Rabu, 19 September 2012

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PEMIMPIN DAP TIDAK PEKA PERASAAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA

Posted: 19 Sep 2012 12:57 AM PDT


 
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, Saudari Sarina Sharif  menganggap perkataan yang digunakan pemimpin DAP itu jelas menggambarkan sokongan pemimpin DAP itu terhadap filem tersebut selain memperlekehkan perjuangan umat Islam seluruh dunia yang mempertahankan maruah Nabi Muhammad SAW.


"Mempertahankan maruah Nabi Muhammad SAW adalah sebahagian daripada kewajipan setiap umat Islam dan perbuatannya (Ngeh) mengeluarkan ayat-ayat seperti itu yang begitu celupar jelas menunjukkan dia tidak mempunyai sensitiviti terhadap orang Islam," kata Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras.
 
Ketika umat Islam Malaysia menyertai jutaan umat Islam di dunia mengutuk filem "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhamad S.A.W, pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham mencetuskan provokasi dan kemarahan umat Islam di Malaysia dengan melabelkan bantahan rakyat Malaysia terhadap filem itu hanyalah membuang masa.

Walaupun kenyataan itu bertujuan untuk membalas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaludin yang mengutuk sekeras-kerasnya penghasilan dan penayangan filem Innocence of Muslims yang disifatkan keterlaluan dan mempunyai agenda jahat terhadap umat Islam di dunia namun ianya juga ditujukan kepada seluruh umat Islam termasuk PAS yang menentang filem "Innocence of Muslims". UMNO sebagai parti tunjang yang mewakili majoriti umat Islam di Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya penayangan filem itu di Malaysia dan di laman YouTube.

Selain UMNO, Gerakan menerusi Presidennya, Tan Sri Koh Tsu Khoon juga membantah sekeras-kerasnya penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang disifatkan sebagai tidak sensitif terhadap agama Islam di dunia.

Sehingga kini, DAP dan PKR langsung tidak membuat sebarang kenyataan dalam membantah penayangan filem "Innocence of Muslims" kecuali PAS.

Manakala, PAS rakan seperjuangan DAP dan PKR dalam Pakatan Pembangkang juga mengutuk tindakan penayangan filem "Innocence of Muslims" yang benar-benar melampau dan tidak dapat diterima umat Islam di Malaysia terutama ahli-ahli PAS. Bagaimanapun, DAP rakan karib PAS dalam Pakatan Pembangkang bersifat sebaliknya.

Perbuatan Ngeh Koo Ham itu benar-benar melukakan hati umat Islam di Malaysia. Umat Islam di Malaysia sebelum ini menyertai umat Islam di dunia mengadakan bantahan secara aman dalam penayangan filem itu.

Sebelum ini, Karpal Singh lantang menyuarakan pendapatnya yang menentang pelaksanaan hukum hudud dan menjadikan Malaysia sebagai negara Islam jika Pakatan Pembangkang menang pada PRU-13.

Di manakah sensitiviti pemimpin DAP terhadap agama Islam? DAP memang anti Islam.

Tiada ulasan:

Pengikut