PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN |
- ''MARUAH BANGSA TANGGUNGJAWAB UMNO''
- PILIHANRAYA BERASINGAN. APA AGENDA TERSIRAT PEMBANGKANG?
- PRU 13 : KEPENTINGAN FAKTOR PSOKOLOGI DAN PERSEPSI.
- RUMUSAN DEBAT POLITIK : ANTARA LIM DAN CHUA
- Konspirasi-Freemason-Osama-Anwar-Yahudi
- APA ITU FREEMASON?
- SELAMAT HARI MALAYSIA YANG KE 49 TAHUN
''MARUAH BANGSA TANGGUNGJAWAB UMNO'' Posted: 16 Sep 2012 08:24 AM PDT Teks penuh ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, pada Perhimpunan Agung UMNO ke-53 (1999) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. ''MARUAH BANGSA TANGGUNGJAWAB UMNO'' Empat puluh dua tahun bukan satu jangka masa yang panjang dalam sejarah sesebuah negara. Negeri-negeri Melayu telah dijajah lebih dari 400 tahun jika dikira dari tarikh kejatuhan Melaka. Dengan perkataan lain bangsa Melayu dan rumpun Melayu mengambil masa lebih dari 400 tahun untuk merebut balik kemerdekaan, untuk membebaskan diri. Sebaliknya kejatuhan negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak ke tangan bangsa asing mengambil masa yang amat pendek, hanya beberapa hari atau minggu sahaja. HARGAI KEMERDEKAAN NEGARA Jika kita ingin sejarah penaklukan kita oleh kuasa asing tidak berulang hendaklah kita sedar bahawa kemerdekaan kita, kebebasan kita boleh dihapuskan dalam masa yang singkat. Dan setelah hilang kemerdekaan kita tidak mudah untuk mengembalikannya. Proses mengembalikan kemerdekaan akan memakan masa yang amat panjang mungkin beberapa abad. Hakikat ini perlu kita ingat jika kita menghargai kemerdekaan kita, jika kita ingin terus bebas dan merdeka, jika kita ingin kekalkan penentuan nasib kita dibuat oleh kita sendiri selama-lamanya. Ingatlah sementara orang Melayu di Semenanjung dan di Sabah serta Sarawak bebas dan merdeka, orang Melayu ke Utara dan Selatan tidak seperti kita. Mereka hidup di negara orang dan selama-lamanya akan hidup di negara orang. Oleh itu insaflah dan bersyukurlah dengan nikmat hasil perjuangan kita. Walaupun di zaman ini penjajahan dan penaklukan secara langsung oleh sesuatu bangsa ke atas negara lain sudah tidak dapat diterima lagi, tetapi ini tidak bermakna keinginan untuk menjajah sudah luput daripada budaya penjajah, khususnya etnik Eropah. Harimau tidak akan hilang belangnya. Demikian etnik Eropah masih ingin menguasai dunia, masih ingin menjajah, jika tidak secara langsung sekurang-kurangnya secara tidak langsung, dengan mendominasi negara lemah atau dengan mengguna boneka mereka. Inilah yang sedang kita lihat sekarang. Penjajah akan menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka mempunyai niat untuk menjajah semula negara bukan milik etnik Eropah, tetapi hasil daripada tindakan mereka tidak banyak berbeza daripada penjajahan. Secara efektif wilayah yang menjadi sasaran mereka dikuasai oleh mereka, diletakkan di bawah telunjuk mereka, dan sebenarnya diperintah oleh mereka. Kerajaan negara-negara yang mereka kuasai tidak lagi bebas untuk mengurus ekonomi atau politik dalaman dan luar. Semasa dunia terbahagi kepada dua blok, negara-negara kecil di Asia dan Afrika mempunyai pilihan untuk menukar blok jika mereka berasa terancam oleh mana-mana blok. Dengan itu tekanan ke atas mereka tidaklah terlalu berat. Kedua-dua blok berhati-hati kerana tekanan yang terlalu kuat boleh menyebabkan mangsa mereka mencari perlindungan blok yang satu lagi. Malangnya blok Komunis ditewas dan dunia tinggal dengan satu blok sahaja _ iaitu blok Kapitalis. Bebas daripada kemungkinan negara-negara berkecuali memilih untuk menyertai blok Komunis, negara Kapitalis tidak lagi membendung atau menyembunyi keinginan mereka untuk menjajah semula. Mereka juga tidak lagi perlu menyembunyi taring mereka. Apa dianya sistem Kapitalis yang sebenar didedahkan tanpa segan-silu. KUASA PASARAN MENJADI PENENTU Mengikut sistem Kapitalis yang sekarang diperkenalkan, Pemerintah atau Kerajaan tidak lagi berhak mengawal gerak-geri peniaga dan pengusaha iaitu kapitalis dalam pasaran yang bebas. Kuasa pasaran atau 'market-forces' akan menentukan segala-galanya. Jika sesuatu yang dilakukan oleh mereka merugikan mereka maka kononnya mereka dengan sendirinya akan mengawal perbuatan itu atau menghentikannya. Dengan itu segala aturan-peraturan dan undang-undang yang mengawal dan menguasai aktiviti kapitalis di negara mereka dimansuhkan melalui proses 'deregulation' yang disarankan oleh mereka. Maka bertambah kayalah yang berjaya dan berwibawa, dan hancurlah yang lemah dan kecil. Melalui proses Darwin survival of the fittest' maka muncullah gergasi Kapitalis yang memiliki atau menguasai jumlah modal yang tidak terhad. Gergasi-gergasi ini mendapati negara mereka terlalu sempit untuk cita-cita besar mereka. Kenapakah, tanya mereka, sempadan negara mereka harus membataskan kegiatan mereka untuk mengejar keuntungan yang tidak terhad? Kenapakah mereka tidak boleh mengguna modal besar mereka di seluruh dunia? Kenapakah negara-negara yang mempunyai potensi untuk dieksploitasi harus menyekat gergasi-gergasi kapitalis ini dengan mengadakan undang-undang tertentu yang mengehadkan kegiatan perniagaan kepada warga mereka sahaja? Kenapakah negara-negara ini juga tidak mengadakan 'deregulation' dan memberi kebebasan kepada kuasa pasaran? Melalui GATT atau Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan, mereka cuba meruntuhkan segala benteng pertahanan negara-negara di dunia. Mereka mengambil kesempatan daripada perkembangan teknologi telekomunikasi untuk memperkenalkan konsep dunia tanpa sempadan, ''a borderless world'', yang kemudian ditakrif sebagai ''globalisation'' atau globalisasi. Apabila Pertubuhan Perdagangan Dunia atau WTO ditubuhkan mereka menggunakan badan ini untuk memajukan konsep globalisasi. Mereka mengguna sebagai umpan pelaburan modal mereka yang boleh membawa kemajuan yang pesat kepada negara-negara membangun. Mereka mengugut untuk menyekat kemasukan barangan dari negara-negara industri baru, ''the New Industrialising Countries'', jika pasaran mereka ini tidak dibuka luas untuk kemasukan barangan dan modal mereka. Demikianlah gambaran menarik berkenaan globalisasi yang dicanang oleh mereka sehingga seluruh dunia termasuklah negara industri yang baru dan negara membangun menyambut konsep globalisasi dan berjanji akan meruntuhkan semua sempadan nasional dan membuka luas pasaran mereka kepada barangan dan modal negara maju dari Barat. Malaysia adalah antara negara membangun yang asyik mendengar berita baik dari Barat ini sehingga membenarkan Ringgit dijadikan matawang antarabangsa yang boleh diniagakan dengan bebas. Pelaburan modal asing dalam pasaran saham digalakkan melalui 'road-show' di negara-negara maju. Dan Malaysia serta peniaga-peniaganya begitu gembira melihat Indeks Komposit naik dengan mendadak, jauh lebih tinggi daripada nilai sebenar saham-saham mereka. Dengan kenaikan ini, syarikat-syarikat memiliki modal pasaran yang tinggi yang membolehkan mereka berhutang dengan banyaknya dari bank. Bagi peniaga kita, globalisasi, dunia tanpa sempadan, ternampak menarik dan akan membawa keuntungan yang tidak terhingga. KEMUNGKINAN DIJAJAH SEMULA Apa yang kita tidak faham dan tidak sedar ialah keruntuhan sempadan kita mendedahkan kita kepada kemungkinan kita dijajah semula. Sama ada bekas penjajah-penjajah dari Barat berniat atau merancang untuk menakluk semula wilayah-wilayah yang telah dibebaskan oleh mereka pada pertengahan abad ini, tidak dapat dipastikan. Mereka menyangkal yang mereka mempunyai niat serupa itu. Tetapi apa yang berlaku setelah globalisasi diterima dan sempadan dirobohkan ialah negara-negara yang baru sahaja merdeka, bahkan yang tidak pernah dijajah, telah secara tidak langsung dijajah. Senjata penjajahan yang terbaru dan amat berkesan ialah menurunkan nilai matawang negara yang menjadi sasaran mereka. Mereka juga menyerang dan menurunkan nilai saham-saham yang diniagakan di pasaran saham negara sasar. Apabila nilai matawang dijatuhkan maka kuasa membeli peniaga, rakyat dan juga negara akan jatuh dan mereka tiba-tiba akan menjadi miskin. Lebih rendah nilai matawang ditekan turun lebih lemahlah kuasa membeli. Oleh kerana semua negara perlu mengimport pelbagai jenis barang, bahan mentah dan makanan dari luar, maka kejatuhan nilai matawang bermakna bukan sahaja barangan import terpaksa dikurangkan tetapi harga barangan ini dalam matawang tempatan akan naik dan inflasi akan menekan rakyat. Kehidupan rakyat, terutama yang miskin akan terancam. Mereka mungkin tidak dapat membeli makanan yang cukup, membeli ubat atau susu untuk anak. Lebih rendah nilai matawang tempatan berbanding dengan nilai matawang asing yang diperlukan untuk bayaran import, lebih miskin dan daiflah rakyat negara sasaran. Adakalanya nilai matawang tempatan diturunkan sehingga tidak berguna lagi. Dengan kejatuhan nilai matawang, pembayaran hutang luar sukar dibuat. Demikian juga hutang bank dalam negeri sukar dibayar. Bank-bank dan syarikat-syarikat pun rugi dan lumpuh. Pekerja mereka terpaksa dibuang dan jumlah penganggur pun meningkat. Dengan itu masalah sosial menjadi amat buruk. Tidak cukup dengan menurunkan nilai matawang, kapitalis Barat jenis baru ini menyerang dan menurunkan nilai saham syarikat yang disenarai dan diniagakan di pasaran saham. Melalui 'short-selling' atau jualan singkat, iaitu menjual berturut-turut saham milik mereka atau yang mereka pinjam, harga saham ditekan turun serendah-rendahnya. Apabila harga saham jatuh lebih rendah daripada harga saham yang dicagar dengan bank, maka bank akan menuntut supaya peminjam membayar sebanyak perbezaan di antara nilai saham yang dicagar dan nilai saham di pasaran semasa. Oleh kerana semasa kegawatan semua syarikat tidak mendapat keuntungan, bahkan tidak dapat berniaga, mereka tidak dapat menunaikan tuntutan bank. Dengan itu hutang mereka menjadi hutang yang tidak dapat dibayar atau 'non-performing loans' dan mereka tidak lagi dapat meminjam dari bank untuk berniaga. Bank pula rugi kerana terlalu banyak hutang tidak dibayar. Di Malaysia, Kementerian Kewangan yang pada masa itu dipimpin oleh peminat IMF (International Monetary Fund) menyulitkan lagi keadaan dengan menaikkan kadar faedah kepada, secara efektif, 24 peratus; mengurangkan duit dalam bank komersil dan memendekkan masa hutang ditakrif sebagai sudah menjadi lapuk dari enam bulan kepada tiga bulan. Di masa yang sama belanjawan Kerajaan dipotong sebanyak 21 peratus. Oleh kerana perbelanjaan pengurusan tidak dapat dikurangkan, maka peruntukan untuk pembangunan terpaksa dihapuskan sama sekali. Atas arahan Kabinet, simpanan berkanun atau 'statutory reserve' bank-bank dikurangkan sebanyak tiga peratus supaya bank mempunyai wang untuk dipinjamkan. Bank Negara menurut arahan ini tetapi di masa yang sama Bank Negara menarik balik pinjamannya kepada bank-bank sebanyak jumlah yang sama. Dengan ini arahan Kabinet tidak membawa apa-apa kesan dalam menambah kredit yang boleh dipinjamkan oleh bank. Tindakan Kementerian Kewangan pada ketika itu, yang diilhamkan oleh IMF, telah menyebabkan aktiviti ekonomi hampir terhenti terus. Bank-bank tidak dapat mengutip hutang, syarikat tidak dapat membayar hutang. Ekonomi merosot dengan teruknya dan banyaklah syarikat yang merayu supaya mereka diberi kebenaran menjual syarikat mereka kepada orang asing. Hasil mahsul Kerajaan jatuh dengan teruknya kerana tidak ada perniagaan yang memperolehi keuntungan. Ada kemungkinan Kerajaan tidak dapat menanggung perbelanjaan pengurusan. Kerajaan begitu terdesak sehingga ramai pemerhati asing meramalkan Malaysia akan terpaksa meminta pertolongan IMF dan menerima syaratnya untuk membuka ekonomi supaya orang asing dapat membeli bank dan syarikat-syarikat yang sudah tenat dengan harga yang murah. Senjata ekonomi yang dimiliki oleh kuasa Barat, terutama kebolehan untuk menjatuhkan nilai matawang dan harga saham memang mustajab. Mereka boleh menggunakan senjata ini untuk melemahkan sasaran mereka sehingga terpaksa tunduk kepada kehendak mereka. Kesan utama senjata ini ialah membuka negara kepada gerakan keluar-masuk modal kapitalis Barat tanpa apa-apa syarat atau sekatan. Perlindungan yang biasa diberi kepada peniaga tempatan mestilah dihapuskan supaya peniaga asing bebas bukan sahaja untuk mengambilalih sepenuhnya bank-bank dan syarikat-syarikat tempatan tetapi mereka boleh menubuhkan perniagaan dan bank-bank yang dimiliki 100 peratus oleh mereka. Dengan kekuatan modal dan pengalaman mereka, semua perniagaan dan perusahaan tempatan akan dikuasai oleh mereka. Rakyat tempatan hanya akan menjadi pekerja mereka, yang mungkin dibenar melabur dalam syarikat mereka tetapi tidak mungkin menguasai syarikat asing ini. Apabila ekonomi sudah dikuasai, mereka akan cuba menguasai politik pula. Di beberapa negara kecil di Amerika Tengah, yang ekonomi mereka bergantung hampir sepenuhnya kepada estet pisang yang dimiliki oleh pelabur asing, kepimpinan negara bergantung kepada sokongan pemilik estet besar ini. Dengan itu pelabur asing akan menentukan siapa yang menubuhkan Kerajaan. Di Malaysia kita mempunyai masalah yang rumit. Melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) kita mengagih atau cuba mengagihkan pemilikan syarikat dan aneka jenis perniagaan di antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera. Dasar ini memang tidak disukai oleh 'free-marketeers' atau peniaga pasaran bebas dari Barat. Mereka menganggap dasar ini sebagai diskriminasi terhadap mereka. Pemberian peluang penswastaan kepada Bumiputera umpamanya menghalang mereka daripada mengambilalih sepenuhnya syarikat dan khidmat yang diswastakan. Di Amerika Selatan penswastaan bermakna menjual perniagaan milik Kerajaan kepada orang asing untuk mendapat wang tunai bagi membayar hutang. Tetapi di Malaysia kita tidak perlu wang tunai kerana kita tidak ada hutang yang banyak untuk dibayar. Oleh sebab ini dan sekatan-sekatan Dasar Ekonomi Baru, orang asing amat kecewa. Kita tidak boleh meminjam dari IMF kerana syaratnya akan menghalang pencapaian DEB. Jika DEB terhalang kita akan menghadapi masalah besar, lebih besar daripada kegawatan ekonomi yang sedang kita alami. Orang Melayu dan Bumiputera lain akan memberontak, merusuh jika mereka hanya dapat menjadi pekerja dalam syarikat asing. Kita percaya tidak ada rakyat Malaysia yang sanggup menyerahkan pengurusan ekonomi negara kepada orang asing. Tetapi rupa-rupanya ada juga warganegara kita, bahkan pemimpin kita, yang melihat kegawatan ekonomi sebagai peluang untuk mengambilalih kepimpinan Kerajaan. Penyangak matawang asing bukan sahaja sengaja merosakkan ekonomi kita untuk mendapat keuntungan tetapi mereka menyalahkan kita, kerana mengikut mereka kita yang merosakkan ekonomi kita, yang menyebabkan kegawatan ekonomi. Mereka menuduh kita mengamalkan kronisme, nepotisme dan tidak telus dalam pengurusan ekonomi kita, yang menyebabkan ekonomi kita menjadi lemah dan runtuh. Bahawa Kerajaan yang sama dengan dasar serta amalan yang sama telah berjaya membangunkan ekonomi dengan begitu pesat sehingga kita dikenal sebagai 'Ekonomi Harimau' atau 'Tiger Economy' sebelum Julai 1997 dilupakan. Jika benarlah kita dan dasar serta amalan kita yang salah, kenapakah ekonomi negara kita tidak gawat lebih awal? Kenapakah ia dapat tumbuh dengan pesat? Kenapakah pendapatan per kapita yang hanya RM750 semasa kita mencapai kemerdekaan meningkat kepada RM12,500 sebelum kita diserang oleh penyangak matawang? Jika mereka tidak menjatuhkan nilai wang kita dan harga saham kita, apakah ekonomi kita dengan sendirinya akan merosot? Dakwaan mereka jelas tidak munasabah. Dakwaan mereka hanyalah untuk menyembunyi peranan mereka dalam merosakkan ekonomi kita seperti yang kita dakwa awal-awal lagi. Rakyat Malaysia tentu nampak bahawa alasan kronisme, nepotisme, korupsi dan tidak telus disebut oleh mereka untuk meletakkan kesalahan kepada kita dan bukan mereka. Kita tidak menafikan bahawa gejala ini memang ada di negara kita, tetapi ia bukan sebabnya yang ekonomi kita runtuh. Tetapi seperti yang saya sebutkan sebentar tadi, ada pemimpin daripada kalangan kita yang nampak peluang daripada kegawatan ekonomi, daripada tuduhan yang dibuat oleh penyangak asing ini. Oleh itu pemimpin ini menyuruh orang suruhannya, supaya membangkitkan soal kronisme, nepotisme, korupsi dan lain-lain. Bekas Timbalan Perdana Menteri sendiri mengaku di Terengganu bahawa dialah yang menyuruh Ketua Pemuda UMNO menuduh secara tidak langsung pucuk pimpinan Kerajaan Malaysia mengamalkan kronisme, nepotisme dan sebagainya. Saya akui saya agak 'naive' atau terlalu lurus kerana tidak percaya bahawa Timbalan saya, orang yang saya bawa masuk ke dalam UMNO, orang yang saya beri kedudukan dalam parti dan Kerajaan, orang yang saya sokong supaya mendapat jawatan-jawatan yang tinggi dalam parti dan Kerajaan, akan cuba menjatuhkan saya. Tetapi sekarang saya terpaksa mempercayai inilah yang dilakukan olehnya. Dia sendiri telah mengaku. Senjata ekonomi yang berada pada kuasa asing memang tajam dan boleh dengan sendirinya menewaskan kita dan menjadikan kita dijajah semula. Tetapi apabila orang asing disokong dan dibantu oleh orang tempatan, terutama pemimpin Kerajaan sendiri, maka kemungkinan kita dijajah semula amatlah besar. Kita tidak sedar bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mempunyai agendanya yang tersendiri. Sebab itu apabila dia melaksanakan apa yang dipanggil oleh media asing sebagai 'virtual IMF', kita tidak menyoalnya dan tidak menghalang pendekatannya. Bekas Menteri Kewangan menaikkan faedah pinjaman, mengurangkan kredit, memendekkan tempoh dari enam bulan kepada tiga bulan untuk mengisytiharkan hutang menjadi lapuk dan menarik balik wang yang dipinjamkan kepada bank apabila Kabinet mengarah supaya rizab berkanun bank dikurangkan sebagai cara menambah wang dalam bank. Belanjawan Kerajaan pula dikurangkan sebanyak 21 peratus. Dengan ini rancangan pembangunan Kerajaan terpaksa dihentikan. Kontraktor Bumiputera terutamanya, dan kontraktor lain tidak lagi mendapat kontrak, bahkan kontrak yang telah diberi ditamatkan. Mereka dan pembekal mereka tidak lagi ada perniagaan dan pendapatan. Dengan tindakan-tindakan ini kegawatan yang sudah teruk menjadi lebih teruk. Pemerhati asing meramalkan Malaysia tetap akan meminta pertolongan IMF dan menerima syarat-syarat serta pendekatannya untuk menangani kegawatan, pendekatan yang hari ini diakui oleh IMF sendiri memburukkan lagi ekonomi negara yang diserang oleh penyangak matawang. Tetapi masih juga kita tidak menaruh syak wasangka terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri. Harapan bekas Timbalan Perdana Menteri ialah dengan ekonomi menjadi lebih teruk dan Kerajaan disalahkan oleh rakyat, terutamanya perwakilan Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1998, maka Presiden UMNO akan undur. Bukankah Presiden telah memberi pengakuan bahawa dia akan undur jika dia tidak mendapat sokongan lagi, khususnya sokongan UMNO dalam Perhimpunan Agungnya? Malangnya bagi perancang strategi ini Perhimpunan Agung UMNO 1998 tidak menunjukkan tentangan mereka kepada Presiden. Walaupun Ketua Pemuda dengan lantangnya menuduh Kerajaan mengamalkan nepotisme, kronisme dan lain-lain, Perwakilan jelas ternampak memberi kepercayaan kepada Presiden. Kepercayaan ini menyebabkan Presiden tidak undur. Dengan ini percubaan untuk menjatuhkan pucuk kepimpinan UMNO supaya orang nombor dua dapat mengambilalih tempatnya gagal. Kerajaan menumpukan segala usaha untuk menyelamatkan ekonomi. Tetapi bekas Timbalan Perdana Menteri tidak dapat menumpukan kepada usaha ini kerana buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM disebarkan. Walaupun dinasihat supaya tidak menyekat penyebaran buku ini kerana tuduhan didalamnya dikatakan olehnya sendiri sebagai tidak berasas, bekas Timbalan Perdana Menteri masih tidak senang hati dan cuba mengenakan injunksi terhadap penyebaran buku tersebut. Akhirnya, beliau membuat aduan kepada Polis dan meminta Polis mengharamkan penyebaran buku tersebut. Pihak polis tidak dapat mengharamkan penyebaran buku berkenaan sebelum kesahihan tuduhan dalam buku itu ditentukan dahulu. Dengan itu Polis menyoal beberapa orang yang namanya terdapat dalam buku berkenaan. Apabila orang-orang ini disoal, maka bekas Timbalan Perdana Menteri menggelisah dan meminta supaya Menteri Dalam Negeri menyuruh Polis menghentikan siasatan. Walaupun Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa tertentu, ia tidak termasuk memberhentikan siasatan ke atas sesiapa. Sebab itu ramai pemimpin UMNO, termasuk Menteri dan Ketua Menteri/Menteri Besar pernah disiasat, bahkan didakwa di mahkamah dan dihukum, termasuk hukuman mati. Jika Menteri atau Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk menghentikan siasatan, sudah tentu ramai penyokong dan keluarga pemimpin UMNO akan meminta supaya siasatan terhadap orang tertentu dihentikan. Tetapi di negara ini seperti yang selalu didesak oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, kita mempunyai pentadbiran berundang-undang atau 'Rule of Law'. Menteri atau Perdana Menteri tidak boleh campurtangan atau menghalang siasatan yang diizinkan oleh undang-undang. Hasil daripada siasatan inilah bekas Timbalan Perdana Menteri dihadapkan ke mahkamah oleh Pendakwaraya, bukan oleh Perdana Menteri. Sebelum dari itu kepimpinan kanan UMNO dan Majlis Tertinggi mendapati ada alasan yang kukuh bagi menyingkirkan Dato Seri Anwar dari jawatan Timbalan Presiden dan keahlian dalam UMNO. Perkara ini amat serius dan Majlis mendengar pembelaan diri Dato Seri Anwar dan membahas dengan mendalam di hadapannya sebelum memutuskan untuk melucutkan jawatan dan menyingkirnya daripada parti. Apabila disingkir maka Dato Seri Anwar mula menggugat kestabilan negara. Harapannya ialah supaya Kerajaan Malaysia dijatuhkan sepertimana Kerajaan di negara lain dijatuhkan. Rakyat dihasut supaya mengadakan demonstrasi dan rusuhan di jalan-jalanraya. Usaha ini jelas disokong oleh media dan orang asing termasuk pemimpin negara tertentu yang membuat ucapan di negara kita supaya rakyat merusuh untuk menjatuhkan Kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokratik. Bakal penjajah dan boneka mereka di Malaysia masih berusaha untuk melemahkan negara ini. Benteng yang mempertahankan kedaulatan negara ialah UMNO. Jika Malaysia hendak dijajah semula, penjajah mesti langkah mayat UMNO dahulu. Malangnya apa yang tidak dapat dinafikan ialah tuduhan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri sukar dipercayai. Bolehkah seorang yang ternampak begitu warak, yang boleh menjadi imam dan pandai berkhutbah, bolehkah ia melakukan perbuatan yang begitu buruk seperti yang didakwa di mahkamah? Tidak mungkinkah semua tuduhan dan tindakan polis didorong oleh komplot Perdana Menteri yang tidak ingin Dato Seri Anwar menjadi Perdana Menteri? Kekeliruan dan kurang kepercayaan kepada dakwaan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri mudah difaham kerana apabila laporan berkenaan tingkah-laku bekas Timbalan Perdana Menteri dibuat kepada saya pada tahun 1993, saya juga tidak percaya. Apabila Ummi Hafilda dan Azizan menulis kepada saya menuduh Timbalan Perdana Menteri melakukan perbuatan luar tabii, saya masih tidak percaya. Saya berasa lega apabila polis memberitahu saya yang Ummi Hafilda dan Azizan sudah menarik balik tuduhan mereka. Apabila ditanya oleh pemberita saya telah berkata tuduhan itu berniat jahat dan bertujuan untuk menyekat Dato Seri Anwar daripada menjadi Perdana Menteri menggantikan saya. Ahli-ahli Majlis Tertinggi boleh mengesahkan yang saya terus menyokong Timbalan Presiden sebagai pengganti saya. Saya dapati amat sukar untuk mempercayai yang Timbalan saya, rakan dan kawan saya boleh terlibat dengan apa yang dituduh ia melakukannya. Saya cuma mempercayai akan kebenaran tuduhan terhadap Dato Seri Anwar apabila polis, selepas siasatan awal terhadap buku 50 Dalil susulan kepada laporan yang dibuat oleh beliau sendiri, melaporkan kepada saya bahawa ada kebenaran dalam tuduhan buku itu. Polis memberi keterangan yang jelas. Saya tidak boleh menolak lagi tuduhan terhadap Dato Seri Anwar. Tetapi untuk lebih menyakinkan diri saya bahawa tidak ada niat tidak baik oleh sesiapa terhadap Dato Seri Anwar, saya sendiri memanggil beberapa orang yang disebut dalam laporan polis untuk saya soal sendiri. Selepas itu saya tidak lagi dapat menafikan kebenaran tuduhan yang dibuat terhadap Dato Seri Anwar. Jika saya yang mendapat bukti dan penjelasan dari polis dahulu berasa ragu akan kebenaran tuduhan terhadap Dato Seri Anwar, apatah lagi orang-orang yang hanya mendengar berita daripada akhbar atau penjelasan daripada orang lain. Apatah lagi apabila Dato Seri Anwar membalas tuduhan dengan mendakwa semuanya adalah konspirasi politik untuk menghalang perlantikannya sebagai Perdana Menteri. Tuduhan bahawa saya mengadakan konspirasi untuk menjatuhkan Dato Seri Anwar adalah tidak munasabah. Saya tidak pernah berkonspirasi terhadap sesiapa termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri yang lain, Tengku Razaleigh dan pemimpin-pemimpin UMNO lain yang tersingkir atau digugur dahulu. Sebaliknya saya yang menjadi mangsa pakatan untuk menjatuhkan saya. Berkonspirasi seperti yang dituduh saya telah lakukan bukanlah sesuatu yang mudah dibuat dan dirahsiakan. Ini adalah kerana begitu ramai yang perlu terlibat. Saya perlu mendapat kerjasama daripada ramai pegawai polis, pegawai pendakwaraya termasuk pendakwaraya sendiri, ramai hakim, ramai lelaki dan perempuan yang menjadi mangsa Dato Seri Anwar, semua Menteri Besar dan Ketua Menteri, semua ahli Majlis Tertinggi dan ramai orang lain yang perlu tahu jika konspirasi yang saya dituduh hendak dijayakan. Mustahil konspirasi ini tidak sampai ke pengetahuan umum berbulan-bulan sebelum Dato Seri Anwar disingkir. Di Malaysia di mana rahsia sukar disimpan, di mana surat-surat layang dan Internet bermaharajalela, menyembunyi komplot yang melibatkan berpuluh orang yang terdiri daripada pemandu kereta, perempuan-perempuan tertentu sehingga kepada pegawai-pegawai tinggi dalam polis, jabatan pendakwaraya dan kehakiman, adalah mustahil. Konspirasi yang besar seperti ini tentu akan terbongkar dan tersebar luas berbulan-bulan sebelum apa-apa berlaku, kerana konspirasi mengambil masa yang panjang untuk dirancang, diatur dan untuk mendapat kerjasama ramai yang perlu terlibat. Konspirasi tidak boleh diadakan dengan serta-merta. Tetapi tidak ada sesiapa yang mencerita, tidak ada surat layang yang membongkar komplot ini. Sehingga hari Dato Seri Anwar disingkir tidak ada apa-apa berita tentang Perdana Menteri dan Presiden UMNO sedang berusaha untuk menghalang Dato Seri Anwar daripada menjadi Perdana Menteri. Sebaliknya umum tahu bahawa Dato Seri Anwar telah dinamakan oleh saya sebagai pengganti saya hampir ke saat terakhir. Demikianlah kepercayaan bahawa Dato Seri Anwar akan mengganti saya sehingga ramai daripada pegawai, Menteri Besar dan pemimpin parti di pelbagai peringkat yang tidak berani menyoal apa-apa perbuatan atau arahan yang dibuat oleh Dato Seri Anwar. Mereka semuanya takut mereka akan menjadi mangsa apabila Dato Seri Anwar menjadi Perdana Menteri. Dalam kegawatan pemikiran yang terdapat di kalangan sebilangan daripada ahli UMNO dan penyokong Dato Seri Anwar, parti-parti lawan tentulah mengambil kesempatan untuk melemahkan UMNO. Bagi mereka yang diutamakan bukan bangsa, bukan negara, bukan agama. Keutamaan mereka hanyalah kepentingan politik mereka. Melihat Dato Seri Anwar disingkir maka parti lawan tiba-tiba menunjukkan simpati kepadanya seolah-olah mereka ingin melihat Dato Seri Anwar terus menjadi ahli UMNO, Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Jika mereka tidak suka Dato Seri Anwar disingkir, kenapakah dahulu semasa ianya menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri mereka tidak menyokongnya? Sebenarnya parti lawan sedang sibuk menangguk di air yang keruh. Bukan penyingkiran Dato Seri Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri, bukan tuduhan terhadapnya dan dakwaan terhadapnya di hadapan mahkamah, bukan juga kerana dia dipenjarakan yang menyedihkan mereka. Yang utama bagi mereka ialah peluang mengguna nasib buruk Dato Seri Anwar dan keluarganya serta tenaga penyokong-penyokongnya untuk menguatkan parti mereka dan melemahkan UMNO. Dengan itu mereka pura-pura menyatakan sokongan mereka kepada Dato Seri Anwar. Dato Seri Anwar yang sekarang bersekongkol dengan parti lawan juga sama. Ia menyertai mereka hanya kerana kepentingan dirinya. Pakatan antara PAS, DAP dan serpihan kecil daripada UMNO ini hanyalah kerana kepentingan diri masing-masing. Tidak ada persamaan perjuangan atau matlamat dalam pakatan ini selain daripada kepentingan diri. Masing-masing berhasrat menipu pihak lain. Masing-masing akan meninggalkan rakan apabila sahaja mendapat sedikit keuntungan dalam pilihanraya. PAS kononnya berjuang untuk agama Islam, untuk mendiri negara Islam. DAP pula berjuang untuk 'Malaysian Malaysia' yang kononnya tidak akan menafikan keistimewaan kedudukan orang Melayu dan Bumiputera. Tetapi penjelasan ini dibuat hanyalah apabila 'Malaysian Malaysia' dikecam oleh orang Melayu dan UMNO. Apakah mungkin Negara Islam PAS juga 'Malaysian Malaysia' DAP? Parti Keadilan pula ditubuh dan berjuang semata-mata untuk membebaskan Dato Seri Anwar. Parti ini menyokong semua dasar, semua perjuangan termasuk perjuangan aneka jenis Pertubuhan Bukan Kerajaan atau NGO asalkan dapat menambah sokongan dan melemahkan UMNO dan Barisan Nasional. Keadilan bagi parti ini hanya satu sahaja, iaitu pembebasan Dato Seri Anwar. Jika lain-lain ketidakadilan berlaku ini tidak mengapa. Sebab itu semasa Dato Seri Anwar berada dalam UMNO dan Kerajaan tidak ada desakan daripadanya untuk menghapuskan ketidakadilan yang kononnya terdapat di negara ini. Tidak ada perjuangan besar-besaran menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA umpamanya. Sebaliknya kuasa agensi tertentu dalam Kerajaan sanggup diperalatkan oleh pengasas Keadilan untuk melakukan ketidakadilan kepada orang yang mendedah penyelewengannya. PAS adalah sebuah parti yang mudah menukar haluan mengikut kepentingan semasa. Demikian pada mulanya PAS mendakwa bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang bukan Islam menjadi kafir dan dengan itu PAS menolak kerjasama dengan bukan Islam. Kemudian PAS menyertai Barisan Nasional dan bekerjasama dengan orang bukan Islam dalam Barisan Nasional. Pada masa itu PAS tidak lagi mendakwa bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan bukan Islam menjadi kafir. Ternampak jelas tafsiran agama oleh PAS boleh ditukar untuk kepentingan semasa. Kemudian PAS keluar daripada Barisan Nasional dan menganggap orang UMNO tidak Islam sehingga ahli dan pemimpin PAS sanggup sembahyang berasingan di masjid yang sama dan membina masjid lain bagi orang PAS. Tetapi apabila pilihanraya hampir tiba, PAS mengadakan pakatan dengan DAP yang bukan Islam. Bagi PAS orang UMNO yang Islam tidak boleh dijadikan sahabat seperti PAS bersahabat dengan orang bukan Islam dalam DAP. Hasrat PAS bekerjasama dengan DAP adalah semata-mata kerana ingin menewaskan UMNO. Bagi PAS bekerjasama dengan DAP yang menentang hasrat PAS mendirikan apa yang didakwa sebagai Negara Islam tidak mengapa asalkan orang DAP memberi undi kepada mereka. Sekarang PAS sanggup menerima orang bukan Islam sebagai ahli PAS. Apakah pula hukum ciptaan PAS berkenaan perkara ini? Tetapi PAS juga sanggup bekerjasama dengan syaitan dan tidaklah hairan jika PAS bekerjasama dengan DAP dan siapa sahaja demi politik PAS. Hari ini kita lihat kesan daripada kesanggupan PAS bekerjasama dengan syaitan. Nik Aziz dan pemimpin PAS yang lain sanggup mengeluarkan kata-kata yang buruk kononnya Badawi Malaysia menjadi gembala babi. Sindiran ini tidak mempunyai asas kerana Dato Abdullah Badawi telah ditugaskan untuk menyelaraskan kerja-kerja menghapuskan penyakit J.E. (Japanese Encephalitis), bukan untuk menjaga babi. Lebih dari itu dakwaan dibuat kononnya Tuhan mencarut dan kita orang Islam patut mencarut. Tetapi orang PAS akan terus setia kepada PAS kerana mereka fanatik dan taksub kepada parti mereka. Mereka adalah daripada kumpulan Asabiah, kumpulan yang terlalu fanatik dalam menyokong kumpulan mereka sehingga tidak mengambilkira kumpulan mereka baik atau jahat, benar atau salah. Demikian apabila ahli PAS berkhalwat, mereka tidak bersalah. Kesalahan hanya ada pada orang lain, tidak sama sekali kepada orang PAS dan parti PAS. Inilah orang yang keterlaluan dan termasuk dalam golongan Asabiah. Melihat parti-parti lawan dan pakatan mereka begitu ghairah dengan kemungkinan mereka akan dapat melemahkan UMNO, Barisan Nasional dan Kerajaan Malaysia, maka kuasa asing pun amat gembira. Maka mereka pun menyokong dan membantu pakatan pembangkang dan parti-parti yang menyertainya. Bahawa mereka tidak sedikit pun berminat dengan Islam, tidak menghalang mereka daripada memuji dan mendokong parti PAS yang dikatakan Islam ini. Mungkin mereka juga tahu bahawa sebenarnya PAS tidak seIslam seperti yang didakwa olehnya. Yang penting bagi orang asing ini ialah melemahkan UMNO. Batu penghalang bagi mereka ialah UMNO. Kekuatan Kerajaan Malaysia dan dengan itu ketegasan Malaysia ialah kerana UMNO menerajui Kerajaan Malaysia dengan kekuatan yang berjaya mendapat kesetiaan parti-parti lain sebagai komponen Barisan Nasional. Mereka tahu tanpa UMNO yang kuat Barisan Nasional tidak mungkin stabil dan kuat. Justeru itu mereka akan sokong apa juga tindakan oleh sesiapa, dan mereka akan berusaha sendiri untuk melemah atau memecahkan UMNO. Rancangan mereka untuk menaikkan boneka mereka sebagai pemimpin UMNO dan Perdana Menteri telah gagal. Sekarang mereka tidak lagi dapat menguasai negara kita melalui boneka mereka. Sekarang hanya kehancuran UMNO sahaja yang akan memenuhi hasrat mereka. Pengkritik asing mendakwa saya menuduh orang asing dengan bermacam-macam tuduhan kerana ingin melindungi masalah yang saya hadapi dalam negara. Tetapi apakah tuduhan saya tidak berasas? Apakah tidak benar yang media asing sengaja memburukkan imej kita? Tidak ada laporan yang baik berkenaan Malaysia. Walaupun negara berbilang kaum ini aman, stabil, maju dengan lebih pesat daripada negara membangun yang lain; walaupun DEB berjaya mengagihkan kekayaan antara kaum tanpa menjejaskan ekonomi negara, tanpa merampas hak sesiapa; walaupun kegawatan ekonomi tidak menyebabkan rusuhan kaum berlaku; walaupun kita berjaya menswastakan syarikat dan agensi Kerajaan, tidak ada sekalipun kejayaan-kejayaan ini diiktiraf, jauh sekali diberi komen yang positif. Bahawa serangan ke atas matawang dan pasaran saham kita tidak kekal merosakkan ekonomi kita; bahawa kita berjaya mengurus kewangan kita sehingga kita bebas daripada berhutang dari luar negeri; bahawa kita dapat memulihkan ekonomi kita dengan cara kita sendiri juga tidak diakui. Sebaliknya mereka cuba menghalang pemulihan ekonomi kita, menurunkan penarafan atau 'rating' kita supaya kita tidak dapat berhutang. Mereka juga cuba menggugat kestabilan politik kita dengan sengaja menggalakkan perusuh merusuh dan menjatuhkan Kerajaan dengan keganasan. Mereka menuduh Perdana Menteri Malaysia menerima 50,000 Dolar Amerika supaya memberi kontrak beratus juta kepada syarikat mereka dan media mereka melaporkan kononnya antara diktator yang membantu Nelson Mandela dengan ratusan juta Dolar ialah Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia. Kita sokong Mandela tetapi kita tidak memberi wang. Saya digelar diktator hanya kerana saya tidak tunduk kepada mereka. Diktator yang sebenar disokong oleh mereka jika ia mengikut telunjuk mereka atau membeli senjata daripada mereka. Apakah penyangak matawang dan penjualan singkat saham yang hampir membangkrapkan semua bank, syarikat dan negara kita tidak terdiri daripada orang mereka? Apakah 'rating' agensi yang menjatuhkan 'rating' kredit kita sehingga kita tidak dapat berhutang tidak terdiri daripada orang mereka? Apakah kecaman terhadap usaha kita memulihkan ekonomi negara kita tidak dibuat oleh mereka? Apakah media yang memburuk-burukkan imej kita, mencaci kita tidak dimiliki oleh orang asing dari Barat yang saya kecam? Senarai tindakan buruk ke atas kita oleh etnik Eropah begitu panjang sehingga saya tidak dapat menyebut semuanya. Tuduhan yang saya buat terhadap mereka bukan untuk menutup masalah dalam negara, tetapi adalah kerana mereka memang mengancam dan memburukkan ekonomi dan imej negara kita. Kita tidak lemah, kita tidak buruk. Kita sebenarnya lebih kuat dan lebih berjaya daripada kebanyakan negara asing. Saya tidak perlu mengalih pandangan rakyat kepada tindak-tanduk orang asing kerana masalah dalaman. Kadang-kadang terlintas juga dalam hati bahawa kebencian orang asing dan media mereka terhadap Malaysia ialah kerana Malaysia adalah sebuah negara yang secara kebetulan diperintah oleh sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam. Yang lebih menimbulkan kebencian mereka ialah parti orang Islam ini berwibawa, berdisiplin, tersusun rapi, dapat mentadbir dan membangunkan negara. Ramai daripada mereka beranggapan bahawa orang Islam tidak mungkin berjaya lebih-lebih lagi jika mereka berkulit sawa matang. Sudah tentu mereka tidak boleh mentadbirkan negara sehingga pesat membangun dan moden. Mereka lebih senang jika Parti PAS memerintah kerana mereka percaya PAS tidak mungkin mendirikan Kerajaan yang berwibawa dan berjaya. Mereka berpendapat PAS akan menimbulkan sengketa sesama orang Islam sehingga melemahkan mereka dan memesungkan orang Islam di Malaysia daripada pengamalan ajaran Islam yang sebenar yang mereka tahu akan membawa kejayaan. Mereka tahu jika PAS memerintah tidak mungkin tumpuan diberi secara berkesan kepada pembangunan dan ketahanan negara. Sebaliknya PAS akan menumpu kepada polemik Islam yang tidak pernah habis. Sebab itu, walaupun mereka tidak gemar dengan orang Islam dan agama mereka, mereka ternampak sanggup menyokong PAS dan sebaliknya mencuba melemah dan menghancurkan UMNO. Oleh kerana memang pun benar usaha sedang dibuat oleh pihak kuasa asing untuk melemah, jika tidak pun menghancurkan UMNO, dan mereka disokong dan dibantu pula oleh orang tertentu dan parti-parti pembangkang yang lebih mengutamakan kepentingan diri mereka daripada kepentingan negara, maka UMNO dan orang Melayu yang berjiwa Melayu tidak harus membenarkan diri diperangkap oleh mereka ini; tidak harus membenarkan diri dipengaruhi oleh perasaan marah dan benci yang tidak berasas sehingga UMNO pecah, menjadi lemah dan tidak lagi dapat melindungi kedaulatan negara ini, hak orang Melayu dan Bumiputera lain dan agama Islam. Percayalah, tanpa UMNO yang kuat, tidak akan ada Kerajaan Malaysia yang berwibawa. Tidak ada sama sekali kemungkinan parti-parti lain, sama ada bergabung atau tidak yang boleh mendirikan Kerajaan yang berwibawa, yang mampu memelihara kedaulatan negara ini. Tanpa UMNO negara ini akan didominasi, dikuasai oleh negara asing dan dengan itu peluang untuk memulih orang Melayu dan menjadikan mereka bangsa yang berjaya, bermaruah dan dihormati, akan hilang. Empat ratus tahun kita menunggu untuk mendapat balik kuasa dan peluang untuk membela nasib kita, memajukan diri kita sehingga setaraf dengan bangsa-bangsa maju di dunia. Sekarang kita sudah dapat peluang ini dan janganlah kita mensia-siakan peluang ini kerana dakwaan seorang yang kecewa, seorang yang tidak bermoral kononnya dia dianiayakan. Dalam ucapan-ucapan saya yang lepas, saya telah mengelak daripada mengguna perkataan 'saya'. Ini adalah kerana segala usaha memajukan negara bukanlah dibuat oleh saya seorang, tetapi oleh kita semua; ahli UMNO, pentadbir dan pedagang dan semua rakyat. Saya tidak berhak menonjolkan diri saya, kerana saya hanyalah alat bangsa, agama dan negara. Pemimpin hanya diperlukan untuk menggembleng segala tenaga rakyat pelbagai lapisan supaya mereka bertindak secara tersusun ke arah satu matlamat yang dikenalpasti. USAHA TANAM KEBENCIAN TERHADAP PRESIDEN Jika dalam ucapan ini saya menggunakan perkataan 'saya', sebabnya bukan saya sudah tukar tabiat atau ingin menarik perhatian kepada diri saya atau untuk membela diri saya. Sebabnya ialah oleh kerana musuh kita, dari dalam dan luar negeri, sedang menggunakan saya sebagai satu belantan untuk membelasah dan menghancurkan UMNO dan sekali gus peranan politik orang Melayu dalam mempertahankan kedaulatan negara. Usaha berterusan sedang dibuat secara bersungguh-sungguh untuk menebal kebencian kepada diri saya supaya kebencian ini akan menyebabkan orang Melayu menolak UMNO. Mereka percaya walaupun yang akan terhasut oleh mereka hanyalah sebilangan kecil daripada orang Melayu yang menyokong UMNO, tetapi ia mungkin dapat melemah dan menjejaskan perjuangan UMNO dan mengurangkan majoriti dua pertiga bagi Barisan Nasional yang mana ini adalah penting bagi kestabilan negara dan kemajuannya. Sebab itulah kali ini saya banyak menyebut 'saya' kerana terdapat keperluan untuk menjelas akan apa yang sebenarnya dilakukan oleh saya, kerana kredibiliti saya telah dijadikan satu isu pada masa ini. Saya masih ingat dalam Mesyuarat Agung UMNO yang terdahulu bagaimana tiap jurucakap memuji saya. Walaupun sebagai manusia biasa saya gemar dipuji, tetapi saya meminta supaya saya tidak dipuji, supaya segala pujian diberikan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, kepada Kerajaan dan kepada UMNO. Saya amat takut kalau sudah suka dipuji saya akan percaya yang saya akan disukai ramai, popular selama-lamanya, sedangkan saya tahu memang tabii manusia mudah jemu. Dalam sekelip mata sokongan boleh bertukar menjadi tentangan. Apabila ini berlaku saya mungkin terlalu kecewa sehingga tidak tahu bagaimana menangani masalah. Dengan hasutan daripada pihak tertentu proses membenci ini sedang ditingkatkan. Saya telah pun berkata bahawa saya akan undur diri jika saya sudah tidak disukai lagi. Tetapi saya juga tidak boleh kecil hati dan merajuk sehingga mengabaikan tanggungjawab saya kepada UMNO, bangsa, agama dan negara, tanggungjawab yang saya janji dan bersumpah saya akan pikul. 87. Sebab itu saya berasa penting untuk menjelaskan akan kebenaran segala-gala yang saya perkatakan berkenaan bekas Timbalan saya. Tidak ada sebab yang saya harus sengaja menimbulkan kebencian kepada diri saya di waktu yang lewat ini dengan melakukan sesuatu yang boleh menyakitkan hati penyokong-penyokong bekas Timbalan saya. Saya tidak suka mencari musuh kerana dalam politik musuh tetap membawa masalah. Jika saya ingin menyingkirkan bekas Timbalan saya, saya tidak akan memilih alasan yang sukar dijelas dan dipertahankan. Saya tidak pun tergamak menyebut apa yang dilakukan olehnya kerana budaya kita menegah kita daripada menyebut perkataan itu di khalayak ramai. Lebih mudah lagi jika saya tuduh beliau cuba mengguling saya. Ahli UMNO, bahkan orang Melayu lebih mudah menerima alasan yang beliau tidak berterima kasih dan tidak berasa terhutang budi kepada orang yang berbakti kepadanya sebagai sebab beliau disingkir. Tetapi saya tidak dapat mengguna alasan lain kerana saya tidak berniat untuk menyingkirnya. Penyingkirannya disebabkan oleh perbuatannya yang sebenar. Saya tidak menganiayakannya, saya tidak berkonspirasi untuk menyekatnya daripada menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Moralnya dan kelakuannya yang menyekatnya daripada menjadi Presiden UMNO, bahkan daripada menjadi ahli UMNO. Walaupun pada ketika itu beliau rakan dan kawan saya, tetapi kepentingan bangsa dan negara tidak mengizinkan saya menutup mata dan membiarkan sesuatu yang begitu buruk menimpa bangsa dan negara. Jika saya membiarkan ianya berlaku maka saya mengkhianati bangsa, agama dan negara saya. Dan ini saya tidak sanggup lakukan walaupun untuk seorang sahabat, seorang rakan seperjuangan. Biarlah saya dikutuk, dimaki-hamun, diselar dan dicerca asalkan saya tahu dalam hati saya, dan Tuhan Yang Maha Kuasa mengetahui bahawa saya tidak mengkhianati agama, bangsa dan negara yang saya telah bersumpah untuk mempertahan dan melindunginya. Nasib yang menimpa Dato Seri Anwar memang malang, memang menyedihkan. Tetapi dalam sejarah UMNO nasib yang sama telah menimpa beberapa pemimpin tinggi UMNO. Ada yang disingkir dari parti dan ini termasuk saya sendiri; ada yang dipenjara, bahkan ada yang dihukum bunuh. Mereka dan keluarga mereka, anak isteri, merasai tekanan jiwa dan kesedihan yang tidak kurang daripada yang dirasai oleh Dato Seri Anwar dan keluarganya. Tetapi mereka menerima nasib mereka walaupun mereka tetap menyangkal yang mereka bersalah. Mereka tidak menuduh sesiapa berkonspirasi untuk menjatuhkan mereka. Mereka tidak keluar dari parti, tidak mengecam parti, dan tidak mengadakan pakatan untuk menghancurkan parti dan memburukkan negara. Malang sekali selepas sahaja beliau disingkir Dato Seri Anwar telah melemparkan bermacam-macam tuduhan terhadap Kerajaan, Parti UMNO dan pemimpin-pemimpin tertentu UMNO. Beliau telah menghasut orang Melayu supaya membenci UMNO dan pemimpinnya dan merusuh dan mengganas di jalan-jalan di Kuala Lumpur. Beliau telah memburukkan negara, Kerajaan dan UMNO di merata dunia, mengguna orang asing dan media asing untuk menyokong tindakan pengikutnya dalam usaha untuk menjatuhkan Kerajaan negara kita, negaranya sendiri. Ini adalah satu penderhakaan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin UMNO yang terdahulu, walau apapun kekecewaan mereka. Dengan perbuatan ini maka tindakan menyingkirnya menjadi lebih tepat. Amatlah tidak sesuai seorang yang begitu tidak setia kepada negara menjadi pemimpin negara ini. Jika dahulu saya merasa tindakan terhadapnya adalah terlalu keras, hari ini saya berpendapat tindakan yang diambil terhadap kesalahannya memang wajar. Apa yang menimpanya adalah disebabkan oleh apa yang telah dilakukan olehnya dan apa yang dilakukan olehnya adalah kerana beliau sanggup mengguna topeng agama semasa melakukan perbuatan-perbuatan yang amat bertentangan dengan agama dan tatasusila kaum bangsanya. Malaysia sudah diperintah oleh rakyat Malaysia selama 42 tahun. Dalam masa itu Malaysia telah bangun dengan pesat dan menjadi negara yang termaju sekali antara negara membangun di dunia. Dari negara yang tidak dikenali oleh orang asing sehingga mereka tidak tahu di mana Malaysia, kita telah menjadi negara yang terkenal yang sokongan dan bantuannya dalam pengurusan hal ehwal dunia dicari dan dipohon. Malaysia sudah menjadi contoh kepada negara-negara membangun yang lain. Ramai pemimpin negara membangun dan negara maju melawat Malaysia untuk melihat kemajuannya. Pelatih dalam pelbagai bidang dihantar ke Malaysia untuk dilatih dalam aneka bidang, daripada cara-cara pentadbiran sehinggalah ke teknologi yang canggih. Negara-negara Islam juga kagum dengan kemajuan pembangunan dan kestabilan Malaysia dan mereka sering menyebut Malaysia sebagai negara Islam yang mereka ingin contohi. Banyak kemajuan dalam melaksanakan hukum-hukum Islam berkenaan pentadbiran dan pengurusan ekonomi di zaman moden yang didominasi oleh sistem Barat diterokai dan dimajukan oleh Malaysia. Sistem bank Islam, insuran Islam dan pajak gadai Islam dicipta oleh Malaysia dan berjaya bersaing dengan sistem Barat. Demikianlah kemajuan sistem Islam yang dibentuk oleh Malaysia sehingga banyak negara Islam lain meniru sistem kita ini. Orang bukan Islam juga menerima sistem bank, insuran dan pajak gadai Islam ciptaan Malaysia. Projek-projek di Malaysia, sama ada oleh swasta atau Kerajaan memang besar. Sebabnya ialah kerana skala ekonomi atau 'economies of scale' iaitu kos menurun bagi tiap unit apabila banyak unit dibina atau dikeluarkan. Selain daripada itu projek besar menjana keuntungan yang juga besar. Keuntungan yang besar menambah hasil Kerajaan di samping menambah modal untuk pelaburan untuk projek lain. Dan pelaburan menyumbang kepada kekayaan negara. Jika hanya sebuah rumah kediaman dibangunkan di tempat yang terpencil, bukan sahaja kosnya tinggi tetapi ia tidak menjadi pemangkin atau 'catalyst' untuk pertumbuhan di sekeliling dan tidak menjana aktiviti ekonomi sampingan. Aktiviti ekonomi sampingan ini penting kerana ia menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. Demikian apabila Kerajaan membina Petaling Jaya sebagai 'dormitory' atau tempat tinggal mereka yang bekerja di Kuala Lumpur, ia tumbuh menjadi suatu bandar yang lengkap, dibekal dengan pusat bandar, hospital, sekolah, pejabat Kerajaan dan swasta, hotel dan segala kemudahan seperti elektrik, air, jalan-jalan dan infrastruktur lain. Nilai Petaling Jaya sekarang adalah berbilion Ringgit dan ia menyumbang dengan banyaknya kepada pertumbuhan ekonomi negara. Demikian juga dengan Shah Alam dan berpuluh bandar lain yang didirikan oleh swasta. Demikian juga dengan projek-projek infrastruktur besar yang lain seperti lapangan terbang KLIA, lebuhraya, empangan, pelabuhan, keretapi elektrik, LRT dan lain-lain. Pulau Lumut yang dahulu tidak mempunyai penduduk atau kegiatan ekonomi dan tidak menyumbang kepada ekonomi negara, sekarang menjadi Pulau Indah, sebuah 'growth centre' atau pusat pertumbuhan yang bernilai berbilion Ringgit. Pembangunan Langkawi dengan dibantu oleh lapangan terbang antarabangsa meningkatkan pendapatan penduduk pulau lagenda itu. Jika dahulu mereka berumah papan buruk, berbumbung atap nipah, hari ini rumah mereka rumah batu berbumbung genting. Projek besar-besaran biasanya menolong menambahkan pendapatan rakyat disusuli dengan permintaan yang tinggi untuk infrastruktur seperti bekalan elektrik dan air serta lain-lain. Untuk memenuhi permintaan ini bekalan tambahan perlu dibuat dan ini pula menyumbang kepada pembangunan ekonomi. Projek-projek besar-besaran di Malaysia memang menolong pembangunan negara dan pembangunan yang pesat negara ini memerlukan projek yang besar. Projek besar bukan pembaziran. Ia adalah penting dalam menjaya dan mempercepatkan proses pembangunan negara. Projek kecil seperti juga dengan orang yang miskin tidak dapat menyumbang apa-apa. Pembangunan Kuala Lumpur memang pantas dan berkembang dengan meluas. Penduduk Kuala Lumpur bertambah daripada 300,000 orang di waktu kemerdekaan dicapai kepada dua juta orang sekarang. Demikianlah pesat dan padatnya pembangunan Kuala Lumpur sehingga jalan-jalannya penuh sesak dengan kereta dan 'traffic jam' kerap berlaku. Kita telah mengambil tindakan untuk mengurangkan kesesakan lalulintas tetapi perjalanan di Kuala Lumpur tetap memakan banyak masa. Oleh itu Kerajaan memutus untuk mendirikan pusat pentadbiran Kerajaan yang baru di Putrajaya. Apakah Putrajaya satu pembaziran? Ia sebenarnya menolong menjimatkan perbelanjaan Kerajaan dan akhirnya ia akan memberi keuntungan besar kepada Kerajaan seperti juga projek pembangunan lain yang besar yang diusahakan oleh swasta. Hartanah Kerajaan di Kuala Lumpur sudah bernilai terlalu tinggi dan tidak memberi pulangan apa-apa kepada Kerajaan. Penjualan hartanah ini akan dapat membiayai kos pembangunan Putrajaya. Peningkatan nilai tanah yang dimiliki oleh Kerajaan di Putrajaya, satu pusat pertumbuhan yang berpotensi akan membantu membiayai kos Putrajaya dan akan memberi keuntungan kepada Kerajaan apabila dimajukan kemudian. Sebagai projek besar Putrajaya akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi tempatan dan negara. Jauh daripada menjadi pembaziran, Putrajaya adalah aset yang besar untuk negara. Putrajaya bukan sahaja untuk hari ini. Ia adalah untuk masa depan negara, untuk Wawasan 2020 dan untuk generasi akan datang, untuk sebuah negara yang sudah dewasa dan menjadi negara yang sudah maju. Banyak negara di dunia ingin mengadakan pusat pentadbiran baru yang lebih selesa dan canggih daripada pusat pentadbiran mereka yang sedia ada, tetapi mereka tidak dapat mengadakannya kerana pelbagai sebab. Sebaliknya dalam hanya tiga tahun kita berjaya mendirikan pusat pentadbiran yang canggih, yang sesuai untuk zaman teknologi moden, yang akan diwarisi oleh semua rakyat. Orang asing sebenarnya irihati kerana kita dapat membangunkan Putrajaya dengan pembiayaan oleh kita sendiri, dengan pelan pembangunan oleh kita, dengan diurus dan dibina oleh kita sendiri. Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dengan pembangunan Putrajaya, terutama para jurutera dan profesional wanita yang memain peranan besar dalam projek ini. Saya kagum kerana mereka membuktikan kebolehan wanita profesional Melayu. Kita tidak perlu berhutang dari luar negeri dan mendapat pakar-pakar asing seperti yang dibuat oleh kebanyakan negara membangun yang lain. Kita bernasib baik kerana kita bangunkan Putrajaya di waktu Ringgit kita bernilai tinggi, iaitu RM2.50 bagi satu Dolar Amerika. Ini telah menjimatkan kos. Sebanyak 90 peratus daripada bahan yang digunakan adalah bahan tempatan. Apabila orang asing melihat mereka tidak mendapat apa-apa peluang daripada pembangunan Putrajaya, mereka merasa benci dan irihati kepada kita. Dengan itu mereka menuduh yang kita membazirkan duit negara. Jika pembangunan Putrajaya dikontrakkan kepada mereka apakah mereka akan menolak kontrak besar ini kerana ia adalah satu pembaziran wang negara? Oleh itu janganlah rakyat Malaysia mudah terpedaya dengan dakwaan mereka kononnya kita di Malaysia, dan saya terutamanya, sedang membazirkan duit negara dengan projek-projek 'mega'. Kita tidak sebodoh itu. Jika kita membazir sudah tentu serangan mereka terhadap Ringgit dan Pasaran Saham Kuala Lumpur akan menjadikan kita miskin dan daif serta terpaksa meminta-minta daripada mereka dan menerima syarat-syarat yang dikenakan. Tetapi kita bukan sahaja mampu mempertahankan ekonomi kita, bahkan kita dapat memulihkannya dengan lebih cepat daripada negara-negara lain yang diserang bersama. Yakinlah kepada kebolehan kita dan janganlah kita percaya hanya orang lain sahaja yang pandai dan berkebolehan. Kita juga berkebolehan. Janganlah kerana kita selalu merasai rendah diri maka kita membenarkan diri kita dihasut sehingga kita menjadi alat untuk memusnahkan diri kita sendiri. Negara-negara tidak menjadi maju kerana mempunyai kekayaan semula jadi. Negara-negara tidak menjadi maju semata-mata kerana mempunyai Kerajaan atau pemerintahan. Dakwaan kononnya mana-mana Kerajaan juga tetap akan memajukan negara adalah hasil pemikiran yang cetek yang didorong oleh angan-angan atau hasrat untuk mendapat sokongan politik bagi sesuatu kumpulan atau individu yang bercita-cita untuk mendapat tempat bagi dirinya. Jika dengan mempunyai Kerajaan semata-mata negara boleh mencapai kemajuan sudah tentu tidak akan ada negara yang tidak maju. Tetapi kita tahu walaupun semua negara mempunyai Kerajaan, tidak semua negara maju, bahkan kebanyakan negara di dunia tidak maju. Negara-negara yang kaya dengan sumber alam juga kerapkali tidak maju. Maju-mundurnya sesebuah negara bergantung kepada dua faktor utama yang mesti berada bersama, iaitu pertamanya rakyat yang rajin dan berdisiplin yang tidak suka kepada huru-hara dan yang keduanya ialah Kerajaan atau pemerintahan yang bertanggungjawab, cekap dan memiliki daya pemikiran yang bernas yang sesuai dengan keadaan semasa dan masalah-masalah yang ditangani. Selama 42 tahun Perikatan dan Barisan Nasional memerintah Malaysia, kita telah memperlihatkan sikap bertanggungjawab dan kecekapan serta pemilikan berbagai-bagai ide yang unik dan berkesan. Bukan sahaja kita dapat membangunkan negara dengan pesat sehingga dianggap sebagai negara contoh bagi seluruh dunia, tetapi kita dapat menangani dan menangkis berbagai-bagai jenis krisis dan serangan ke atas kita. Sudah berkali-kali peramal asing meramalkan Malaysia akan gagal dan hancur tetapi kita bukan sahaja tidak gagal dan tidak hancur, sebaliknya kita berjaya mengatasi masalah dan kita menjadi lebih kukuh dan kuat melalui cara kita tangani masalah. Demikian apabila rusuhan kaum berlaku pada tahun 1969, dalam masa yang singkat kita berjaya mengawal keadaan dan kita bentuk dasar yang berjaya mencegah rusuhan daripada berulang walaupun semasa ekonomi merosot. Dalam tahun 1985-1986 kita diserang sekali lagi dengan resesi dan kita dapat pulih semula ekonomi dan kemudian mencatat pertumbuhan ekonomi di paras lapan peratus lebih tiap-tiap tahun selama 10 tahun, satu kecapaian yang luar biasa bagi negara membangun ataupun yang maju. Kemudian kita diserang oleh penyangak matawang dan pelabur jangka pendek. Kegawatan yang luar biasa mencemaskan kita. Tetapi oleh kerana kita telah urus kewangan kita dengan baik dan ekonomi kita menjadi kukuh kerananya, serangan oleh orang asing ini tidak berjaya memaksa kita tunduk kepada agensi antarabangsa seperti IMF. Sebaliknya kita cipta sendiri cara-cara mematah serangan kapitalis asing dan memulihkan semula ekonomi kita. Demikianlah kejayaan kita sehingga kuasa-kuasa besar, agensi antarabangsa dan pakar-pakar ekonomi dunia terpaksa akui mereka bersalah dan analisa serta tuduhan kita terhadap dagangan matawang sebagai punca kegawatan ekonomi memang berasas dan benar. Sekarang mereka terpaksa buat apa yang telah disarankan oleh kita _ iaitu mengawal kegiatan jual-beli matawang oleh pedagang matawang dan mengawasi pengaliran modal yang keluar/masuk negara-negara di dunia dengan terlalu bebas. Tidak banyak dan kadang-kadang tidak ada Kerajaan negara lain yang mampu membuat apa yang kita buat atau memikir dan mencipta pendekatan bagi mengatasi masalah dan memajukan negara seperti Kerajaan Barisan Nasional Malaysia. Bukanlah niat saya untuk mendabik dada dan bermegah-megah. Tetapi ada parti lawan yang suka mendakwa bahawa mana juga Kerajaan yang memerintah Malaysia akan buat apa yang Kerajaan Barisan Nasional buat dan akan berjaya seperti Kerajaan Barisan Nasional berjaya. Allah Maha Besar. Parti lawan seperti PAS dan PBS telah diberi peluang untuk memerintah di peringkat negeri. Apakah yang berlaku? Semasa PBS memerintah Sabah, lampu jalan yang sedia ada pun tidak bernyala kerana bekalan elektrik tidak cukup dan pengurusan tidak cekap. Pembangunan semuanya terhenti walaupun balak dikeluarkan dengan begitu banyak yang sepatutnya mendatangkan hasil yang besar bagi Kerajaan negeri untuk membiayai pembangunan. Kerajaan PAS pula tidak pun dapat membekal air bagi rakyat Kelantan. Apabila kita bersetuju untuk menolongnya dengan memberi hutang, PAS mendakwa ini adalah oleh kerana Kerajaan Pusat percaya kepada kebolehan Kerajaan PAS. Kita bukan percaya. Kita kasihan kepada rakyat Kelantan yang tidak bersalah selain daripada mengundi PAS. PAS juga tidak berjaya memajukan agama Islam selain daripada menyingkir imam-imam dan memecah-belah orang Islam demi kepentingan politik partinya. Kebolehan atau tidak adanya kebolehan Kerajaan-Kerajaan bukan Barisan Nasional sudah ditunjuk kepada kita. Jangan sesiapa tertipu dengan dakwaan bahawa Kerajaan mana pun yang memerintah Malaysia akan berjaya seperti Kerajaan Barisan Nasional. AWAS POLITIK BENCI-MEMBENCI Politik parti lawan adalah politik benci-membenci, kata orang putih 'the politics of hate'. Mereka membakar hati dan menimbulkan kebencian kepada Barisan Nasional, kepada UMNO, kepada pemimpin tertentu supaya dengan kerana kebencian ini rakyat tidak lagi dapat menilai sesuatu dengan sewajarnya dan akan beralih dan menyokong mereka dan mengundi mereka semasa pilihanraya. Bukan kebaikan negara, atau agama, atau bangsa atau pengundi yang dijanjikan oleh mereka. Bukan kemampuan mereka yang lebih baik daripada Barisan Nasional yang mereka tonjolkan. Yang menjadi asas kempen mereka ialah kepercayaan bahawa kebencian manusia dapat mengabui mata dan menimbul kemarahan sehingga tidak lagi dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk dan dengan itu memilih yang buruk. Jika kerana pemilihan yang salah ini pengundi alami kerugian dan negara hancur sekalipun, ini tidak mengapa bagi parti lawan. Yang utama ialah mereka menang. UMNO perlu berhati-hati dengan kempen membenci ini. Kita harus tahu menanganinya. Kita harus tentukan kita tidak berjebak dengan 'campaign of hate' dan kelabu mata. Tanggungjawab UMNO, iaitu tanggungjawab ahli-ahli UMNO terhadap bangsa, agama dan negara jauh lebih besar daripada pihak lain. Bukanlah niat kita untuk memperkecilkan peranan rakan-rakan kita dalam Barisan Nasional. Tetapi UMNO adalah tunjang, adalah teras bagi Barisan Nasional. Lemah UMNO, lemahlah Barisan Nasional. Mesyuarat Agung UMNO tahun ini ialah yang terakhir sebelum pilihanraya diadakan. Tiap kali kita hadapi pilihanraya kita hadapi cabaran terhadap kewibawaan kita. Demikian juga kali ini. Ada yang berpendapat cabaran kali ini lebih besar. Ada yang berkata cabaran tahun 1990 lebih besar. Kita tidak perlu banding antara cabaran-cabaran ini. Yang penting ialah kita bersedia menghadapi segala kemungkinan. Segala-galanya ditentukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala tetapi Allah tidak akan menyelamatkan kita jika kita tidak berusaha menyelamatkan diri kita sendiri. Janganlah kita sengaja mendedahkan diri kepada bahaya dengan kepercayaan bahawa apa juga yang kita buat, Tuhan akan menyelamatkan kita. Tambatlah unta dan serahlah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Selamat bersidang. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PILIHANRAYA BERASINGAN. APA AGENDA TERSIRAT PEMBANGKANG? Posted: 16 Sep 2012 07:54 AM PDT
Pilihan Raya Berasingan : Seng Giaw Bidas AnwarSHAH ALAM 14 Sept - Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw hari ini membidas kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ingin mengadakan pilihan raya berasingan di Selangor. Menurutnya, cita-cita PKR untuk mengadakan pilihan raya yang akan datang secara berasingan belum mendapat kata putus oleh Pakatan Rakyat (PR). "Pilihan raya secara berasingan diadakan di Sarawak, tetapi ia berlaku kerana ada sebab dan peristiwa hingga membuatkan pilihan raya perlu diadakan secara berasingan. "Tetapi apa yang berlaku di sini, tidak menampakkan perlu diadakan berasingan. Lebih baik ia diadakan serentak sahaja," katanya. Sebelum ini, Ketua Pembangkang itu mengeluarkan kenyataan bahawa bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa Selangor tidak akan mengadakan pilihan raya dalam masa yang terdekat ini kerana Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) masih lagi gagal membersihkan nama-nama dan bentuk-bentuk penipuan di negeri Selangor. DI SINI Pilihan raya berasingan bukti Kerajaan Selangor takut serah mandat kepada rakyat 13 September 2012 KUALA LUMPUR - Keengganan Selangor mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pilihan raya persekutuan menunjukkan kerajaan negeri di bawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) takut menyerahkan mandat kepada rakyat bagi memilih pimpinan yang dikehendaki. Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan itu juga menunjukkan PKR Selangor tidak bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang kerana banyak janji pada pilihan raya lepas masih belum dilaksanakan. "PKR Selangor tidak bersedia menghadapi pilihan raya kerana melihat rakyat khususnya di Selangor, telahpun kembali sedar tentang penipuan mereka, sebab itu mereka takut dengan rakyat kerana banyak janji yang tidak ditepati. "Kesimpulannya, PKR Selangor takut serah mandat kepada rakyat dan mereka sudah mula rasa gila kuasa dan kalau boleh mereka tidak mahu pilihan raya diadakan langsung," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Merdekaraya anjuran Pergerakan Wanita BN Selangor di Finas, Hulu Klang di sini malam ini. Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengulas laporan bahawa kerajaan Selangor memutuskan untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan dengan pilihan raya umum. Tindakan itu dilaporkan direstui Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diambil ekoran dakwaan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal bertindak terhadap pelbagai isu yang dibangkitkan berhubung pilihan raya terutamanya membersihkan daftar nama pemilih yang diragui di Selangor. Noh turut menyifatkan alasan yang diberikan kerajaan negeri itu hanya helah semata-mata untuk 'membeli masa' bagi membolehkan mereka menyelesaikan pelbagai isu dan kontroversi berkaitan kerajaan Selangor termasuk isu kerugian Universiti Selangor (Unisel), Talam Corporation dan Loji Langat 2. - Bernama Pilihan Raya Berasingan Meningkatkan Kos PerbelanjaanKUALA LUMPUR, 14 Sept - Cadangan kerajaan negeri di bawah pimpinan parti pembangkang mengadakan pilihan raya negeri berasingan daripada pilihan raya umum bukan sahaja melibatkan kos yang tinggi malah akan menjejaskan perjalanan kelas dan mengganggu tugas guru.Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata ini berikutan lebih 80 peratus tenaga kerja yang digunakan untuk memastikan kelancaran pengundian adalah terdiri daripada guru sekolah. "Ini tidak patut berlaku. Kita kena fikir kepentingan semua pihak bukan semata-mata kepentingan politik sahaja," katanya dalam rancangan wawancara 'Hello Malaysia' oleh Bernama TV yang disiarkan secara langsung Khamis malam. Wawancara selama sejam, yang bertajuk 'Isu Bubar DUN: Implikasi SPR', dikendalikan oleh Sherkawi Jirim. Wan Ahmad berkata selain itu, anggaran jumlah kos untuk mengadakan pilihan raya umum adalah kira-kira RM400 juta manakala pilihan raya negeri secara berasingan di negeri Selangor sahaja akan menelan belanja sebanyak RM50 juta. Kerajaan negeri yang diperintah oleh parti pembangkang perlu ingat bahawa mereka tidak sepatutnya berfikir untuk menang sahaja, tanpa memikirkan masalah kos, tenaga kerja serta kanak-kanak sekolah yang akan terganggu akibat proses pilihan raya yang terpaksa diadakan dua kali, katanya. Beliau berkata selain itu, kempen pilihan raya yang diadakan dua kali juga akan mengganggu ketenteraman awam, yang mana kesesakan jalan berlaku dan polis terpaksa terpaksa dikerah ke lokasi berkempen bagi menjaga ketenteraman awam serta mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini. Baru-baru ini, kerajaan Selangor, di bawah pimpinan gabungan pakatan Parti Keadilan Rakyat-DAP-PAS dilaporkan enggan mengadakan pilihan raya DUN serentak dengan pilihan raya umum. Manakala Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilaporkan berkata berkata kerajaan negeri itu belum membuat keputusan sama ada mahu membubar DUN serentak dengan pembubaran Parlimen. Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata parti PAS berpendirian tidak akan membubarkan DUN secara berasingan dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan pusat untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan. Di Kedah, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih bermain teka-teki dengan berkata pembubaran DUN akan dibuat berdasarkan keadaan politik semasa di negeri jelapang padi itu. -- BERNAMA Ahli politik lupa kuasa Sultan?Mengikut kata-kata pakatan pembangkang di Selangor, mereka tidak akan bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Sebagai seorang rakyat Selangor, saya hanya dapat menggeleng kepala melihatkan apabila manusia tamak kuasa dan kebendaan sehingga lupa tertib dan peraturan. Setahu saya, kuasa membubar DUN terletak di tangan Sultan Selangor dan bukannya di tangan Menteri Besar, apatah lagi Ketua Pembangkang yang tiada kena-mengena pun dengan pengurusan negeri ini. Sudahlah mereka berulang kali biadab dengan Tuanku Sultan, kini sesuka hati bercakap seolah-olah kuasa mutlak di tangan ahli politik terompah untuk tentukan DUN bubar atau kekal pula. Inilah jadinya apabila manusia tidak berilmu diangkat menjadi pemimpin, sudahlah tidak faham tertib adab Dewan, bodoh sombong pula tidak mahu belajar dari mereka yang tahu. Setakat alasan pengundi hantu, kenapa tidak kata pengundi hantu yang memenangkan mereka di negeri ini pada 2008, tetapi kerana takut kalah, boleh pula dipakai alasan lapuk itu kali ini. Saya selaku rakyat yang setia kepada Tuanku Sultan, khuatir budaya kurang ajar dan dangkal begini terus diterap kepada anak muda seterusnya menjadikan rakyat negeri Selangor hilang budi pekerti dan tata susila yang diwarisi selama ini. Saya tidak mahu mengajak sesiapa memangkah ahli politik tertentu, tetapi nilailah sendiri individu-individu dalam arena politik negeri ini yang melanggar susila terhadap agama, Sultan dan juga bangsanya sendiri. Selebihnya, rakyat Selangor sendiri akan tentukan dan terpulanglah kepada mereka memilih manusia jenis apa yang layak duduk dalam DUN sebagai wakil suara rakyat peringkat akar umbi. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PRU 13 : KEPENTINGAN FAKTOR PSOKOLOGI DAN PERSEPSI. Posted: 16 Sep 2012 12:40 AM PDT BAHANG pilihan raya umum makin hangat. Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak menjanjikan durian runtuh kepada peneroka Felda, hidup mati tawaran am permulaan (IPO) Felda Global Ventures (FGV) akan dilakukan Mei ini dan lawatan Perdana Menteri sehari ke negara China yang dianggap penting bagi mengambil hati pengundi Cina. Progran Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) diuar-uarkan sebagai mengatasi matlamat. Harga petrol tidak dinaikkan dan Mohd Najib berikrar subsidi akan diteruskan. Idris Jala yang setahun lalu memberi amaran Malaysia akan muflis macam Greece kalau subsidi tidak dihapuskan, kini berkata Kerajaan mampu menanggung kos subsidi dan Malaysia tidak akan muflis macam Greece. Alhamdulillah. Bantuan 1Malaysia dan bantuan kepada murid-murid sudah diagihkan. Macam-macam peruntukan luar jadual telah diberikan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Pendek kata, kecuali Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah menjumpai ibu duit, kewangan negara akan kering dan beliau tidak boleh lagi terus memainkan peranan Father Christmas yang murah hati. Rakyat jelata pula, ramai daripadanya mudah dan cepat lupa. Jadi, kalau PRU tidak diadakan dalam jangka masa singkat, Mohd Najib mungkin ketandusan wang untuk diagih-agihkan dan rakyat jelata pula lupa yang mereka telah sedikit sebanyak menerima habuan. IPO FGV Ventures mungkin memberikan kesan durian runtuh sekali seumur hidup kepada peneroka dan menjana keuntungan modal (capital gain) yang lumayan kepada sesiapa saja yang terpilih untuk menerimapink form, tetapi kesannya kepada rakyat jelata lain terhad atau tidak ada langsung. Begitu juga kemampuan Khazanah Nasional menjual aset-asetnya untuk mengisi dana negara atau keupayaan Kerajaan meminjam daripada EPF juga terhad disebabkan kesuntukan masa dan unjuran prospek ekonomi yang kurang menggalakkan bagi tahun ini. Tidak Boleh Tunggu Lama Jadi, kalau Perdana Menteri tidak mengadakan PRU dalam jangka masa beberapa bulan ini, segala kesan positif bantuan kewangan yang beliau berikan akan hilang begitu sahaja dan kesan negatif pertumbuhan ekonomi yang lebih rendah mungkin akan mula membebankan rakyat jelata, khususnya pemilih. Taktik melewatkan PRU dengan harapan pembangkang akan bercakaran dan menjadi lemah mungkin tidak berkesan kerana seperti dalam PRU 2008, sebilangan pemilih akan mengundi pembangkang bukan kerana mereka sukakan pembangkang, tetapi kerana mereka lebih tidak sukakan BN. Kedua-dua belah pihak tidak boleh memandang remeh faktor benci dan menyampah ini. Dalam kolum Other Thots saya dalam majalah Malaysian Businesskeluaran 16-31 Mac, saya antara lain menulis (dengan izin): 1. At the level of confidence that Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak and his key operators like the Umno Information Chief, Datuk Ahmad Maslan, and the Selangor Barisan Nasional election co-ordinator, Datuk Mohd Zin Mohamed are exuding, the ruling coalition should already be matching words with deeds. 2. I am not talking about not renewing the senatorial term of the beleaguered Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. That, to many observers, was what the Prime Minister should have done months ago. Instead, when the crunch came, it was Shahrizat who herself announced on March 11 that she would resign from the Cabinet when her senatorial term ends in April. 3. I am talking about the Prime Minister naming the so-called winnable candidates, especially for the Menteri Besar post in the states he hopes to wrest from the Pakatan Rakyat (PR) and in the states where his predecessor, Tun Abdullah Ahmad Badawi, had problems appointing suitable Menteris Besar because of the Rulers' objections. 4. I am talking about the Prime Minister answering with concrete proof the various charges against him, members of his household and, most importantly, his government. 5. I am talking about making such a bold decision as naming Umno Youth Chief Khairy Jamaluddin to take on Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim in Permatang Pauh, the MCA President Datuk Seri Chua Soi Lek to challenge the Penang Chief Minister Lim Guan Eng, and MIC President Datuk Seri G Palanivel to wrest the Sungai Siput Parliamentary seat from Parti Sosialis Malaysia (PSM) (corrected). If Khairy hopes to become the ultimate young bull in the Malaysian political arena, he must challenge the ageing bull, and Soi Lek must be brave enough to launch his own Tanjung Project to reinstate MCA's ownership in the state. 6. And the Prime Minister promising the voters that he will drop all non-performing and problematic Ministers from his Cabinet, in particular, those whose family members and staff have been caught with millions of ringgit in unexplainable wealth. 7. Also, by now, I assume the Prime Minister or his emissaries have already had an audience with all the Malay Rulers to sort out the list of possible Menteri Besar candidates. It's foolish for the BN, in particular Umno, to pretend that the wishes and opinions of the Rulers do not carry weight in the appointment of Menteris Besar. 8. Aside from ironing out possible problems with the Rulers, the voters too have the right to share the Prime Minister's confidence, starting with knowing early enough who his winnable candidates are, failing which, they may conclude that there weren't such candidates and that divisional warlords still called the shots. Jadi, walaupun media massa arus perdana setiap hari melaungkan keyakinan Perdana Menteri bahawa sokongan pengundi kepada BN semakin pulih dan beliau mahu majoriti dua pertiga dikembalikan, namun laluan ke arah itu mungkin tidak semudah yang diuar-uarkan. Faktor psikologi, persepsi dan perang saraf mungkin memainkan peranan yang sama kuat atau mungkin juga lebih kuat daripada faktor-faktor sebenar seperti pemberian kewangan dan janji pembangunan. Pada PRU 2008, prestasi BN merosot teruk kerana persepsi negatif terhadap Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dan faktor "benci" atau "meluat" kepada apa yang digelar budak-budak tingkat empat. Soalnya adakah Pentadbiran Mohd Najib bebas daripada kemelut yang serupa? Wallahualam. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
RUMUSAN DEBAT POLITIK : ANTARA LIM DAN CHUA Posted: 16 Sep 2012 12:34 AM PDT JIKALAU rakyat Malaysia peduli atau faham mentaliti serta psikologi politik rakan bangsa Cina mereka, mereka pasti tidak memandang remeh siri debat umum antara Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Pada pandangan saya, perkara-perkara berikut perlu disedari, difahami dan dianalisis sedalam-dalamnya dalam konteks politik pelbagai bangsa Malaysia:- 1. Debat tersebut membuktikan yang pembesar politik MCA dan DAP berani bersemuka secara terbuka. Mereka tidak berdolak-dalik macam Umno dan Pas dalam hal muzakarah; 2. Walaupun orang Cina berbeza pandangan dan afiliasi politik, namun mereka sepakat mengenai keperluan mencari jalan terbaik bagi memantapkan lagi kelangsungan bangsa mereka di segi politik dan ekonomi; 3. Bagi orang Cina, afiliasi mereka dengan parti-parti politik adalah praktikal dan realistik iaitu mengenal pasti parti dan pemimpin mana yang lebih komited dan berupaya memantapkan lagi kelangsungan bangsa mereka; 4. Debat DAP-MCA tidak memecahbelahkan orang Cina kerana mereka tetap sekata dan sepakat dalam hal-hal yang menyentuh kepentingan bangsa mereka; 5. Kecuali segelintir pemuka dan aktivis tegar parti, taat setia majoriti orang Cina bukan kepada parti-parti politik tetapi kepada kedudukan dan kepentingan kolektif bangsa mereka. Yang berubah hanyalah pilihan mereka ketika pilihan raya; 6. Cara orang Cina mengundi adalah jauh lebih strategik daripada orang Melayu. Orang Cina mengutamakan janji dan ikrar jangka panjang berkaitan perkara pokok seperti penguasaan ekonomi dan kedaulatan bahasa, budaya dan pendidikan Cina. Majoriti pengundi Melayu/Bumiputera masih terpengaruh dengan bantuan, sumbangan dan janji-janji jangka pendek seperti Bantuan 1 Malaysia, saham, dividen, pencen polis dan tentera dan skim baru perkhidmatan awam; 7. Bagi orang Cina, debat terbuka Chua-Lim bukan sangat mengenai MCA atau DAP dan bukan juga mengenai Chua atau Lim, tetapi mengenai gabungan mana – Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat - yang lebih berpotensi menganjakkan kepentingan orang Cina ke tahap yang lebih tinggi; dan 8. Kepemimpinan politik Cina mungkin lebih bersedia daripada kepemimpinan Melayu/Bumiputera untuk mengorbankan diri dan politik mereka seperti mitos burung phoenix yang membakar dirinya menjadi abu dan daripada abu itu bangun semula dengan lebih gagah untuk hidup seribu tahun lagi. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Konspirasi-Freemason-Osama-Anwar-Yahudi Posted: 16 Sep 2012 12:21 AM PDT Artikel oleh RMF. Sejak umat Islam sedar tentang kewujudan gerakan Freemason global, telah muncul suatu teori yang berkisar tentang hal ini, yang lebih dikenali sebagai Teori Konspirasi. Kebanyakannya, teori ini membincangkan tentang Zionisme, Freemason/Illuminati dan Yahudi. Sehubungan dengan itu, disebabkan ketaksuban terhadap teori konspirasi, rancangan animasi Upin & Ipin juga tidak terlepas daripada dikonspirasikan. Alahai… kasihannya Upin & Ipin. Hanya disebabkan oleh huruf U (Upin), huruf U tersebut ditafsirkan sebagai USA dan I (Ipin) sebagai Israel. Ketaksuban segelintir masyarakat kita hari ini menyebabkan iPhone 4G juga terbabit sama. Ada yang menyatakan, huruf i pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada Israel. 4G pula bermaksud god, gold, glory and girl. Alahai, betapa tandusnya ilmu segelintir masyarakat hari ini! Inilah kerja bodoh segelintir umat Islam. Sudahlah ketinggalan jauh dalam bidang teknologi, kemudian sibuk mereka-reka kenyataan karut tentang Teori Konspirasi. Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja. Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan. Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:
Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis. Pada 26 April 2009, kenyataan bekas Pengarah Strategik Israel National Security Council (INSC) iaitu Giora Eiland telah mengejutkan banyak pihak khususnya penyiasat-penyiasat konspirasi. Beliau berkata dengan penuh yakin;
Menurut akhbar Jerusalem Post lagi, Eiland juga memberi isyarat bahawa Israel amat serius dalam program Bio-defense atau Senjata Biologi. Eiland menambah dengan mengatakan;
(Kiri) Giora Eiland (Kanan) Uzi Arad Kenyataan Eiland itu boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan teori kerana ia dibuat dalam suasana masyarakat dunia baru sahaja berhadapan dengan kes Selsema Babi. Sedangkan kenyataan yang Eiland keluarkan seolah-olah mereka sudah pun mengetahui bahawa wabak selsema itu akan merebak. Kematian Osama adakah Konspirasi!! Teori konspirasi mula tersebar sejurus selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan komando elit SEAL tentera lautnya telah membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden di bandar Pakistan. Malah sebilangan ahli keluarga mangsa serangan 11 September 2001 di sini pun berpendapat, kematiannya yang diumumkan oleh Presiden Barack Obama di White House menimbulkan pelbagai persoalan. Tindakan AS mengebumikan jenazah Osama di Laut Arab dalam beg mayat yang dipasang pemberat serta keengganan pentadbiran AS setakat ini untuk menyiarkan gambar mayatnya menjadi sumber bagi 'pakar' teori konspirasi. Menurut satu dakwaan yang hangat diperdebatkan, Osama sebenarnya ialah konco Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang sudah meninggal dunia bertahun-tahun lalu, dan kini menjadi tokoh khayalan yang digunakan untuk mewajarkan perang Amerika di Afghanistan. Dakwaan itu disokong oleh aktivis antiperang AS, Cindy Sheehan dan mereka yang sangsi sepertinya dari Indiana hinggalah ke Kabul. Lihat pada minit ke 4.27 Seterusnya mari kita lihat diantara 10 siri Konspirasi yang paling hebat yang telah dibuat oleh Dajal-dajal ini: 1. The JFK Assassination This much we can stipulate: President John F. Kennedy was assassinated 45 years ago this week, on Nov. 22, 1963, struck by two bullets — one in the head, one in the neck — while riding in an open-topped limo through Dealey Plaza in Dallas. Lee Harvey Oswald was charged with killing him, and a presidential commission headed by Chief Justice Earl Warren found that Oswald acted alone. That conclusion hasn't passed muster with the public. A 2003 ABC News poll found that 70% of Americans believe Kennedy's death was the result of a broader plot. The trajectory of the bullets, some say, didn't square with Oswald's perch on the sixth floor of the Texas School Book Depository. Others suggest a second gunman — perhaps on the grassy knoll of Dealey Plaza — participated in the shooting. Others believe in an even broader conspiracy. Was Kennedy killed by CIA agents acting either out of anger over the Bay of Pigs or at the behest of Vice President Lyndon Johnson? By KGB operatives? Mobsters mad at Kennedy's brother for initiating the prosecution of organized crime rings? Speculation over one of history's most famous political assassinations is such a popular parlor game that most people have taken the rumors to heart: just 32% of those polled by ABC believe Oswald carried out the killing on his own. Ref. 2. 9/11 Cover-Up Not since the JFK assassination has there been a national tragedy so heavily imprinted in American minds — or that has given rise to quite as many alternative explanations. While videos and photographs of the two planes striking the World Trade Center towers are famous around the world, the sheer profusion of documentary evidence has only provided even more fodder for conspiracy theories. A May 2006 Zogby poll found that 42% of Americans believed that the government and the 9/11 commission "concealed or refused to investigate critical evidence that contradicts their official explanation of the September 11th attacks." Why had the military failed to intercept the hijacked planes? Had the government issued a "stand down" order, to minimize interference with a secret plan to destroy the buildings and blame it on Islamic terrorists? In 2005, Popular Mechanics published a massive investigation of similar claims and responses to them. The reporting team found that the North American Aerospace Defense Command (NORAD) did not have a history of having fighter jets prepped and ready to intercept aircraft that had gone off route. And while the team found no evidence that the government had planned the attacks, lack of proof has rarely stopped conspiracy theorists before. Ref. 3. Area 51 and the Aliens We may have Tang thanks to the space program, but who gave us such innovations as the Stealth fighter and Kevlar? Aliens, of course. Conspiracy theorists believe that the remains of crashed UFO spacecrafts are stored at Area 51, an Air Force base about 150 miles from Las Vegas, where government scientists reverse-engineer the aliens' highly advanced technology. Fodder for this has come from a variety of supposed UFO sightings in the area and testimony from a retired Army colonel who says he was given access to extraterrestrial materials gathered from an alien spacecraft that crashed in Roswell, New Mexico. Some also believe that the government studies time travel at Area 51, also known as Groom Lake or Dreamland. The government has developed advanced aircraft and weapons systems at nearby Nellis Air Force Base, including Stealth bombers and reconnaissance planes. And the government's official line — that the details of Area 51 are classified for purposes of national security — is only seen as further proof that the military is hiding aliens or alien spacecraft. Ref. 4. Paul Is Dead Paul McCartney never wrote "Maybe I'm Amazed." He never formed the band Wings. He never clashed with Yoko, became a vegetarian, or fathered any of his children. When Queen Elizabeth knighted him in 1997, she was actually knighting someone else. This is because, conspiracy-minded Beatlemaniacs say, Paul McCartney secretly died in 1966. Theorists claim the other Beatles covered up his death — hiring someone who looked like him, sang like him, and had the same jovial personality. But the guilt eventually got to them and they began hiding clues in their music. In the song "Taxman," George Harrison gave his "advice for those who die," meaning Paul. The entire Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band album was awash with Paul-is-dead clues: the Beatles had formed a "new" band featuring a fictional member named Billy Shears — supposedly the name of Paul's replacement. The album contained John Lennon's "A Day in the Life," which had the lyrics "He blew his mind out in a car" and the recorded phrase "Paul is dead, miss him, miss him," which only becomes evident when the song is played backward. Lennon also mumbled, "I buried Paul" at the end of "Strawberry Fields Forever" (in interviews, Lennon said the phrase was actually "cranberry sauce" and denied the existence of any backward messages). Paul-is-dead believers think the Beatles accompanied these backward tape loops and veiled references to death with album covers that illustrated the loss of their friend. The original cover of 1966′s Yesterday and Today album featured the Beatles posed amid raw meat and dismembered doll parts — symbolizing McCartney's gruesome accident. If fans placed a mirror in front of the Sgt. Pepper album cover, the words Lonely Hearts on the drum logo could be read as "1 ONE 1 X HE DIE 1 ONE 1." And of course, there's the Abbey Road cover, on which John, George and Ringo forwent all pretense and pretended to cross the street as a funeral procession. John wore all white, like a clergyman. Ringo, the mourner, dressed in black. George donned jeans, like a gravedigger. Paul wore no shoes (he didn't need them, because he was dead) and walked out of step with the others. If Paul is dead, then his imposter is still at large. He met and married Linda Eastman, with whom he had four children before losing her to breast cancer in 1998. He released a live album in 1993 called Paul Is Live (likely story), and produced more than 20 solo albums — and that's not even counting the ones released by Wings. Then he endured a horrible divorce from Heather Mills, which may have made himwish he were dead — or, at least, were still Billy Shears. So who is the real McCartney? The world may never know. Ref. 5. Secret Societies Control the World If you were really a member of the global elite, you'd know this already: the world is ruled by a powerful, secretive few. Many of the rest of us peons have heard that in 2004 both candidates for the White House were members of Yale University's secretive Skull and Bones society, many of whose members have risen to powerful positions. But Skull and Bones is small potatoes compared with the mysterious cabals that occupy virtually every seat of power, from the corridors of government to the boardrooms of Wall Street. Take the Illuminati, a sect said to have originated in 18th century Germany and which is allegedly responsible for the pyramid-and-eye symbol adorning the $1 bill: they intend to foment world wars to strengthen the argument for the creation of a worldwide government (which would, of course, be Satanic in nature). Or consider the Freemasons, who tout their group as the "oldest and largest worldwide fraternity" and boast alumni like George Washington. Some think that despite donating heaps of cash to charity, they're secretly plotting your undoing at Masonic temples across the world. Or maybe, some theorize, the guys pulling the strings aren't concealed in shadow at all. They might be the intelligentsia on the Council on Foreign Relations, a cadre of policy wonks who allegedly count their aims as publishing an erudite bimonthly journal and establishing a unified world government — not necessarily in that order. Ref. 6. The Moon Landings Were Faked It's now been nearly four decades since Neil Armstrong took his "giant leap for mankind" — if, that is, he ever set foot off this planet. Doubters say the U.S. government, desperate to beat the Russians in the space race, faked the lunar landings, with Armstrong and Buzz Aldrin acting out their mission on a secret film set, located (depending on the theory) either high in the Hollywood Hills or deep within Area 51. With the photos and videos of the Apollo missions only available through NASA, there's no independent verification that the lunar landings were anything but a hoax. The smoking gun? Film of Aldrin planting a waving American flag on the moon, which critics say proves that he was not in space. The flag's movement, they say, clearly shows the presence of wind, which is impossible in a vacuum. NASA says Aldrin was twisting the flagpole to get the moon soil, which caused the flag to move. (And never mind that astronauts have brought back hundreds of independently verified moon rocks.) Theorists have even suggested that filmmaker Stanley Kubrick may have helped NASA fake the first lunar landing, given that his 1968 film 2001: A Space Odessey proves that the technology existed back then to artificially create a spacelike set. And as for Virgil I. Grissom, Edward H. White and Roger B. Chaffee — three astronauts who died in a fire while testing equipment for the first moon mission? They were executed by the U.S. government, which feared they were about to disclose the truth. Far-fetched as the hoax theory may seem, a 1999 Gallup poll showed that it's comparatively durable: 6% of Americans said they thought the lunar landings were fake, and 5% said they were undecided. Ref. 7. Jesus and Mary Magdalene Jesus and Mary Magdalene might have been married, or so says the Gospel of Philip. Sure, it's the basic plot of The Da Vinci Code (the thriller also wraps in conspiracy shibboleths like Opus Dei and the Knights Templar for good measure) — but the theory finds its basis in writings from the Gnostic Gospels, which were discovered in 1945 and whose authenticity religious experts still dispute. In the Gospel of Philip, Mary Magdalene, who is referred to as Jesus' koinonos, a Greek term for "companion" or "partner," is depicted as being closer to Jesus than any other apostle. In an exchange between Peter and Mary, he admits to her that "the Saviour loved you above all other women" — a tense moment in the scripture that seems to portray the jealousy that the other apostles might have felt for Mary's relationship with Jesus. The only other evidence used to support the theory is a mention of Jesus kissing Mary often, but some say kissing was the custom and it was typical of Jesus to practice it with those close to him. (Remember Judas?) Ref. 8. Holocaust Revisionism Despite overwhelming evidence and an admission and apology from Germany decades ago, revisionists continue to claim that nearly 6 million Jews were not killed by Nazis during the Holocaust. Iranian President Mahmoud Ahmadinejad, for one, has called the Holocaust a "myth" and suggested that Germany and other European countries, rather than Palestine, provide land for a Jewish state. Unlike Ahmadinejad, most revisionists do not deny that Jews were interned in prison camps during World War II; rather, they argue that the number of deaths was greatly exaggerated. Gas chambers are a particular sticking point: Holocaust deniers say they were purely a rumor or, if they indeed existed, were not powerful enough to kill — though evidence and history indicates otherwise. And the photographs of emaciated and dying Jews? Attorney Edgar J. Steele, a revisionist, says, "All those pictures of skinny people and bodies stacked like cordwood were actually of Czechs and Poles and Germans [who] died of typhus, which was rampant in the camps." Ref. 9. The CIA and AIDS Since the Centers for Disease Control and Prevention first reported the HIV/AIDS epidemic in 1981, rumors have persisted that the deadly virus was created by the CIA to wipe out homosexuals and African Americans. Even today, the conspiracy theory has a number of high-profile believers. South African President Thabo Mbeki once touted the theory, disputing scientific claims that the virus originated in Africa and accusing the U.S. government of manufacturing the disease in military labs. When she won the Nobel Peace Prize, Kenyan ecologist Wangari Maathai used the international spotlight to support that theory as well. Others insist that the government deliberately injected gay men with the virus during 1978 hepatitis-B experiments in New York, San Francisco and Los Angeles. Still others point to Richard Nixon, who combined the U.S. Army's biowarfare department with the National Cancer Institute in 1971. Though the co-discoverers of HIV — Dr. Robert Gallo of the National Cancer Institute and Dr. Luc Montagnier of the Pasteur Institute in Paris — don't agree on its origins, most members of the scientific community believe the virus jumped from monkeys to humans some time during the 1930s. Ref. 10. The Reptilian Elite They are among us. Blood-drinking, flesh-eating, shape-shifting extraterrestrial reptilian humanoids with only one objective in their cold-blooded little heads: to enslave the human race. They are our leaders, our corporate executives, our beloved Oscar-winning actors and Grammy-winning singers, and they're responsible for the Holocaust, the Oklahoma City bombings and the 9/11 attacks … at least according to former BBC sports reporter David Icke, who became the poster human for the theory in 1998 after publishing his first book, The Biggest Secret, which contained interviews with two Brits who claimed members of the royal family are nothing more than reptiles with crowns. (Picture Dracula meets Swamp Thing). The conspiracy theorist and New Age philosopher, who wore only turquoise for a time and insisted on being called Son of God-Head, says these "Annunaki" (the reptiles) have controlled humankind since ancient times; they count among their number Queen Elizabeth, George W. Bush, Henry Kissinger, Bill and Hillary Clinton and Bob Hope. Encroaching on other conspiracy theorists' territory, Icke even claims that the lizards are behind secret societies like the Freemasons and the Illuminati. Since earning the dubious title of "paranoid of the decade" in the late 1990s, Icke has written several books on the topic, including his latest work, The David Icke Guide to the Global Conspiracy, while operating his own website — complete with merchandise and advertisements. Ref. Siapakah Anwar Ibrahim? Adakah aAnwar salah seorang daripada penyembah syaitan yang bermaharaja lela di Malaysia yang telah menjalinkan hubungan dengan Yahudi Israel ? Mari kita lihat rangkaian dan buat satu rumusan berdasarkan apa yang telah saya bentangkan didalam post ini. Bacaan lanjut sila ke rmf7.wordpress.com Kita baca lagi kaitan ini: Perhatikan Anwar Ibrahim berada dalam rangkaian apa ? Perhatikan logo yang dibulatkan di ataskan dan bandingkan dengan dengan logo jesuits di atas. Dari kiri Tony Blair(bekas Perdana Menteri Britain), John Esposito, Mustafa Ceric (Mufti Bosnia/IIIT), Kjell Magne Bondevik (Bekas Perdana Menteri Norway) dan Anwar Ibrahim (IIIT) dalam Program Common Word, Universiti Georgetown : Dokumen ini ditanda sebagai "Rahsia" Case ID – 199-Eye WF 213 589. 199 adalah kod FBI untuk jenis kes. 9 mungkin bermaksud penjenayah. 65 mungkin bermaksud perisik. 199 bermakna keselamatan negara. WF menunjukkan agen khas pejabat luar Washington yang menyiasat ABL – disebabkan hubungannya dengan World Assembly of Muslim Youth, (WAMY) – sebuah organisasi pengganas yang disyaki. ABL adalah Abdullah Bin Laden, presiden dan bendahari WAMY.. (Apakah kaitan Anwar ibrahim dengan WAMY?) Artikel asal klik di sini akan bersambung | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 16 Sep 2012 12:17 AM PDT SEJARAH FREEMASON. Mungkin atau tidak ada diantara kita hanya pandai menuturkan perkataan Freemason ini, akan tetapi tidak pula mengetahu sejarah asal penubuhannya, sebagai pengetahuan dan landasan kepada golongan ini disini saya postkan satu artikel yang mana mungkin membrikan penerangan yang amat jelas sejarah nya. Kadang kala kita tertanya-tanya apakah yang paling hebat dengan organisasi ini sehingga ianya boleh mengubah pelbagai bentuk agenda seluruh dunia, siapakah mereka ini? Sekarang kita baca dan fahami- sekadar pengetahuan. Assallamualaikum dan salam sejahtera Apa itu Freemason? mungkin ada antara kita di malaysia ini kurang faham mengenai freemason dan korang join sahaja pertubuhan tersebut tanpa mengetahui asal-usulnya, buat korang di malaysia yang dah join freemanson tu jangan ingat erti seronok sahaja,sila baca entri yang aku kongsikan untuk korang ini sebelum korang akan meninggalkan freemason Freemason adalah organisasi Yahudi Antarabangsa, sekaligus merupakan gerakan rahsia paling besar dan paling berpengaruh di seluruh dunia. Freemason terdiri dari dua kata yang di satukan. Free ertinya bebas atau merdeka, sedangkan Mason adalah juru bangun atau pembangun. Tujuan akhir dari gerakan Freemason ini adalah membangun kembali cita-cita khayalan mereka, yakni mendirikan Haikal Sulaiman atau Solomon Temple. Tentang Haikal Sulaiman atau Solomon Temple ini sendiri banyak sumber yang mendefinisikan berlainan. Salah satu tafsir yang paling popular adalah, bahawa Haikal Sulaiman berada di tanah yang kini di atasnya berdiri Masjidil Aqsa.
Tapi tafsir lain tentang hal ini juga mengartikan Haikal Sulaiman juga sebagai wilayah kekuasan yang luas membentang. Bahkan ada yang menariknya hingga sampai wilayah Khaibar, saat kaum Yahudi diusir di zaman Rasulullah Muhammad. Oleh itu, mereka meyakini harus menguasai seluruh dunia, bahkan hingga tanah Khaibar, tempat mereka terusir dahulu kerana penghianatanya pada Rasulullah dan piagam Madinah. Dan untuk itulah mereka bekerja dan membangun, iaitu untuk merebut Haikal Sulaiman dan mendirikan kekuasannya secara nyata, serta mempengaruhi pemerintahan dan kekuasan yang mampu mereka pengaruhi. Dan untuk menebar kuasa itu, salah satu rintangan besar yang dihadapi oleh gerakan ini adalah agama-agama, terutama agama Samawi atau agama-agama wahyu, Kristian dan Islam. Perlawanan terhadap organisasi ini terlebih dulu dilakukan oleh kalangan pemimpin gereja. Perlawanan gereja Katolik ini terjadi kerana Freemason telah menjadi organisasi tempat berkumpulnya kaum anti-agama. Dalam sebuah rencana bertajuk The Earlier Period Of Freemasonry yang di Mimar Sinan, turki, Freemason disebut sebagai tempat berkumpul para ahli Mason yang mencari kebenaran di luar gereja. Dan ini menjadikan awal abad-18 sebagai tahun-tahun yang penuh pertarungan antara gereja Katholik dengan Freemason di Eropah. Sejak awal penubuhan, Fremason telah menyokong kebebasan beragama, sama persis dengan yang terjadi belakangan ini di berbagai negara, liberalisasi keagamaan. Banyak sumber Freemason menjelaskan bahawa sejarah penubuhan gerakan ini berakar jauh dan boleh dikesan hingga ke masa Order Knight of Templar ketika perang Salib di Yerusalem, Palestin. Saat Paus Urban II, tahun 1095, usai Majlis Clermont menyeru Perang Suci atau Crusade dan memobilisasi kaum Kristiani di seluruh Eropah untuk turut berperang merebut Yerusalem kembali dari kekuasaan Muslim. Paus Urban II membakar emosi massa dengan cara mengabarkan beritabohong. Beliau berkata umat Kristian di Palestin telah dibunuh, dibantai dan dibakar di dalam gereja-gereja oleh pasukan Turki Seljuk yang Muslim. Ia juga membakar kemarahan kaum Kristiani dengan mengatakan bahawa kaum kafir (Muslim Turki, pen.) Telah dan sedang menguasai makam Yesus Kristus.
Setelah mereka menguasai tanah Palestin, pasukan Salib yang terdiri daripada banyak unsur mula mendirikan kelompoknya masing-masing. Mereka tergabung dalam aliran-aliran tertentu. Para ahli aliran ini datang dari seluruh tanah Eropah, yang ditampung di biara-biara tertentu dan berlatih cara-cara tentera di dalam biara tersebut. Dan satu dari sekian aliran yang sangat mencuat namanya adalah Order Knight of Templar. pengasas aliran ini adalah dua kesatria Perancis, iaitu Hugh de Pavens dan God Frey de St Omer. Spekulasi dari kalangan sejarawan berkata, bahawa ada darah-darah Yahudi yang mengalir dalam tubuh dan cita-cita para pengasas Order Knigh of Templar. Para perwira tinggi Kristian tersebut, sesungguhnya proses Convertion yang mereka lakukan hanyalah cara untuk menyelamatkan diri, dan sesungguhnya mereka masih berpegang teguh pada doktrin-doktrin Yahudi, terutama Kabbalah.
Dalam waktu singkat markas Knight of Templar di Perancis menjadi rumah Penghimpunan harta terbesar di Eropah. Lambat laun mereka menjadi bankir bagi para Paus dan Raja. Bagaimana tidak cepat kaya, setiap tahunyya King Henry II of England mendonasikan wang untuk menanggung kos hidup 15.000 tentera Knight of Templar dan juga Knight Hospitaler selama mereka berperang dalam Perang Salib pada tahun 1170. Untuk menggambarkan betapa besarnya institusi perbankan yang dijalankan Templar, pada saat itu organisasi ini mempunyai 7,000 pegawai lebih hanya untuk mengurusi masalah kewangan. Mereka juga mempunyai tak kurang dari 870 istana, istana, dan rumah-rumah para bangsawan yang terbentang dari London hingga Baitulmuqaddis. Karena aliran ini sangat berkuasa, lambat laun mereka mulai menampakkan ciri asalnya, yakni sebagai penganut Mason. Mereka mengembangkan doktrin dan ajaran mistik, juga kekuatan sihir di biara-biara mereka. Mereka memuja syaitan dan mendatangkan roh-roh untuk berkomunikasi. Apa yang mereka praktikkan ini disebut sebagai Kabbalah, sebuah tradisi mistik Yahudi kuno yang telah berkembang bahkan sejak zaman sebelum Firaun.
Setelah itu berlaku pemusnahan besar-besaran, sekali lagi ke atas kaum Yahudi, dan kali ini bermula dengan kes Knight of Templar atau kaum Mason. Pemusnahan ini tak hanya terjadi di Palestin, tetapi juga berlaku di Eropah. Mereka diburu untuk ditangkap dan dibunuh. Sampai akhirnya mereka berhasil melarikan diri dan mendapat perlindungan dari Raja Scotland, Robert The Bruce yang dilantik dan menduduki singgahsana Raja pada tahun 1306. Dan di tanah baru ini pula mereka menyusun kekuatan kembali. Dan Scotland menjadi salah satu yang menentukan dalam perkembangan gerakan Freemason. Versi yang lebih tua dari sejarah Freemason adalah kisah yang menyebutkan pembentukan Freemasonry pada zaman Raja Israel, Herod Agripa I yang meninggal dunia pada tahun 44 Masihi. Freemason pada zaman ini dibentuk untuk membendung ajaran agama yang disampaikan oleh Nabi Isa as. Konon waktu itu namanya The Secret Power atau kekutan yang Tersembunyi.
Bahkan yang cukup mengejutkan adalah, dalam manuskrip-manuskrip kuno Mason dikatakan, orang pertama Mason adalah Adam! Kejadian itu berawal ketika Adam dan Hawa memakan daun dari pohon terlarang di taman Syurga. Daun yang disebut sebagai daun pengetahuan, dan kerana itu juga Tuhan mereka melarang mereka memakannya. Dr.Albert Mackei, seorang ahli Mason dengan tingkatan 33 derajat dalam Encyclopedia of Freemasonry manuliskan, daun pengetahuan itu kelak diturunkan pada dua anak Adam dan Hawa, Seth dan Nimrod dengan kisah The Tower of Babel. Kedua anak ini pula menyusun bahasa untuk ilmu pengetahuan yang akan diturunkan kepada manusia-manusia seterusnya. Tapi, dalam perkamen-perkamen tua itu disebutkan bahawa, Tuhan dengan sengaja mengacaukan bahasa manusia yang mengakibatkan rahsia ilmu pengetahuan, yang diturunkan Adam dengan memakan daun dari pohon terlarang, hilang dan tak diketahui manusia-manusia selepas Seth dan Nimrod. Dan itu pula yang menjadi alasan kedua-dua kaum ini memerangi Tuhan.
Banyak Muslim yang anti-Masonry beralasan bahawa Freemasonry sangat dekat dengan Semitisme dan Zionisme, meski pengkritik lain mengatakan bahawa Freemason ada hubungannya dengan Dajjal. Beberapa Muslim lain yang anti-Masonry beranggapan bahawa Freemasonry memiliki misi untuk mempromosikan Yahudi di seluruh negara di dunia, dan misi terbesar mereka adalah mendirikan Kuil Solomon di Jerusalem setelah menghancurkan Masjid. Pada artikel 28 dari konvensyen Hamas, dinyatakan bahawa Freemason, Rotary, dan kumpulan yang serupa yang lain "bekerja dalam kerangka dan berdasarkan Arahan Zionisme …" Namun, beberapa negara seperti Turki dan Malaysia membolehkan Grand Lodge. Freemasonry di Indonesia Di Hindia-Belanda dahulu, rumah pertemuan kaum Vrijmetselarij, dalam bahasa Belanda Lodge atau loji dalam bahasa Indonesia seringkali disebut sebagai "rumah setan". Sejak zaman Presiden Sukarno, gerakan ini diharamkan di Indonesia. Loji-loji Freemason ternama di Nusantara tersebar di hampir semua wilayah di Indonesia seperti di Aceh, Medan, Padang, Palembang, Jawa, Sulawesi, dan sebagainya. Salah satu yang paling terkenal adalah Adhuc Stat alias loji Bintang Timur yang terletak di Menteng, Jakarta Pusat, yang kini digunakan sebagai Gedung Bappenas. Dulu, bangunan ini dikenali masyarakat luas sebagai Gedung Setan, kerana ia sering digunakan sebagai tempat pemanggilan arwah orang mati oleh para angota Mason. Dr. T.H. Stevens, seorang sejarawan Belanda, dalam bukunya bertajuk "Tarekat Mason Bebas dan Masyarakat di Hindia Belanda dan Indonesia 1764-1962″, yang edisi bahasa Indonesianya diterbitkan oleh Sinar Harapan dalam jumlah yang sangat terbatas, banyak memaparkan tentang gerakan dan tokoh-tokoh Freemasonry di Indonesia . Tokoh-tokoh Mason Indonesia menurut buku tersebut-yang dilengkapi foto-foto ekslusif sebagai buktinya-banyak melibatkan nama-nama terkenal seperti Sultan Hamengkubuwono VIII, RAS. Soemitro Kolopaking Poerbonegoro, Paku Alam VIII, RMAA. Tjokroadikoesoemo, DR Radjiman Wedyodiningrat, dan banyak pengurus organisasi Boedhi Oetomo. Sejarah Freemason Di Malaysia Major Masonic Events in South East Asia
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
SELAMAT HARI MALAYSIA YANG KE 49 TAHUN Posted: 16 Sep 2012 12:06 AM PDT PERGERAKAN PEMUDA UMNO JASIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 16 MEI 2012 Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak. Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia. Mencari Nilai Hari Malaysia TANGGAL 16 September tahun ini, usia Malaysia sebenarnya baharu mencecah 46 tahun. Tarikh ini pada tahun 1963, Persekutuan Malaysia dirasmikan penubuhannya serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30 ribu rakyat jelata.Penubuhan Persekutuan Malaysia ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina. Indonesia tidak senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia lantas, melancarkan konfrantasi ketenteraan di bawah slogan "Ganyang Malaysia" yang berlanjutan sehingga tahun 1966. Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British. Brunei yang turut termasuk dalam rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia membatalkan penyertaannya setelah berdepan dengan pemberontakan besar-besaran di Brunei oleh Sheikh Azhari pada penghujung 1962. Sekalipun begitu, akhirnya pada 9 Julai 1963, Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia dimeterai di London hanya setelah Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan menyatakan, lebih 80 peratus rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan bersama Persekutuan Tanah Melayu. Tarikh perasmian pengisytiharan Persekutuan Malaysia telah ditangguhkan daripada 1 Jun 1963 ke 31 Ogos 1963 kerana menunggu Laporan Suruhanjaya Cobbold. Namun tarikh tersebut pula ditangguhkan setelah Indonesia dan Filipina emperhebatkan tentangan mereka terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia. Dan akhirnya 16 September 1963 menjadi hari secara rasminya Persekutuan Malaysia ditubuhkan. Namun, Hari Malaysia dan sejarahnya ini akan hanyut ditelan zaman. Sekalipun tidak hilang, tetapi apalah nilai Hari Malaysia jika sejarahnya hanya tersimpan di arkib, perpustakaan dan memori generasi lama? Apakah generasi muda sedar akan kewujudan Hari Malaysia? Jawapan yang ada mungkin ya dan mungkin tidak, kerana tiada kajian rasmi yang menunjukkan persepsi ini. Namun, cubalah kita bertanya-tanya dengan anak-anak kita, cucu-cucu kita atau tanya sahaja dengan belia remaja yang kita temui di pusat-pusat membeli belah, yang sedang meladeni diri di kaki-kaki jalan dan yang terperuk di rumah memaku matanya pada skrin TV atau komputer. Jawapan yang kita terima, mungkin boleh dijadikan sebagai gambaran persepsi di atas. Tulisan ini gambaran persepsi yang diterima melalui jawapan-jawapan daripada belia remaja sekeliling penulis. Hasilnya, penulis kecewa dan gusar akan nasib Hari Malaysia dan sejarahnya di masa mendatang. Ya, ada yang sedar akan kewujudan Hari Malaysia, tetapi apakah nilaiannya pada mereka? Apatah lagi yang tidak sedar akan kewujudan Hari Malaysia. Ini merupakan satu fenomena tidak sihat dalam perkembangan diri generasi muda. Buta sejarah akan menjadikan mereka rapuh jati diri yang akan merendahkan semangat patriotik pada diri mereka. Permasalahan ini tidak dapat hanya kita sandarkan penyelesaiannya melalui pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah dan Pendidikan Sivik di sekolah. Kesedaran tentang kewujudan Hari Malaysia tidak boleh hanya terkurung dalam kurikulum pendidikan formal di sekolah. Penghayatannya perlu dalam bentuk interpretasi dalam kehidupan realiti. Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos saban tahun merupakan contoh terbaik kesedaran melalui kurikulum pendidikan sekolah dan penghayatan melalui interpretasi dalam kehidupan realiti. Kita belajar akan Hari Kemerdekaan di sekolah dan kita lihat betapa pentingnya tarikh tersebut melalui sambutan gilang-gemilang menyambut tarikh tersebut. Nah, tentu sahaja memberi kesan yang membekas pada diri generasi muda untuk memahami bahawa Hari Kemerdekaan merupakan satu peristiwa penting dan sejarahnya akan terus hidup dalam diri mereka. Justeru, cadangan menaik taraf penghargaan terhadap Hari Malaysia merupakan satu cadangan yang praktikal dan signifikan demi memastikan Hari Malaysia dan sejarahnya akan terus wujud dan hidup dalam diri generasi muda. Penarafan semula penghargaan terhadap Hari Malaysia boleh sahaja dilaksanakan melalui sambutan rasmi sama ada di peringkat negeri dan kebangsaan. Selain itu, hebahan melalui media cetak mahupun televisyen melalui pemaparan imbauan sejarah juga penting untuk menyebarkan kesedaran dan menanam penghayatan akan peristiwa penting pada tarikh tersebut. Bukan hanya setakat sebagai bahan bualan oleh hos rancangan televisyen atau tajuk rencana akhbar, Hari Malaysia perlu dijadikan sebagai tema rasmi dalam media cetak dan televisyen untuk tarikh 16 September tersebut. NGO atau organisasi masyarakat setempat juga boleh memainkan peranan penting dalam menyebarkan kesedaran dan penghayatan Hari Malaysia di peringkat akar umbi masyarakat. Melalui penganjuran sambutan Hari Malaysia di peringkat kampung, kawasan perumahan atau dengan acara forum, ceramah, tayangan filem dan lain-lain akan membantu masyarakat khususnya generasi muda untuk memahami mesej betapa taikh 16 September merupakan tarikh penting yang mengandungi peristiwa yang cukup signifikan untuk Malaysia. Mungkin juga pengisytiharan tarikh 16 September setiap tahun sebagai hari cuti umum untuk seluruh negeri akan menunjukkan betapa kerajaan Malaysia benar-benar serius dalam menghargai Hari Malaysia. Pengisytiharan cuti umum ini akan membuka ruang untuk sambutan gilang-gemilang sempena Hari Malaysia dilaksanakan. Tentu sahaja rakyat di Sarawak dan Sabah akan lebih merasakan kebersamaan mereka sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia secara keseluruhan. Maka Hari Malaysia akan dirai bersama sebagai bukti kesedaran dan penghayatan seluruh rakyat daripada seluruh negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia. Seperti mana generasi muda sedar akan Hari Kemerdekaan tanggal 31 Ogos setiap tahun, maka begitu jugalah mereka akan sedar akan peri penting tarikh 16 September dalam lipatan sejarah Malaysia melalui penghayatan yang selayaknya untuk Hari Malaysia. Jangan biarkan generasi muda terus dilupakan tentang sejarah Malaysia yang dipenuhi dengan warna-warni perjuangan generasi terdahulu. Penghargaan yang setimpal harus diraikan untuk peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Malaysia yang membentuk Malaysia seperti yang kita lihat hari ini. Melalui kesedaran sejarah, maka generasi muda akan mampu menghayati nilai sebenar Malaysia. PENULIS ialah Yang Dipertua, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (Perkepis) sumber : Berita Harian Penubuhan Malaysia 16 September 1963 Membawa Perubahan Kepada Negara TARIKH 16 September 1963 sememangnya memberi perubahan kepada negara khususnya dalam penyatuan 14 buah negeri sebagai Malaysia yang terdiri daripada 11 negeri Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura, Sabah dan Sarawak di samping jumlah penduduknya yang menjangkau 10 juta orang. Menyusur semula pembentukan Malaysia yang direalisasikan oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebenarnya telah disuarakan pada bulan Mei 1961 lagi melalui satu ucapannya dalam Persatuan Wartawan Asing Asia-Tenggara di Singapura. Dalam ucapan tersebut, beliau telah mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei digabungkan dalam satu kesatuan atau satu negara yang disebut sebagai Malaysia.Kata Tunku dalam ucapannya, "Persekutuan Tanah Melayu tidak mampu wujud secara bersendirian tanpa kerjasama politik dan ekonomi dengan Singapura, Sabah dan Sarawak." Selepas cadangan tersebut disuarakan oleh Tunku, pelbagai pihak mula menyuarakan pendapat mereka hinggakan penubuhan Malaysia tersebut menjadi topik perbincangan hinggalah ke peringkat antarabangsa. Ramai pihak yang menyokong cadangan tersebut khususnya pemimpin-pemimpin rakyat dalam negeri-negeri Singapura, Sarawak dan Sabah yang menganggap cadangan tersebut akan dapat membantu mereka membebaskan diri dari kuasa penjajah Inggeris. Lanjutan dari cadangan penubuhan gagasan Malaysia ini, Tunku Abdul Rahman telah mengambil tindakan dengan mengadakan rundingan bersama Perdana Menteri British di London. Hasilnya, sebuah suruhanjaya telah ditubuhkan bagi memastikan rancangan tersebut berjaya dan mendapat persetujuan semua pihak.Suruhanjaya tersebut telah dipengerusikan oleh Lord Cobbold dengan diwakili oleh wakil-wakil dari Tanah Melayu dan Kerajaan British. Tujuan utama suruhanjaya tersebut dibentuk adalah untuk menyiasat pendapat dan persetujuan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai penubuhan gagasan Malaysia ini. Usaha untuk menyatukan negeri-negeri tersebut di bawah satu gagasan mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya dari para penduduk di Sabah dan Sarawak sendiri. Menurut Penyata Tahunan Perhimpunan Agung UMNO 1963/64, pada 23 Ogos 1961, persetujuan telah dicapai di antara kerajaan Singapura dan Tanah Melayu yang meletakkan Kerajaan Pusat mempunyai kuasa autonomi dalam lapangan pelajaran dan buruh sahaja dengan persetujuan sebuah jawatankuasa antara Kerajaan Singapura dan Tanah Melayu. Namun begitu, usaha murni untuk menuju kepada penubuhan sebuah negara baru Malaysia terhalang apabila berlaku pemberontakan yang dilakukan oleh Sheikh Azhari di Brunei pada 8 Disember 1962. Ini diikuti dengan pengisytiharan konfrantasi Indonesia yang dilancarkan oleh Presiden Sukarno sebagai tentangan terhadap gagasan Malaysia. Manakala di Manila pula, terdapat tuntutan ke atas Sabah dikembalikan kepada Filipina atas alasan ia adalah milik keturunan Sultan Solo yang telah membuat perjanjian dengan Kerajaan British pada tahun 1878. Perselisihan pendapat dan pertikaian ini telah berlarutan dan semakin meruncing hingga memecahbelahkan keamanan yang ada di Asia Tenggara. Konfrantasi yang dilancarkan oleh Presiden Sukarno juga telah berterusan selama tiga tahun hingga mengakibatkan berlaku pertumpahan darah dan memaksa kepada campur tangan tentera. Penubuhan Malaysia menerima tentangan keras dari Indonesia di bawah Presiden slogan "Ganyang Malaysia". Misalnya dapat dilihat dalam pertempuran di antara Tentera Darat dengan angkatan rejim Sukarno di satu Pos Sementara tentera di Kalabakan, Tawau, Sabah. Serangan yang berlaku pada waktu maghrib ini telah mengorbankan seramai tujuh orang dan mencederakan 16 orang yang lain. Begitu juga dengan serangan yang berlangsung di Pontian, Labis, Kota Tinggi dan Batu Pahat di Johor. Tentangan ke atas penubuhan Malaysia mengakibatkan pertempuran yang hebat antara tentera kedua-dua negara. Bagi menyelesaikan masalah berikut dan memulihkan keamanan di rantau Asia Tenggara, maka suatu persidangan kemuncak telah diadakan antara ketua-ketua tiga negara yang terlibat dalam pertikaian iaitu Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia ini dapat dilaksanakan dengan jayanya walaupun mendapat tentangan dalam bentuk ketenteraan dari negara lain. Dalam persidangan kemuncak di Manila yang berlangsung pada akhir bulan Julai 1963, tolak ansur telah berlaku antara negara-negara terbabit dan tarikh pengisytiharan negara baru Malaysia akan diumumkan selepas Setiausaha Agong Bangsa-bangsa Bersatu berpuas hati dengan kehendak rakyat dari wilayah Sabah dan Sarawak. Dalam pada itu, Brunei tidak turut sama dalam pembentukan Malaysia kerana gagal mencapai persetujuan mengenai negerinya. Walaupun pembentukan Malaysia telah mendapat persetujuan PBB, tetapi Indonesia seakan berusaha untuk menggagalkan rancangan tersebut malah sengaja melewatkan ketibaan wakilnya sebagai pemerhati kerja-kerja rombongan PBB ke Sabah dan Sarawak. Akhirnya PBB telah bersetuju mengeluarkan laporannya mengakui 80 peratus dari rakyat Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman. Tentangan dari Indonesia tidak habis di situ sahaja sebaliknya melancarkan kembali konfrontasinya dengan menarik kembali Duta Besarnya di Malaysia serta mengugut nyawa rakyat Malaysia yang ada di Indonesia. Filipina turut bertindak keras apabila cuba menurunkan taraf kedutaannya di Malaysia menjadi konsul sahaja. Akibat tindakan tersebut, maka Kerajaan Malaysia terpaksa mengambil tindakan tegas dengan memutuskan hubungan diplomatic dengan Indonesia dan Filipina dua hari selepas kelahiran negara Malaysia dilancarkan. Konfrantasi ini berlanjutan hingga perjanjian damai dimeterai pada Ogos 1966. Perjanjian penubuhan Malaysia telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 dan diisytiharkan secara rasmi pada 16 September 1963 oleh Tunku Abdul Rahman. Pengisytiharan Malaysia dilakukan di Stadium Merdeka di hadapan DYMM Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sabah dan Sarawak dengan disaksikan kira-kira 30,000 rakyat Malaysia. Kini, setelah 46 tahun Malaysia ditubuhkan, pelbagai kemajuan dapat dilihat dari pelbagai aspek bukan sahaja dalam bidang ekonomi, politik dan sosial malah hubungan antarabangsa dengan negara-negara jiran terbabit juga telah pulih. Seharusnya, keharmonian dan kesejahteraan yang di kecapi sejak sekian lama wajar dipelihara dan dikekalkan agar dapat terus di kecapi oleh generasi akan datang. Penubuhan Malaysia 16 September 1963 Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi. Antara lain, kerjasama ini perlu diadakan adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri. Di samping itu juga gagasan ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak. Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura pada 23 Julai 1961 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam Jawatankuasa ini, perwakilan dari Tanah Melayu terdiri daripada ahli-ahli Parlimen. Perwakilan Singapura terdiri daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan termasuk seorang ahli parti pembangkang. Anggota perwakilan dari Sarawak adalah ahli-ahli Majlis Negeri Sarawak, begitu juga dengan Sabah. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak empat kali untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan penubuhan Malaysia. Mesyuarat pertama diadakan di Sabah pada Ogos 1961, seterusnya di Kuching, Sarawak pada Disember 1961 dan di Kuala Lumpur pada Januari 1962. Mesyuarat terakhir telah diadakan di Singapura pada Februari 1962. Dalam mesyuarat terakhir itu Jawatankuasa bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia. Memorandum yang dipersetujui Jawatankuasa tersebut mengandungi beberapa perkara penting untuk dijadikan asas kepada perlembagaan yang akan dirancang. Jawatankuasa ini bersetuju supaya perlembagaan Tanah Melayu dijadikan asas kepada perlembagaan Malaysia. Antara perkara lain yang dipersetujui ialah tentang perlunya ada sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat dan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan juga mengenai agama Islam diterima sebagai agama rasmi. Pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya ini dibentuk hasil perundingan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan British pada November 1961. Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. Suruhanjaya ini dianggotai oleh lima orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, bekas gabenor Bank England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato' Wong Pow Nee dan Encik Mohd Ghazali bin Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, wakil kepada kerajaan British. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha. Sepanjang Februari-hingga April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri dari parti-parti politik, ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dan Undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan. Hasil dari laporan ini menunjukkan sejumlah 80 peratus penduduk Sarawak dan Borneo Utara menyokong kepada penubuhan Malaysia. Sokongan rakyat ini jelas dibuktikan melalui laporan Suruhanjaya Cobbold yang telah disahkan oleh perwakilan Setiausaha Bangsa-Bangas Bersatu. Selain itu, laporan itu juga memuatkan cadangan-cadangan daripada ahli-ahli Suruhanjaya berhubung beberapa perkara yang dinyatakan melalui memorandum-memorandum yang diterimanya. Pada 21 Jun 1962 laporan ini telah dikemukakan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Setelah dikaji, kedua-dua kerajaan bersetuju menerima hampir semua cadangan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya tersebut. Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Tanah Melayu juga menerima laporan Suruhanjaya Cobbold. Beliau telah membentuk sebuah Jawatankuasa untuk mengkaji laporan itu yang telah dipengerusikan oleh beliau sendiri dan anggota-anggota yang lain terdiri dari Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri), Tan Siew Sin (Menteri Kewangan), Datuk (Dr) Ismail Dato' Abdul Rahman (Menteri Keselamatan Dalam Negeri) dan Datuk V.T. Sambanthan (Menteri Kerja Raya dan Telekom). Kata sepakat telah dicapai oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London. Rundingan tersebut telah berlangsung selama 2 minggu. Pada Julai 1963 satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persetujuan telah di peroleh untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963. Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan "Merdeka" sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said. Rentetan Peristiwa 27 Mei 1961 Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik 23 Julai 1961 Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen. Ogos 1961 Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah 18-20 Disember 1961 Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak 6-7 Januari 1962 Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur 17 Januari 1962 Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato' Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha 3-4 Februari 1962 Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia 21 Jun 1962 Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu Julai 1962 Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan. 9 Julai 1963 Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. 16 September 1963 Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia sumber : www.arkib.gov.my Mengiktiraf Tanggal 16 September Sebagai Hari Malaysia SETELAH 46 tahun Sabah dan Sarawak mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Persekutuan Malaysia, semalam adalah hari penuh sejarah bagi seluruh rakyat negara ini. Pengumuman yang dinanti-nantikan muncul jua. Berkat sabar, akhirnya tanggal 16 September diiktiraf sepenuhnya sebagai Hari Malaysia. Sejajar dengan itu ia diumumkan hari cuti umum yang bermula tahun 2010. Rakyat Malaysia berbilang kaum harus mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Kita amat bersetuju tarikh itu dipilih sebagai cuti umum. Selepas ini tiada alasan lagi untuk kita lupa daripada mengingati sejarah dan tarikh pembentukan Malaysia apabila Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada 16 September 1963. Tarikh terbentuknya Malaysia perlu lebih dihayati, dikenang dan dihargai bukan sahaja oleh rakyat Sabah dan Sarawak tetapi juga seluruh rakyat Malaysia. Perdana Menteri ketika mengumumkannya di Dewan Rakyat semalam berkata, Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar iaitu Hari Merdeka pada 31 Ogos bagi mengingatkan rakyat akan perjuangan mencapai kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan dan persefahaman antara kaum sejajar dengan semangat 1Malaysia. Kita percaya apabila Hari Malaysia diraikan pada tahun hadapan, banyak acara mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum menerusi aktiviti sukan, sosio-budaya dan kesenian diadakan bagi menyemarakkan lagi semangat 1Malaysia. Dengan perisytiharan cuti umum Hari Malaysia maka diharapkan kecenderungan untuk melihat Semenanjung, Sabah dan Sarawak sebagai entiti yang berada dalam wilayah yang berasingan akan terhakis. Jika tahun 1981 pemisahan itu dirapatkan melalui penyeragaman waktu dan kini dimantapkan dengan sambutan Hari Malaysia. Pengertian Hari Malaysia perlu disebar luaskan kepada rakyat supaya pemahaman mengenainya lebih mendalam. Kita perlu fahami, emosi menyambut Hari Malaysia adalah berlainan dengan perasaan menyambut Hari Kemerdekaan. Pengumuman Hari Malaysia sebagai cuti umum adalah dialu-alukan, pun begitu sambutan hari tersebut perlu ada pengisian yang bermakna dan berkesan. Tanggal 16 September diraikan sebagai memperingati hari bersejarah bagi rakyat Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak kerana pelbagai kaum dan etnik bersatu untuk mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia. Pada hari tersebut seharusnya rakyat di seluruh negara dapat merapatkan lagi hubungan antara kaum dalam suasana muhibah. Gagasan 1Malaysia akan bertambah mudah jika semua kaum dapat bersatu menjadi sebuah masyarakat yang kukuh jati dirinya. Di samping itu kita ingin menasihatkan kepada majikan di sektor swasta supaya menghormati hari cuti umum tersebut. Mereka mesti mematuhi keputusan terbaru kerajaan menjadikan 16 September sebagai Hari Malaysia mulai 2010. sumber : Utusan Malaysia Sabah Bakal Jadi Tuan Rumah Hari Malaysia 16 September Ini KOTA KINABALU: Sabah bakal menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia yang akan berlangsung di sini pada 16 Sept, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya pada pelancaran bulan kemerdekaan dan kempen mengibar Jalur Gemilang di perkarangan ibu pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, di sini, Isnin. Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yahya Hussin.Pada 19 Oktober tahun lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 16 Sept sebagai cuti umum mulai tahun ini bagi menyambut Hari Malaysia. Sementara itu, sempena bulan kemerdekaan ini Musa meminta rakyat negeri ini untuk sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang. Kempen mengibar jalur gemilang boleh menjadi wadah untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan cintakan negara serta memupuk perpaduan di kalangan pelbagai lapisan rakyat, katanya.Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana masih banyak premis yang tidak mengibarkan jalur gemilang walaupun arahan secara bertulis telah dikeluarkan. – sumber : BERNAMA Empat Tokoh Terima Anugerah Tokoh Malaysia Seramai empat tokoh akan menerima Anugerah Tokoh Malaysia pada sambutan Hari Malaysia 16 September ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Rais berkata, dua tokoh akan dipilih dari Semenanjung dan masing-masing satu dari Sabah dan Sarawak oleh jawatankuasa berkenaan. Tambah beliau lagi, mereka sedang cari tokoh-tokoh dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung untuk menerima anugerah Tokoh Malaysia pada hari tersebut. Rais berkata, anugerah ini adalah sesuatu yang boleh dianggap sebagai pengiktirafan kepada jasa dan sumbangan dan rekod perjuangan seseorang berkaitan dengan negara ini. Katanya, keempat-empat tokoh ini akan menerima anugerah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas beliau menyampaikan ucapan pada sambutan yang akan berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah. sumber : Bernama Hari Malaysia Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak. Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia. sumber : Wikipedia Blog 1Malaysia (www.1malaysia.com) Pada hari ini (16 September) empat puluh enam tahun yang lalu, Malaysia mengalu-alukan keanggotaan negeri Sabah dan Sarawak dan mula mengatur langkah untuk menjadi salah sebuah negara terpenting di dunia. Beliau ketika itu baru berusia 10 tahun ketika ayahanda nya, Tun Abdul Razak Hussein, menjadi saksi kepada perisytiharan bersejarah kemerdekaan Sabah pada 1963, tetapi saya ingat bagaimana bangganya beliau saat peristiwa penting itu berlangsung. Sabah dan Sarawak memenuhi satu sudut yang istimewa di hati saya kerana peristiwa bersejarah itu. Komitmen Dato' Sri terhadap 1Malaysia – kepada gagasan bahawa perbezaan pada bangsa dan agama itulah yang menjadikan negara kita lain daripada yang lain – telah diilhamkan daripada apa yang saya lihat di Sabah dan Sarawak. Kelainan rakyat kita ini telah menjadi asas kepada banyak dasar awam yang hebat-hebat yang akan dilaksanakan oleh pentadbiran saya, kesemuanya dengan matlamat memanfaatkan kekuatan rakyat kita daripada kumpulan etnik dan anutan kepercayaan yang berbeza untuk membentuk satu asas daya saing global dan identiti budaya. Sumbangan Sabah dan Sarawak kepada Malaysia melebihi tauladan dalam perpaduan dan permuafakatan. Malaysia menjadi syurga dunia pelancongan disebabkan oleh kepelbagaian ini dan keajaiban alam semula jadi yang dipersembahkan kepada dunia oleh dua negeri ini. Banyak warisan budaya negara kita terikat kepada ikon kehidupan di Sabah dan Sarawak. Rumah-rumah panjang kekal menjadi tulang belakang kehidupan di dua negeri ini kerana ia ialah simbol kepada keperluan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mempelajari bagaimana untuk hidup di bawah satu bumbung dan untuk membina tempat tinggal negara kita secara bersama-sama. Apabila matahari terbit di langit Malaysia, ia menyinari Sabah dan Sarawak terlebih dahulu. Masa hadapan kita sebagai sebuah negara bergantung kepada keupayaan kita untuk bekerja dan hidup bersama-sama. Sabah dan Sarawak menunjukkan kepada kita jalan yang perlu kita lalui untuk menuju pembangunan sivil dan saya percaya kita harus membalas budi dengan melabur dengan lebih banyak lagi dalam pembangunan ekonomi di dua buah negeri ini. Apabila tiba masanya Sabah dan Sarawak mengumumkan ulang tahun ke-47 mereka pada tahun hadapan, saya harap kita dapat mengotakan janji-janji kita untuk memberikan pelaburan ekonomi, pendidikan dan prasarana yang lebih banyak di kedua-dua buah negeri ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lihat kenyataan peribadi saya tentang Hari Malaysia. 16 September Diisytihar Cuti Umum Hari Malaysia Perdana menteri hari ini mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan. Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting. Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia apabila Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963. Najib berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang bertanya sejauh mana penerimaan rakyat terhadap gagasan 1Malaysia dan jenis-jenis program yang difikirkan berkesan untuk mencapai hasrat tersebut. Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Kedua Belas bermula tepat pukul 10 pagi ini dengan menyaksikan perdana menteri sebagai yang pertama memberikan jawapan bagi sesi pertanyaan bagi jawapan lisan pagi ini. Perdana menteri berkata, dengan penyertaan Sabah dan Sarawak sejak 1963, maka adalah wajar rakyat di kedua-dua negeri itu menikmati kemajuan pembangunan, pendidikan, ekonomi dan sosial seperti di Semenanjung. Beliau turut menegaskan, perpaduan antara kaum itu juga merangkumi integrasi nasional antara rakyat Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang akan terus ditingkatkan. Untuk meningkatkan perhubungan antara tiga wilayah itu, perdana menteri berkata, kekerapan dan kapasiti penerbangan akan terus di pertingkatkan selain pembinaan prasarana asas bagi dua buah negeri itu seperti jalan, bekalan air dan elektrik, sekolah, klinik dan hospital akan terus diberi keutamaan dengan menambah lebih banyak peruntukan. Najib berkata sesungguhnya perpaduan yang telah dicapai hingga ke saat ini telah membuahkan keamanan di dalam negara lebih lima dekad lepas. Menjawab soalan tambahan Dr Marcus mengenai identiti yang boleh dikaitkan dengan Malaysia seperti di Indonesia, Filipina atau Thailand, Najib berkata identiti Malaysia boleh dilihat berdasarkan kemampuannya menerima unsur lain yang dijadikan sebahagian daripada budaya setempat dan seterusnya kekuatan negara. Sementara itu, menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Najib berkata gagasan 1Malaysia dianggap sebagai kesinambungan dasar-dasar yang diperkenalkan sebelumnya. Abdul Hadi bertanya sama ada dengan penerapan gagasan 1Malaysia, bermakna kerajaan mengetepikan dasar-dasar terdahulu termasuk Islam Hadhari, Bersih Cekap dan Amanah dan Wawasan 2020. sumber : BERNAMA |
You are subscribed to email updates from PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan