Selasa, 7 Ogos 2012

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


SUDAH "TERAWATKAH" UMNO DAN BN?

Posted: 06 Aug 2012 06:30 PM PDT


UMNO dan BN perlu 'dirawat'
SAYA melihat pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini umpama tsunami yang begitu hebat melanda tanpa mengira sesiapa sehinggakan beberapa Menteri dan Timbalan Menteri tersungkur.
Pakatan pembangkang yang dikenali barisan alternatif telah berjaya menguasai lima buah negeri disamping berjaya menafikan majoriti 2/3 BN di parlimen. Keputusan pilihanraya kali ini adalah yang terburuk dalam sejarah negara.
Keputusan ini juga adalah isyarat jelas kemarahan rakyat kepada kerajaan BN sehingga calon bidan terjun parti pembangkang khususnya PKR berjaya memenangi. Isyarat kemarahan rakyat ini yang agak menghairankan kerana ditunjukkan oleh ketiga-tiga kaum Melayu, India dan Cina.
Jika pilihanraya pada 1999 BN kehilangan dua buah negeri, tetapi isyarat kemarahan rakyat hanya ditunjukkan oleh kaum Melayu ketika itu. Walaubagaimanapun BN masih menguasai majoriti 2/3 di parlimen.
Saya melihat tidak mustahil UMNO dan BN akan kehilangan kuasa pada pilihanraya ke-13 nanti, jika tiada perubahan yang berani dan drastik dilakukan. Rakyat tidak mahu lagi perubahan hanya bersifat luaran atau kosmetik.
Maka janganlah menangis dan menyesal jika BN kehilangan kuasa nanti. Saya ingin memfokuskan kepada UMNO kerana parti ini adalah tulang belakang kepada BN untuk dirawat dan dibuat perubahan yang drastik dan berani.
Saya menyokong beberapa kenyataan pimpinan UMNO untuk memantapkan institusi parti. Maka ahli-ahli UMNO lah yang bertanggungjawab untuk menetukan masa depan parti itu.
Jika tersilap langkah tidak mustahil UMNO akan menjadi parti yang tidak relevan di masa akan datang. Secara peribadi UMNO masih mempunyai banyak ruang dan waktu untuk memperbaiki dan memperkasakannya.
Individu tidak penting tetapi parti dan negara yang penting. Manakah yang lebih penting individu dikorbankan atau parti dan negara terkorban? UMNO juga perlu rasional dan bersikap terbuka di atas apa sahaja cadangan pemulihannya.
Janganlah mengulangi kesilapan dengan menghukum mereka yang memberi cadangan yang tidak sependapat dengan pucuk pimpinan. Umpamanya mengggantung keahlian atau memecatnya. Ini boleh melemahkan dan mengkucar-kacirkan parti.
Jika ada ahli yang ikhlas menegur dengan cara yang baik, maka rasionallah jangan cepat melatah dan masih mahu menunjukkan kuasa untuk mengambil tindakan. Mana-mana ahli yang menjadi liabiliti kepada parti dan membawa persepsi negatif perlulah direhatkan buat sementara waktu seperti tidak melantik ke jawatan kabinet atau kerajaan.
Ini boleh meredakan kemarahan rakyat. Begitu juga dengan mereka yang kalah.
Dasar-dasar kerajaan juga perlu dilihat dan dikaji semula dimana biarlah projek-projek pembangunan dirasai oleh rakyat di peringkat akar umbi.
Rakyat pada hari ini makin cerdik dan matang. Mereka tidak mahu lagi menu dan resepi sahaja, tetapi mereka mahukan juadahnya. Mereka tidak mahu slogan semata-mata, tetapi isi kepada slogan itu yang lebih penting.
Saya percaya kerajaan BN akan melihat perkara ini. Selain itu, pengagihan kekayaan juga perlu dirasai oleh semua tanpa terpinggirnya mana-mana kaum. Bangunkan masyarakat bumiputera yang masih ketinggalan terutama di luar-luar bandar dan di pedalaman.
Isu harga minyak dan kenaikan barang juga perlu diselesaikan segera. Dasar pengurangan subsidi jelas tidak diterima oleh rakyat, maka sewajarnya kerajaan mengekalkan dasar pemberian subsidi, disamping mencari sumber-sumber lain untuk menampung ekonomi negara.
Saya percaya rakyat menerima kenaikan harga minyak tetapi cuba meminimumkan kenaikannya supaya rakyat tidak merasainya secara mendadak. Projek-projek pembangunan yang menguntungkan rakyat janganlah ditangguh dan diteruskan.
Umpamanya projek landasan berkembar elektrik daripada Ipoh-Pdg Besar dan Seremban-Johor Bahru. Projek-projek yang menimbulkan kontoversi perlu dibatalkan atau dikaji semula seperti projek keretapi laju KL-Singapura.
Koridor-koridor ekonomi yang telah dirancang juga perlulah diteruskan tetapi dibuat penambahbaikan supaya rakyat mendapat manfaat secara langsung. Koridor WPI di johor juga perlu dibuat pembetulan jika mengundangkan beberapa kontroversi.
Umpamanya, kerajaan membatalkan penubuhan jawatankuasa peringkat menteri Malaysia dan Singapura dalam projek WPI. Ini boleh meredakan kemarahan rakyat dan persepsi buruk kepada kerajaan.
UMNO perlu kembali kepada landasan yang betul. Janganlah pemimpin UMNO dilihat berjuang kerana untuk mengaut kekayaan dan kuasa. Sehinggakan rakyat melihat pemimpin UMNO sebagai tidak cekap, rasuah, kronisme dan nepotisme.
Berjuanglah kerana agama, bangsa dan negara. Biro agama UMNO perlulah aktif memainkan peranan. Jalankanlah program-progaram agama dan usrah kepada ahli dan pemimpin UMNO supaya mereka yang tersasar akan kembali kepada matlamat asal perjuangan.
Letakkanlah Al-quran dan as-sunnah sebagai teras perjuangan kerana saya percaya perjuangan UMNO akan terus relevan bila berpegang kepada dua perkara tersebut.
Rakyat sedang memerhatikan setiap perubahan yang akan dibuat oleh kerajaan BN sekarang.
Gunakanlah peluang yang ada untuk memperbetulkan keadaan. Ambillah pandangan nasihat daripada bekas-bekas pemimpin dan veteran UMNO. Jangalah pinggirkan dan berlagak sombong kepada bekas pemimpin. Kerana pengaruh mereka masih kuat di peringkat akar umbi.
Pihak media juga perlulah menggambarkan keadaan yang sebenar. Janganlah mengulangi kesilapan sehinggakan menggambarkan perkara yang salah kepada pemimpin. Sebab sokongan kepada seseorang pemimpin itu perlu datang dari peringkat akar umbi bukan dari pemimpin-pemimpin yang kaki bodek dan pengecut, yang takut hilang jawatan!
ALNORULHADI BIN AB HAMID
Kota Bharu

NOMBOR DAJJAL....

Posted: 06 Aug 2012 06:26 PM PDT


Bersih Nombor DAJJAL 9-7-11



9-11
Illuminati dan para freemason amat menekankan dengan sihir nombor seperti mana Allah juga mempunyai nombor-nombor yang misteri dalam Al Quran. Nombor-nombor mereka tidak banyak hanya 3, 7, 9,11,13, 33, 39. Manakala misteri nombor-nombor dalam Al Quran tidak terkira banyakknya. Nombor-nombor Iluminati adalah nombor-nombor yang dipilih dan dipuja dengan mentera supaya mendapat pertolongan syaitan, iblis, jin kafir dan Dajjal supaya mendapat pertolongan mereka. Maka, sekirannya masa itu telah tiba, akan datanglah laknatullah ini bagi menjayakan segala perancangan Iblis menyesatkan dan memusnahkan manusia tidak mengira Islam atau bukan Islam asalkan cucu cicit Adam dan Hawa. 

Perancangan jahat Illuminati juga berkisar dalam nombor-nombor tersebut. Ia memudahkan kita sebagai umat nabi muhamad agar sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga dengan permainan Dajjal.

9-11 - Tragedi runtuhan World Trade Center telah memberikan impak yang amat besar pada umat islam sedunia. Sudah tentu masa itu telah disihirkan. 

Tragedi World Trade Centre (WTC) 11 September 2001 mungkin tidak akan pernah dilupakan dalam sejarah dunia.Konon kabarnya kejadian ini sudah diramal ratusan tahun sebelumnya oleh peramal Nostradamus. Namun ternyata ada misteri lain di sebalik peristiwa ini, misteri angka 11. Mungkin bermula dari kedudukan menara kembar yang menyerupai dua buah angka satu (11) atau mungkin peristiwa ini terjadi di tanggal ke-11.Berikut alalah misterinya.......

Misteri yang menghubungkan tokoh/tempat dengan angka 11 :

1. New York City memiliki 11 huruf.
2. Afghanistan memiliki 11 huruf.
3. Ramsin Yuseb ( pengganas yang menyerang WTC ) memiliki 11 huruf.
4. George W Bush memiliki 11 huruf.
5. WTC membentuk angka 11.

1. New York adalah negara bagian ke 11.
2. Pesawat pertama yang melanggar WTC memiliki nombor penerbangan ke 11.
3. Pesawat itu mengangkut 92 orang penumpang, 9+2 = 11.
4. Pesawat kedua yang melanggar WTC mengangkut 65 orang penumpang,6+5= 11.
5. Tragedi itu terjadi pada 11 September, 9/11, 9+1+1 = 11
6. Tanggalnya sama dengan Nombor Kecemasan Amerika yaitu 911, 9+1+1 = 11.

Jika fakta yang umum diatas masih dianggap kebetulan belaka, maka mari kita cuba teliti lebih dalam lagi.

1. Kejadian ini merupakan kemalangan pesawat yang ke 254, 2+5+4 = 11.
2. September 11 adalah hari ke 254 dalam tahun itu, 2+5+4 = 11.
3. Pengeboman Madrid terjadi pada tanggal 3/11/2004, 3+1+1+2+4 = 11.

Bagaimana? masih penasaran? Sebagai analisis terakhir, mari kita lakukan bersama-sama dengan data yang ada. Pertama, sila buka Microsoft Word di laptop/PC anda. Kemudian ikuti petunjuk dibawah.

1. Taip Q33 NY, ini adalah nombor pesawat pertama yang melanggar WTC.
2. Tebalkan (bold) Q33 NY.
3. Ganti ukuran font menjadi lebih besar ( 48 atau 72 ).
4. Ganti jenis font menjadi WINGDINGS 1
5. Jika anda sudah mencuba pasti anda akan terkejut melihat apa yang terjadi.

Memang susah di percayai. Akan Tetapi nyatanya 11 Adalah Angka Yang Misteri

7-11 pula adalah rangkaian syarikat yahudi yang keramat. Nombor-nombor itu telah mendapat pertolongan dari Dajjal. Sebagaian dari keuntungan 7 Eleven telah banyak menyumbang pada pembinaan negara Israel dan penghancuran Palestine. 


Perhimpunan Bersih 7-9-11 atau 9-7-11 adalah nombor misteri yang mempunyai sihir yang tersendiri. Pada waktu itu dijangkakan ramai yang akan terkorban, pertumpahan darah akan berlaku. Pertembuangan antara BERSIH (Pakatan) dan PATRIOT (UMNO). Kedua-duanya akan melakukan perarakan dan demonstrasi. Bersih akan berarak ramai-ramai memperjuangkan bersih SPRM (kononnya) manakala PATRIOT adalah pemuda-pemuda yang menghalang penyokong-penyokong Bersih, juga bodoh, kerana tidak perlu melawan api dengan api maka kesemuannya akan terbakar bersama syaitan. 

Masanya semakin hampir, 13 Mei akan berulang, yang pasti ramai orang-orang melayu akan terbunuh akibat persengketaan sesama sendiri. Lebih malang Bersih yang akan mati bersama dengan pejuganagan kafirun Ambiga. Astaqfirullah. 

Sekirannya anda ada berniat untuk pergi berdemonstrasi. Hentikan dan halanglahlah mereka semua. Orang-orang Islam adalah bersaudara. Damaikanlah antara dua puak yang saling bertelagah. Puak-puak Patriot, sekirannya anda semua sayangkan negara biarkan sahaja demonstrasi itu berjalan. Bukan bermakna kami menyokong, tapi demi keselamatan dan menyelamatkan insan-insan umat nabi muhamad. Bersabar adalah lebih baik dari melawan. Kami juga menjangkakan puak-puak PATRIOT ini juga salah satu mainan Illuminati bagi menaikkan api kemarahan pada BERSIH. Akhirnya ketahuilah umat Islam yang akan bertumpah darah!!! Jangan sesekali terpedaya dengan permainan DAJJAL. Tak cukupkah apa yang berlaku di Mesir? Tak cukupkah apa yang berlaku di Libya? Ambillah iktibar wahai orang Islam sekalian. Bersabar adalah lebih baik dari menentang!!!


Sekarang kita akan tengok nombor-nombor Dajjal yang lain 3, 7, 9,11,13, 33, 39 yang semestinya disebarkan dalam bentuk-bentuk perfileman US yang 99.9% dikuasi oleh yahudi dan syarikat multinasional pemilik asal yahudi laknatullah. Kebanyakan misteri-misteri nombor ini banyak difilemkan dengan cerita-cerita berbentuk seram yang memuja Iblis dan Syaitan atau penyiksaan manusia yang amat kejam. 

Tragedi 13 Mei pembunuhan besar-besaran antara melayu dan cina berlaku dai Malaysia. Nombor 13 itu sendiri adalah nombor yang telah disihirkan













USDOLLAR banyak mengunakan nombor-nombor sihir 13, 9 , 7. Adakah ianya satu kebetulan? Setiap kali dunia menggunakan US dollar, maka setiap kali ianya membawa sekali sihir-sihir pemujaan syaitan. 

9-7-11, 7-9-11
Berwaspadalah....JANGAN KELUAR RUMAH, DUDUKLAH DIAM-DIAM DALAM RUMAH ANDA dan sentiasalah BERDOA PADA ALLAH. BACALAH SURAH AL KAHFI 1- 10 supaya kita dan keluarga terlindung dari musibah permainan DAJJAL. Sekirannya kita nampak poster-poster risalah Bersih, cegahlah dengan tangan koyakkan dan musnahkan SEBELUM tarikh yang telah disihirkan 9-7-11, 7-9-11

Kenali siapa Iluminati dan Freemason 33rd Degree of Freemason


PRU 13 : ADAKAH INI AKAN BERULANG?

Posted: 06 Aug 2012 06:18 PM PDT


Mengapa takut faktor calon?
BELUMPUN tiba hari penamaan calon, sudah ada kerisauan di kalangan pemimpin Barisan Nasional negeri yang agak gentar apabila mula menyuarakan pengundi lebih terarah kepada faktor calon daripada parti yang diwakilinya.

Mengapa perlu risau jika calon-calon yang bakal bertanding berwibawa, dinamik, diterima masyarakat, ikhlas dan tinggi peribadinya?. Apakah kerisauan itu berpunca dari terdapat calon yang bermasalah, tidak disukai oleh pengundi, rosak akhlak dan sombong?. Jika sudah tahu mengapa dipilh sebagai calon?.

Pada pendapat saya perkara ini bukan perkara baru malah sudah terjadi pada pilihan raya sebelum ini. Contohnya di Sekinchan sendiri. Kekalahan calon dari parti MCA kepada DAP sememangnya sudah dijangka lebih awal lagi walaupun calon tersebut bertanding untuk mempertahankan jawatannya buat kali ketiga.

Walaupun terdapat desakan daripada UMNO melalui Datuk Seri Mohamad Khir Toyo agar MCA menukar calon baru, namun ianya tidak berhasil. Mungkin pemimpin MCA di peringkat pusat tidak diberikan gambaran yang sebenarnya kegelisahan pengundi terutamanya penyokong BN agar dikemukakan calon baru akibat budaya "semuanya OK bos". Padahnya, buat pertama kali Sekinchan jatuh kepada DAP.

Jika sudah tahu faktor calon akan menyukarkan BN untuk menang, mengapa tidak dibuat sesuatu agar BN boleh menang dengan selesa?. Pengundi semakin matang menilai latar belakang seseorang calon. Mereka mahukan pemimpin mereka rasuah sifar, berpendidikan tinggi, mesra kepada rakyat dan mudah untuk dihubungi.

Pengundi juga mahukan rakyat tempatan menjadi wakil mereka. Tidak kiralah dari mana-mana parti komponen BN, mereka mahu bakal wakil rakyat tahu tugas sebenar sebagai wakil rakyat. Ini termasuklah boleh berkhidmat tanpa mengira waktu dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat daripada kepentingan peribadi.

Bukannya susah BN hendak mendapatkan calon yang memenuhi kriteria rakyat kerana ramai yang berwibawa dan mengidam untuk dicalonkan. UMNO dan MCA sebagai tonggak BN mempunyai berjuta ahli dan mustahil tidak dapat menonjolkan calon pilihan rakyat. Susahnya kerana sudah "termakan budi" dan ingin meletakkan calon yang "pro" kepada seseorang pemimpin tanpa memikirkan kepentingan dan kehendak rakyat.

"Saya tidak menjadi ahli mana-mana parti politik. Suka hati sayalah hendak mengundi siapa". Kata-kata sebeginilah yang merisaukan pucuk pimpinan parti. Pengundi tiada parti dan atas pagar ini perlu ditambat hati mereka agar BN boleh menang dengan selesa dan bermajoriti besar.

"Macammana BN boleh calonkan si A ni. Takkan tak tahu dia ni banyak hal." Satu lagi kata-kata yang bakal kedengaran dari pengundi di peringkat akat umbi yang sering 'berdialog" di warung kopi apabila calon BN yang diketahui masalahnya oleh pengundi dicalonkan oleh pucuk pimpinan.

"Dia lagi jadi calon. Takkan orang atas tak tahu dia ni tak reti buat kerja. Sejak 2004 baru ni jumpa batang hidung dia balik. Sorilah nak undi dia lagi." Kata-kata sebeginilah yang paling ditakuti oleh ahli politik menjelang pilihan raya. Lebih-lebih lagi individu yang dicalonkan semula yang sebenarnya sudah tidak mendapat tempat di hati pengundi.

Mungkin ada yang berkata kita perlu memikirkan soal pembangunan. Jika tidak pilih BN, pembangunan tidak dilakukan di kawasan tersebut. Mereka akan ketinggalan dalam arus perdana yang menumpukan soal pembangunan dan infrastruktur.

Namun terdapat cerdik pandai pengundi yang berkata pembangunan adalah perancangan di peringkat negeri dan nasional. Wakil rakyat tidak keluarkan duit sendiri untuk membina jalan raya, membaiki kerosakan longkang, menangani masalah sosial dan membina rumah rakyat termiskin. Kata mereka itu semua kerja di peringkat negeri dan nasional.

Kata-kata seperti,"kalau pembangkang menangpun, kawasan kita membangun juga". Malah sudah ada yang berkata,"Jika hendak pembangunan yang hebat, bagi pembangkang menang. Nanti BN buat macam-macam projek sebab nak pujuk undi kita supaya lain kali BN boleh menang."

Kata sebegini cukup memberikan dilema yang hebat kepada BN khususnya di kawasan luar bandar... Mengapa kata-kata sebegini boleh terpacul dari mulut rakyat?. Rata-rata kecewa dengan prestasi wakil rakyat sebelum ini.

Lebih pilu lagi ada yang berkata mengadu masalah kepada wakil rakyat BN lambat diselesaikan. Ianya mungkin ada asas kerana yang memanjangkan masalah rakyat kepada pejabat daerah atau pihak berkuasa tempatan (PBT) bukannya wakil rakyat itu sendiri, tetapi "wakil kepada wakil rakyat" yang digajikan oleh wakil rakyat terbabit untuk berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan.

Perlu diingat yang bekerja di jabatan kerajaan tersebut adalah juga pungundi dan tidak mustahil mereka boleh "membocorkan" prestasi wakil rakyat tersebut di kalangan orang ramai.

Berlaku sebaliknya kepada wakil rakyat pembangkang. Mereka sendiri yang pergi berjumpa ketua-ketua jabatan daerah untuk menyuarakan masalah rakyat. Tanyalah pegawai jabatan kerajaan di daerah Sabak Bernam, berapa kerap bekas wakil rakyat DAP dari Sekinchan berjumpa dengan mereka?. Mereka lebih kerap berjumpa wakil rakyat pembangkang daripada wakil rakyat kerajaan. Mengapa boleh terjadi sebegini?

Inilah "report card" rakyat yang cukup ditakuti oleh BN lebih-lebih lagi kepada bakal calon yang mempertahankan kerusinya. Tidak guna menyesal sekarang kerana tidak cemerlang buat kerja perkhidmatan sebagai wakil rakyat selama tempoh empat tahun sebelum ini.

Kuasa rakyat yang wajib mengundi akan ditafsirkan pada 8 Mac ini. Mood dan corak pengundian akan menjadi kayu pengukur prestasi wakil rakyat yang mempertahan kerusi sama ada mereka sudah terbukti memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat atau pun tidak.

Pucuk pimpinan BN perlu memberi perhatian faktor calon juga sebagai penentu kemenangan kepada BN. Jangan ambil mudah faktor calon kerana dijangkakan corak pengundian kali ini amat berbeza dari sebelumnya. Pengundi telah celik politik dan tahu apa yang perlu mereka lakukan.

Ugutan pembangunan tidak akan dilaksanakan jika BN kalah sudah ketinggalan zaman. Mereka sudah didedahkan dengan rancangan pembangunan wilayah dan RMK9. Itu tugas kerajaan persekutuan dan negeri untuk menjana dan membangunkan negara.

Pada pengundi tugas mereka ialah untuk memilih wakil kawasan mereka yang menjadi perantara dengan pentadbiran dan pengurusan kerajaan di peringkat daerah, negeri dan pusat. Mereka mahu wakil rakyat yang aktif. Mereka mengidamkan wakil rakyat cepat bertindak jika sesuatu masalah berlaku di kawasan mereka.

Pengundi mahukan wakil rakyat yang faham struktur kegiatan ekonomi, sosial, adat resam, sosio budaya dan persekitaran mereka. Sebab itu mereka mahukan calon tempatan yang memahami secara fizikal dan spiritual agar mudah mereka berhubung.

Mereka mahukan wakil rakyat mereka bebas daripada sekatan dan protokol apabila hendak bertemu. Kerenah birokrasi dan "orang kanan" wakil rakyat sebenarnya telah mengundang kebencian pengundi kepada wakil rakyat. Mereka tidak selesa cara sebegitu.

Zaman sekarang sudah tidak ada lagi sifat wakil rakyat itu berdarjat yang tinggi dan lebih agung dari rakyat. Mereka mahukan bakal wakil rakyat mereka lebih bergaya santai da relaks dalam menjalinkan perhubungan dengan mereka. 

Persoalannya apakah benar faktor calon tidak penting? Apakah hanya mengharapkan lambang parti sahaja sudah menjamin BN akan menang?. Kalau dulu datuk kita pernah berkata "letak calon "kayu" pun kapal layar boleh menang." Tapi tidak sekarang. Terimalah hakikat bahawa pengundi tetap akan memberi undi kepada BN jika faktor calon tidak diabaikan.

Ikhlas dari
SHAIFUL BAHRI SAIDIN

Pemimpin harus ditegur jika bersalah.

Posted: 06 Aug 2012 06:13 PM PDT


Ini adalah 'facts' atau kenyataan yang telah dgn tiba-tiba dijadikan isu semata-mata untuk menghangatkan suasana dalam konteks keagamaan dalam negara kita Malaysia yang berbilang kaum dan berbilang agama ini.
Juga ini bukan untuk mengaibkan seseorang atau orang lain, cuma untuk memberi suatu kejutan kepada pihak berkenaan agar apakah tindakan sewajarnya yang sepatutnya harus diambil untuk memberi pengertian dan pengetahuan yang lebih terperinci pada mereka yang kurang arif akan persoalan yang mereka timbulkan hingga tercetus kontroversi.
Ini pula kemudiannya menempelak ke muka sendiri dan dengan sendirinya memalukan kita semua sebagai bangsa Melayu sendiri di negara sendiri dan juga dimata dunia.

Dalam Islam, jika Imam membuat sesuatu kesilapan dalam mengimamkan solat berjumaah, pihak makmum harus menegurnya dengan melafazkan "Subhanallah" dan seterusnya memperbetulkan apa yang dibacanya yang tersilap itu. Imam disini adalah sebagai pemimpin dalam mengimamkan sebilangan para makmum yang dipimpinnya dalam sesuatu solat berjumaah.

Begitu jugalah jika pemimpin baik menteri atau Perdana Menteri (Imam Islam Hadhari lagi) sekalipun jika didapati tersilap atau membuat sesuatu yang bercanggah, maka pihak ulama atau yang lebih arif dan bertanggungjawab seharusnya menegur dan menasihati mereka-mereka yang tersilap itu tanpa rasa takut, segan dan malu.
Jika tidak, seluruh masyarakat kita yang berbangsa Melayu (Muslim)  akan menerima malu yg begitu besar sekali, jika pihak yg berwajib maseh diam membisu. Malu juga sama ertinya dgn aib  -  jadi isu ini juga melibatkan mengaibkan bukannya seorang malah seluruh umat Islam khasnya Melayu yg juga Muslim di Malaysia ini.

Adakah kita harus membiarkan agama dan bangsa kita keseluruhannya diaibkan begitu sahaja tanpa membuat sebarang tindakan pembetulan? Tidak gunalah berforum sana berforum sini tentang memperkasakan Islam sedangkan perkara-perkara yg membawa keAIBan menyentuh Agama Islam dan bangsa Melayu sendiri dibiarkan berlalu begitu saja? Aib! Aib!

Jangan anggap teguran dalam niat untuk memperbetulkan apa yang tak betul tu akan mengaibkan seseorang individu atau dua, padahal jika tanpa memberi nasihat atau teguran untuk memperbetulkan kekhilafan tersebut, dengan cara diam membisu akan menambah lagi keaiban kepada seluruh bangsa kita - Melayu Malaysia yg beragama Islam sebagaimana Islam ajaran Nabi kita Muhammad S.A.W.

Sila renung dan amati serta buat sesuatu yg bermanfaat untuk semua -  demi agama, bangsa dan nusa.
 

HUDUD : SATU MENYOKONG SATU MENENTANG.

Posted: 06 Aug 2012 06:10 PM PDT




Pertikaian PAS-Karpal Mengenai Hudud Tak Akan Selesai
PENGERUSI DAP Karpal Singh menegaskan untuk kali yang entah ke berapa bahawa hukum hudud tidak akan terkandung di dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat (PR) iaitu Buku Jingga.
Katanya lagi, sebarang cubaan PAS untuk memperkenalkan hudud di negara ini tidak sama sekali mencerminkan apa yang diputuskan di Muktamar Agung PAS tahun lepas.
Beliau berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut sebagai negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.
"Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguan pun bahawa PAS telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. PAS, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata Karpal dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam Isnin (30 Julai 2012).
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.
Karpal berkata, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas telah menegaskan bahawa keputusan PAS mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.
Menurut Karpal lagi, hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama PR.
"Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," tambah beliau dalam kenyataan itu. Tegas Karpal, tidak ada siapa, tidak ada parti dan tidak ada organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan.
Dan beliau menegaskan, di sebalik penentangannya terhadap pelaksanaan hudud, beliau ingin tegaskan dengan segala kekuatan yang ada pada dirinya bahawa beliau percaya terhadap Tuhan.
Kesimpulan penulis ialah, pertikaian mengenai pelaksanaan hudud antara PAS dan Karpal mahupun DAP tidak akan berakhir.
Ini kerana kedua-dua belah pihak perlu dari semasa ke semasa menegakkan perjuangan parti masing-masing untuk memastikan mereka terus relevan kepada penyokong.
Kedua-dua belah pihak memang sedia maklum, sedar dan tahu kesan kenyataan mereka tetapi mereka tetap akan menyuarakannya mengikut pendirian masing-masing.
Mereka juga sedar yang isu hudud tidak akan terkandung di dalam pendirian bersama PR tetapi mereka akan tetap menyuarakannya - satu menentang dan satu lagi ingin melaksanakannya.
Semuanya ini adalah untuk terus kekal relevan di hati penyokong masing-masing.
Logik akal mengatakan, apa Karpal atau Lim Kit Siang tidak pernah bincangkah hal hudud ini dengan Haji Hadi dan Mustafa Ali?
Penulis rasa berkali-kali dan penulis juga rasa apabila mereka bertemu di meja rundingan, masing-masing saling menepuk bahu dan mengukirkan senyuman, bergurau senda dan sebagainya.
Tetapi di luar bilik mesyuarat, muka mesti tunjuk bengis dan reaksi badan mesti tunjuk ingin mempertahankan pendirian parti masing-masing.
Ini semua untuk apa jika bukan untuk memuaskan hati para pengikut dan penyokong di bawah.
Orang di bawah tidak tahu apa-apa. Mereka sokong parti kerana ideologi dan kepercayaan ke atas perjuangan parti.
Orang di bawah akan ingat pemimpin seperti Nasrudin Tantawi akan menumbuk meja mempertahankan hudud di depan Karpal Singh.
Apakah hakikatnya begitu?

No Hudud Agenda: Pakatan Policies Are Clear ????- Kit Siang



DAP supremo Lim Kit Siang, content in recent times to let Karpal Singh clash with Pas over hudud and the establishment of an Islamic state, waded in yesterday with an emphatic rejoinder.

"DAP's stand on Malaysia as a secular state has always been consistent. Hudud laws and an Islamic state are not Pakatan Rakyat policies."

This came a day after Pas spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat declared that Karpal was the lone voice in his party opposing hudud and an Islamic state.

And Nik Aziz asserted this would not harm ties between DAP and Pas, which were allies in Pakatan.
The latest round of debate was sparked by Nik Aziz's call to implement hudud to rein in cases of baby dumping and other social problems.

Accentuating the DAP-Pas fault lines, Lim alluded yesterday to Pakatan's "common platform" proclaimed at its convention in Shah Alam on Dec 19 last year.

He said it made no mention of Islamic state and hudud.

In comments posted on his blog yesterday, Lim said questions had again been raised about DAP and Pakatan's policies on hudud and Malaysia as an Islamic state.

Lim wrote: "PR made a pledge to defend the Federal Constitution, Islam as the religion of the federation, while other religions can be practised peacefully anywhere in the country and protecting the special position of the Malays and the indigenous peoples anywhere, including Sabah and Sarawak,and the legitimate interests of other races in accordance to Article 153.

"PR also made the commitment that religion and other beliefs practised by Malaysians should form the basis of unity that is founded on good universal values."

Lim said implementing hudud meant a change in policy and any changewould need the agreement of all three component parties.

Lim said that at the convention, Pakatan, among others, had vowed to set up a mechanism to provide solutions to overlapping cases between civil law and syariah, including a royal commission to study all the relevant issues and organise dialogues between the different cultures and religions to strengthen the understanding between them.

Parti Keadilan Rakyat, the other party in Pakatan, appeared to back DAP on the matter.

PKR communications director Nik Nazmi Nik Ahmad said implementing hudud was not feasible.

He said this was because the Federal Constitution clearly stated that power over criminal matters rested with the Federal Government and the civil courts.

"At this stage, while there have been calls to expand the laws to include hudud, crime remains outside the scope of syariah."He added that Pakatan had always agreed to refer to the Constitution on matters regarding Islamic law.


NAK TAHU UBAT LIAT SOLAT SUNAT TERAWIH?

Posted: 06 Aug 2012 06:00 PM PDT


Fahami Maksud, Mampu Elak 'Liat' Solat Tarawih
ADA masanya kita amat malas sekali mahu mengerjakan solat tarawih di surau atau masjid berdekatan.
Alasan yang sering diberikan apabila diajak oleh ibu bapa atau rakan-rakan untuk tidak bersama-sama mereka mengerjakan solat sunat ini ialah sibuk atau ada urusan lain yang perlu dibuat.
Namun, tidak kurang juga yang tidak bertarawih kerana menganggap solat ini meletihkan.
Persepsi solat tarawih, ibadat yang sangat dituntut oleh Allah pada bulan Ramadan bahawa ia meletihkan sehingga dianggap beban oleh sebahagian di kalangan kita sebenarnya tidak patut timbul.
Ini kerana, tanggapan itu sendiri amat bertentangan dengan perkataan "Tarawih" (bahasa Arab) yang bermaksud 'istirehat'.
Felo Kanan Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Dr Mohd Farid Mohd Shahran berkata kaedah terbaik mengelakkan rasa 'liat' menunaikan solat tarawih ialah dengan memahami konsep dan maksudnya.
Dr Mohd Farid
Dengan memahaminya, segala persepsi tentang tarawih yang sering berlegar-legar dalam minda selama ini juga akan dapat dihapuskan.
Katanya, lebih baik seseorang itu mempunyai sedikit ilmu dan pengetahuan tentang ibadat sunat ini supaya solat yang dilakukan dapat dihayati sepenuhnya, seterusnya dapat merebut ganjaran yang dijanjikan Allah.
Hukum tarawih dalam Islam ialah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan.
"Kita kena faham bahawa solat tarawih ialah aktiviti yang merehatkan, kerana tarawih itu sendiri bermaksud 'rehat'. Tujuan solat ini untuk kita berehat-rehat dan bersenang-senang.
"Kalau sentiasa fikir tentang pergerakan fizikal memang nampak penat walaupun pergerakan dalam solat tidaklah seteruk mana.
"Tetapi kalau dari segi rohani, solat yang dilakukan dengan khusyuk dan penuh penghayatan akan membuat jiwa kita tenang selain mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda," katanya ketika ditemuramah mStar Online.
Mohd Farid berkata ketenangan jiwa dan hati yang suci akan terbit secara langsung jika tarawih dilakukan dengan ikhlas, tidak kira sama ada ia dilakukan bersendirian di rumah atau secara berjemaah.
Mengerjakan tarawih untuk menunjuk-nunjuk atau menjadikannya sebagai 'trend' pada bulan Ramadan adalah satu tindakan kurang bijaksana dan merugikan.
Justeru katanya, sama ada menjadi imam, makmum atau solat sendirian di rumah, tarawih wajar dilakukan dengan tenang, penuh penghayatan dan bukan dalam keadaan tergesa-gesa.
Beliau menambah, solat di masjid atau surau yang mengikut imam bagaimanapun membuka peluang untuk jemaah menghayati bacaan ayat-ayat al Quran yang dibaca oleh imam.
Lapan Rakaat Bukan Masalah, 20 Rakaat Lebih Baik
Mohd Farid berkata masyarakat Islam juga tidak seharusnya khuatir tentang bilangan rakaat yang perlu dilakukan apabila menunaikan tarawih.
Katanya, umat Islam diberi pilihan sama ada mahu mengerjakannya sebanyak lapan rakaat atau 20 rakaat.
"Lebih afdal (baik) buatlah 20 rakaat, tetapi daripada meninggalkannya terus...lebih baik solat lapan rakaat," katanya.
Bersesuaian dengan maksud tarawih, beliau menjelaskan ia juga tidak semestinya dihabiskan sekali gus dalam satu masa.
"Boleh juga solat lapan rakaat di masjid dan sambung apabila sampai di rumah. Mungkin tidur atau buat kerja lain dulu dan kemudian solat semula.
"Ada sesetengah orang mereka rasa lebih khusyuk solat di rumah. Itu juga tidak jadi masalah. Yang penting jangan sampai tak buat langsung kerana menyangka solat ini memenatkan, membebankan dan akhirnya membuatkan seseorang itu terus hilang peluang untuk mendapat ganjaran Allah," katanya.
Bagaimanapun katanya, tarawih haruslah dilakukan hanya selepas seseorang itu menunaikan solat fardhu Isyak.
Tidak Wajib Dan Tak Membebankan
Mengimbas kembali sejarah dan asal-usul solat tarawih, amalan ini dimulakan oleh Nabi Muhammad yang menunaikan solat ini secara sendirian pada malam bulan Ramadan.
Mohd Farid berkata, baginda Rasulullah s.a.w melakukan amalan ini bagi menyemarakkan semangat pada malam-malam bulan Ramadan dan sebagai ibadat untuk lebih menginsafi diri.
"Lama-kelamaan amalan baginda diikut oleh para sahabat...semakin lama semakin ramai tetapi pada masa itu masing-masing melakukannya secara sendirian," jelasnya.
Sehinggalah malam keempat, baginda Nabi Muhammad tidak lagi solat tarawih di masjid semata-mata baginda bimbang amalannya dianggap amalan wajib.
Baginda bersabda: "Sesungguhnya aku melihat sambutan daripada kamu. Aku tidak hadir pada malam itu hanya kerana takut solat itu diwajibkan ke atas kamu."
"Baginda risau tarawih dianggap wajib tapi baginda masih melakukannya di rumah," Mohd Farid menjelaskan tentang sejarah ringkas solat tarawih.
Sahabat baginda Umar al-Khattab telah mengamalkan solat tarawih 20 rakaat dan memulakan solat ini secara berjemaah dengan melantik seorang lagi sahabat Ubai bin Ka'ab sebagai imam.
Banyak Kelebihan
Terdapat banyak hadis yang menggalakkan umat Islam untuk meningkatkan amal ibadat pada bulan Ramadan.
Mohd Farid berkata memandangkan solat adalah ibadat paling utama dan cara paling baik untuk mendapatkan pahala, tarawih terus diamalkan sehingga ke hari ini.
Beliau menjelaskan, solat sunat ini yang panjang berbanding solat sunat biasa dan dilakukan pada waktu malam akan menyegarkan kembali hati dan jiwa mereka yang mengerjakannya.
Dari segi kesihatan, tarawih akan menjadikan kita lebih sihat kerana ia melibatkan pergerakan tertentu dan diselang-selikan dengan rehat.
"Yang pasti, amalan ini akan memberikan pahala yang banyak selain dapat menyucikan diri dan menguatkan iman seseorang," katanya.
Dari segi sosial, tarawih mampu membawa lebih ramai jemaah ke masjid atau surau.
"Mereka akan berkenalan antara satu sama lain dan berjemaah di masjid juga dapat mengeratkan lagi ikatan sesama Islam yang terjalin," katanya.

Surviving in a secular world

Posted: 06 Aug 2012 05:55 PM PDT


Surviving in a secular world


The common belief that since religion is based on textual sources, rational sciences are therefore unnecessary, clearly running counter to the nature of the Islamic religion.
ANNIE Laurie Gaylor, co-president of the Free­dom from Religion Foundation, recently criticised an address by City Clerk in New Haven, Connecticut, for prayer to be put back into schools as a way to fight crime.
Condemning the address as offensive, ignorant and unconstitutional, the FFRF president argued that secular nations have lower murder rate than religious ones.
In America, where secular humanism is fairly strong, cases of this sort which reflect a stark conflict between secularism and religion is not something unusual.
There were also many court cases where parents contended against school boards that the strict teaching of the theory of evolution in the respective schools prohibited their children's free exercise of religion.
This conflict may well be understood considering the fact that in a developed country such as the United States, institutions that re­­present both conflicting parties – the Christian Church on the one hand, and the secular scientific and academic institutions such as universities and schools on the other – have a long established history.
In Malaysia, such a conflict is not that critical due to the protection given by the Constitution to religions, either Islam, as the religion of the Constitution, or other religions whose practices are guaranteed by the Constitution.
In addition, the Government gives full support for the development of religious education.
Nevertheless, as far as content is concerned, the educational system in Malaysia remains generally dualistic in nature, between the religious and secular.
While national schools emphasise the im­­portance of science and technical disciplines, religious schools – especially the traditional ones,pondok and sekolah agama rakyat – focus more on drilling students on religious subjects.
Although steps have been taken to harmonise the two systems, the gap is still wide.
With the Government accelerating towards achieving developed nation status, where emphasis is on the advancement of scientific and technological achievements, religious schools seem to move in a different direction.
This leaves us with a pertinent question: Can religious education survive in the secular world?
To analyse this question, at least two important basic points should be considered.
First, must religious education necessarily go against scientific development and rational advancement?
In the case of Islamic education, this is certainly not true due to the fact that the great civilisation Islam established was strongly cha­racterised by rational and scientific advancement despite its religious framework.
On top of that faith in Islam does not only mean dogmatic creed which is divested from any rational foundation.
Proper faith in Islam must have an epistemological basis and not simply based on blind following.
The Quran reminds Muslims to contemplate and reason out whatever they observe and do.
In many theological works of Muslims, there are also clear acknowledgement of senses and reason as two of the important channels through which knowledge can be acquired by human beings.
Having established this, we can safely conclude that, in principle, crucial conflict should not exist between religion and scientific discoveries as far as Islam is concerned.
The second point worth contemplating is the more practical aspect, that is, the dynamism of religious schools.
Analysis has shown that the low achievement of religious schools is due to their own weaknesses in equipping their students with rational sciences.
The common belief is that since religion is based on textual sources, rational sciences are therefore unnecessary.
This clearly runs counter to the nature of the Islamic religion as mentioned earlier.
Thus, it is quite common to find that students graduating from religious schools are relatively handicapped in explicating religion in line with contemporary challenges.
This also explains why religious schools, despite their success in inculcating some understanding and values of certain dimensions in religion to the students, are still lagging behind in some other aspects.
Imperatively, appropriate steps must be taken in order to elevate the position of religious schools to a more advanced level.
Two main areas are really crucial – the curriculum and teacher training.
For the curriculum, students must obviously be equipped with the proper and necessary scientific tools that will enhance their rational capacity such as logic and mathematics.
The content of doctrinal sciences such as theology and principles of jurisprudence and tafsir should also be furnished with strong rational arguments.
This is not something new, looking at the fact that such practices were already in place in the Islamic educational tradition in the past.
As far as training is concerned, teachers must be prepared with strong intellectual tools.
The pedagogical method used by religious teachers in class must not only answer the question what religion is, but also why religion is important and how it can solve contemporary problems.
The why and how aspects certainly force teachers to think deeply and find harmony between their explanation of religion and contemporary needs.
If all these can be achieved, we can be well assured that religious schools will not only survive in this contemporary world, but will also become an excellent alternative to secular education.

Tiada ulasan:

Pengikut