Selasa, 27 November 2012

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012

Posted: 27 Nov 2012 12:49 AM PST



Perhimpunan Agung UMNO 2012 sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 akan berlangsung bermula hari ini, 27hb November 2012 sehingga 2hb Disember 2012. Bukan sahaja parti-parti politik di negara yang memberikan tumpuan kepada persidangan berkenaan, bahkan permerhati politik dari negara luar juga akan memberikan tumpuan kepada persidangan tersebut kerana ini jugalah sedikit sebanyak akan menentukan keputusan pada PRU 13 akan datang.

Kekuatan dan kesepakatan ahli-ahli UMNO akan terbukti di Persidangan Agung UMNO nanti. Harap-harap perwakilan UMNO yang membawa hasrat dan tanggungjawab bahagian-bahagian masing-masing akan kembali dengan membawa semangat yang tinggi bagi merapatkan saf perjuangan. Bersatu kita teguh, bercerai kita runtuh. Jangan lagi kita salahkan sesiapa jika kegagalan dalam PRU12 berulang lagi.


Berikut adalah aturcara sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur bermula 27hb akan November 2012 hingga 1hb Disember 2012.

Peringatan:
Untuk masuk majlis Taklimat Presiden di Dewan Merdeka 2.30 petang  bersamaan Selasa dan semua Persidangan sehingga Sabtu ini, mykad @ kad pengenalan akan digunakan di pintu masuk. Sila bawa mykad @ kad pengenalan masing-masing dan kehadiran tidak sah kepada wakil bagi tujuan keselamatan dan rekod Persidangan.


TAKLIMAT PRESIDEN  
Majlis Taklimat Presiden
Pakaian : Baju Kemeja Merah (Ulang Tahun UMNO ke-66)
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)
Masa : 3.00 petang – 5.30 petang
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC  


PENDAFTARAN PERWAKILAN PERGERAKAN WANITA / PEMUDA / PUTERI  
Pendaftaran Perwakilan  
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)  
Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang  
Tempat : Bilik Melati, Aras 2, PWTC  

PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA / PEMUDA / PUTERI  
Pakaian : Lelaki : Baju Melayu, Perempuan : Baju Kurung  
Perasmian Serentak Pergerakan Wanita / Pemuda / Puteri  
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)  
Masa : 8.00 malam – 11.00 malam  
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4,PWTC 

PERSIDANGAN PERGERAKAN WANITA
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang  
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC  

PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA  
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu)  
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang  
Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, PWTC 

PERSIDANGAN PERGERAKAN PUTERI 
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu)  
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang  
Tempat : Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, PWTC  

PENDAFTARAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO – PERWAKILAN BAHAGIAN  
Tarikh : 28 hb November 2012 (Rabu)  
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang  
Tempat : Bilik Melati, Aras 2, PWTC  

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO  
Perasmian Perhimpunan Agung UMNO  
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 10.30 pagi  
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC  
SOLAT JUMAAT 
Tarikh : 30 November 2012 (Jumaat)  
Masa : 12.00 tengah hari – 2.00 petang  
Tempat : Dewan Tun Razak 4 (TR4), PWTC  

JAMUAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis)  
Masa : 7.30 malam – 10.30 malam  
Tempat : Dewan Tun Razak 1 (TR 1), PWTC  

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bersidang kepada semua Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri serta para Pemerhati yang akan berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula hari ini.
 
 

PROGRAM SENAMROBIK "IT'S YOUTH FIT SELAMBA DANCE"

Posted: 27 Nov 2012 12:21 AM PST

 
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras dengan kerjasama Kelab Perintis Muda telah menganjurkan Program Senamrobik dan Kelas Penjagaan Kesihatan khusus untuk golongan wanita muda dan Ahli Pergerakan Puteri UMNO  pada 24 November 2012 yang lalu bertempat di Perfect Workout Studio ,  15 - 1 Jalan Wangsa Delima 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
 
Program Senamrobik "It's Youth Fit Selamba Dance" dan Kelas Penjagaan Kesihatan telah di kendalikan oleh Ratu Aerobik iaitu Puan Lynda Al Qudree yang berpengalaman dan terkenal di Ibukota. Program tersebut telah mendapat sokongan dari Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, Saudari Sarina Sharif  dan telah di hadiri seramai 50 orang peserta. 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Pengikut