Pengikut

Nuffnang

Rabu, 5 Disember 2012

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

sumber :-

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


KEBANGKITAN UMNO

Posted: 05 Dec 2012 07:43 AM PST



Assalamualaikum.

Syukur Alhamdulillah, saya masih sempat untuk menulis di blog saya ini. Syukur, Perhimpunan Agung UMNO telah pun selamat diadakan dan diselesaikan dalam suasana mood yang cukup baik.

Selain isu-isu yang dibangkitkan pembahas, ucapan dasar dan ucapan penggulungan Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah antara perkara paling penting bagi seluruh ahli UMNO dan rakyat.

Rata-rata, Presiden telah menyampaikan amanatnya yang penting memandangkan perhimpunan agung itu adalah yang terakhir sebelum munculnya PRU yang ke-13 nanti.

Selain isu yang sangat bernas dan tajam, cerita atau kisah yang dibangkita Presiden UMNO telah mempunyai maksud dan mesej yang tersirat yang wajar direnungi dan diambil iktibar oleh seluruh pemimpin dan ahli UMNO.

Adalah sesuatu yang agak malang jika mesej pada perhimpunan agung UMNO itu tidak dibawa pulang oleh kita semua sebagai satu semangat atau gelombang kebangkitan bagi kita menghadapi PRU yang akan datang.

Walaupun pembangkang telah mencanangka kononnya PRU kali ini adalah sesuatu yang getir kepada UMNO dan BN, jelas sekali itu hanyalah satu "serangan stategi" semata-mata dan tidak berpijak di bumi nyata.

Jika mereka mengambil kira orang ramai yang mendengar ceramah mereka, sejarah telah membuktikan bahawa PAS sendiri tidak pernah menang walaupun setiap ceramah mereka dihadiri oleh lautan manusia.

Saya tidak mahu menyentuh sehingga ke situ kerana bagi saya, saya mahu menyatakan betapa momentum perhimpunan agung UMNO itu sebenarnya kini sedang ditakuti dan dibimbangi oleh puak pembangkang.

Hakikatnya, mereka sangat gentar dengan mesej yang disampaikan Dato' Seri Najib dan mereka semua sedar bahawa Dato' Seri Najib bukanlah calang-calang orang dalam politik sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Saya melihat dengan jelas, seluruh pemimpin dan ahli UMNO memahami apa yang disampaikan Dato' Seri Najib dan mereka saya fikir memahami tanggungjawab mereka selepas ini.

Apa pun tanggapan, seperti Perdana Menteri, saya juga masih mempercayai bahawa BN akan terus diberikan mandapat mandat yang besar pada PRU ke-13 nanti.

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian