Khamis, 20 September 2012

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


SISTEM BERAJA DI MALAYSIA.

Posted: 20 Sep 2012 07:13 AM PDT


SEGALA-GALANYA bermula daripada dasar Malayan Union yang diperkenalkan pada 4 April 1946 di Tanah Melayu oleh Parti Buruh Britain.
Sebaik Perang Dunia Kedua tamat, British yang kembali ke Tanah Melayu mengusir tentera Jepun menganggap kedaulatan Tanah Melayu sudah tidak wujud. Malah, British berpendapat sudah tiba masanya mereka berkuasa dalam menentukan sistem pentadbiran Tanah Melayu.
Bertitik-tolak daripada pascapeperangan berkenaan tanpa melakukan sebarangan rundingan bersama wakil orang Melayu, British mengambil keputusan memperkenalkan Malayan Union.
Malangnya, dasar Malayan Union telah menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan orang Melayu.
Ketika itu, Dato Onn Jaafar, Dr. Burhanudin Helmi pegawai, kumpulan bangsawan dan segelintir orang Melayu menentang Malayan Union.
Mereka rasa terhina dengan sikap British yang angkuh dan bertindak sesuka hati dalam mewujudkan pentadbiran baru di Tanah Melayu. Lebih menyemarakkan kemarahan apabila British mahu menghapuskan kedaulatan raja-raja Melayu.
Raja-raja Melayu bukan saja diminta menyerahkan kedaulatan negeri masing-masing kepada British malah undang-undang baru diperkenalkan kepada raja-raja. Secara tidak langsung, dasar Malayan Union itu sendiri yang menyebabkan orang Melayu hilang sabar dan tercabar apabila kedaulatan raja-raja dan maruah bangsa diperkotak-katik oleh bangsa asing.
Menurut tokoh sejarah Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, fenomena kebangkitan dan kemarahan orang Melayu memberi kejutan kepada pihak British yang selama ini menyifatkan orang Melayu mudah menurut perintah.
Ujarnya, jika orang Melayu pada era itu tidak bangkit menentang Malayan Union, tidak mustahil Tanah Melayu atau Malaysia hari ini tidak mempunyai raja-raja berdaulat yang memayungi negara.
"Episod kemarahan orang Melayu terhadap Malayan Union telah membawa berita baik khususnya kepada orang Melayu.
"Bagi memastikan institusi Raja-Raja Melayu tidak dihapuskan dan terus kekal, maka jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan. Ini disebabkan berdasarkan laporan Suruhanjaya Reid, Persekutuan Tanah Melayu yang mengecapi kemerdekaan wajar diketuai seorang raja," jelas Kay Kim yang turut memberitahu jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan pada Ogos 1957 selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.
Sistem monarki




Memandangkan Malaysia memiliki Raja-Raja Melayu dari sembilan buah negeri seperti iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak, maka setiap raja diberi peluang memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh lima tahun. Ia termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.
Secara amnya, jawatan Yang di-Pertuan Agong bukanlah jawatan yang diwarisi turun temurun. Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai ketua negara yang memayungi rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, fahaman politik dan taraf kehidupan.
Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan dalam demokrasi berparlimen pada dua peringkat iaitu peringkat Persekutuan dan peringkat Negeri.
Pada peringkat Persekutuan, ketua negara merupakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong manakala di peringkat negeri ketua negeri dikenali dengan pelbagai nama seperti Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri.
Raja berperlembagaan bermaksud sistem beraja mengikut perlembagaan. Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri manakala raja di sesebuah negeri pula bertindak menurut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong, dilantik menerusi undi sulit dan persidangan oleh Majlis Raja-raja yang dihadiri oleh sembilan raja setiap negeri.
Seorang lagi pakar sejarah, Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam memberitahu, sistem beraja di Tanah Melayu sudah mula wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sekitar tahun 1400 yang diasaskan Parameswara iaitu seorang putera raja Srivijaya dari Palembang.
Evolusi sistem beraja
PENENTANGAN Orang Melayu terhadap Malayan Union meneruskan legasi raja-raja berdaulat yang memayungi negara.


Meskipun pada satu ketika Melaka pernah lumpuh akibat diserang Portugis tetapi sistem kerajaan dan raja sentiasa ada apabila putera Sultan Alauddin Riayat Shah II anak kepada Sultan Mahmud Shah menubuhkan Kesultanan Johor di Johor bagi meneruskan dan mewarisi Kesultanan Melaka.
"Sistem beraja di Malaysia turut mengalami evolusi sejajar dengan peredaran masa tanpa sedikitpun menjejaskan hak dan keistimewaan raja itu sendiri. Lagipun peranan raja pada zaman dulu dan kini sudah berbeza.
"Dahulu raja mempunyai kuasa mutlak. Segala arahan, cadangan dan keputusan diputuskan oleh raja kerana pada masa itu Dewan Rakyat dan Parlimen belum wujud. Hari ini, negara yang mengamalkan konsepkan demokrasi segala keputusan dan rang undang-undang yang dibuat perlu dibincang terlebih dahulu tetapi perlu mendapat perkenan raja," jelas Ramlah kepada Kosmo!.
Tambah Ramlah, Yang di-Pertuan Agong adalah lambang keutuhan negara. Sebagai ketua negara, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan dan kuasa penting pada pentadbiran negara serta rakyat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
Selain bertindak sebagai ketua agama Islam, Yang di-Pertuan Agong turut berfungsi dalam tiga cabang utama iaitu eksekutif kerajaan, legislatif dan kehakiman. Dalam cabang eksekutif kerajaan, Agong berkuasa melantik Perdana Menteri, selepas pilihan raya umum manakala diperingkat legislatif pula Agong merupakan salah satu komponen Parlimen yang bertindak memanggil dan membubar Parlimen.
Sementara itu, dalam cabang kehakiman, Agong mempunyai peranan besar melantik ketua hakim negara selepas berunding bersama Majlis Raja-Raja berdasarkan nasihat Perdana Menteri.
Menyentuh mengenai cabaran dan kesukaran Yang di-Pertuan Agong pada hari ini yang berhadapan dengan ancaman pihak tidak bertanggungjawab untuk membubarkan sistem beraja di Malaysia, Ramlah menjawab ringkas:
"Raja mahupun jawatan Yang di-Pertuan Agong sentiasa terpelihara dan dilindungi. Perkara 181 (1), Perlembagaan Persekutuan sememangnya menjamin kedaulatan dan kuasa raja untuk terus memayungi negara.
"Rakyat tidak sewajarnya mempertikaikan peranan dan kedaulatan raja-raja. Kita seharusnya menghormati raja seperti yang termaktub dalam ikrar taat setia, Rukun Negara yang berbunyi, Kesetiaan kepada Raja dan Negara," tutur Ramlah.

PUAK ANWARINAS MULA "MENGINTAI" HARON?

Posted: 20 Sep 2012 07:08 AM PDT


RAMAI menjangka Majlis Syura Pas yang lalu akan menyingkirkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tetapi ia berlaku sebaliknya. Ramai juga yang menjangka Nasharudin tidak akan datang ke Mesyuarat majlis tetapi tiba-tiba muncul. Ini yang memeranjatkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kehadiran Nasharudin adalah suatu kebijaksanaan bermakna pandai membaca senario dan politik. Pengunduran Mursyidul Am Pas dari mempengerusikan mesyuarat juga suatu kemujuran bagi mengelakkan pertentangan wujud dalam majlis syura.

Dalam Majlis Syura terdapat dua kelompok. Paling tidak dari kenyataan Datuk Dr. Haron Din, Datuk Harun Taib, Dr. Mahfuz dan beberapa lagi menyebabkan Nasharudin memberanikan diri untuk hadir.

Kata pepatah 'berani kerana benar, takut kerana salah'. Nasharudin mengambil sikap gentlemen untuk hadir.

Dari kenyataan Nik Abdul Aziz, sikap Tuan Ibrahim Tuan Man yang mula dipertikai imej ulamaknya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang susah hendak dijustifikasikan pendiriannya memperlihatkan suatu lagi kelompok yang tidak sefahaman dengan isu yang dibawa oleh Nasharudin.

Isu yang dibawa oleh Nasharudin selama ini adalah isu yang menyangkut maruah Pas dan imej ulama. Kerana dalam masa sama kelompok Anwarinas menganggap Nasharudin ialah pendukung utama ke arah negara Islam, mendesak mengkaji semula tahallluf siasi, membangkitkan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang bermaharajalela dan kerajaan Perpaduan.

Keputusan Majlis Syura adalah tempelak paling hebat kepada orang seperti Anwar Ibrahim, Husam Musa, Khalid Samad, Mohammad Nizar Jamaluddin dan DAP. Mereka yang berjaya mengeluarkan Nasharudin daripada Timbalan Presiden Pas dulu mahukan Nasharudin dipecat.

Pada hemat penulis tidak mungkin tidak berlaku perbincangan mengenai isu-isu yang dibawa oleh Nasharudin. Cuma keputusan tidak diambil memecatnya. Pembacaan penulis semacam isu-isu yang dibawa oleh Nasharudin adalah sesuatu yang relevan. Kalau tidak relevan, Nasharuddin tentu dipecat.

Mana-mana Majlis Syura dalam organisasi Islam lazimnya memberi kebebasan kepada anggota syuranya bercakap without fear and favour. Isu negara Islam dan hudud adalah isu yang valid atau sah dalam konteks Pas. Isu keluar dari Pakatan adalah isu yang relevan kerana DAP sering membuat kenyataan yang keras dan menghina terhadap Pas. Anwar Ibrahim dari PKR sedang menghadapi krisis integriti yang serius dan sentiasa menggunakan pengaruh Anwarinas untuk memberikan warna baru kepada perjuangan Pas.

Dalam struktur kepimpinan Pas, Majlis Syura mempunyai status yang tinggi, Jawatankuasa Tertinggi dan Lujnah Politik duduk dibawahnya. Kalau dibenarkan Jawatankuasa Tertinggi dan Lujnah Politik membuat keputusan sudah lama Nasharudin dipecat.

Haron Din yang menggantikan Nik Aziz mempengerusikan mesyuarat telah membuat kenyataan awal yang positif terhadap Nasharudin. Maksud kenyataan Haron supaya isu-isu yang dibawa oleh Nasrudin dibincangkan secara musyawarah bukannya kenyataan yang dibuat oleh Nik Aziz, 'langgar peraturan, gugur'.

Penulis percaya puak Anwarinas tidak akan berdiam diri dan puas hati dengan apa yang berlaku. Dari satu sudut keputusan yang diambil meletakkan ulama pada landasannya semula. Dengan isu Nasharudin yang diputuskan oleh Majlis Syura menjadikan ulama mampu menggunakan pendekatan al-Quran , "Waamruhum syuraa baina hum" sebagai landasan membuat keputusan.

Dari sisi lain, kelompok Anwarinas akan menggunakan gelanggang muktamar yang dijangka berlangsung pada November ini untuk membincangkan semula isu Nasharudin ini. Jika ini berlaku sudah tentu ada dua puak yang bakal bertelagah dan ia tidak baik bagi Pas menghadapi Pilihan Raya ke-13 yang semakin dekat.

Agak payah memenangi kerusi sekiranya di akar umbi terdapat dua kelompok, yang satu memperjuangkan kewibawaan ulama dan yang satu lagi akan terus mendukung misi Anwarinas dan sekutunya untuk mencapai hasrat ke Putrajaya.

Sekiranya wibawa ulama segar semula, perjuangan Nasharudin dengan isu yang dibawanya akan jadi relevan. Tetapi jika wibawa puak Anwarinas tangkas menghadapi barisan ulama, Nasharudin dan isu yang dibawanya dilihat tidak lagi relevan.

Pertarungan ini nampaknya ada tanda-tanda untuk menjadi sengit. Ia sesuatu yang tidak boleh dielakkan berlaku kerana ia adalah menentukan nasib perjuangan kelompok.

Bagi pihak Anwarinas menganggap Nasharudin adalah duri dalam daging perjuangan mereka. Ulama yang menguasai Majlis Syura mengambil pendekatan di sebaliknya. Nasharudin adalah aset untuk mengembalikan maruah ulama pada tempatnya.

Pada hemat penulis Nasharudin tidak hanya dipertahankan kerana damage control menjelang pilihan raya yang semakin dekat. Seorang Dr. Hasan Ali yang dipecat telah memberi kesan kepada Pas dan politik Malaysia.

Bayangkan Hasan, Nasharudin dipecat sudah tentu simpati Haron akan bertambah. Apakah selepas Hasan dan Nasharudin menjadi sasaran puak Anwarinas, Haron juga dianggap penghalang cita-cita mereka. Terdapat blog yang sudah mula mengkritik Haron. Hanya masa saja yang mampu memberi jawapannya.

PRU BERASINGAN HELAH PEMBANGKANG.

Posted: 20 Sep 2012 06:59 AM PDT




SERAH DIRI KEPADA PENGUNDI

ADA yang kata November. Tidak kurang juga yang kata bulan Mac atau April tahun depan. Tak kisahlah, bila-bila pun boleh diadakan kerana parti politik semuanya dah bersedia. Cuma ada parti politik yang masih teraba-raba mencari alasan untuk tidak mengadakan PRU dalam tempoh terdekat ini. Mereka salahkan daftar pengundi. Dulu semasa menang empat negeri, daftar pengundi tidak disalahkan.

Inilah mainan politik. Jika Nik Aziz Nik Mat tidak gentar menghadapi PRU pada bila-bila masa tetapi Khalid Ibrahim pula terasa lain macam. Maka dia tidak mahu mengadakan PRU serentak jika diadakan dalam tempoh terdekat. Padahal inilah masanya untuk 'menyerah diri' kepada pengundi bagi menjawab segala persoalan yang dilemparkan oleh Barisan Nasional (BN) terhadap kerajaan PKR pimpinannya.

Jika tidak berupaya menjawab isu Talam, air, lori sampah, cukai pintu, bantuan itu dan ini dan sebagainya eloklah serah kepada pengundi. Biar pengundi menjadi hakim. Memang betul kenyataan Timbalan Presiden MCA, Liow Tiong Lai yang berkata, kerajaan negeri yang diperintah PKR sangsi dengan penilaian rakyat terhadap pemerintahan mereka selama ini yang banyak menabur janji kosong daripada menunaikannya.

"Kita kena serah diri kepada rakyat untuk dinilai, bukan menggunakan helah seperti ini (pilihan raya berasingan) untuk menang,'' katanya semalam.

Jika segala persoalan yang dilontarkan selama ini tidak mampu dijawab, berilah peluang kepada rakyat membuat penilaian. Janganlah dilibatkan soal lain seperti daftar pengundi belum bersih. Ini alasan untuk mewajarkan kekalahan jika tewas, tetapi bagaimana jika kekal perintah Selangor? Dalam isu Talam misalnya, ramai kecewa kerana Khalid gagal memberi jawapan sewajarnya. Beliau juga tidak muncul dalam debat yang diadakan di kawasannya, Bandar Tun Razak. Kenapa Khalid `hilang' ?

Sebelum ini, Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek sudah bertemu di pentas debat, begitu juga dengan beberapa pemimpin lain. Lebih malang, kain rentang debat melibatkan pemimpin MCA, Chua Tee Yong diconteng. Bertindaklah lebih matang dalam berpolitik. Seperti diselak sebelum ini, enam bulan terakhir ini amat penting untuk parti politik menunaikan janji yang belum tertunai.

Parti politik tentunya tidak mahu segala janji mereka akan bertukar menjadi slogan janji dimungkiri rakyat dibohongi. Masa yang semakin terbatas akan digunakan untuk menutup semua 'lubang' atau 'kebocoran'. Seperti dalam bola sepak, mereka cuba melengah-lengahkan permainan sehingga wisel penamat.

Tiada ulasan:

Pengikut