Selasa, 4 Disember 2012

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Amanat Presiden tuuu..takde pun mendoakan kehancuran...

Posted: 04 Dec 2012 06:56 AM PST



Assalamualaikum warahmatullah, salam sejahtera, salam 1Malaysia Tolak Fitnah... terima kasih.
Pertama-tamanya marilah kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberi taufik dan hinayah-Nya kepada kita semua sehingga Perhimpunan Agung kali ke-63 sampai ke penghujungnya, sempurna dijalankan dan telah mencapai kejayaan yang boleh kita banggakan.
Sebelum saya meneruskan ucapan saya, saya nak ucap terima kasih kepada Tan Sri Pengerusi Tetap Persidangan, Tan Sri Pengerusi ini banyak keistimewaan yang ada pada dia, antaranya bak orang Kedah kata, 'mangkaq' orangnya, 'keloloh' ada juga orang kata. Tetapi persidangan ini akan jadi boring kalau tidak ada watak teristimewa pengerusi persidangan kita.
(Pengerusi mencelah: Terima kasih Datuk Presiden)
Ini tidak masuk bab kencing manis. Persidangan pada kali ini menarik perhatian bukan sahaja di kalangan ahli UMNO tetapi mereka di luar juga kerana UMNO adalah parti pemerintah, sebab itulah kita mendapat sambutan yang luar biasa.
Kalau perwakilan ini banyak kata I love PM, saya nak beritahu kalau sebut wanita banyak kata I love PM, isteri saya tidak marah, kita dah ada understanding, tetapi dia kata jangan kata I love U sudah.
Perhimpunan kita mengikut maklumat yang saya terima dan bila jadi PM banyak juga maklumat bahawa persidangan UMNO mendapat sambutan luar biasa kali ini. Saya lihat bahawa mood persidangan cukup baik kali ini. Jurucakap pun macam Tan Sri Muhyiddin sebut tadi pengisiannya cukup baik, nak cakap merapu kurang kali ini. Dan tidak ada reaksi yang negatif di kalangan mereka yang sedang memerhati perjalanan perhimpunan kita.
Dan yang cukup teristimewa bukan sahaja di kalangan orang Melayu yang katanya gah perhimpunan ini menyebabkan mereka lihat bahawa UMNO semakin hari semakin pulih dan padanya UMNO semakin hari semakin layak untuk terus memimpin negara kita.
Dan tidak kurang juga teristimewanya orang bukan Melayu pun hari ini memandang UMNO secara lebih positif daripada masa-masa yang lalu.
Kita juga sebagai sebuah parti telah menunjukkan bahawa kita mampu untuk memulihkan keadaan kita, merapatkan barisan kita, menunjukkan semangat yang luar biasa.
Saya nak sebut di sini antara mereka yang menyentuh perasaan hati saya termasuk rakan sahabat saya yang lama, Cikgu Seman dari Jasin yang gambarnya terpampang besar pada muka hadapan surat khabar. Cikgu Seman umurnya 70 tahun, dia beriya menangis semalam, hiba hati dia bila dia dengar ucapan saya pada hari pertama. Cikgu Seman tidak pernah jadi wakil rakyat tetapi Cikgu Seman kasih, cinta, komited dan setia pada parti.
Saya juga berasa terharu bila saya turun melawat ruang-ruang di PWTC ini semasa persidangan kita, saya diberitahu bahawa di depan skrin yang besar, ramai perwakilan wanita yang datang dari jauh, ada yang dah 'cop' tempat pukul 6.30 pagi lagi, betul tidak? Jangan cuba nak kalih dia dari tempat itu.
Inilah tuan-tuan antara wira-wira yang tidak didendang.
Saya juga tersentuh hati bila wakil Kelab UMNO Luar Negara dengan suara yang sayu, merayu tolonglah ayahanda, tolonglah bonda untuk UMNO terus mara, untuk terus berkuasa, untuk UMNO terus perjuang kepentingan dan hak kita. Ini mengingatkan pada kita mengapa kita berjuang. Kita berjuang bukan untuk kita saja, kita berjuang untuk anak-anak kita, macam saudara Ariff Yasir ini. Dia sedar, dia tahu bahawa masa depan kita akan cukup kelam dan gelap gelita, dia tidak dapat bayangkan seandainya UMNO tidak berkuasa.
Sebab itulah dalam perhimpunan yang cukup bermakna ini, kita hari ini yang menggalas tanggungjawab, amanah sebagai pemimpin mesti melakukan yang terbaik untuk generasi akan datang, beliau meletakkan harapan begitu tinggi kepada kita.
Saya juga terhutang budi kepada dua pemimpin besar yang menjadi ketua saya selama ini.
Yang pertama, saya nak ucapkan penghargaan saya kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenapa saya sebut nama Dr. Mahathir dalam perhimpunan ini kerana tanpa disuruh oleh saya, Dr. Mahathir secara sukarela sanggup berjumpa dengan semua pemimpin UMNO di seluruh negara.
Saya tanya Tun kenapa Tun nak jumpa, dia kata saya nak beritahu pada ahli UMNO pentingnya dia sokong UMNO bukan sokong individu tapi sokong parti kerana kalau parti masih berkuasa, perjuangan masih boleh diteruskan.
Sehingga dia bagi contoh yang cukup menarik, saya dapat feedback dalam perjumpaan-perjumpaan dia secara tertutup, Tun kata walaupun si polan-si polan ini saya tak suka pada dia, saya tak nak sebut siapa, walaupun si polan-si polan ini saya tak suka tapi kalau Presiden parti pilih saya tetap menyokong dia, terima kasih Tun.
Saya juga terhutang budi kepada Pak Lah, atas sokongan yang diberikan pada saya secara berterusan dan teristimewa sekali atas dua perkara, yang pertama, dia sanggup melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden mengikut tradisi parti dengan cara yang begitu baik dan tepati, yang kedua, masa dia serah jawatan pada saya, dia kata; "Najib, I want to see you better than what I did. Terima kasih Pak Lah."
Kenapa saya sebut nama cikgu Seman, mengapa saya sebut wanita yang pukul 6.30 pagi dah 'cop' tempat dia, kenapa saya sebut Tun Mahathir, Pak Lah dan sebagainya, kerana kita akan turun gelanggang tak lama lagi...tak lama lagi...
Bila kita turun gelanggang, bererti bahawa kita akan berperang dan bila kita berperang, angkatan kita ini mestilah merupakan angkatan yang cukup kuat dan padu.
Saya percaya bahawa musuh tidak berapa kuat, saya yakin bahawa orang ramai akan memihak kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN). Yang saya khuatir sikit saja...sikit saja...saya khuatir sikit saja, orang Perlis sebut hun, ada saham kecil takut, soal kita sesama kita.
Tadi Datuk Zahid buat survey, dia umum survey, saya tak tahu apa survey tapi ada surveylah, kalau saya buat survey, saya boleh tanya satu soalan cepu emas, apa soalan nya... soalan cepu emasnya, kalau anda tidak terpilih sebagai calon, adakah anda akan sokong sepenuhnya calon yang dipilih oleh UMNO dan Barisan Nasional?
Saya nak bagi lima kemungkinan;
Yang pertama sokong sepenuhnya. Yang kedua sokong. Okey lagi. Yang ketiga tak kerja, tak bekerja. Yang keempat sabotaj...(disambut sorakan perwakilan) ada suara tu. Yang kelima lompat parti.
Survey ini penting ni, tanya diri sendiri ni. Tak payahlah, kita tak payah, takkan edar borang...tak ada...jangan bimbang...tak ada borang... tak ada.
Saya nak tuan-tuan dan puan-puan sekalian dalam dewan ini, dalam perjalanan balik nanti, dalam kereta nanti, dalam bas ekspres nanti, cuba tepuk dada tanya selera. Walaupun kita lihat dalam suasana dewan ini gema begitu hebat tapi nak menghayatinya, nak bawa semangat ini, nak bertahan sampai masa pilihan raya, nak jumpa penyokong-penyokong kita bila balik, sebab di kalangan kita kadang-kadang banyak batu ronsonnya, banyak tukang kipasnya, yang akan cong kita, kalau tak kuat iman kita.
Daripada sokong sepenuhnya, dia turun kepada sokong ataupun daripada sokong dia buat dek orang kata, tak kerja ataupun lebih parah daripada itu, dia sabotaj parti atau lompat parti.
Saya sebut ini sebagai segala kemungkinan. Dalam dewan ini kebanyakan kita hampir semua ini penyokong tegar, setia pada perjuangan parti kita, setia.
Tapi jangan lupa ada juga bekas menteri, bekas timbalan menteri yang telah mengkhianati parti kita. Dia dah rasa nikmat jadi menteri, nikmat jadi timbalan menteri dan banyak lagi nikmat lain, tetapi hari ini kerana gila jawatan, kerana dirasuk oleh orang tertentu, hari ini menjadi orang yang menentang UMNO dan BN.
Sebab itu dalam perhimpunan ini, kita mesti kata, kita mesti dengan suara yang cukup hebat bahawa jawapan yang kita hendak kepada soalan cepumas itu tidak lain tidak bukan, kalau saya tidak dipilih sebagai calon, saya tetap akan sokong sepenuhnya calon UMNO dan BN.
Boleh tuan-tuan!!!
Boleh tuan-tuan!!!
Boleh tuan-tuan!!!
Terima kasih.
Kalau itu jawapannya, kalau itu yang sebenarnya dalam hati kita, insya-Allah PRU 13 empunya kepada UMNO dan BN dengan kemenangan dua pertiga.
Saudara dan saudari sekalian,
Tan Sri Pengerusi,
Dekat masuk maghrib dah, masa sudah terbatas, ini baru masuk gear dua ini. Baik. Kita sebagai sebuah parti, kita sudah lakukan banyak perubahan. Hari ini kita lihat bahawa melalui dasar transformasi negara, semua orang mengakui bahawa pencapaian kita adalah luar biasa.
Madam Lagarde (Christine Lagarde), Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) yang jumpa saya baru-baru ini kata bahawa dari segi IMF, ini IMF baru, bukan IMF lama, IMF lama itu kawan dia tu.
IMF baru kata pada saya bahawa Malaysialah satu-satu negara di mana ramalan pertumbuhan ekonomi terpaksa diubah kepada pencapaian yang lebih tinggi lagi, dia kata. Ini Madam Lagarde beritahu saya.
Ada dalam laporan Financial Times bahawa pencapaian Malaysia ini adalah pencapaian yang gravity define dia kata, dan kita bukan sahaja bangga dari segi pencapaian yang besar, dari segi mikronya tetapi kita telah berjaya membawa nikmat, dasar kita hampir kepada setiap individu hari ini, telah mendapat nikmat daripada dasar transformasi nasional.
Dan kita memang berlaku adil. Kalau Pas dan puak-puaknya tuduh Felda ini bankrap katanya, dan ada puak-puak nak saman Felda, bila kita bagi durian runtuh, dia yang pertama tercegat situ dengan jubah dia. Dah bagi? Kita ni kerajaan yang adil. Kita tak kata kita bagi orang UMNO sahaja.
Kalau puak di sana dia nak buat, apa pun dia tengok, kalau orang UMNO buat dia tak bagi. Bukan saya cakap, perwakilan cakap. Yang mana? Ladang estet di Kelantan siapa dapat? Hak majlis daerah, hak kontrak-kontrak kelas F di Selangor siapa dapat? Habis kontraktor, penyokong UMNO di Selangor. Termasuk yang saya sebut hari itu. Kontraktor makanan pun habis ditarik balik kerana dia merupakan kontraktor UMNO.
Tapi kita ini, kerajaan kita, kerajaan yang adil. Di mana boleh dia kata, bahawa yang zalim jadi pemerintah, yang baik masuk penjara.
Mengapa dia cakap macam itu, saya tahulah, saya dapat macam-macam laporan, saya tahu betul ke yang baik masuk penjara? Saya nak tanya baik ke manusia itu? Baik... ish! ish! Kena jaga baik baik ke...
Kalau kita masih ingat lagi kalau dia masuk penjara dulu kerana apa? Yang pertama, kerana dia gunakan kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri mengarahkan cawangan khas merubah afidavit yang membawa kepada perbuatan yang tidak bermoral itu. Ish, ish... menyalahgunakan kuasa... bukan kita, dia...
Ini bukan satu yang saya sebut-sebut saja, ini satu fakta dan kenyataan. Memaksa orang menukar afidavitnya dengan kuasa, kerana apa? Kerana nak tutup perbuatan tak bermoral. Ish, ish... Mmmmm.
Jadi daripada situ kita dah boleh nampak siapa yang sokong LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), tengok rentetan dia, tengok... ishh.. . ini baru saja sikit saya keluar ini.. banyak lagi saya simpan ini. Ini yang saya nak kata bahawa kitalah pada pihak benar, ini dia main labelling konon kita ni zalim... zalim mana?
Pengiktirafan dunia Islam pada Malaysia begitu tinggi hari ini, rakan-rakan ada sebut tadi daripada Bangsamoro, daripada King Abdullah dapat ini, dapat itu dan kejayaan kita menjadikan Islam ini sebagai ad-din, kesyumulan Islam, ketinggian Islam adalah perjuangan UMNO dari dulu sampai sekarang.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian dan Tan Sri Pengerusi. Saya nak sebut di sini secara ringkas ada dua perkara, yang pertama, dalam proses membuat perubahan ini UMNO adalah parti yang merupakan gerakan massa (mass movement), jadinya kita ambil pintu terbuka siapa pun boleh masuk. Sudah sampai pada masanya pada pendapat saya dan rakan-rakan, saya bincang dengan Timbalan Presiden parti bahawa kita perlu untuk memperkukuhkan UMNO sebagai suatu institusi supaya kita akan mempunyai kekuatan.
Kekuatan dalam abad ke-21 ini berpunca daripada kekuatan minda, kekuatan ilmu yang lebih unggul, lebih hebat nak lawan orang lain sebab itulah UMNO mesti membangunkan nilai keintelektualan dalam UMNO ini dan saya bersetuju sama dengan Timbalan Presiden, bahawa cadangan daripada Pemuda dan Puteri supaya sebuah institusi UMNO diwujudkan dan kita akan lakukan ini serta-merta, kita tidak perlu pada parti pembangkang.
Marilah, marilah tuan-tuan dan puan-puan, genggamkan tangan kanan kita, dengan penuh yakin dan percaya, letakkan di dada kita, satukan hati dan katakan tuan-tuan, katakan dari hati dan jiwa kita demi Islam, demi Melayu, demi Malaysia, demi pribumi bertuah ini, demi anak cucu kita, kita mesti sedia setia pada perjuangan UMNO, demi kedaulatan dan kesucian agama Islam kerana UMNO mempertahankan Islam.
Kita mesti taat kepada pemimpin UMNO, demi kemenangan parti kerana UMNO pembela rakyat. Katakan tuan-tuan, kita mesti bersatu sesama ahli UMNO, jangan bersengketa kerana perpaduanlah tiang seri kepada kejayaan kita. Yakin dan percayalah, hanya UMNO yang mampu mempertahankan kesucian agama Islam, yakin dan percayalah hanya UMNO yang mampu membela untung nasib bangsa Melayu dan kaum lain.
Katakan dalam jiwa kita, hidup dan matiku hanyalah untuk Islam, akan aku mempertahankan UMNO dan UMNO mempertahankan Islam!
Tuan-tuan dan puan-puan,
Yakin dan percaya, satu undi untuk PKR, maksudnya satu undi untuk kerosakan akidah dan kehancuran kerajaan, satu undi untuk perpecahan Islam. Satu undi untuk DAP, maksudnya satu undi penindasan bangsa tercinta.
Yakin dan percaya, satu undi untuk UMNO dan BN, maksudnya satu undi untuk selamatkan akidah umat Islam.
Satu undi untuk BN, maksudnya satu undi perpaduan dan kekuatan umat, satu undi untuk BN maksudnya satu undi pembelaan bangsa Malaysia.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Marilah kita menadah tangan memohon pada Allah, memohon pertolongan Allah, Ya Allah kuatkan UMNO, Ya Allah kuatkan barisan, Ya Allah kuatkanlah kami Ya Allah, tolonglah kami untuk memelihara agama Islam, tolonglah kami untuk membela bangsa Melayu dan bangsa lain, tolonglah kami untuk berlaku adil kepada semua, peliharalah kami daripada fitnah manusia, pelihara kami daripada kerosakan bangsa, pelihara kami daripada kehancuran negara.
Ya Allah, berilah kemenangan kepada UMNO dan Barisan Nasional, berilah kemenangan kepada kami demi agama Islam, bangsa dan negara, Ya Allah kabulkan doa dan permohonan kami, Amin Ya Rabbal Al-Amin.
Marilah kita sama-sama dalam dewan ini bersumpah dan berikrar dengan nama Allah, selagi darah masih mengalir, selagi hayat dikandung badan, agama suci Islam pasti kita daulatkan, bangsa Melayu pasti kita perjuangkan, rakyat Malaysia pasti kita makmurkan, negara tercinta pasti kita pertahankan.
Hidup UMNO! Hidup Barisan! Hidup Malaysia!
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Selamat berjuang!

Tiada ulasan:

Pengikut