Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak |
Diakad dua kali selepas anggap dinikah imam UMNO tidak sah? Posted: 24 Dec 2012 05:47 AM PST Akibat terlalu terpengaruh Amanat Haji Hadi, Daud Hussin, 50 sanggup diakad nikah sebanyak dua kali selepas beranggapan pernikahan yang dilakukan oleh imam UMNO tidak sah. Ketika mengimbas kembali peristiwa yang berlaku pada tahun 1984 itu, Daud berkata, beliau pada mulanya menggunakan khidmat imam UMNO bagi membolehkan proses perkahwinan didaftarkan selain menghormati ibu bapa dan keluarga pengantin perempuan. ''Bagaimanapun, beberapa jam kemudian saya menjalani upacara akad nikah kali kedua di rumah imam yang menyokong Pas kerana percaya proses pertama tidak sah di sisi agama Islam,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Air Tawar, dekat sini hari ini. Menurut Daud, apa yang berlaku akibat ketaksubannya kepada Amanat Haji Hadi dan isu kafir mengkafir terhadap individu yang bersekongkol, menyokong dan mengundi UMNO. Beliau berkata, sebagai penyokong kuat Pas pada waktu itu, tanggapan serong terhadap imam UMNO adalah bukan sahaja tidak sah menjadi jurunikah sekalipun memiliki tauliah yang berkaitan tetapi juga tidak boleh dijadikan imam sembahyang. "Apabila difikir dan dikaji Amanat Haji Hadi dengan apa yang berlaku sekarang ia sebenarnya suatu kebodohan kerana ramai yang menjadi pak turut sedangkan amanat itu lebih bermotifkan politik bukannya perjuangan Islam yang sebenarnya. "Mengambil tindakan melakukan akad nikah kali kedua dilakukan kerana percaya imam UMNO kafir. Tindakan sebegini bukan dilakukan oleh saya seorang tetapi keseluruhan anak-anak penyokong Pas yang baru berumahtangga ketika itu," katanya Beliau diminta mengulas pengalamannya selama lebih 30 sebagai penyokong tegar Pas berikutan pendedahan bekas aktivis dan penyokong tegar parti itu, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N al-Afgghani bahawa puluhan ribu pengikut Pas masih berpegang kepada Amanat Haji Hadi. Menceritakan lebih lanjut mengenai upacara akad nikah tersebut, Daud berkata, pernikahan pertama dilangsungkan di rumah keluarga isterinya di Beris Kubur Besar, Bachok dan dalam tempoh beberapa jam selepas imam UMNO itu pulang majlis akad nikah dilangsungkan semula atas desakan semua anggota keluarga serta kerelaannya sendiri. Katanya, keputusan itu dibuat kerana tanggapan bahawa akad nikah yang dijalankan oleh imam UMNO tidak sah yang boleh menyebabkan beliau berzina dan melahirkan anak luar nikah. "Pada masa ini mungkin akad nikah semula tidak berlaku berbanding ketika isu kafir kuat dicanang oleh pemimpin parti yang pernah saya sokong,'' katanya. Daud berkata, dengan darah muda ketika itu dia juga pantang menyentuh bendera UMNO yang dianggapnya haram untuk dipegang kerana beranggapan ia setaraf dengan bendera musuh yang menentang perjuangan Islam. Warna-warni politik Torashah |
You are subscribed to email updates from UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan