Jumaat, 24 Ogos 2012

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


PAS : ANTARA KARPAL DAN NASHARUDDIN MANA YANG LEBIH DISAYANGI?

Posted: 24 Aug 2012 12:22 AM PDT


Polemik antara Karpal dan Ustaz Nasharuddin berhubung HUDUD akhirnya sampai ke penghujung bila Anuar Ibrahim mengeluarkan kenyataan tiada agenda Hudud dalam Pakatan Rakyat. Namun PAS sedar modal hudud adalah antara satu modal politik mereka untuk menarik sokongan orang Melayu/Islam agar menyokong parti itu pada PRU 13 nanti. Tambahan pula PAS lebih menumpukan kepada negeri-negeri yang majoriti pengundi adalah Melayu seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Jika sebelum ini kenyataan kepimpinan PAS lebih menyebelahi kepada menyokong, dengan kenyataan terbaru Anuar, masih adakah keberanian kepimpinan PAS untuk tidak bersetuju dengan PKR? Atau adakah mereka akan mengeluarkan satu kenyataan yang sebaliknya demi menjaga hati dan undi dari penyokong dan ahli mereka sendiri? Jika PAS (Parti Akur Sahaja) mengikut kehendak ahli-ahli mereka yang menyokong kepimpinan ulamak maka adakah kerusi PAS akan bertambah kurang pembahagiannya pada PRU 13 nanti. Semuanya akan terjawab, apabila PAS bersidang pada Sabtu ini?

Manakala rakan mereka dalam Paktan Rakyat khususnya DAP terus menolak perlaksanaan hudud lebih-lebih lagi Karpal. Ketegasan karpal dalam soal Hudud ternyata berjaya menarik perhatian sebentar mayarakat umum mengenai isu-isu yang melanda Anwar Ibrahim. Cukup cerdik Karpal memainkan isu ini demi melarikan perhatian dan fokus kepada isu Anuar dan Khalid Ibrahim di Selangor. Tidak dinafikan bahawa dalam soal ini Pakatan Rakyat ada kelebihan.

Tiada ulasan:

Pengikut