PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN |
- ANTARA MUSLIM DENGAN MUSLIM DAN BUKAN MUSLIM...
- Ordinan Darurat : Kekal atau Mansuh ?
- Blogger sparks uproar - Nation | The Star Online
- BENARKAH POLITIK KONSERVATIF SUKAR BERUBAH?
- ISU BENDERA .......
ANTARA MUSLIM DENGAN MUSLIM DAN BUKAN MUSLIM... Posted: 04 Sep 2012 05:43 AM PDT Kita Cuba Gambarkan Seakan Tiada Rahmah Antara Muslim dan Bukan Muslim SAYA amat bimbang apabila isu-isu agama dipolitikkan. Islam cuba ditafsirkan menurut kepentingan politik masing-masing. Hukum-hakam syarak menjadi mangsa. Permainan politik sanggup menggadaikan segalanya. Amat berbeza antara penilaian berteraskan politik kepartian dengan penilaian yang berasaskan metodologi ilmu dalam Islam. Politik kepartian sering menilai isu atau sesuatu berasaskan kepentingan (political interest), persepsi dan prejudis. Sementara ilmu Islam yang sahih menilai sesuatu berdasarkan dalil dan fakta. Kebenaran dalam Islam itu buta warna parti atau kumpulan. Kebenaran itu kebenaran, tanpa mengira dari mana dan kepada siapa ia berpihak. Firman Allah: (maksudnya): "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Surah al-Maidah, ayat 8). Orang politik datang dan pergi. Parti politik juga demikian. Namun, Islam kekal abadi. Ia menjadi cahaya yang menyinari kehidupan manusia. Orang politik boleh musnah, parti juga boleh hancur. Manusia tidak semestinya bergantung kepada seseorang tokoh atau sesebuah parti. Namun, manusia sentiasa perlukan hidayah Islam yang membimbing ke jalan yang benar. Islam mesti kekal bersih, membimbing semua manusia. Malanglah jika orang politik sanggup mempertaruhkan Islam untuk survival mereka! TAMBAH KELIRU Bukan muslim bertambah keliru dengan hukam-hakam berkaitan mereka yang dikeluarkan kebelakangan ini. Fatwa-fatwa 'ala-Taliban' yang menggambarkan sikap keras Islam terhadap pihak lain dicadang dan didendangkan oleh sesetengah media. 'Juru-juru fatwa' yang boleh ditekan suisnya oleh pihak politik bersedia menunggu. Islam dikaburkan oleh permainan yang seperti ini. Dalam Islam, hubungan dengan bukan muslim bermula dengan terang dahulu, setelah diperjelaskan dan masih ada permusuhan barulah tindakan 'peperangan' boleh diambil jika ada keperluan. Tetapi dalam masyarakat kita agak terbalik iaitu 'perang dahulu' tanpa sebarang penerangan awal yang jelas. Saya telah ulas dalam banyak media tentang isu doa kebaikan kepada bukan muslim. Kini timbul pula isu bukan muslim masuk masjid. Ya, isu ini bermula dengan orang politik. Namun janganlah dalam keghairahan hendak menghentam musuh politik, fakta Islam pula yang dimangsakan. Jika kita enggan menerima mereka masuk, itu persoalan lain. Tetapi menggambarkan kepada mereka bahawa Islam melarang mereka sama sekali memasuki masjid, itu boleh menimbulkan salah faham. Islam ala melayu atau Islam yang ada dalam sejarahnya yang gemilang? Rasulullah menerima perwakilan dalam masjid, bagaimana tiba-tiba hari ini masjid diharamkan untuk mereka?! MASUK MASJID Ya, para fuqaha (ahli fekah) berbeza pendapat tentang hukum bukan muslim masuk ke dalam masjid. Namun, majoriti fuqaha termasuk dalam Mazhab al-Syafi'i berpendapat bahawa bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika ada keperluan untuk itu. Pendapat ini disokong oleh beberapa dalil yang kuat. Di samping, ia juga membantu memahamkan masyarakat bukan Islam mengenai Islam. Dalam negara yang berbilang agama seperti negara kita, pandangan ini bukan sahaja kuat dari segi dalilnya, ia juga memberikan kebaikan kepada dakwah Islam itu sendiri. Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w telah menghantar pasukan (skuad) tentera berkuda dan menawan Thumamah bin Athal yang merupakan kepimpinan Bani Hanifah dari Yamamah. Beliau dibawa ke Madinah dan diikat di tiang masjid Nabi s.a.w. Apabila Nabi s.a.w datang ke masjid dan melihatnya, baginda bertanya: "Apa yang ada engkau dapati wahai Thumamah?" Jawabnya: "Bersamaku kebaikan, wahai Muhammad! Jika engkau membunuhku, engkau membunuh orang yang punyai darah (berhak dibunuh atau mungkin beliau meminta simpati), jika engkau memberi kurnia, engkau memberikan kurnia kepada orang yang berterima kasih. Jika engkau mahu harta, engkau boleh minta seberapa banyak yang engkau mahu". Lalu Nabi s.a.w meninggalkannya. Keesokannya Nabi s.a.w bertanya lagi: "Apa yang engkau dapati Wahai Thumamah?". Jawabnya: "Seperti yang aku katakan, jika engkau memberi kurnia, engkau memberi kurnia kepada orang yang berterima kasih". Nabi meninggalkannya. Keesokannya lagi Nabi s.a.w bertanya lagi: "Apa yang engkau dapati wahai Thumamah?". Jawabnya: "Seperti yang aku katakan kepadamu". Lalu Nabi s.a.w memerintahkan: "Bebaskan Thumamah". Thumamah pun keluar pergi ke mata air berdekatan masjid, beliau mandi, kemudian masuk semula ke masjid dan mengucapkan: "Aku bersaksi bahawa tiada ilah (yang diabdikan diri) melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah". Beliau juga berkata: "Wahai Muhammad! Demi Allah, duhulu tiada atas muka bumi yang lebih aku benci daripada engkau, sekarang berubah engkau telah menjadi orang yang paling aku sayangi. "Demi Allah, dahulu tiada agama yang lebih aku benci dari agamamu, sekarang berubah agamamu menjadi agama yang paling aku sayangi. Demi Allah, tiada dahulu negara yang lebih aku benci dari negaramu, sekarang berubah negaramu menjadi negara yang paling aku sayangi..". Hadis di atas menunjukkan bagaimana Thumamah bin Athal seorang tawanan perang yang menentang kerajaan Nabi s.a.w dibawa masuk ke dalam masjid. Antara tujuannya, agar dia dapat melihat kehebatan ibadah dalam Islam. Sekalipun dia musuh dan tawanan perang, Nabi s.a.w menggunakan pendekatan yang menarik jiwanya sehingga dia akhirnya menganut Islam. Ini dengan cara menempatkannya dalam masjid dan baginda bertanya soalan selama tiga hari lalu memaafkannya. Kesan berada di masjid dan kemaafan Nabi s.a.w, akhirnya kepimpinan musuh tersebut menganut Islam. Hadis ini menjadi bukti bahawa orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid. Inilah pegangan kebanyakan ulama termasuk dalam Mazhab al-Syafi'i. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H): "Hadis ini menunjukkan harus membawa orang kafir masuk ke dalam masjid. Mazhab Syafi'i mengharuskannya dengan izin muslim. Ini merangkumi kafir ahli kitab atau selain mereka". (al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, 12/435, Beirut: Dar al-Khair). Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi mengeluarkan hukum tentang bukan muslim masuk ke masjid seperti berikut: "Pendapat yang tepat bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid untuk sesuatu kemaslahatan syariah atau sesuatu keperluan tertentu seperti mendengar sesuatu yang membawa masuk ke dalam Islam, atau keperluannya untuk minum air yang berada dalam masjid atau selainnya. Ini kerana Nabi s.a.w mengikat Thumamah bin Athal al-Hanafi dalam masjid sebelum dia menganut Islam, baginda juga menempatkan perwakilan Thaqif dan perwakilan Kristian Najran di masjid sebelum mereka menganut Islam. Ini kerana ada banyak faedah mereka memasuki masjid, antaranya; mendengar ucapan dan nasihat Nabi s.a.w, melihat orang bersolat dan membaca al-Quran dan berbagai faedah besar yang lain bagi sesiapa yang melazimi masjid". (Fatawa al-Lajnah al-Daimah 6/276. Riyadh: Idarah al-Buhuth) LUASKAN FUNGSI MASJID Kita sepatutnya meluaskan fungsi masjid agar dapat menjadi 'centre for Islamic Information' yang mesra pelanggan. Masjid sepatutnya berfungsi menyampaikan Islam kepada setiap pihak; muslim dan bukan muslim. Di negara seperti Malaysia yang berbilang agama dan budaya, kaum muslimin perlulah aktif dan intraktif dalam menyampaikan mesej Islam. Jika masjid dijadikan zon larangan bagi orang bukan muslim sehingga tidak dapat mendekatinya, bilakah Islam akan dapat difahami oleh mereka. Sudahlah dalam negara ini banyak fatwa ala-taliban yang cuba menggambarkan seakan tiada rahmah antara muslim dan bukan muslim, ditambah lagi dengan ditutup ruang untuk mereka mendengar ajaran Islam. Masjid digambarkan musuh mereka dan mereka dilarang menghampirinya. Sementara dalam masa yang sama ada pihak bukan Islam yang menjemput muslim dengan hormat ke tempat ibadah mereka serta menghulurkan berbagai bantuan. Akhirnya, kita terus bermusuhan tanpa mencari titik dakwah, atau sekurang-kurang noktah yang mengurangkan sangkaan salah terhadap agama hidayah ini. Ke manakah hala tuju Islam yang hendak kita bawa dalam negara ini? |
Ordinan Darurat : Kekal atau Mansuh ? Posted: 04 Sep 2012 05:40 AM PDT Apakah Pemansuhan Ordinan Darurat Satu Kesilapan Besar? Sdr Pengarang, WALAUPUN pada Khamis 19 Julai yang lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menolak andaian bahawa pembebasan tahanan punca jenayah meningkat, tetapi masyarakat awam secara amnya masih khuatir akan keselamatan diri dan kediaman mereka ekoran daripada pembebasan 1,473 banduan baru-baru ini. Kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein itu sekalipun melegakan sedikit tetapi jauh disudut hati, rakyat secara umumnya khuatir akan keselamatan diri mereka, anak-anak dan juga keluarga. Rakyat masih berasa bimbang, peningkatan kes jenayah adalah disebabkan oleh keputusan kerajaan membebaskan tahanan tersebut di seluruh negara yang ditahan di bawah Ordinan Darurat, Akta Kediaman Terhad 1933 dan Rang Undang-Undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011. Pembebasan dilakukan sejak beberapa bulan lepas ekoran pengumuman pemansuhan oleh kerajaan terhadap ketiga-tiga akta tersebut tahun lepas. Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberi jaminan kesemua bekas tahanan yang dibebaskan akan dikawal serta tempat tinggal mereka juga akan dipantau. Tetapi ini masih tidak meredakan perasaan gelisah orang awam mengenai jaminan keselamatan mereka. Pada pengamatan saya, ini semua berlaku kerana masyarakat secara umum pada mulanya mengambil mudah dan memandang ringan akan kepentingan akta-akta yang telah dimansuhkan itu. Sebahagian besar termakan dengan kempen supaya akta-akta itu dihapuskan tanpa mengambil kira akan kesan yang bakal terjadi akibat daripada pemansuhannya. Mereka menyokong kerana terpengaruh dengan kempen ke arah perlunya sebuah masyarakat sivil, ketelusan dan sebagainya. Malangnya, jenayah adalah satu perkara yang bukan sahaja rumit tetapi memerlukan pendekatan yang berbeza untuk ditangani. Hanya polis yang mampu membuat keputusan yang tepat apabila berhadapan dengan penjenayah, bukannya kita orang awam yang tidak tahu apa-apa tentang aktiviti jenayah. Ini kerana tidak semua orang sanggup dan bersedia tampil ke hadapan untuk menjadi saksi dalam perbicaraan kes-kes jenayah kerana khuatir akan menjadi mangsa sasaran kumpulan kongsi gelap kerana mendedahkan aktiviti mereka. Itulah mengapa akta-akta kediaman terhad dan buang negeri diwujudkan agar para penjenayah yang diketahui oleh polis terlibat dalam kes-kes jenayah tetapi tidak dapat dibuktikan menerusi proses undang-undang, dibendung kegiatan mereka menggunakan akta-akta ini. Kini selepas akta-akta ini dimansuhkan, barulah orang ramai sedar betapa mereka telah melakukan kesilapan dengan mendesak agar akta ini dimasuhkan. Perasaan dan rasa gelisah ini juga kini wujud di kalangan masyarakat Cina dan India yang rata-rata kononnya dahulu menentang kuat kewujudan akta ini. Mereka juga sedar kini bahawa pemansuhan akta-akta berkenaan adalah satu kesilapan yang besar. Mereka tidak lagi berasa selamat selepas ia dimansuhkan. CHAN KIM HOE SS2 Petaling Jaya Selangor |
Blogger sparks uproar - Nation | The Star Online Posted: 04 Sep 2012 05:17 AM PDT |
BENARKAH POLITIK KONSERVATIF SUKAR BERUBAH? Posted: 04 Sep 2012 01:02 AM PDT Dilema parti politik konservatif 4 September 2012 Saya mengakui bahawa saya bukanlah seorang peminat kolumnis akhbar New York Times, Thomas Friedman kerana merasakan tulisan beliau terlalu menunjuk-nunjuk. Namun kolum terbarunya, "It's still half-time in America" (Masih Separuh-Masa di Amerika) menggamit perasaan dan membuat saya berfikir serta membandingkan Perhimpunan Agung Parti Republikan di Tampa dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Kuala Lumpur. Apatah lagi, kedua-dua sambutan ini berlangsung pada minggu yang sama, dengan wajah Mitt Romney, tokoh korporat yang menjadi calon Parti Republikan menghiasi sari berita antarabangsa. Sememangnya, Malaysia bukan Amerika Syarikat, tetapi sudah pasti ada perkara yang boleh kita pelajari dari kuasa besar ini. Ia agak menyedihkan untuk melihat parti ulung politik Amerika ini dikuasai puak ekstremis daripada kalangan Tea Party yang marah akan perubahan sosioekonomi sedang berlaku di Amerika. Hasil penyelidikan akhbar Washington Post akhir Ogos kelmarin menunjukkan 92 peratus daripada ahli Parti Republikan (GOP) adalah orang putih berbanding hanya 58 peratus untuk Parti Demokrat. The Economist dalam laporan edisi November 2011 pula menjangkakan tahun 2050, seramai 15 hingga 30 peratus daripada populasi Amerika daripada kaum Amerika Latin manakala Afrika dan Asia Amerika meningkat dari 19 ke 24 peratus. Malang sekali, persepsi masyarakat tentang GOP ialah sebuah parti yang didominasi orang berkulit putih, kaya dan dingin terhadap mereka yang tidak berkongsi norma hidup sama. Seperti ditulis Friedman "ia merupakan pesta hipokrasi tanpa segan silu." Walaupun begitu, kebolehan sistem politik Amerika mengakomodasi sistem dua parti ini, menampakkan kehebatan sistem politik dan demokrasi negara itu. Debat politik di Amerika terbahagi kepada mereka yang mempunyai pandangan berbeza tentang masyarakat dan gaya hidup, bukannya tentang etnik berbeza yang mahukan kuasa. Walaupun berbeza pendapat, rasa jati diri identiti bangsa Amerika itu sendiri utuh, ia luas dan mampu menerima segenap lapisan masyarakat. Dari jenis Tea Party dengan idea yang hiper konservatif ke liberal di Parti Demokrat, politik Amerika ialah pasar yang terbuka di mana semua pemain boleh menempatkan diri. Namun, dengan menjadi lebih sempit dan kurang toleran, GOP memilih untuk menuju gerbang kehancuran. Malang sekali, politik Malaysia tidak seluas itu. Sejak kebelakangan ini, politik Malaysia banyak memainkan sentimen perkauman, memaksa rakyat memilih parti yang disokong berdasarkan kepentingan kaum. Strategi ini menghancurkan kekuatan masyarakat kita. Keinginan untuk kesucian perjuangan dan mengekalkan keeksklusifan telah merosakkan parti ulung politik Malaysia ala GOP, iaitu Umno. Idea-idea yang lebih kosmopolitan dan dinamik telah diketepikan dan parti mana yang tidak menggunakan khidmat ahli politik veteran yang efektif dan pakar berkomunikasi seperti Tan Sri Sharir Samad, sudah pasti dilanda kesulitan. Ini sememangnya harus berubah. Umno seharusnya mampu untuk menyentuh isu agama, bahasa atau kebudayaan dan menggunakan ahli parti (seperti Shahrir dan Nur Jazlan) yang boleh merapatkan jurang perbezaan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Adakah kita boleh menerima hakikat bahawa hari ini terdapat pelbagai interpretasi tentang Malaysia? Bangsa apa yang kita raikan setiap tanggal 31? Ternyata, isu ini paling sensitif kepada orang Melayu. Selain Islam, naratif politik Melayu adalah bersandarkan pada raja dan golongan elit yang feudalistik, kita orang Melayu kerana kita rakyat dan pengikut yang setia. Menyoal peranan kita dalam masyarakat sememangnya sesuatu yang masih tidak dapat diterima umum. Namun, sistem ini sudah semakin runtuh dan ramai dalam Umno yang kurang selesa dengan cara lebih terbuka, transparen, dan dinamik. Malaysia kian berubah dan persoalannya ialah bagaimana kita memacu perubahan ini ke konsep identiti Melayu dan Malaysia yang lebih luas dan kurang eksklusif. Apa yang paling penting ialah kesivilan. Pemain politik Amerika terkenal dengan kempen yang kotor, tetapi selepas mengangkat sumpah di mana pemenang diangkat menjadi presiden, secara teorinya mereka bersatu. Mereka akan patuh kepada peraturan politik yang ditetapkan dan mereka yang melanggar peraturan ini akan dihukum sekeras-kerasnya kerana melanggar "fair play". Sentimen ini juga ada di Malaysia, dan pemain politik kita seharusnya menghormatinya. Saya tidak tahu apa akan berlaku dalam pilihan raya di Amerika atau Malaysia akan datang, tetapi kita seharusnya menerima dengan terbuka hak untuk setiap rakyat mengutarakan pendapat sendiri dan meneruskan kehidupan mereka. |
Posted: 04 Sep 2012 12:56 AM PDT 'Sang Saka Malaya' bukan bendera asal Tanah Melayu 4 September 2012 SHAH ALAM – Dakwaan kumpulan yang mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, Khamis lalu, bagi menggantikan Jalur Gemilang kononnya ia bendera asal Tanah Melayu disanggah pakar sejarah. Bukan itu sahaja, pakar sejarah turut menggelar kumpulan tersebut sebagai pelupa dan jahil sejarah tanah air. Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah. Menurutnya, warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob. "Perkara yang diperjuangkan kumpulan KMM ini adalah memerdekakan Tanah Melayu, tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya. "Namun majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Katanya, selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam. "Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun perjuangan mereka ini ditolak majoriti rakyat Tanah Melayu, tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula," katanya. Semalam, Sinar Harian melaporkan blogger 'Singa Selatan' mengakui membawa bendera baru pada sambutan kemerdekaan tanah air kerana Sang Saka Malaya bendera itu adalah simbolik panji perjuangan dalam menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu. Sementara itu, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, bendera Sang Saka itu memang sering digunakan oleh negeri-negeri Nusantara sejak dahulu lagi, namun ia bukanlah bendera asal Tanah Melayu. Katanya, dakwaan bahawa bendera itu sebagai bendera asal adalah sesuatu yang amat bodoh dan cubaan mempersoalkan kedaulatan negara. "Parti yang mendukung pembentukan Indonesia Raya telah diharamkan, tetapi penyokongnya masih ada, jadi mereka cuba membuat pembohongan besar dengan cuba menukar sejarah kononnya itu adalah bendera asal," katanya. |
You are subscribed to email updates from PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan