PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN |
- SEELUM MENGUNDI PRU 13 BACA INI.....
- BILA CINA BERTEMPUR DENGAN CINA.
- Jawapan Lengkap Kepada Semua Temberang Ambiga:
- Melawan Barat demi jati diri
- ONE BY ONE DESTROYED....
SEELUM MENGUNDI PRU 13 BACA INI..... Posted: 07 Aug 2012 08:27 PM PDT PERKARA YANG RAKYAT PERLU TAHU SEBELUM PRU 13..!!!Mungkin dalam hal ini, kebanyakkan rakyat Malaysia hanya serkap jarang ataupun mungkin juga suka mendengar suara-suara sumbang bercerita tentang harga subsidi yang telah diberikan oleh kerajaan. Jika tidak beberapa faham mengenainya inilah penerangan serba sedikit tentang subsidi harga sebenar yang telah disediakan kerajaan buat setiap rakyat Malaysia. Di bawah ni pula harga perbandingan harga petrol dan diesel... Paling bagus tu pemberian subsidi ni tak mengira sama ada rakyatnya bernaung pada parti apa sekali pun. Tak kira kaum ataupun bangsa, agama apa sekalipun dapat subsidi yang telah disediakan oleh kerajaan. Mungkin pada pendapat sesetengah orang tu, kerajaan kita tak sebaik kerajaan yang dimahukan kehendaknya tetapi... Kerana semuanya adalah... |
BILA CINA BERTEMPUR DENGAN CINA. Posted: 07 Aug 2012 07:57 PM PDT Jati diri Cina Malaysia perlu komponen MelayuRangsangan jurulatih China kepada Lin Dan ketika permainan penentuan dalam Sukan Olimpik London tempoh hari, yang dapat didengari, iaitu Datuk Lee Chong Wei sebagai lawannya adalah separuh Cina saja, boleh dianggap rasis. Namun ia menarik sekali untuk direnungi oleh Cina Malaysia. Kepada Cina Malaysia yang rata-ratanya kemaruk dan taksub terhadap bahasa dan budaya Cina, sehingga bukan saja ingin mencontohi, tetapi berkehendakkan pendidikan aliran Cina di negara ini wujud seperti yang terdapat di China, tanpa mempedulikan keperluan pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, persepsi jurulatih itu perlu direnungi sedalam-dalamnya kerana ia mempunyai banyak rangsangan itu memperlihat bangsa Cina yang bukan saja bangga dengan tamadun mereka yang berusia 5,000 tahun. Tetapi tetap angkuh sejak dulu kala sehingga ke zaman moden ini, sebagai bangsa yang maju dari segi peradaban dalam sejarah manusia. Sehubungan ini, sebilangan besar Cina Malaysia bukan saja terikut-ikut dengan keangkuhan ini, tetapi berikhtiar sedaya upaya untuk mempamer selain mendukung jati diri etnik Cina tulen, dengan menolak unsur Melayu yang merupakan kelompok dominan di negara ini. Bukan Cina tulen Cina Malaysia adalah hanya separuh Cina dan bukan Cina tulen seperti yang di China, merupakan hakikat yang perlu diterima dengan penuh keinsafan. Dalam hal ini, hubungan Cina Malaysia dengan China perlu hanya bersifat budaya nostalgia dan sentimental. Oleh itu, mereka perlu menyedari, lebih-lebih lagi menginsafi nasionalisme etnik Cina mereka tidak boleh sekali-kali bersifat totok Cina, melainkan dibaurkan dengan perimbangan yang munasabah kadarnya, dengan nasionalisme Malaysia, yang harus mendukung simbol dan proses sosiobudaya Melayu. Ini adalah persetujuan bersama menjelang kemerdekaan. Kelulusan pembinaan sekolah persendirian Cina yang ke-61 di Kuantan bukan saja disambut dengan baik, malah dianggap sebagai langkah betul yang diambil oleh kerajaan. Ini antaranya kerana kerajaan didapati memahami aspirasi mereka yang memberi keutamaan kepada pendidikan aliran Cina. Untuk mewajarkan penubuhan sekolah ini, mereka selalu menganggapnya sebagai keuntungan kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara, lebih-lebih lagi dalam perdagangan Malaysia-China. Kebaikan pendidikan aliran Cina dalam beberapa aspek tidak dapat dinafikan. Antaranya adalah ia bersifat sistem yang dibantu oleh komuniti sendiri sejak kemerdekaan dan penjajahan British lagi, selain cara pengurusannya yang cekap, baik dari segi kualiti pendidikan mahupun penglibatan komuniti. Timbul isu perkauman Namun demikian, pendidikan aliran Cina, baik di Sekolah Jenis Kebangsaan atau Sekolah Persendirian, sering dipersepsikan sebagai antinasional atau menimbulkan isu perkauman pada sudut yang kurang ekstrem. Hal demikian disebabkan oleh perjuangan dan tuntutan yang dapat dilihat sebagai melampau dan tidak berpijak di bumi nyata dalam sebuah negara majmuk. Antaranya adalah keperluan guru yang memiliki kelulusan bahasa Mandarin pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat penempatan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Salah satu persepsi negatif tentang pendidikan aliran Cina ialah ketidaksediaannya untuk memupuk perpaduan, khususnya yang ingin dicapai melalui penggunaan bahasa Melayu selaku bahasa negara, sebagai penanda jati diri nasional. Usaha sebegini didapati amat kurang jika diteliti daripada beberapa hal. Pertama, cadangan pendidikan ketatanegaraan dalam bentuk mata pelajaran baru, Malaysia Negaraku, dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula pada 2011, dalam bahasa Melayu. Ia yang ingin menggunakan 30 minit daripada jumlah 1,380 minit seminggu itu, ditolak atas pelbagai alasan, yang memperlihat keengganan sektor bukan Melayu menggunakan simbol Melayu itu. Kedua, keengganan menggunakan sukatan pelajaran KSSR yang sama, untuk mata pelajaran bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris, dengan Sekolah Kebangsaan, agar penguasaan bahasa Melayu di sekolah vernakular berada pada tahap yang lebih tinggi. Prof Teo Kok Seong. |
Jawapan Lengkap Kepada Semua Temberang Ambiga: Posted: 07 Aug 2012 07:39 PM PDT PERSOALAN akan kekal sebagai persoalan andai tidak ada jawapan diberikan. Namun, bila sesuatu situasi atau isu itu perjelaskan dengan terperinci dan panjang lebar, maka sebagai pihak yang rasional, ia harus diterima atau dipertikaikan melalui saluran yang sewajarnya. Ya, memang boleh dipertikaikan. Namun harus ingat, mempertikaikan melalui saluran yang sewajarnya adalah penting kerana sudah ada pihak yang berusaha memberikan jawapan dan penyelesaian, bukannya menindas dan membutakan mata serta menutup telinga kepada persoalan yang ditimbulkan. Jadi sebagai balasan, pilihlah pendekatan yang menghormati usaha pihak yang satu lagi itu. Andai anda memilih untuk tetap tidak menerima jawapan kepada sesuatu isu itu, maka anda harus bertanya pada diri sendiri...aku mencari jawapan atau aku memang nak cari pasal aje?. Persoalan itu penting kerana petang esok (hari ini – 28 April) akan berlangsung Bersih 3.0 dengan penjenamaan terkini, Duduk Bantah. Apa yang hendak dibantah? Jawapan kepada semua yang dibantah itu ada kami sediakan di bawah. Ia diperoleh dari laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Respon yang akan kami terima untuk menyiarkan jawapan berkenaan pastinya ialah admin adalah pencacai UMNOngok, Mynewshub dibayar, lembu dan sebagainya. Kepada respon ini, kami pun tak ingin nak cakap apa-apa. Kerana kalau anda penyokong pembangkang, maka anda tetap tidak akan menerima apa pun yang diperjelaskan bukan? Dan, jangan gunakan alasan Bersih adalah untuk rakyat. Bersih bukan untuk rakyat dan bukan kebangkitan rakyat, kebangkitan rakyat adalah seperti di Mesir dalam siri Arab Spring di mana hampir keseluruhan rakyatnya yang begitu muak, bangkit di seluruh negara. Mati seorang, sepuluh lagi tampil ke hadapan. Mati sepuluh orang, seratus lagi tampil, mati seratus…anda kiralah sendiri berapa yang tampil. Itu kebangkitan rakyat bila rasa jemu dan sakit hati sampai ke tahap mati pun matilah.Anda mahukah mati untuk Bersih? Bersih sebenarnya adalah alasan untuk penyokong pembangkang berhimpun bagi mencerminkan fahaman mereka iaitu kerajaan yang ada kini, adalah zalim dan jahat. Bersih bukan untuk rakyat, ia adalah untuk pembangkang mencapai matlamat akhir, menyakinkan seramai mungkin anggota masyarakat untuk menentang kerajaan yang ada. Yang berhimpunan nanti kita semua tahu, adalah penyokong pembangkang. Hampir tidak ada pengundi atas pagar atau penyokong kerajaan yang akan turun. Dan dalam Bersih 3.0, penulis yakin kita akan menyaksikan skrip yang sama, ini untuk kebaikkan rakyat, polis telah bertindak zalim, ahli yang menyertai demo telah dipukul, keganasan berlebihan polis, gas pemedih mata dan sebagainya. Semuanya akan digarap untuk menzahirkan rakyat ditindas dan suara mereka disenyapkan. Benarkah? Persoalan berkaitan pilihan raya hanyalah platform yang bagus untuk mewujudkan persepsi bahawa kerajaan itu zalim. Sedangkan matlamat yang hendak dicapai adalah untuk memperlihatakan kononnya kerajaan yang ada perlu ditukar. Jadi, jawablah macam mana pun isu yang dibangkitkan, kalau di hati sudah bertekad mahu turun ke Dataran Merdeka, maka tidak ada gunanya. Bagaimanapun, ambil sedikit masa dan baca semua jawapan yang disediakan SPR di bawah. Selepas itu terpulang pada diri sendiri untuk menjawab soalan aku mencari jawapan atau aku memang nak cari pasal aje?. Dan jangan lupa, kerajaan juga telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, di mana sebahagian besar syor dan usul Bersih telah dan sedang dilaksanakan. Dakwat kekal juga diperkenalkan. Jangan hendak kata kerajaan tidak ambil peduli. Dakwaan 1: SPR telah sengaja membetulkan sempadan kawasan pilihan raya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen bertujuan meramaikan pengundi di satu-satu kawasan bagi membolehkan Barisan Nasional beroleh kemenangan pada PRU Ke-13 nanti Dakwaan tersebut merupakan suatu fitnah dan tidak berasas sama sekali. SPR tidak pernah melakukan apa-apa perubahan terhadap sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen kerana urusan berkenaan hanya dapat dilakukan apabila tiba masanya mengikut peruntukan Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan. SPR telah pun mengeluarkan pengumuman bahawa urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya hanya akan dijalankan apabila tiba masanya selepas PRU-13. SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara tersebut apabila tiba masanya nanti. Apa yang sebenarnya berlaku sebelum ini mengikut peruntukan kuasa di bawah sub peraturan 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, melalui kuasa Ketua Pendaftar, ialah tindakan SPR membetulkan Lokaliti yang mengandungi nama-nama pemilih yang telah tersalah letak sebelumnya iaitu semasa proses penetapan kedudukan Lokaliti (sebelum 2004) yang dibuat secara manual. Oleh kerana kedudukan Lokaliti berkenaan telah tersalah letak, maka selaras dengan peruntukan undang-undang SPR perlu membetulkan kedudukan Lokaliti tersebut di dalam bahagian pilihan raya yang sepatutnya pemilih di dalam Lokaliti berkenaan didaftarkan. SPR menyedari kedudukan beberapa Lokaliti yang tersalah letak di dalam bahagian pilihan raya hanya selepas Sistem EGIS (Electoral Geographical Information System) digunapakai dalam tahun 2004. Melalui peruntukan kuasa yang ada, SPR telah membuat pembetulan kedudukan Lokaliti yang tersalah letak di seluruh negara yang melibatkan jumlah pemilih seramai 19,342 orang. Pemilih-pemilih mengikut Lokaliti-lokaliti berkenaan perlu ditempatkan di dalam kawasan pilihan raya yang sebenarnya seperti yang wujud di lapangan. Perlu ditekankan bahawa pembetulan Lokaliti-lokaliti yang dibuat itu tidak sama sekali melibatkan perubahan kepada mana-mana garis sempadan bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen. Sebaliknya dengan pembetulan kedudukan pemilih mengikut Lokaliti yang terlibat maka mereka akan mengundi di dalam bahagian pilihan raya yang betul mengikut kedudukan alamatnya di dalam Daerah Mengundi dan DUN yang sebenarnya. Selepas tindakan pembetulan Lokaliti berkenaan dibuat, SPR telah memaklumkan secara rasmi melalui surat pemberitahuan yang dialamatkan kepada semua pemimpin parti politik di dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan. SPR beranggapan parti-parti politik melalui pemimpin-pemimpin mereka di peringkat Daerah Mengundi dan DUN menyedari tindakan SPR tersebut dan seterusnya memaklumkan kepada pemilih-pemilih yang terlibat di kawasan masing-masing. Tetapi ramai pemilih yang memberi maklumbalas kepada SPR mereka tidak menyedari telah berlaku pembetulan kedudukan nama mereka mengikut Lokaliti di mana mereka didaftarkan. Oleh yang demikian, dalam menghadapi PRU-13 akan datang, SPR akan menulis surat pemberitahuan perkara tersebut kepada semua pemilih yang terlibat di semua kawasan yang berkenaan di seluruh negara. Justeru, SPR ingin menegaskan sekali lagi bahawa dengan tindakan membetulkan kedudukan nama pemilih di dalam Lokaliti berkenaan iaitu dengan meletakkannya di dalam bahagian pilihan raya yang sebenar mengikut kedudukan di lapangan, ia sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen. Mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan secara lebih lanjut berhubung dengan perkara ini, mereka bolehlah menghubungi mana-mana Pejabat SPR yang berkenaan. Dakwaan 2: Kawasan mengundi YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah dipindahkan secara tidak sah oleh SPR Dakwaan yang mengatakan bahawa kawasan mengundi bagi YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah dipindahkan secara tidak sah oleh SPR adalah tidak benar dan tidak berasas. SPR telah memberi penjelasan terperinci kepada Ahli-Ahli Parlimen pada 16 April 2012 berhubung perkara ini. Walaubagaimanapun perkara ini terus diputar belit untuk mengelirukan orang ramai yang tidak faham tentang isu pembetulan kedudukan Lokaliti di dalam sesuatu Daerah Mengundi yang terletak di dalam kawasan DUN dan Parlimen. Apa yang sebenarnya berlaku di dalam kes yang melibatkan alamat dalam Lokaliti YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim ialah SPR hanya membuat pembetulan kedudukan Lokaliti yang telah tersalah letak di dalam kawasan pilihan raya. Proses ini dijalankan mengikut Peruntukan sub peraturan 25(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih 2002). YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah mendaftar sebagai pemilih pada 1/1/1985 dengan menggunakan alamat Jalan 16/2, Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor. Semasa pendataan borang pendaftaran tersebut, petugas SPR telah meletakkan alamat Lokaliti beliau iaitu Jalan 16/2 di dalam kawasan DUN N.34 Bukit Gasing /Parlimen P.105 Petaling Jaya Selatan iaitu berdasarkan kepada alamat di dalam borang pendaftaran tersebut. Pada masa itu SPR tidak menyedari bahawa di lapangan yang alamat Lokaliti Jalan 16/2 itu adalah sebenarnya terletak di dalam Wilayah Persekutuan di mana Jalan Datuk Abu Bakar merupakan sempadan rasmi antara negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Lokaliti Jalan 16/2 di mana YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim berdaftar sebenarnya berada di dalam kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan. Apabila sistem EGIS dilaksanakan SPR mula menyedari kesilapan penentuan kedudukan Lokaliti berkenaan. Maka selaras dengan tindakan pembetulan Lokaliti yang sedemikian di kawasan-kawasan lain di seluruh negara, SPR juga membuat pembetulan kedudukan Lokaliti terhadap Lokaliti Jalan 16/2 Seksyen 16, Petaling Jaya. Di atas muka bumi, Lokaliti tersebut sebenarnya terletak di kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan. Ianya sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen. Bagi mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan lanjut berhubung dengan perkara tersebut, mereka bolehlah datang ke Ibu Pejabat SPR atau Pejabat SPR Negeri Selangor atau Pejabat SPR Wilayah Persekutuan. Dakwaan 3: SPR gagal membersihkan daftar pemilih. Seramai 42,051 pengundi awam ragu masih berada dalam daftar pemilih SPR hingga sekarang Sebagai langkah yang berterusan untuk membersihkan Daftar Pemilih, SPR telah menghantar Daftar Pemilih Induk (DPI) yang melibatkan kesemua nama 12.5 juta pemilih berdaftar kepada pihak JPN pada bulan Julai 2011 untuk semakan secara menyeluruh bagi tujuan pengesahan dan pembersihan. Pada bulan September 2011, pihak JPN telah memberi maklum balas kepada SPR bahawa dari jumlah 12.5 juta tersebut, terdapat sebanyak 42,051 nama-nama pemilih yang tidak memiliki maklumat yang jelas dan sahih. Ini bermakna nama-nama 42,051 pemilih berdaftar berkenaan ada di dalam rekod di JPN, tetapi masalahnya mereka tidak dapat dihubungi untuk diminta datang mengemaskini status terkini kedudukan mereka kerana ketiadaan alamat yang jelas. Di waktu yang sama mereka juga telah tidak datang ke mana-mana pejabat JPN untuk mengemaskinikan status mereka. Oleh yang demikian, SPR membuat keputusan mengkategorikan 42,051 nama-nama berkenaan sebagai pemilih awam di bawah status yang diragui kesahihannya disebabkan ketiadaan maklumat yang terkini tentang status mereka. Berikutan itu, sebagai langkah yang betul serta bagi menjamin hak rakyat selaku pemilih berdaftar yang dijamin di bawah Perlembagaan, SPR tidak boleh memotong nama-nama mereka dari daftar pemilih sewenang-wenangnya tanpa pengesahan dari jabatan yang berwajib iaitu JPN. SPR sebaliknya mengambil inisiatif untuk mempamerkan kesemua 42,051 nama berkenaan selama tiga bulan untuk memberi peluang kepada orang ramai khususnya pemilih untuk tampil mengemaskinikan maklumat mereka di JPN dan SPR supaya nama mereka dapat dikemaskini atau dikeluarkan daripada senarai pemilih awam ragu tersebut. Dalam tempoh pemeran itu juga, SPR telah turut mengedarkan nama-nama berkenaan kepada Ibu Pejabat semua parti politik utama serta pemimpin-pemimpin politik di peringkat Parlimen dan DUN yang berkenaan di seluruh negara untuk mendapat bantuan dalam usaha mencari pengesahan dan maklum balas berhubung dengan kedudukan alamat dan status terkini pemilih-pemilih yang berkenaan. Bagaimanapun, di sepanjang tempoh tiga bulan pemeran tersebut berlangsung, sambutan yang diterima oleh SPR sama ada dari parti-parti politik atau orang ramai amat dingin. Pada 28 Mac 2012, pihak JPN telah memberi maklum balas kepada SPR bahawa melalui semakan yang terperinci dan berterusan oleh pihak mereka, jumlah pemilih yang diragui itu telah berkurangan kepada 40,803 orang. Ini berikutan terdapat di kalangan mereka yang tampil ke JPN untuk mengemaskini maklumat kad pengenalan mereka manakala yang lain terdapat waris-waris yang tampil dengan membawa bukti kepada JPN mengenai kematian ahli keluarga atau saudara mara mereka. Undang-undang SPR tidak membenarkan mana-mana nama dalam daftar pemilih dipotong sewenang-wenangnya tanpa pengesahan oleh pihak JPN. Oleh yang demikian, nama 40,803 pemilih awam ragu tersebut perlu terus kekal berada di dalam daftar pemilih bagi menjamin hak mereka yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan. SPR hanya memotong nama-nama mereka daripada daftar pemilih setelah mendapat pengesahan secara rasmi dari pihak berwajib iaitu JPN sama ada mereka telah meninggal dunia atau hilang taraf kewarganegaraan, atau hilang kelayakan atas sebab-sebab lain seperti yang diperuntukkan di bawah PerlembagaanPersekutuan. Oleh yang demikian, selagi pengesahan muktamad tidak diperolehi dari pihak JPN, kesemua nama 40,803 pemilih berkenaan perlu dikekalkan di dalam Daftar Pemilih Induk. Dakwaan 4: SPR telah mendaftar pemilih yang terdiri daripada warga asing yang telah mendapat taraf warganegara Hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak dan berhak untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya di negara ini. Mereka yang bukan warganegara mustahil akan dapat mendaftar sebagai pengundi. Sesiapa sahaja warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun dan ke atas yang memohon untuk di daftarkan sebagai pemilih, permohonan mereka akan diproses sewajarnya melalui sistem komputer dan mengikut tatacara pemerosesan yang ditetapkan di bawah undang-undang. Justeru itu, tidak timbul persoalan tentang siapa atau apa jua latar belakang seseorang warganegara itu apabila ia memohon untuk menjadi pemilih kerana yang menjadi asas kelayakan ialah seseorang itu mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia dan telah mencapai umur 21 tahun dan ke atas serta memenuhi apa-apa syarat kelayakan lain yang ditetapkan di bawah Perlembagaan. Dakwaan 5: Masih ramai pemilih berusia lebih 100 tahun berada dalam daftar pemilih SPR Pemotongan nama seseorang pemilih berdaftar hanya dapat dibuat atas dua sebab iaitu pertama, pemilih telah meninggal dunia mengikut pengesahan rekod di JPN dan kedua, pengesahan hilang kelayakan sebagai pengundi berdasarkan bukti pengesahan dari jabatan-jabatan yang berwajib. Justeru itu, walaupun umur seseorang pemilih itu telah melangkaui 100 tahun, undang-undang tidak membolehkan SPR untuk memotong nama mereka sewenang-wenangnya atas anggapan bahawa mereka mungkin telah meninggal dunia. Jikalau ada mana-mana pihak yang mengetahui dan dapat membuktikan bahawa terdapat waris mereka yang telah meninggal dunia, SPR berharap mereka tampil ke JPN untuk mengemaskinikan rekod kematian waris berkenaan. Dalam soal pengesahan rekod kematian seseorang warganegara, SPR terpaksa bersandarkan kepada maklumat yang sahih daripada pihak JPN bagi mengelak penipuan atau sebagainya. Dakwaan 6: Daftar pemilih SPR kotor kerana mengandungi ramai pemilih yang didaftarkan di satu-satu alamat Tanggapan umum terhadap kajian MIMOS bahawa terdapat ramai pemilih yang berdaftar secara berkelompok di satu-satu alamat adalah tidak tepat. Apa yang berlaku ialah pihak MIMOS telah tersalah tafsir dengan menganggap pemilih yang mendaftar dalam suatu kawasan Lokaliti yang sama sebagai pendaftaran di satu alamat yang sama. Hakikatnya ialah apa yang dilakukan oleh SPR adalah untuk membolehkan merekayang mendaftar dapat ditentukan Daerah Mengundi dan Pusat Mengundinya. Untuk itu, SPR menetapkan dasar dengan merangkumkan beberapa alamat pendaftaran tersebut di dalam sebuah Lokaliti. Dalam peta pilihan raya, Lokaliti adalah unit yang terkecil yang mengandungi beberapa alamat, dan kemudiannya melalui beberapa Lokaliti dibentuk menjadi Daerah Mengundi dan daripada beberapa Daerah Mengundi pula terbentuknya bahagian pilihan raya DUN dan seterusnya menjadi bahagian pilihan raya Parlimen. Sebagai contoh, di Lokaliti Kampung Melayu Majidee di Johor, yang telah dianggap sebagai satu alamat yang mempunyai lebih daripada 100 pemilih, di Lokaliti berkenaan sebenarnya terdapat berpuluh-puluh alamat lengkap dan yang tidak lengkap. Alamat-alamat tersebut kemudiannya disatukan sebagai satu Lokaliti iaitu Lokaliti Kampung Melayu Majidee. Hal ini telah disalah tafsir oleh MIMOS sebagai satu alamat, walhal ia sebenarnya adalah merupakan satu Lokaliti dalam Daerah Mengundi. Dakwaan 7: Berlaku peningkatan pengundi secara yang mendadak di beberapa kawasan yang diwakili calon pembangkang Langkah SPR secara agresif menjalankan promosi menyeru rakyat mendaftar sebagai pengundi, ditambah pula dengan suasana semasa yang hampir dengan PRU-13 merupakan faktor utama yang menyebabkan pendaftaran pemilih mencatatkan peningkatan yang tinggi sehingga suku tahun keempat tahun 2011. Peningkatan jumlah pendaftaran telah berlaku secara menyeluruh di semua bahagian pilihan raya di seluruh negara. Walaubagaimanapun, terdapat bahagian-bahagian pilihan raya yang mencatat peningkatan yang lebih tinggi daripada yang lain seperti yang berlaku di beberapa negeri dan di beberapa bahagian pilihan raya tertentu. Perkara ini tidak harus dipertikaikan kerana sehingga Jun 2011, masih terdapat sejumlah 3.7 juta warganegara Malaysia yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pengundi. Jumlah mereka yang belum mendaftar yang tertinggi mengikut negeri ialah di negeri Selangor diikuti dengan Wilayah Persekutuan, Johor, Perak dan lain-lain. Maka, jika peningkatan pendaftaran yang tinggi berlaku di negeri Selangor, itu adalah sesuatu yang selari dengan fakta di mana seramai 750,000 warga yang masih belum mendaftar sehingga Jun 2011 adalah terdiri daripada warga Selangor. Di sesetengah bahagian pilihan raya peningkatan jumlah pendaftaran telah berlaku dalam kadar yang tinggi dengan peratusan melebihi 30 peratus berbanding dengan kedudukan bilangan pemilih pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (2008). Ini termasuklah kawasan-kawasan seperti P.107 Subang (34%), P.158 Tebrau (34%), P.111 Kota Raja (33%), P.086 Pekan (33%), dan P.032 Gua Musang (30%). Pertambahan jumlah pendaftaran pengundi ini bukanlah satu perkara yang dirancang oleh SPR bagi tujuan tertentu sepertimana yang didakwa oleh beberapa pihak. Sebaliknya ianya berlaku disebabkan masih terlalu ramai mereka yang layak mendaftar sebagai pemilih di seluruh negara, termasuk Selangor, yang belum mendaftar sebagai pemilih. Ekoran dari promosi pendaftaran yang agresif dan berterusan, mereka mula sedar dan tampil mendaftar secara besar-besaran melalui pejabat-pejabat pos dan penolong-penolong pendaftar yang dilantik oleh SPR di seluruh negara. Dakwaan 8: SPR sengaja menambah ramai petugas yang akan mengundi secara pos pada PRU Ke-13 nanti Sub peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 memperuntukkan kepada mana-mana Pegawai Pilihan Raya yang menjalankan tugas pada hari pengundian boleh memohon untuk mengundi secara pos. Justeru, melalui peruntukan tersebut petugas-petugas SPR dibenarkan membuat permohonan kepada Pegawai Pengurus di kawasan masing-masing untuk mengundi secara pos. Bagaimanapun, tidak kesemua petugas SPR akan mengundi secara pos. Bagi mana-mana petugas yang bertugas di Pusat Mengundi di mana dia adalah pemilih berdaftar di kawasan berkenaan, petugas tersebut biasanya akan mengundi secara pengundian biasa, sama seperti pemilih awam yang lain. Demikian juga, sekiranya seseorang petugas SPR itu bertugas di sebuah Pusat Mengundi yang berdekatan dengan Pusat Mengundi lain di mana nama beliau berdaftar di kawasan berkenaan, beliau akan diberi kelonggaran untuk pergi mengundi sebagai pengundi biasa di Pusat Mengundi berkenaan. Adalah menjadi amalan SPR untuk melantik seseorang petugas dari kalangan mereka yang datang dari sesuatu kawasan di mana mereka mendaftar sebagai pemilih. Ini akan membolehkan mereka mengundi sebagai pengundi biasa pada hari pengundian. Bagaimanapun perlu disedari untuk pilihan raya umum, SPR perlu melantik jumlah petugas yang ramai. Justeru itu, amatlah sukar untuk SPR memastikan mereka yang dilantik itu terdiri daripada pemilih di kawasan mereka bertugas. Dakwaan 9: SPR gagal memastikan akses media yang saksama kepada semua pihak semasa berlangsungnya sesuatu pilihan raya Kuasa untuk mengawal media semasa pilihan raya tidak terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab SPR. Apatah lagi bagi media milik swasta yang mempunyai dasar dan pendekatan berbeza berhubung dengan sokongan dan sikap mereka terhadap isu-isu yang berbangkit tentang pilihan raya. Justeru, mereka bebas untuk membuat laporan mengikut selera dan kepentingan mereka. SPR tidak diperuntukkan kuasa bagi mengawal mana-mana media supaya menyediakan akses yang saksama kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya. Walaubagaimanapun, untuk PRU-13, SPR akan berbincang dengan pihak yang berkenaan dalam usaha untuk mewujudkan ruang dan akses yang saksama terhadap media awam kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya. Selain itu SPR juga akan berbincang dengan beberapa pemilik media swasta utama (media elektronik dan media cetak) untuk mendapatkan kerjasama mereka dalam usaha mewujudkan akses media yang saksama kepada semua parti politik dan calon yang bertanding. Dakwaan 10: Isu isteri anggota tentera mendaftar sebagai pengundi pos Peraturan 3 (1)(a) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 menetapkan isteri atau suami kepada anggota angkatan tentera adalah berhak mengundi secara pos. Justeru itu, pertikaian terhadap kedudukan pasangan tentera mengundi secara pos tidak sewajarnya berbangkit. Untuk PRU-13 akan datang, golongan tersebut yang dikategorikan sebagai pengundi tidak hadir, dan berhak mengundi secara pos, SPR akan memperkenalkan kaedah Sistem Pengundian Awal untuk mereka. Isteri atau suami kepada anggota angkatan tentera akan mengundi awal di Pusat-pusat Mengundi Awal yang akan dibuka dan diuruskan oleh pegawai-pegawai SPR di dalam kem di mana mereka didaftarkan sebagai pengundi. Bagaimanapun, bagi mereka yang terlibat dengan operasi, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos. Dakwaan 11: Isu anggota polis dan pasangan didaftarkan sebagai pengundi pos Mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003, anggota polis dan pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) adalah golongan yang layak mengundi secara pos. Perkara ini disebut dengan jelas di bawah sub peraturan 3(1)(c) undang-undang tersebut. Prosedur memproses permohonan pendaftaran pengundi pos bagi anggota polis di buat secara teliti bagi mengelak berlakunya pendaftaran berganda di kalangan mereka di mana nama seseorang pengundi pos berkenaan tidak akan wujud di dalam senarai pengundi awam. Seperti juga dengan anggota tentera, anggota polis juga akan mengundi secara pengundian awal pada PRU-13 nanti. Bagaimanapun, bagi mereka yang terlibat dengan tugasan operasi, mereka bolehlah memohon untuk mengundi secara pos. Justeru itu, pertikaian terhadap kedudukan anggota polis dan pasangan PGA didaftarkan sebagai pengundi pos tidak seharusnya ditimbulkan. Dakwaan 12: Isu pengundi hantu Isu "pengundi hantu" yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu telah berkali-kali diperjelaskan oleh SPR sebelum ini bahawa pengundi hantu tidak wujud di dalam pilihan raya di negara ini. Pada SPR, dakwaan "pengundi hantu" adalah satu tohmahan yang sengaja diadakan oleh pihak-pihak tertentu bermotifkan politik serta bertujuan untuk memburukkan imej SPR di mata umum. Hakikatnya tohmahan tersebut tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak samaada di mahkamah atau di luar mahkamah. Dalam sejarah pilihan raya di negara ini, isu pengundi hantu tidak pernah terbukti dalam mana-mana petisyen pilihan raya yang di failkan di mahkamah selepas pilihan raya. Semasa pilihan raya, apa yang berlaku ialah terdapat pemilih berdaftar yang telah tidak bermastautin di alamat tempat beliau mendaftar sebagai pemilih. Apabila tiba pilihan raya, pemilih berkenaan balik mengundi di tempat beliau telah mendaftar sebagai pemilih. Oleh yang demikian, pemilih berkenaan adalah seorang pengundi yang sah dari segi undang-undang, bukannya "pengundi hantu" sebagaimana yang sering didakwa oleh pihak yang menuduh SPR sengaja membiarkan nama-nama pengundi berkenaan di kekalkan di dalam daftar pemilih. Walaupun mereka tidak bermastautin di dalam kawasan pilihan raya berkenaan. |
Posted: 07 Aug 2012 07:13 PM PDT PERSOALANNYA BERANIKAH KITA BERBUAT DEMIKIAN. Jangan terperanjat apabila kuasa Barat menyerang negara Islam ketika ini kerana agenda agama dan penguasaan ekonomi. Mereka pernah lakukan sejak ratusan tahun lalu di alam Melayu. Kuasa Barat, mulai awal abad ke-16 mengunjungi alam Melayu atas alasan berdagang rempah ratus. Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Portugis, Belanda dan Inggeris, bukan sekadar berdagang rempah ratus. Mereka juga berusaha menyebarkan Kristian, di samping memperluaskan tanah jajahan di Timur untuk meneguhkan ekonomi empayar masing-masing. Keadaan yang berlaku dulu berlanjutan hingga kini apabila Barat dan ejen Zionis mengancam dan Islam. Kesan yang ditinggalkan penjajah Portugis dan Belanda di Tanah Melayu tidaklah seluas dan mendalam seperti kesan yang ditinggalkan Inggeris. Tempoh penjajahan Inggeris yang lebih lama, meluas dan diturunkan serta dibudayakan dalam sistem pendidikan, pentadbiran, politik negara ini dan sebagainya berbanding pengaruh Portugis dan Belanda. Kesan pengaruh Barat Tanpa menafikan kesan positif hasil legasi Barat, umpamanya pendidikan dan teknologi moden yang memberi manfaat, tadbir urus yang lebih sistematik serta pengembangan ekonomi dan sebagainya, pengaruh Barat sedikit banyak mengikis jati diri sesuatu bangsa. Hal ini dapat dilihat dari aspek yang paling ekstrem, iaitu Kristianisasi hinggalah kepada budaya serta dominasi bahasa Inggeris terhadap maruah serta kedaulatan bahasa Melayu di tanah airnya sendiri. Menyedari pentingnya bangsa Melayu mempertahankan maruah serta jati diri, kira-kira 150 tahun yang lalu pujangga dan sasterawan Melayu menanamkan bibit melawan Barat menerusi karya sastera. Di samping sikap keterbukaan kita terhadap nilai universal yang baik, pujangga-sasterawan kita sejak abad yang lalu mengingatkan kita untuk mempunyai keberanian melawan Barat demi jati diri bangsa. Dua ceritera Melayu Dua ceritera Melayu yang selalu disebut sebagai mewakili sikap Melayu yang melawan balik kuasa Barat ialah Cerita Anggun Cik Tunggal dan Cerita Malim Dewa. Sungguhpun cerita lisan Melayu lainnya seperti Hikayat Raja Budiman dan Hikayat Bongsu Pinang Peribut turut memerikan kisah watak Portugis, tetapi wacana balas dua ceritera di atas sering menarik perhatian pengkaji sastera lisan Melayu. Dua ceritera di atas menampilkan watak protagonis yang kental dengan semangat bertindak balas atau menyerang balas, atau dalam bahasa kolonialnya striking-back terhadap penguasa atau kuasa luar yang pernah mengharu-birukan kerajaan Melayu. Dalam Cerita Malim Dewa, wiranya Malim Dewa bukan saja berjaya membunuh Maharaja Pertukal (baca: Portugis), malah berjaya memikat hati puterinya, Tuan Puteri Cahaya Laut, lalu dibawa pulang ke negeri asal Malim Dewa di alam Melayu. Serangan angkatan yang diketuai Malim Dewa ke atas Portugal adalah serampang dua mata untuk mengalahkan Maharaja Pertukal dan membuktikan kejantanan wira Melayu dari Timur ini, yang bukan saja belayar ke Barat, malah dapat mengalahkan sebuah kuasa Barat yang besar. Anggun Che Tunggal Dalam ceritera kedua, watak utamanya (Anggun Che Tunggal) ialah cucu kepada beberapa bangsawan Melayu yang mencari tujuh nendanya yang dibawa lari oleh penjajah beberapa dekad sebelumnya. Seperti Malim Dewa, Anggun Che Tunggal juga bertindak balas atau menyerang balas penguasa atau kuasa asing itu dalam usaha untuk menemukan semula leluhurnya. Raja Berdurai Putih, antagonis dalam hikayat ini dapat dibunuh oleh Anggun Che Tunggal, seorang protagonis Melayu. Raja Pertukal ketika itu terpaksa melutut meminta perdamaian dengan Anggun Che Tunggal kerana takut negerinya dibinasakan. Nenda Anggun Cik Tunggal, selama beberapa dekad dalam tawanan, telinga mereka ditulikan daripada mendengar bahasa Melayu, dan telinga serta lidah mereka dibiasakan dengan bahasa Nasrani sehingga tatkala diselamatkan watak yang ada tokoh orang Melayu itu tidak dapat memahami bahasa Melayu lagi. Justeru Bujang Selamat mencadangkan kepada rajanya Anggun Che Tunggal agar watak yang ada tokoh orang Melayu itu dibawa pulang, serta diajar menguasai bahasa Melayu semula. Cerita itu yang berusia kira-kira 150 tahun patut menjadi iktibar kepada semua orang Melayu dan bukan Melayu yang memperjuangkan bahasa Melayu. Sebagai jati diri utama bagi bangsa Melayu, bahasa Melayu harus dimartabatkan dalam pelbagai lapangan kehidupan di tanah airnya. Tanpa kita menolak kepentingan bahasa lain yang boleh membuka jendela ilmu kepada anak bangsa kita. |
Posted: 07 Aug 2012 07:07 PM PDT After UNISEL, KUIS Would Be DestroyedPR Selangor government do not even have any time to handle the issues that hit UNISEL, and now, the issue of Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) comes up. Just like UNISEL, KUIS is going through financial crisis and they are not getting any help from anyone or even the state government. It cannot be certain whether this issue has been going on since the change of Rector in 2010, but what is certain is that KUIS has never suffered such thing when BN ruled Selangor. Perhaps to handle this financial issue, recently KUIS ordered its students to live in hostel. And since a few years back, KUIS had increased the hostel fee with quite a high amount of pay. For example, a hostel D with 4 people in a room would be charged with RM550 per head, now has been increased to RM700 each. Other hostels even come up to RM1,000 each. KUIS's study fees have also been increasing each year up to 100%. This matter were raised by a few sides to the media during the end of last year for the attention of Selangor government so that they would handle the issue as soon as possible. But, up until now, Selangor government is still yet to do anything. Due to that, things are getting worse for students that they need to work while studying just so that they could cover their expensive cost of living and their study fees. Most of them had to stop studying because of this. Thus, many questions, is this how PR Selangor settles issues, especially when it comes to education? Is this how it should be? When students begin to quit, KUIS would definitely be in deep trouble. Things would get worse as intakes gets lower and lower because students simply cannot afford to study there. That is why, to cover all of the cost of operation and utilities, KUIS is putting all of the burden to its students. This then led to low number of students coming in, and lower income for KUIS. We do not understand why PR do not even care about colleges that are under their supervision? With the big pile of money like they always tell rakyat, why can't they help KUIS, UNISEL or KUIN in Kedah to ensure that our childrens' education remain secure? Is it because PR do not have any money? Or that they are not wise enough to handle this issue? Or they simply do not care when it comes to education for rakyat? We cannot be sure on why would PR Selangor spend tons of money for legal fees of PR leaders in court. They even spend a lot for their political programs. And all of those were spent even before the election. Just imagine how much money they would 'invest' for their election campaign soon? If this is how PR want to raise votes, by focusing all of their strategy, idea and financial sources for politics and not for rakyat, PR should just forget about Putrajaya. They should stop making promises for free education or just about anything, because not just that they cannot be trusted, this matter is not funny anymore. Education is not a small matter, it involves the future. If they are unable to handle this, what else can we hope from PR government? |
You are subscribed to email updates from PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan