Sabtu, 25 Februari 2012

Razlan's

Razlan's


Dua Soalan Untuk Badrul Amin!

Posted: 25 Feb 2012 05:13 PM PST



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Marilah kita muhasabah diri dengan melihat apa kejadian yang menimpa masyarakat sekeliling kita pada hari ini.

Berita terbaru, khalwat oleh Pemimpin PKR yang juga Pengarah Penerangan Khas di pejabat Menteri Besar Selangor amat memeranjatkan seluruh negara. 

Umum tahu hari ini Portfolio Agama sedang dipegang oleh MB Selangor, dan hari ini MASYARKAT mesti tahu Pengarah Penerangan beliau adalah Badrulamin, yang ditangkap khalwat di Kuantan bersama dengan Isteri orang.

Belum habis dengan isu Sokongan Israel yang dibawa oleh Anwar, isu kata dua oleh Nik Aziz dan hari ini isu penangkapan Khalwat Badrul Amin bersama dengan isteri orang pula digemparkan.

Dua soalan yang perlu dijawab oleh Badrul Amin.

1. Semasa SUAMI orang itu hadir menangkap kamu, adakah kamu berada dalam bilik bersama dengan isteri orang ?

2. Kenapa tidak menjemput rakan-rakan kamu yang berada di HOTEL sama atau Pekerja Hotel turut membantu ISTERI orang?

Penerangan dua soalan ini sepatutnya dimasukan dalam kenyataan kamu bagi menceritakan kejadian pada awal pagi semalam.

Menuduh PENANGKAPAN BERSAMA ISTERI ORANG merupakan "Tindakan Terancang"adalah satu tuduhan yang tidak patut dilemparkan terhadap mana-mana pihak, sekiranya kamu mengambil jalan selamat seperti membawa rakan-rakan bersama menyelesaikan masalah ini  atau memanggil pekerja hotel untuk bersama kamu, sudah tentu perkara ini tidak jadi seperti ini.
Kenyataan penuh Badrul Amin...
[B]Penjelasan Dr Badrulamin Bahron.[/B]

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Dr. Badrulamin Bahron

Badrul Amin khianat Anwar.

Posted: 25 Feb 2012 07:01 AM PST


Ceramah oleh Anwar Ibrahim tidak mendapat sambutan di Kuantan, sekitare 500 yang hadir
Berita Badrul Amin ditangkap basah awal pagi tadi telah memberi impak kepada perlancaran jentera PR di Kuantan hari ini.

Ceramah Anwar yang berlansung sebentar tadi tidak mendapat sambutan dan hanya dihadiri beberapa orang sahaja.

Badrul Amin telah mengkhianati PR apabila beliau berkahwin dengan serikandi PKR pada 3 bulan lepas dan tidak cukup dengan kontraversi itu, beliau hari ini ditangkap khalwat dengan isteri orang pula.

Ternyata perangai YB ini telah mengkhianati perjuangan Anwar dan ini secara langsung telah memberi impak kepada persiapan PRU dan rakyat hari ini sudah muak dengan perangai YB PKR dan PAS yang terus menerus tidak punyai moral.



Published with Blogger-droid v2.0.2

Tiada ulasan:

Pengikut