Sabtu, 28 Januari 2012

Razlan's

Razlan's


Sudah penat jadi YB!

Posted: 28 Jan 2012 07:59 AM PST

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Hari ini Haji Hadi Awang menyatakan beliau sudah rasa lama didalam dunia politik dan mahu berundur dari menjadi Wakil Rakyat, jawatan yang beliau sandang dari tahun lebih 30 tahun.

Penguduran ini telah menimbulkan banyak spekulasi dan yang paling utama, beliau sebagai Jeneral PAS dilihat tidak senang dengan beberapa keputusan Pucuk Pimpinan PAS dalam mengubah dasar perjuangan PAS.

Walaupun beliau seorang Presiden Parti yang dipilih tetapi jelas dilihat Musridul AM lebih boleh menentukan keputusan parti, dan yang lain boleh ikut telunjuk beliau.

PRU yang ke 13 sudah sangat hampir, dan mengikut pada ketika ini, segala spekulasi yang tidak berpihak kepada parti sepatutnya tidak di reka atau boleh disimpan sahaja niat walaupun mahu berhenti, inikan lagi kenyataan ini datangnya dari Presiden. Kenyataan ini boleh digambarkan seperti mengaku kalah sebelum berperang.

Apapun semua kene hormat keputusan Hadi Awang, 30 tahun memegang satu jawatan yang menuntut komitment yang tinggi baik dari segi masa dan wang ringgit merupakan satu perkara yang sungguh memenatkan.

Tahniah kepada Hadi Awang kerana mehu memberikan peluang kepada generasi muda dan pelapis untuk  menabur bakti kepada rakyat dan negara. Sepatutnya mereka yang tua-tua ikutlah langkah Hadi Awang dan beri peluang kepada orang muda.

Antara pemimpin Pembangkang yang sudah tua dan masih tidak mahu berhenti ....

Lim Kit Siang lahir pada 1941, tahun ini sudahmencecah 71 tahun, berkecimpung dalam dunia politik semenjak tahun 1966 danmenjadi YB pada tahun 1969.

Karpal Singh, lahir pada 28 Jun 1940, umur yang sudah mencecah 72 tahun.













Nik Aziz, lahir pada tahun 1931, pada tahun ini berumur 81 tahun, yang lebih  terkejut beliau masih mahu bertanding pada PRU 13. Kelau beliau menang, beliau akan menghabiskan penggal ini dalam umur 86 tahun.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Winner! winner!! DSHKRDSGEX

Posted: 27 Jan 2012 11:17 PM PST

we are happy to annouce your winning contact your claim officer for claims

GUQZHEHJVOQQODNSFVQQJVRFHRKHXZDTGKRVBH

PARLIMEN JASIN : SATU ANALISIS PRU 13.

Posted: 27 Jan 2012 08:06 PM PST

PENGENALAN.

Daerah Jasin merupakan daerah terbesar (41.47%), diikuti Daerah Alor Gajah (40.48%) dan Daerah Melaka Tengah (18.05%). Luas keseluruhan Daerah Jasin ialah 67,799 hektar (678 km persegi). Kawasan yang bersempadan dengan Daerah Jasin ialah Daerah Melaka Tengah (di bahagian selatan), Daerah Alor Gajah (di bahagian barat), Daerah Muar, Johor (di bahagian timur) dan Daerah Tampin, Negeri Sembilan (di bahagian utara). Daerah Jasin dibahagikan kepada 20 mukim.

Hampir 75% bentuk mukabumi di Daerah Jasin adalah landai kerana berada di bawah ketinggian 50 meter dan sesuai untuk aktiviti pertanian. Terdapat sebuah empangan di Mukim Jus iaitu Empangan Jus yang membekalkan air kepada penduduk daerah dan sekitar. Pembangunan di Daerah Jasin lebih tertumpu di Bandar Jasin, Pekan Merlimau dan Pekan Selandar yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran daerah, pusat perdagangan dan pusat perindustrian.

 KEPUTUSAN PRU 12 2008.


 P139, N24, N25, N26, N27, N28

P139 JASIN
Jumlah Pengundi: 56,121
Peratusan Kaum: M:70.74% C:19.04% I:10.15% L:0.07%
1. Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN) (27,838)
2. Ir. Zulkefly Othman (PKR) (15,348)
Majoriti: 12,490
Jumlah undi: 44,176
Peratus mengundi: 78.72%
Undi rosak: 990
  



N24 BEMBAN
Jumlah Pengundi: 13,544
Peratusan Kaum: M:59.36% C:25.85% I:14.66% L:0.13%
1. Chua Kheng Hua (BN) (6,031)
2. Ho Kia Kim (DAP) (3,890)
Majoriti: 2,141
Jumlah undi: 10,511
Peratus mengundi: 77.61%
Undi rosak: 590
Penyandang: Datuk Chong Tam On (BN)
(Majoriti: 4,438 undi)

N25 RIM
Jumlah Pengundi: 9,288
Peratusan Kaum: M:57.59% C:26.19% I:16.11% L:0.11%
1. Mohd. Yazed Khamis (BN) (4,316)
2. Azmi Kamis (PKR) (2,679)
Majoriti: 1,637
Jumlah undi: 7,134
Peratus mengundi: 76.81%
Undi rosak: 139
Penyandang: Datuk Ramlah Abas (BN)
(Majoriti: 3,950 undi)

N26 SERKAM
Jumlah Pengundi: 13,636
Peratusan Kaum: M:88.83% C:7.75% I:3.39% L:0.03%
1. Ghazale Muhamad (BN) (6,997)
2. Kamarudin Sidek (Pas) (4,178)
Majoriti: 2,819
Jumlah undi: 11,348
Peratus mengundi: 83.22%
Undi rosak: 173
Penyandang: Datuk Ahmad Hamzah (BN)
(Majoriti: 4,347 undi)

N27 MERLIMAU
Jumlah Pengundi: 10,471
Peratusan Kaum: M:64.69% C:21.11% I:14.16% L:0.04%
1. Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN) (4,981)
2. Jasme Tompang (Pas) (2,827)
Majoriti: 2,154
Jumlah undi: 7,957
Peratus mengundi: 75.99%
Undi rosak: 149
Penyandang: Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN)
(Majoriti: 5,087 undi)

N28 SUNGAI RAMBAI
Jumlah Pengundi: 9,182
Peratusan Kaum: M:80.70% C:16.27% I:2.98% L:0.05%
1. Hassan Abdul Rahman (BN) (4,872)
2. Aminuddin Abdul Jalil (Pas) (2,606)
Majoriti: 2,266
Jumlah undi: 7,609
Peratus mengundi: 82.87%
Undi rosak: 131
Penyandang: Datuk Abu Pit (BN)
(Majoriti: 3,068 undi)

SAMPAI BILA NAK "MENONGKAT" JAWATAN?

Posted: 27 Jan 2012 07:29 PM PST




Kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS, YB Datuk Seri Haji Hadi Awang menawar untuk tidak bertanding pada PRU 13 membuka satu lembaran baru dalam senario dalaman PAS. Alasan yang diberikan telah lama berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Itu yang keluar pada muka hadapan akhbar Sinar 28 Januari 2012. Ini membolehkan beliau bergerak seluruh negara atas kapisiti sebagai Presiden PAS. Namun jika dipilih beliau hanya menawarkan satu kerusi sahaja.

Persoalannya tidakkah calon-calon untuk parti PAS akan ditentukan oleh AJK parti dimana beliau terlibat sama sebagai Presiden? Yalah Yg Bhg Tun Mahathir pun dalam lama lepaskan jawatan. Yang lebih penting Yg Bhg Tun tahu bila nak turun.... Bercakap pasal umur ini, di Dewan Rakyat ada 40 orang yang dah pun 'line pencen'misalnya Tun Abdullah, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Tan Sri Aziz, Datuk Mohammad Aziz, Tan Sri Hamid Albar malah Datuk Nik Aziz MB Kelantan pun (sekadar menyebut beberapa lama)....

Selalunya menurut kebiasaan, orang politik akan kata penglibatan mereka kerana penyokong mahukan mereka terus berkhidmat......tetapi kini macam ada sesuatu yang tak kena pulak. Apa pun sebab sebenar beliau mengeluarkan kenyataan demikian hanya beliau dan Allah saja yang tahu... Penulis juga nak lihat bila lagi agaknya waris-waris mereka untuk memimpin kepimpinan parti. Yang jelas Allahyarham Tun Razak telah pun "mewariskan" kepada anakandanya menerajui parti.

Begitu juga dengan Ketua-Ketua Bahagian yang rasa dah berusia dan beberapa penggal memegang jawatan fikir-fikirlah sampai bila nak MENONGKAT JAWATAN demi mengejar habuan dunia dan kepentingan peribadi sehingga menyusahkan Presiden dan jentera parti untuk menghadapi PRU 13? Berilah peluang dan ruang kepada orang muda pulak, jika tidak sampai bila pun orang muda tak belajar memimpin....Dan yang lebih penting lagi tidak menyusahkan Presiden parti untuk memilih calon boleh menang. Keputusan mesyuarat majlis tertinggi parti semalam menjelaskan lagi perkara ini. Bila tak terpilih tu, macam-macam ragam boleh dilihat....jadi arahan tersebut sangat relevan bagi memastikan UMNO/BN dapat mencapai kejayaan dalam PRU 13.





www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Program touchpoint umno jalan enggang

Posted: 28 Jan 2012 05:58 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Posted: 28 Jan 2012 02:44 AM PST




Tahniah kepada UMNO Cawangan Telok Datok diatas kejayaan menganjurkan program ceramah yang bertajuk "ke arah penyatuan Umat Melayu"yang telah disampaikan oleh Ybhg Tan Sri Aziz Shamsudin.Jangkaan kami ,tetamu sekitar 30-40 orang,tapi meleset,yang hadir hampir 100 orang.Orang MELAYU yang sayangkan bangsanya.Bukan orang MELAYU yang ingin menggadaikan bangsanya sendiri.Dalam ceramah yang memakan masa 1 jam 30 minit itu,Tan Sri menyentuh beberapa perkara yang HARUS orang MELAYU renungkan dan bersyukur di atas segala apa yang kita nikmati sekarang ini/

Jom TURUN....

Posted: 27 Jan 2012 07:32 PM PST

Jom hadir beramai-ramai..
Ye..program pertama bagi tahun ini di UMNO Cawanagan Telok Datok..tapi apa yang agak terkejut seketika tadi,tempat berlangsungnya program ini TIDAK dibenarkan oleh pihak pentadbiran "kini"dengan alasan "POLITIK"..apa ke halnya,Tajuk pun seperti yang dimaklumkan "ke arah penyatuan UMAT MELAYU"maka sesiapa pun boleh hadir,TANPA kira latar belakang dan politik seseorang,asalkan MELAYU boleh hadir,cuma anjuran kami aje,takde penganjur,camne nak buat program...akhirnya mereka akur dan telah beri kebenaran semula TAPI dengan beersyarat,TIADA logo parti..hehehehe...Apa pun,program TETAP dan AKAN DITERUSKAN juga...Demi bangsa MELAYU!

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


PERJUMPAAN JENTERA PILIHANRAYA PUTERI UMNO DUN TABOH NANING

Posted: 27 Jan 2012 06:17 PM PST

Tarikh : 27/1/2012
Tempat : Japerun Dun Taboh Naning
Masa : 8.30 mlm

PERJUMPAAN JENTERA PILIHANRAYA PUTERI UMNO DUN AYER LIMAU

Posted: 27 Jan 2012 06:14 PM PST

Tarikh : 25/1/2012
Tempat : Pusat Khidmat Nasihat Parlimen Masjid Tanah, Paya Rumput 
Masa : 8.30 mlm

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


Lebih 200 ahli Pas Teloi Timur mohon sertai UMNO

Posted: 27 Jan 2012 08:29 AM PST

SIK 27 Jan. - Rasa tertipu dengan slogan yang gagal dilaksanakan oleh Pas, dua pemimpin parti itu di Teloi Timur di sini bertindak meninggalkan Pas dan hari ini memohon menjadi ahli UMNO.

Bagi mereka perjuangan Pas kini sudah terpesong daripada matlamat asal parti itu yang diasaskan untuk menegakkan perjuangan Islam tetapi parti itu kini menjadi kuda tunggangan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Shahril Yahya, 45, bekas Ketua Penerangan, dan Roshdi Sobri, 35; bekas Setiausaha PAS Teloi Timur dan Majlis Ketua Kampung (MKK), bertindak meninggalkan perjuangan Pas bersama lebih 200 bekas ahli Pas dan penyokong parti itu yang mereka dakwa sudah terpesong.

Shahril berkata, dia kecewa dan kesal kerana Pas tidak melakukan sesuatu seperti yang mereka nyatakan dalam manifesto Pas dalam Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

"Hingga kini Pas terutama di Kedah gagal melunaskan janji mereka kepada rakyat dan gagal sama sekali mengotakan kata-kata dan melaksanakan perjuangan Pas yang dilabelkan sebagai parti Islam," katanya. - BERNAMA

Pengikut