah dan
berhemah.
Dalam titah tersebut, baginda mahu kawasan kepentingan
umum seperti hutan simpan, kawasan tadahan air, rizab sungai
dan sebagainya mesti dipertahankan malah pencerobohan mesti
dibanteras dan kebenaran tidak sepatutnya diberikan untuk
projek pembangunan di kawasan tersebut.
"Peruntukan Perlembagaan untuk Tanah Rizab Melayu mesti
dipatuhi. Beta tidak mahu mana-mana pihak melakukan
tindakan tidak bertanggungjawab dengan cuba memindahkan
Tanah Rizab Melayu kepada individu atau syarikat bukan milik
Melayu.
"Beta percaya Menteri Besar, Kerajaan Negeri Selangor dan
semua kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan tanah
sentiasa berwaspada mempertahankan tanah rizab Melayu
dengan memastikan tidak ada yang bertukar status," titah
baginda.

Pengikut