Sabtu, 28 Januari 2012

Razlan's

Razlan's


Sudah penat jadi YB!

Posted: 28 Jan 2012 07:59 AM PST

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Hari ini Haji Hadi Awang menyatakan beliau sudah rasa lama didalam dunia politik dan mahu berundur dari menjadi Wakil Rakyat, jawatan yang beliau sandang dari tahun lebih 30 tahun.

Penguduran ini telah menimbulkan banyak spekulasi dan yang paling utama, beliau sebagai Jeneral PAS dilihat tidak senang dengan beberapa keputusan Pucuk Pimpinan PAS dalam mengubah dasar perjuangan PAS.

Walaupun beliau seorang Presiden Parti yang dipilih tetapi jelas dilihat Musridul AM lebih boleh menentukan keputusan parti, dan yang lain boleh ikut telunjuk beliau.

PRU yang ke 13 sudah sangat hampir, dan mengikut pada ketika ini, segala spekulasi yang tidak berpihak kepada parti sepatutnya tidak di reka atau boleh disimpan sahaja niat walaupun mahu berhenti, inikan lagi kenyataan ini datangnya dari Presiden. Kenyataan ini boleh digambarkan seperti mengaku kalah sebelum berperang.

Apapun semua kene hormat keputusan Hadi Awang, 30 tahun memegang satu jawatan yang menuntut komitment yang tinggi baik dari segi masa dan wang ringgit merupakan satu perkara yang sungguh memenatkan.

Tahniah kepada Hadi Awang kerana mehu memberikan peluang kepada generasi muda dan pelapis untuk  menabur bakti kepada rakyat dan negara. Sepatutnya mereka yang tua-tua ikutlah langkah Hadi Awang dan beri peluang kepada orang muda.

Antara pemimpin Pembangkang yang sudah tua dan masih tidak mahu berhenti ....

Lim Kit Siang lahir pada 1941, tahun ini sudahmencecah 71 tahun, berkecimpung dalam dunia politik semenjak tahun 1966 danmenjadi YB pada tahun 1969.

Karpal Singh, lahir pada 28 Jun 1940, umur yang sudah mencecah 72 tahun.













Nik Aziz, lahir pada tahun 1931, pada tahun ini berumur 81 tahun, yang lebih  terkejut beliau masih mahu bertanding pada PRU 13. Kelau beliau menang, beliau akan menghabiskan penggal ini dalam umur 86 tahun.

Tiada ulasan:

Pengikut