Pengikut

Nuffnang

Ahad, 4 November 2012

Puteri Bahagian Segambut

sumber :-

Puteri Bahagian Segambut


Siapa kata MCA Tolak Hudud? @umbkl @UMNOWP

Posted: 04 Nov 2012 09:20 PM PST


Kebelakangan ini cai2 PR heboh mengecam kenyataan Presiden MCA yang dikatakan menghina aga islam berkaitan kenyataan yang beliau menoklak hudud Pas. UMNO seperti biasa menjadi sasaran kerana dikatakan tidak menegur kenyataan Datuk Seri Chua Soi lek itu

Di bawah ini SP bawakan kenyataan yang dikeluarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia oleh Presiden MCA tersebut bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul berkaitan isu tersebut.


1. Saya ingin merujuk kepada fitnah permainan politik Pakatan Rakyat berhubung dengan isu pendirian MCA berkaitan dengan perjuangan Enakmen Hudud Pas bahawa kononnya MCA menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia.

2. Saya telah berbincang dengan Ustaz Fathul Bari daripada Pertubuhan Ilmuwan Malaysia dan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima penerangan daripada beliau tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar. (rujuk SINI)

3. Ingin saya tegaskan di sini bahawa ketika MCA bangkit untuk menentang perjuangan Enakmen Hudud versi Pas, MCA sebenarnya tidak menghina agama Islam kerana tindakan MCA mempertikaikan perjuangan sesebuah parti politk (Pas) adalah berbeza dengan penentangan MCA terhadap sesuatu agama (Islam). Isu ini sebenarnya telah dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap sesebuah parti politik (Pas) itu adalah agama Islam.

4. Saya seringkali menyatakan bahawa pendirian politik Pakatan Rakyat selalunya konsisten untuk tidak konsisten. Dahulu Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh sendiri bangkit mempersoalkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Istana seharusnya bebas daripada sebarang penglibatan politik. Namun begitu , dalam isu pertikaian MCA terhadap hudud versi Pas pula Pakatan Rakyat hendak melibatkan Yang di-Pertuan Agong demi memenuhi hawa nafsu dan kepentingan politik mereka sendiri.

5. Sekiranya Pakatan Rakyat benar-benar konsisten untuk memperjuangkan keadilan demi agama dan umat Islam, maka mengapa mereka hanya berdiam diri apabila pemimpin DAP iaitu Ngeh Koo Ham dalam tweetnya yang jelas menunjukkan beliau menghina dan memperlekehkan Islam apabila beliau menyatakan bantahan umat Islam terhadap Sam Bacile adalah satu perkara yang terlalu membazir masa dan tenaga. Peliknya juga dalam isu penghinaan Islam oleh pemimpin DAP ini terdapat ramai pemimpin Pas yang keluar menyokong dan mempertahankan beliau.

6. Selain itu, kami telah bersama menuntut kemerdekaan negara dan membangunkan negara hingga ke tahap ini. Tidak pernah sekalipun MCA melakukan sesuatu tindakan yang mengecam agama Islam dan pengamalannya di Malaysia.

7. Seperti mana MCA menghormati agama-agama lain seperti Buddha, Kristian dan Hindu, MCA juga peka dan menghormati sensitiviti umat Islam negara ini, apatah lagi, Islam adalah agama rasmi Persekutuan.

8. Hal ini terbukti dengan sokongan dan penerimaan MCA terhadap perlaksanaan rukun-rukun Islam di negara ini seperti pembinaan masjid, institusi Tabung Haji yang memudahkan umat Islam menunaikan haji, penubuhan dan implementasi pusat zakat dan kutipannya, pembinaan sekolah agama, perbankan Islam, penerapan dasar-dasar Islam dalam kerajaan dan yang paling utama, MCA tidak pernah menentang malah menyokong dan mendokong bahawa Islam adalah agama Persekutuan dengan agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sejak merdeka.

9. Rakyat perlu tahu pada Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam. Manifesto Pas 1986 dalam muka surat lima menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan. "Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam. Oleh itu, dalam sesebuah negara yang demokratik maka MCA hendak menyeru Pakatan Rakyat supaya meletak kembali hudud sebagai salah satu manifesto mereka dalam pilihan raya akan datang (PRU-13) seperti mana Pas meletak manifesto hudud terhadap bukan Islam pada pilihan raya 1986 demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi.

10. MCA juga ingin mencabar pendirian Pas dan PKR dalam isu berkaitan tentang kenyataan Karpal Singh supaya melangkah mayat beliau dahulu sekiranya negara Islam hendak ditubuhkan di negara kita dan sama ada kenyataan tersebut merupakan kenyataan yang berbaur menghina Islam atau tidak. Keduanya, mereka juga perlu menyatakan pendirian terhadap tweeter Ngeh Koo Ham sama ada tweetnya yang mengatakan Are Muslim Wasting Too Much Time and Energy On This ( Protest Sam Bacile )?

11. MCA sekali lagi hendak mencabar pendirian DAP sama ada mereka bersama-sama MCA menentang pelaksanaan hudud versi Pas atau tidak ? Sekiranya mereka menyatakan mereka tidak berkongsi pendirian yang sama dengan MCA dalam isu hudud versi Pas, maka mereka perlu tampil memberitahu rakyat bahawa mereka menyokong pelaksanaan hudud versi Pas di negara kita. Diharapkan DAP tidak lari dan sembunyi daripada cabaran pendirian mereka dalam isu ini. Mereka hanya perlu menyatakan pendirian sokong atau tidak.

12. Justeru, saya sebagai Presiden MCA ingin menegaskan bahawa MCA adalah sebuah parti yang mendokong prinsip demokrasi. Oleh itu, demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi maka Pakatan Rakyat perlu meletakkan hudud versi Pas dalam manifesto mereka dalam pilihan raya yang akan datang. Seandainya ia diterima dan disokong oleh majoriti rakyat Malaysia, maka MCA akan menghormati kehendak rakyat Malaysia. - Utusan




SP ; Inilah perbezaan di antara pemimpin BN dan PR. Pemimpin BN buat silap dan mengakui kesilapan tetapi pemimpin PR buat silap dan tunding kesilapan kepada pihak lain. Pemimpin BN berjumpa dengan pakar agama untuk mendengar penerangan yang terperinci tentang hudud tetapi Karpal Singh menentang hudud mentah2. Pas lak buat apa? Menikus dan tunduk di bawak telunjuk DAP demi survival dan cita-cita mereka untuk ke Putrajaya. Anda rasa yang mana lebih baik? Tepuk dada tanya iman.

Punca PAS Diceraikan 1977 @umbkl

Posted: 04 Nov 2012 07:00 PM PST



DALAM apa-apa pertikaian pun, akhirnya kita akan merujuk kembali kepada sejarah. Tidak kiralah apa isu pun, yang penting faktanya. Menyelusuri fakta-fakta sejarah itulah, satu rumusan perlu difikirkan apakah benar kerajaan Barisan Nasional (BN) telah 'menganaktirikan' Pas suatu ketika dulu attau adakah Pas sebenarnya yang 'angkat kaki' dari kerajaan BN pada 1977 ekoran 'sifat tikam belakang'nya terhadap BN.

Di sini saya utarakan dahulu sedutan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada Pas. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan Pas demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan Pas juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang. Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya Pas meninggalkan atau dikeluarkan daripada BN. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri. Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan Pas mengkaji semula kedudukan Pas dalam BN.

Perkara ini dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung Pas selama tiga tahun berturut-turut setelah Pas menyertai gabungan besar ini. Penubuhan ranting-ranting Pas dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan Pas yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan BN. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah. Ada dalam kalangan rakyat yang menginsafi fakta sebenar Pas dikeluarkan dari BN. Fakta ini merupakan kebenaran yang tidak seharusnya disenyapkan demi merungkai rasa benci dan menyampah pengikut dan penyokong Pas yang melulu terhadap BN khususnya UMNO.

Antara punca sebenar krisis Kelantan pada 1977 adalah daripada Pas sendiri. Malah di dalam portal Pas Pusat itu menyatakan ia bermula apabila timbulnya rasa tidak puas hati Pas terhadap Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Muhammad Nasir. Rakyat waktu itu tertanya-tanya mengapa pada tahun itu, pimpinan Pas melucutkan jawatan Muhammad sebagai Menteri Besar tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih dahulu.

Yang diselindungkan Pas ketika itu ialah: 


  • Ada di antara pemimpin Pas Kelantan memfitnah dan menuduh Muhammad Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pada ketika itu UMNO-BN tidak pernah campurtangan dalam mencorak pemerintahan Pas (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan Pas Kelantan masih di tangan kuasa majoriti Dewan Undangan Negeri.
  • Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam Pas untuk menjatuhkan Presiden Pas (ketika itu), Datuk Dr. Mohd Asri Muda. Ia dilakukan hanya kerana beliau adalah tokoh Pas yang bertanggungjawab membawa Pas menyertai BN pada 1973.
  • Asas yang digunakan oleh sebahagian pemimpin Pas Kelantan (ketika itu) untuk menolak Mohd Asri dan Muhammad hanya kerana selepas PRU 1973, Pas mempunyai kuasa majoriti dengan 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara Pas dan UMNO.
  • Dalam tempoh 1973-1978, Mohd. Asri selaku Presiden Pas dan Muhammad dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli-ahli Pas yang tidak berpuashati dengan perpaduan Pas-UMNO.
  • Krisis Kepimpinan Pas Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar negeri itu, Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh pucuk pemimpin Pas Kelantan itu sendiri.
  • Mohd. Asri pula mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin Pas Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung Pas, desakan yang datang dari beberapa pimpinan PAS antaranya Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan peletakan jawatan sebagai Yang Dipertua Agung Pas pada 23 Oktober 1982.
  • Krisis Kepimpinan Pas Kelantan pada 1977 itu membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.

Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yang dibuat oleh Pas Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dengan alasan yang diberi oleh Pas Kelantan itu dengan mendakwa perkara itu merupakan soal rumah-tangga Pas.

  • Tumbangnya Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam Pas menyebabkan berlakunya rusuhan yang dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan itu mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.
  • Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein dalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku Perdana Menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan di Kelantan mungkin akan merebak ke negeri-negeri lain dan mengekang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei berulang.
  • Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.
  • Rang undang-undang Darurat Kelantan dirangka bersama menteri-menteri Pas yang ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan ia diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dari kalangan menteri Pas sendiri.
  • Setelah Kelantan di bawah Darurat, Mohd. Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat yang dari awal begitu lantang menentang gabungan Pas-BN.
  • Hasil dari desakan itu, Hassan Adli Arshad selaku Timbalan Yang DiPertua Agung Pas dijadikan 'kambing hitam Pas' apabila beliau dipecat oleh Mohd Asri yang kononnya beliau menjadi ketua menteri-menteri Pas yang menyokong rang undang-undang Darurat.
  • Malah beberapa pimpinan Pas yang menentang gabungan Pas-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan Pas-UMNO, menentang setiap arahan dan pelaksanaan kemajuan yang dilakukan BN di Kelantan.
  • Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin Pas ini, menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yang mengabungkan Pas-UMNO.
  • Rentetan dari itu juga menyebabkan 'Krisis dalaman Pas' kepada perpecahan Pas pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.
  • Keluarnya Pas dari gabungan BN-UMNO, menyaksikan satu Pilihan Raya Kecil diadakan di Kelantan diadakan pada Mac 1978.
  • Pada PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekung yang selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas di antaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan Pas cuba menggadaikan Kelantan.
Itulah antara puncanya Tun Hussein pada 1977 mengungkapkan luahan hatinya yang berkait secara langsung dengan tindakan biadab Pas tersebut. Pas 'diceraikan' selepas tidak lagi memegang aspirasi kerjasama apabila berada dalam kerajaan BN.



Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

Firma Guaman Zain & Co Wajar Ditutup? @umbkl

Posted: 04 Nov 2012 05:00 PM PST




Akhbar tiga hari lepas melaporkan bagaimana Firma guaman Zain & Co telah bersekongkol dengan SUARAM untuk menjatuhkan kerajaan yang sah dipilih melalui sistem demokrasi. Rakan kongsi firma tersebut, Amir Hamzah didakwa menandatangani surat memperakui SUARAM sebagai pertubuhan yang sah bagi meyakinkan peguam-peguam Perancis untuk mewakili pertubuhan tersebut dalam isu scorpene yang sebenarnya bukan isu. 

Apa yang mengejutkan ialah firma ini mendapat banyak kontrak guaman dengan kerajaan Malaysia.   Justeru, apa yang dilakukan oleh firma ini bukan setakat mengkhianati negara tetapi juga pelanggan mereka, sekali gus mengingkari peranan mereka sebagai pendokong undang-undang dan keadilan, iaitu institusi yang sepatutnya memegang amanah tertinggi. 

Bagi seseorang yang tidak mengambil tahu hal politik, tentulah melihat tiada apa-apa yang salah dengan tajuk yang penulis pilih di atas, berdasarkan laporan akhbar tersebut. 



Namun, bagi yang cukup arif dengan perjalanan politik Malaysia tajuk yang penulis pilih itu amatlah melucukan.   Ini kerana, bagaimana kita menuntut Majlis Peguam mengambil tindakan ke atas Zain & Co. kerana bersekongkol dengan SUARAM untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia sedangkan Majlis Peguam sendiri merupakan sebahagian dari keseluruhan perancangan yang sama?

Tiada siapa boleh menafikan bahawa Majlis Peguam sering mengambil tindakan berat sebelah dan tidak professional dalam isu-isu yang membabitkan kerajaan Malaysia.   Contohnya, dalam isu demonstrasi BERSIH, beberapa pemerhati telah mendedahkan bagaimana Majlis Peguam telah memutuskan bahawa polis telah bertindak ganas dengan hanya berdasarkan bukti yang memberi kelebihan kepada pihak pembangkang.  Manakala bukti yang dikemukakan oleh polis langsung tidak diberi perhatian. 

Sikap Majlis Peguam ini secara tidak langsung, membenarkan tuduhan pembangkang bahawa pendokong undang-undang Malaysia adalah korup dan tidak berintegriti.  Tetapi, yang peliknya, pihak yang tidak berintegriti dan korup itu semuanya memberi kelebihan kepada pihak pembangkang. 

Lebih buruk lagi, Majlis Peguam tidak pula menunjukkan minat untuk menangani isu membabitkan ahli-ahli mereka yang bermasalah seperti menipu pelanggan, lembab dan terlibat dalam kes jenayah iaitu isu yang benar-benar melibatkan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pendokong undang-undang dan keadilan. 

Sikap Majlis Peguam ini tidak lebih seperti politikus jalanan yang suka mencari publisiti murah semata-mata untuk memburukkan kerajaan.  

Hakikatnya, kesalahan yang didakwa dilakukan oleh Zain & Co. bukanlah kecil.  Jika tindakan gagal dikenakan ke atas mereka, akan dengan sendirinya membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem, seseorang, sesuatu pihak yang bertanggungjawab dalam undang-undang negara ini. 

Di masa yang sama, adalah lucu jika kita menyuruh  Majlis Peguam yang mengambil tindakan terhadap firma tersebut kerana harapan sebegitu samalah seperti menyuruh seorang ketua perompak mengambil tindakan terhadap anak buahnya, dalam rompakan yang dilakukan bersama.

Rupanya @Anwaribrahim Tak Tahu KRONI tu apa @umbkl

Posted: 04 Nov 2012 01:47 AM PDT



Konon PR tak mengamalkan kronisme. Balik2 UMNO dan Barisan Nasional yang dituduh mengamalkan Kronisme. Habis tue gambar atas ni bukan bukti PR itu Kronisme dan Kronisme itu PR ke? Tak sudah2 menipunya le mengkome2 semua ni.............





Orang BTR Masih Ramai Tak Tau Pasal BR1M? #BN4WP @rizalmanmokhtar @UMNOWP @umbkl

Posted: 03 Nov 2012 11:57 PM PDT


Pemuda UMNO Bandar Tun Razak melalui Pergerakan Utusan Pemuda BTR telah mengambil inisiatif mengedarkan borang permohonan BR1M 2.0 kepada pengunjung2 sekitar Pasar Malam Sg Besi petang semalam. Turut turun bersama-sama mengedarkan borang tersebut adalah Ketua Pemuda UMNO Bhgn Bandar Tun Razak merangkap Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Rizalman Mokhtar.



Sedikit info tentang Utusan Pemuda, unit ini ditubuhkan di setiap Pergerakan Pemuda bahagian-bahagian bertujuan untuk menjadi ejen penyebar maklumat atau sebarang input daripada pihak kerajaan kepada rakyat supaya rakyat akan lebih memahami sebarang program2 dan dasar2 kerajaan.

 

Lebih 2,000 keping borang telah diedarkan petang semalam. Sambutan dan maklumbalas yang diterima amatlah menggalakkan. Menurut Pengerusi program, Datuk Rizalman Mokhtar, Ketua Pemuda UMNO Bdr Tun Razak dan WP,

"Walaupun umum mengetahui pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh didaftarkan secara online, tetapi apa yg Utusan Pemuda lakukan adalah sebagai pemudah cara bagi rakyat utk memohon dan termasuklah membantu mengisikan borang tersebut".

Menurut beliau lagi, program ini akan diteruskan di pasar-pasar malam yang lain pula di dalam kawasan Parlimen Bandar Tun Razak kerana masih terdapat segelintir individu yang berkelayakan yang masih tidak mengetahui mengenai BR1M 2.0 ini. 



Pemberian BR1M 2.0 diperluaskan kepada penerima bujang (duda, janda juga termasuk di dalam kategori bujang seperti yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri di dalam Belanjawan 2013 yang lalu. Antara kriteria-kriteria untuk membolehkan anda menerima BR1m adalah seperti berikut:-

a) Bujang / balu / janda / duda 
b) Tiada tanggungan
c) Berumur 21 tahun ke atas
d) Berpendapatan kasar bawah RM2,000




Bagi penerima BR1M sedia ada, mereka tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua manakala pemohon baru boleh mendaftar secara online atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2.0. Bagi penerima BR1M pusingan pertama yang ingin menukar butir-butir sebelumnya perlulah membuat pendaftaran semula.



Borang BR1M boleh juga dimuat turun di SINI atau daftar secara online di SINI


 
SP: Harap2 semua yang mendaftar untuk BR1M 2.0 ni dah mendaftar juga dengan SPR sebagai pengundi. Bukannya apa, janganlah hanya harap kerajaan bagi macam2 tapi kita sendiri tak pernah menyumbang apa2 pun untuk negara. Fikir2kan dan selamat beramal!!!

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian