Ahad, 12 Ogos 2012

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


MAJLIS IHSAN RAMADHAN DI RASMIKAN OLEH DATUK BANDAR KUALA LUMPUR

Posted: 12 Aug 2012 01:35 AM PDT

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Haji Talib menyeru semua pihak memberi perhatian terhadap golongan kurang bernasib baik terutama ketika menyambut musim perayaan.
Katanya,. menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya adalah dituntut oleh ajaran Islam apatah lagi pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.
"Saya bangga kerana hari ini banyak pertubuhan dan badan-badan tertentu memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan perhatian," ujarnya.

Datuk Ahmad Phesal dan Datuk Syed Ali bertanya
khabar kepada ibu anak istimewa yang menerima bantuan



















Bantuan tersebut kata beliau, sekurang-kurang dapat memberi keceriaan kepada penerima sumbangan.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ihsan Ramadhan anjuran Yayasan 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dengan kerjasama UMNO Bahagian Cheras dan Yayasan Pendidikan Cheras, di Pusat Rekreasi Cheras, pada hari jumaat yang lalu.
Hadir sama pada Majlis Ihsan Ramadhan, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee merangkap Pengerusi YPC, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mahadi Abdul Shukor, Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif dan Hajjah Zurainah Musa , Setiausaha UMNO Bahagian Cheras merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Cheras.
Datuk Ahmad Phesal turut menghargai peranan dan komitmen yang telah dijayakan oleh UMNO Bahagian Chears dan Yayasan Pendidikan Cheras dalam membantu anggota masyarakat terutama di sekitar kawasan Parlimen Cheras.

Seramai 566 orang penerima terdiri daripada anak yatim, anak istimewa dan pelajar miskin menerima sumbangan berupa wang tunai RM100 berserta makanan harian.
Sebelum itu, Syed Ali dalam ucapannya memberitahu program seumpama itu adalah kali ketiga diadakan sepanjang ramadhan ini dalam usaha untuk meringan beban mereka yang kurang berkemampuan menyambut kedatangan  1 Syawal.
Beliau bangga kerana banyak pihak seperti 1MDB telah menyalurkan bantuan untuk diagih-agihkan kepada mereka yang memerlukannya.
 
"UMNO Bahagian Cheras dan YPC akan terus melaksanakan kerja-kerja amal dan bantuan kepada yang memerlukannya," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut