LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK |
GILIRAN ARTIS VETERAN DIPERLEKEHKAN OLEH PKR Posted: 10 Nov 2012 10:22 AM PST
Sabotaj majlis merupakan salah satu lagi game politik kotor puak FUCKatan Rakyat...Takut dengan sambutan yang LUAR BIASA diberikan terhadap satu-satu majlis anjuran UMNO/BN ,mulalah mencari pasal..alahai..jijik betullah dengan sikap mereka ni. Bermula 9-11 November 2012 ini,Expo Pertanian peringkat Negeri Selangor telah diadakan di Daearh Kuala Langat,pelbagai aktiviti termasuklah gerai jualan menanti para pengunjung.Ada juga sesi ceramah Agama dan tak ketinggalan juga hiburan. Menyentuh bab hiburan ni,aku SETUJU sangat diadakan,bukan buat kat kawasan tertutup pun,dan bukannya artis-artis ni pakai pakaian yang tak senonoh..takkanlah HERMAN TINO nak pakai seluar pendek..alahai singkatnya pemikiran mereka ni.nak kata BODOH tak juga sebab boleh jadi exco..ermmm.. Lebih malang,seolah-olah dirancang,kesemua lampu jalan menuju ke tapak Expo mati..perghhh.. Kan bahaya untuk rakyat,pelbagai aktiviti jenayah boleh berlaku..
p/s: Aku dah kata dah,mereka pentingkan diri sendiri sahaja demi kuasa.. AMIK KAU..LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT... | ||||||||
KERANA RASA TERGUGAT,DOLAH SANI LARIKAN DIRI BILA FAEKAH DATANG KE KUALA LANGAT Posted: 10 Nov 2012 09:57 AM PST
Alamak..biar betul ni..Macam tak percaya,namun inilah hakikat sebenar yang harus diterima dengan hati yang terbuka..Kenapa aku kata sedemikian rupa?Kerana telah banyak kali aku katakan bahawa setiap kali pihak PKR adakan program,setiap kali jugalah GAGAL..biarpun Anuar Ibrahim sekalipun yang hadir..orang dah tak mau dengar dah...segala JANJI PALSU,KEJI-MENGEJI serta PEMBOHONGAN DEMI PEMBOHONGANdilakukan.. Terbaharu..di Dewan Seri Jugra,Telok Datok...sesi penerangan HUTANG TALAM telah diadakan..dimana sesi ini akak Faekah kita ni yang akan mengupas segala-galanya...namun,ibarat TALAM 2 MUKA,yang takde sikap "kemaluan"majlis ini tetap diadakan walaupun yang hadir adalah sekitar 10-15 orang sahaja..serius aku katakan,hanya jumlah itu sahaja..
Mulanya sukar untuk diterima,team PUcTD yang membuat liputan terpaksalah menunggu berjam-jam lagi,manalah tau ada yang hadir lewat..namun,team PUcTD agak terkejut kerana orang BUKAN bertambah,malah berkurangan adalah..sorang-demi sorang bangkit dan meninggalkan majlis tersebut..Ermmm.apa tandanya tu YB Yunus?
Yang lebih menghairankan,pabila AHLI PARLIMEN KUALA LANGAT JUGA TIDAK HADIR.ermmm,apasal pulak...orang kuat MB turun takkan AHLI PARLIMEN takde..tak patutnya...Aku pasti beliau akan memberi alasan ini,"Ada program lain"/"Jumpa Rakyat"/"TERGUGAT". Jawapan paling tepat adalah "TERGUGAT"...manakan tidak si Faekah ni kan orang kuat MB Selangor dan ura-ura mengatakan beliau bakal MB Selangor yang baharu..tentulah abang Dolah Sani ni rasakan dirinya tergugat,Daripada dia datang dan kena "HAMBAT" dengan Faekah..baik dia duk kat umah layan Astro ngan wife baru...U suap I,I suap U..lagi bestkan YB...
Ternyata game politik kotor yang telah diamalkan oleh puak PKR..sanggup ketepikan rakyat demi kepentingan sendiri.. p/s: APA LAGI YANG PERLU KORANG JELASKAN TENTANG HUTANG TALAM NI OII.. Rakyat Selangor mesti diyakinkan bahawa pembelian hutang Talam Corporation sebenarnya tidak perlu langsung. Ini kerana hutang tersebut hanya wujud dalam kerangka hubungan fidusiari sahaja. Ianya tidak menjejaskan secara langsung kepentingan rakyat Selangor. tetapi pembelian hutang Talam Corporation menjejaskan kepentingan rakyat Selangor. Kerana pembelian tersebut melibatkan penjualan tanah-tanah milik Talam Corporation yang bakal dibangunkan di masa depan bagi kepentingan rakyat Selangor. Apabila PKR Selangor bertindak membeli tanah-tanah Talam Corporation melebihi harga pasaran, cara yang paling cepat dan mudah bagi mendapatkan semula wang yang dibelanjakan ialah dengan menjual semula tanah-tanah tersebut pada harga yang lebih tinggi lagi. Apabila ini berlaku bermakna pemilikan tanah-tanah tersebut bertukar tangan dari kerajaan negeri kepada pembida tertinggi. Kehilangan pemilikan tanah-tanah tersebut takkan mampu digantikan semula oleh PKR Selangor. Timbul pula persoalan seterusnya. Bagaimanakah pula wang pemerolehan dari penjualan tanah-tanah berkenaan dibelanjakan pula dan untuk apa? Inilah yang perlu rakyat Selangor disedarkan. Inilah yang benar-benar termasuk dalam amalan pembaziran dan ketirisan sebenar. Buat apa membelanjakan wang rakyat untuk 'bail-out' satu syarikat yang bukan dalam keadaan nazak? Kemudian menipu dengan licik pula melalui penjualan tanah-tanah tersebut sehingga menyebabkan kehilangan pemilikan ke atas tanah-tanah tersebut. Sehingga ke hari ini kita masih tertanya-tanya dimanakah Kertas Putih mengenai pembelian hutang Talam Corporation berkenaan ? Rakyat Selangor perlulah sedar bahawa tindakan PKR sudah banyak merugikan rakyat Selangor di masa depan. Segala aset-aset yang dikumpulkan oleh kerajaan BN dahulu kini semakin hari semakin menyusut akibat tindakan tidak bertanggungjawab PKR Selangor. Semakin lama PKR mentadbir Selangor semakin banyak aset-aset milikan negeri Selangor bakal terjual tanpa ada penggantian semula. Di masa depan apalagi tinggal untuk rakyat Selangor ? sumber: http://semaremas.blogspot.com/2012/07/pkr-selangor-masih-gagal-untuk-menjawab.html |
You are subscribed to email updates from LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan