Sabtu, 25 Februari 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Residents shock over their cars 4 tyres slashed and flat in Taman Segambut and Taman Kok Doh

Posted: 25 Feb 2012 05:46 AM PST


Residents of Jalan Segambut Hilir, Jalan Segambut Tengah, Jalan Segambut Dalam and Jalan Segambut Utara in Taman Segambut and Taman Kok Doh had a rude shock this morning when about 35-45 cars in Taman Segambut and about 20 cars in Taman Kok Doh had all their 4 tyres slashed and flat.



Residents were horrified that the perpetrator on motorbike parked his motorbike and wearing with his helmet alighted from his motobike and on foot with his face covered with a cloth just went around slashing the residents car tyres where they park infront of their house.




One of the victims, Mr Ahmad Mydin of Malaysia Nanban had his CCTV recording the incidents happended around 3.25 am this morning.




Puan Jayanthi Devi Balaguru the Barisan Basional Chairman of Parliament Segambut visited the residents this morning and has lodged a police report.



She mentioned that the the crime in Taman Segambut has increased with after attemped armed robbery last week and now this. She urges the police to spruce up their patrols and set up a police beat here.





#BN PRIHATIN

Prinsip Hithler ada Kaitan dengan Islam

Posted: 25 Feb 2012 01:26 AM PST

Dua sebab mengapa dunia menghukum Adolf Hitler :




1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.




Beliau juga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua. Bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu menunggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau.



Hitler juga sering bertemu dengan para Ulama' dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir.


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi.


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah.


Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Terdapat beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.


Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...



2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

"Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau. Minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas.




Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.





Sumber : BERSIH 3 SUKU

Razlan's

Razlan's


Dua Soalan Untuk Badrul Amin!

Posted: 25 Feb 2012 05:13 PM PST



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Marilah kita muhasabah diri dengan melihat apa kejadian yang menimpa masyarakat sekeliling kita pada hari ini.

Berita terbaru, khalwat oleh Pemimpin PKR yang juga Pengarah Penerangan Khas di pejabat Menteri Besar Selangor amat memeranjatkan seluruh negara. 

Umum tahu hari ini Portfolio Agama sedang dipegang oleh MB Selangor, dan hari ini MASYARKAT mesti tahu Pengarah Penerangan beliau adalah Badrulamin, yang ditangkap khalwat di Kuantan bersama dengan Isteri orang.

Belum habis dengan isu Sokongan Israel yang dibawa oleh Anwar, isu kata dua oleh Nik Aziz dan hari ini isu penangkapan Khalwat Badrul Amin bersama dengan isteri orang pula digemparkan.

Dua soalan yang perlu dijawab oleh Badrul Amin.

1. Semasa SUAMI orang itu hadir menangkap kamu, adakah kamu berada dalam bilik bersama dengan isteri orang ?

2. Kenapa tidak menjemput rakan-rakan kamu yang berada di HOTEL sama atau Pekerja Hotel turut membantu ISTERI orang?

Penerangan dua soalan ini sepatutnya dimasukan dalam kenyataan kamu bagi menceritakan kejadian pada awal pagi semalam.

Menuduh PENANGKAPAN BERSAMA ISTERI ORANG merupakan "Tindakan Terancang"adalah satu tuduhan yang tidak patut dilemparkan terhadap mana-mana pihak, sekiranya kamu mengambil jalan selamat seperti membawa rakan-rakan bersama menyelesaikan masalah ini  atau memanggil pekerja hotel untuk bersama kamu, sudah tentu perkara ini tidak jadi seperti ini.
Kenyataan penuh Badrul Amin...
[B]Penjelasan Dr Badrulamin Bahron.[/B]

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Dr. Badrulamin Bahron

Badrul Amin khianat Anwar.

Posted: 25 Feb 2012 07:01 AM PST


Ceramah oleh Anwar Ibrahim tidak mendapat sambutan di Kuantan, sekitare 500 yang hadir
Berita Badrul Amin ditangkap basah awal pagi tadi telah memberi impak kepada perlancaran jentera PR di Kuantan hari ini.

Ceramah Anwar yang berlansung sebentar tadi tidak mendapat sambutan dan hanya dihadiri beberapa orang sahaja.

Badrul Amin telah mengkhianati PR apabila beliau berkahwin dengan serikandi PKR pada 3 bulan lepas dan tidak cukup dengan kontraversi itu, beliau hari ini ditangkap khalwat dengan isteri orang pula.

Ternyata perangai YB ini telah mengkhianati perjuangan Anwar dan ini secara langsung telah memberi impak kepada persiapan PRU dan rakyat hari ini sudah muak dengan perangai YB PKR dan PAS yang terus menerus tidak punyai moral.



Published with Blogger-droid v2.0.2

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


BILA SELUAR ANWAR TERLONDEH!!!!!!!!

Posted: 24 Feb 2012 06:44 PM PST


Tun Dr Mahathir Dedahkan Lagi Strategi Sulit Anwar Ibrahim & Pembangkang..


Pertama, MiM setuju dengan kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa pembangkang sedang menyusun strategi mengalih tumpuan rakyat tentang isu Anwar menyokong keselamatan negara Israel.


Kedua, kenyataan Westports Malaysia telah memalukan parti pembangkang yang sebelum ini meroyan gembira kononnya dapat mengaitkan kerajaan dengan Israel.



Sebelum ini pun, Chegubard yang kononnya ada dokumen 2 syarikat Malaysia di Johor yang berurusan secara terus dengan negara Israel. Tetapi 'pendedahan' itu senyap begitu sahaja berkemungkinan besar pemegang saham terbesar syarikat tersebut bukan warga Malaysia!
Sila baca kenyataan Tun M :


Pembangkang cuba mengalihkan tumpuan rakyat ke atas sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Israel dengan membangkitkan isu kapal dagang negara itu singgah di pelabuhan Malaysia.


Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan isu kapal Israel di perairan negara adalah tertakluk kepada undang-undang antarabangsa tetapi diperalatkan oleh Pas untuk menutup sokongan Anwar terhadap rejim Zionis. Klik Sini


Westports Malaysia menyangkal dakwaan ada kapal dari Israel berlabuh di Pelabuhan Klang dan menjalankan urus niaga dengan negara ini.


Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran berkata, Westports tidak pernah beri lampu hijau kepada kapal didaftarkan di Israel untuk berlabuh.


Menurutnya, kapal dari Israel singgah, tetapi tidak berlabuh kerana gagal mendapat kebenaran kerajaan. Justeru, anak kapalnya tidak dibenarkan ke darat dan syarikat perkapalan itu sendiri tidak dibenarkan menjalankan sebarang urusniaga.


Petang ini, Pemuda Pas dijadualkan mengadakan tunjuk perasaan di West Port membantah kemasukan kapal kargo daripada negara itu di perairan negara.
Mengulas protes itu, Mahathir berkata ia hanya bertujuan mengalihkan tumpuan rakyat daripada pendirian Anwar mengiktiraf rejim Zionis itu.


"Dia (Anwar) memang menyokong Israel, jadi Nik Aziz cuba pertahan dia dengan menyoal kenapa kerajaan Malaysia membenarkan kapal Israel masuk ke pelabuhan Klang," kata Mahathir.


"Ia adalah satu amalan antarabangsa dan kalau hendak adakan satu sekatan, mungkin perlu rujuk kepada undang-undang antarabangsa berhubung isu ini," katanya.


Anwar berkata Israel boleh diiktiraf sebagai sebuah negara jika rejimnya berundur daripada tanah Palestin dan menghentikan segala kekejaman terhadap penduduk negara itu.


Pendirian itu disampaikan kepada Murshidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat. Namun NIk Aziz sekali lagi menegaskan parti itu tidak akan mengiktiraf Israel dalam apa keadaan sekali pun. (cerita di sebalik pertemuan Anwar dan Nik Aziz : Klik Sini)


Mahathir bersetuju Israel tidak boleh disokong dalam apa keadaan sekali pun.
"Yang saya tahu kita tidak boleh sokong Israel sama sekali. Yang pertamanya negara ini hasil rampasan Wilayah orang lain yang tidak diiktiraf walaupun dunia iktiraf Israel tetapi dia adalah hasil rampasan," kata beliau.


"Dan dia (Israel) membelakangkan undang-undang antarabangsa dan adakan sekatan ke atas Gaza dan sebagainya . Inikah manusia yang kita patut jaga keselamatan dia…orang patut jaga jangan bagi dia (Israel) serang negara lain bukan bagi dia sokong keselamatan Israel," tambah Mahathir.


"Jadi ini satu rejim yang cukup zalim, kalau Amerika hendak tukar rejim, inilah rejim yang patut tukar dahulu," katanya – Antarapos

DENYUT NADI RAKYAT.

Posted: 24 Feb 2012 06:39 PM PST


DISAMBUT MERIAH



NAJIB Tun Razak bersalaman dengan penduduk Kampung Sungai Putat yang menerima rumah kos rendah sambil diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan para pemimpin BN pada Majlis Penyerahan Pangsapuri Rakyat Sungai Putat di Ayer Keroh, Melaka, semalam.



LAWATAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke beberapa tempat di Melaka semalam mendapat sambutan meriah daripada segenap lapisan masyarakat. Tidak kira di mana lawatan dibuat, orang ramai berpusu-pusu mendekati pemimpin itu untuk bersalaman. Perdana Menteri juga dilihat tidak menghampakan orang ramai dengan berusaha bersalam dengan sebilangan besar daripada mereka. Antara tempat yang dilawati oleh Perdana Menteri adalah Kampung Sungai Putat di samping melakukan Walkabout di Jalan Bendahara. - 

TERLAJAK PERAHU.....

Posted: 24 Feb 2012 06:38 PM PST


KETAKUTAN ANWAR IBRAHIM DI LABEL SEBAGAI ANTI ISRAEL. 

Selepas solat Jumaat petang semalam Pergerakan Pemuda UMNO Selangor berserta  NGO Islam telah menghantar Memorandum Bantahan kepada Anwar Ibrahim di ibupejabat PKR di Tropicana

Menurut beberapa orang bloger pro UMNO Memorandum tersebut teah di bakar hangus oleh AMK

Pengikut