Jumaat, 24 Februari 2012

Razlan's

Razlan's


Kemudahan UNIFI di Taman Salak Jaya.

Posted: 24 Feb 2012 10:50 PM PST

Kemudahan UniFi yang disediakan oleh Pemuda UMNO Taman Salak Jaya telah memberi kemudahan internet kepada seluruh penduduk di sini.


Dengan kewujudan kemudahan ini, Penduduk dapat meningkatkan lagi pengetahuan dalam isu semasa dan boleh mengunnakan peekhidmatan ini mengikut keperluan mereka sendiri.


Disamping itu, Pemuda Taman Salak Jaya juga telah menumbuhkan kelab Tasaja IT bagi memantau penggunaan internet agar tidak disalah guna.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Komando AMK Bacul!

Posted: 24 Feb 2012 05:13 PM PST


Semalam, memorendum Pemuda BN membantah sokongan Anwar terhadap Israel telah dihantar ke Ibu Pejabat PKR.

Semenjak awal pagi lagi Komando AMK telah berkumpul di bawah pejabat dengan niat mahu berdepan dengan Pemuda BN.

Malangnya, sebaik sahaja Pemuda BN sampai ke ibu pejabat mereka, satu batang hidung pun tak nampak. Ketakutan bertempiaran.

Pejabat PKR berkunci rapi dan wakil mereka pun ketakutan nak menerima memorendum dari Pemuda BN.

Ikuti komen Datuk Rizalman terhadap bantahan Pemuda BN terhadap sokongan Anwar kepada Israel.

Published with Blogger-droid v2.0.2

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


PANAS: Hilmi Dedahkan PARASIT Dalam PKR??

Posted: 24 Feb 2012 07:45 AM PST


Kesukaran hidup dan keaiban yang dilalui oleh Hilmi Hazimin Malek dan bekas kekasihnya, Elizabeth Wong dipercayai berpunca daripada permainan kotor politik Pakatan Rakyat sendiri.

Hilmi yang menjadi buruan polis Kuala Lumpur sejak 2009 bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar-gambar bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan itu bagaimanapun tidak tahu siapakah musuh dalam selimut yang menganiayanya itu.

"Saya tidak menolak kemungkinan ada musuh dalam selimut yang menyimpan dendam atau dengki kepada saya atau Eli (panggilan untuk Elizebeth).

"Namun saya tidak tahu siapakah orang itu dan motif mereka bertindak begitu," kata Hilmi yang enggan mengulas lanjut mengenai dalang itu.

Hilmi, 37, membuat pendedahan itu ketika ditemui wartawan Kosmo! di Polresta, Barelang, Batam, Indonesia selama tiga hari sejak Isnin lalu sehingga kelmarin.

Sejak tiga tahun menjalani kehidupan sebagai pelarian sebelum ditahan pada 3 Februari lalu, Hilmi masih disiasat oleh polis Indonesia mengenai dokumen palsu yang digunakan sepanjang berada di Indonesia.

Mengimbau saat-saat mula tersebarnya gambar-gambar bogel Elizabeth, Hilmi memberitahu, dia dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor itu ada bertemu bagi membincang mengenai perkara mengaibkan itu.

"Kami sama-sama duduk dan sama-sama menangis mengenang musibah yang menimpa diri Elizebeth," katanya yang kemudian mengambil keputusan untuk sama-sama tidak membuka mulut mengenai isu tersebut kepada mana-mana pihak. - Kosmo


GR kata: Panas bontot la puak-puak Pakatan ni, satu-satu rahsia dibongkarkan. Macam ni ker nak perintah negara...huru-hara la jawabnya!!!



Sumber : GOSSIP RAKYAT

Punca Memorandum Dibakar

Posted: 24 Feb 2012 07:30 AM PST

Menurut kajian yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia mendapati kadar buta huruf di kalangan rakyat Malaysia telah turun sehingga 3% - 4%.

Namun kajian yang lebih dalam dilakukan mendapati mereka yang berada di dalam Parti Kencing Rakyat (PKR) mengalami masalah ini.

Kajian tersebut telah terbukti dengan apa yang dilihat pada petang hari ini. Angkatan Muda Keldai (AMK) telah membakar dokumen @ memorandum yang tertulis desakan daripada Pemuda UMNO Malaysia dan NGO Islam kepada Anwar Ibrahim agar menarik semula kenyataan menyokong Israel.

Memorandum tersebut diserahkan oleh wakil Pemuda UMNO kepada 'lantai' pejabat PKR kerana tiada seorang pun nak sambut. Penyudahnya letak jela kat pintu depan pejabat PKR yang berkunci.

Bagaimanapun memorandum tersebut telah diambil oleh beberapa orang AMK selepas kumpulan Pemuda UMNO belah. Kemudian mereka cuba membaca dokumen tersebut. Namun apabila membacanya, pelbagai bunyi bahasa yang kedengaran.

Disebabkan terlalu bangang untuk memahami isi kandungan tersebut maka dibakarnya seluruh memorandum sebagai tanda protes terhadap Pemuda UMNO dan NGO Islam.


P/s : buta hati



Sumber : REZQEEN HILL

Gangster PKR Sambut Pemuda UMNO & NGO

Posted: 24 Feb 2012 01:05 AM PST


Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Selangor dan NGO² Islam sekarang ini sedang berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan Nasional (PKR), di Tropicana, Damansara.

Tujuannya berhimpun adalah untuk mengutuk tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong segala usaha menjaga keselamatan Israel.


Dalam masa yang sama, Pemuda UMNO dan NGO turut menyerahkan memorandum kepada Anwar Ibrahim untuk menarik balik kenyataannya menyokong Israel.

Turut sama dalam perhimpunan ini, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Rizalman Dato Mokhtar danKetua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Mohd Jamal dan juga beberapa wakil NGO Islam beserta ratusan penyokong.


Sebaik tiba di hadapan Ibu Pejabat PKR, kumpulan telah dihalang oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yg telah membuat sekatan bagi menghalang kemaraan kumpulan Pemuda UMNO & NGO. Tujuannya menjaga keselamatan bersama =D


Wakil Pemuda UMNO dan NGO cuba menghantar memorandum ke dalam pejabat PKR namun dihalang oleh samseng² upahan PKR yg diberikan baju utk disarung hehe.


Bagaimanapun, hasrat Pemuda UMNO dan NGO utk menyampaikan memorandum tersebut tidak kesampaian kerana tiada sesiapa pun yg mahu mewakili PKR & Pakatan untuk menerimanya. Lagi menariknya pintu hadapan pejabat dikunci keh keh keh.


Budak gemok PKR ni sengaja menimbulkan provokasi dengan mengajak kumpulan Pemuda UMNO dan NGO bertumbuk. Tapi Pemuda UMNO dan NGO Islam memang profesional, tidak termakan dengan provokasi mereka.

Jom tengok muka dan perot dia lebih dekat.


Dekat lagi.


Malu² pulak muka dirakam camera kah kah kah. Bodoh punya gemok !!! Cari makan jadi gangster PKR? Haha.


Kesimpulannya, memorandum tak dapat hantar. Pemuda UMNO dan NGO membaca doa selamat. Tiada kejadian yg tidak diingini berlaku.

Pemuda UMNO dan NGO beredar meninggalkan kawasan tersebut.

Sebaik berjalan pulang, budak² AMK telah menghamburkan kata² kesat dan menjerit "Hidup Hidup" berulang kali sehingga kumpulan Pemuda UMNO dan NGO hilang dari pandangan mata mereka.

Untuk info, kekuatan kumpulan Pemuda UMNO dan NGO seramai 500 orang. Kekuatan gangster PKR seramai 30 orang. Adalah tidak adil untuk Pemuda UMNO dan NGO 'bergaduh' dengan lawan seramai itu hehehe.


Ketidakterbukaan PKR sangat memalukan. Pintu dikunci, tiada siapa mahu terima. Ini ker parti yg mahu menjadi kerajaan?


Sumber: REZQEEN HILL

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Semua Dijemput #fb

Posted: 23 Feb 2012 06:01 PM PST

Dr Mohamad Khir Toyo

Dr Mohamad Khir Toyo


RM 1.9 Bilion, Nasib Kontraktor Melayu Selangor dan Hutang Kepada Rakyat

Posted: 24 Feb 2012 12:35 AM PST

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


Beranikah Menteri Besar Berkata Benar Selesai Isu Selangor?

Posted: 23 Feb 2012 07:56 AM PST

KUALA LUMPUR, 23 Feb. ? Penganalisis politik tempatan, Profesor Datuk Dr. Abdul Halim Sidek membidas pentadbiran kerajaan Negeri Selangor yang perlu lebih bertanggungjawab bukan saja kepada rakyat tempatan tetapi juga dalam mengurus tadbir harta yang diamanahkan dalam pengurusannya.

Katanya, pemerintah negeri adalah pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan keseluruhan aset negeri sama ada yayasan negeri dan juga PKNS yang menjadi isu kontroversi sejak pentadbiran negeri beralih tangan.

?Harta benda ini beralih tangan ekoran peralihan kuasa tetapi walaupun mereka menang dalam pilihan raya dan menjadi teraju kepada negeri Selangor bukan bermakna mereka bebas melakukan apa saja mengikut kehendak mereka sebaliknya pentadbiran adalah berasaskan perundangan yang ada,? katanya kepada UMNO-Online.

Sejak mentadbir Selangor, kerajaan negeri yang diketuai anggota PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim gagal memberi penjelasan berkaitan pelbagai persoalan dan isu yang timbul termasuklah berhubung isu penyelewengan pasir, PKNS, dan juga isu Yayasan Selangor dengan yang terbaru perancangan untuk merobohkan asramanya di Kampung Pandan.

?Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab maka semua persoalan yang membabitkan rakyat dan harta benda kerajaan perlu dilakukan dengan sempurna dan sekiranya ada sebarang kesulitan maka pemimpin berkenaan perlu memberi penjelasan,? katanya.

Ujarnya, jika tidak salah maka tentunya Khalid tidak akan mengelak daripada memaklumkan perkara yang berlaku apatah lagi tentunya semua urusan yang dibuat mempunyai prosidur yang telah ditetapkan.

?Semua orang boleh buat laporan akan kepincangan yang berlaku, dan dengan laporan tersebut siasatan boleh dilakukan oleh pihak berkuasa bagi memastikan apa sebenarnya yang berlaku.?

?Sekiranya kerajaan Negeri terus ambil sikap berdiam diri mengenai isu yang timbul maka tentunya ia akan menimbulkan lebih banyak spekulasi dan ini bukanlah kerja orang politik sebagaimana alasan mudah mereka apabila mahu lari daripada topik perbincangan,? katanya.

Tegas beliau, kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besarnya sendiri perlulah bertanggungjawab sepenuhnya dan jangan mudah menuding jari kononnya ia adalah angkara UMNO/Barisan Nasional (BN) yang mahu menjatuhkan mereka.

?Jika benar maka berkatalah benar dan lakukanlah penyiasatan secara terperinci kerana ia secara tidak langsung bukan sahaja mampu membersihkan nama mereka sebagaimana yang dilaporkan tetapi juga inilah nilai kredibiliti sebagai pemimpin. Namun begitu, apabila tidak ada tindakan dibuat maka jangan salahkan sesiapa kerana rakyat sendiri bijak membuat penilaian,? ujarnya. – MediaUMNO

PEMBOHONGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Posted: 23 Feb 2012 07:52 AM PST

Rakyat tidak peduli jika kerajaan negeri terpaksa membayar bil air yang tinggi kepada pihak pembekal air bersih di Selangor. Apa yang rakyat tahu, janji mesti ditunaikan kepada seluruh rakyat negeri Selangor untuk menikmati AIR PERCUMA tanpa mengira meter jenis apa yang digunakan.

Kepada Rakyat Selangor selama ini yang tidak pernah merasa air percuma seperti mana yang dirasai oleh pengguna meter indvidu sekarang ini, disaran supaya bangkit menuntut hak untuk mendapat air percuma seperti yang telah dijanjikan oleh kerajaan negeri Pakatan.

Septatunya rakyat Selangor berhak mendapat air percuma tersebut tanpa mengira meter pukal atau meter individu yang digunakan. Rebet tunai perlu dipulang semula kepada rakyat Selangor yang mana tidak pernah merasai air percuma sepanjang Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kerajaan negeri.

Hampir empat tahun Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor. Jika dihitung jumlah air percuma yang sepatutnya rakyat Selangor dapat di dalam bentuk wang ringgit, sudah tentu ia dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang tinggal di kawasan perumahan pangsapuri kos sederhana dan rendah.

Oleh yang dimekian, digesa sekali lagi kepada rakyat Selangor yang merasakan diri ditindas oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat kerana tidak berlaku adil dalam pemberian air percuma ini, agar bangkit beramai-ramai mendesak supaya hak yang sepatutnya rakyat dapat dipulangkan kembali sebelum janji menifesto Pakatan untuk PRU13 diperbaharui semula.

SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (Adun)Batang Kali Datuk Mohd Isa Abu Kassim hari ini mendakwa kerajaan negeri Selangor gagal menunaikan janjinya kepada rakyat apabila ia berhutang subsidi air percuma kepada penghuni-penghuni unit pangsapuri dan kondominium di seluruh negeri ini.

Beliau mendakwa terdapat 765 blok kondominium dan 643 blok pangsapuri di seluruh Selangor yang belum menikmati subsidi air percuma kerana mereka masih menggunakan meter air pukal dan bukannya meter individu.

Adun Barisan Nasional (BN) itu, yang dipertanggungjawabkan memantau isu air di negeri ini, berkata jika semua penghuni kondominium dan pangsapuri menukar kepada meter individu, akan berlaku pertambahan sebanyak 350,000 akaun baru bagi meter individu di negeri ini.

Walaupun kerajaan negeri mengeluarkan kupon kepada penghuni pangsapuri yang masih menggunakan meter pukal, hanya 35,000 orang sahaja yang mendapat kupon bagi subsidi air percuma setakat ini, dakwanya pada sidang media di sini.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Iskandar Abdul Samad berkata skim kupon itu, yang dianggarkan RM24.4 juta, dilaksanakan mulai Jun tahun lepas dan melibatkan 620 pangsapuri kos rendah membabitkan 168,479 unit kediaman yang masih menggunakan meter pukal. BACA SETERUSNYA DI SINI

-SOURCE

Pengikut