Disebalik keghairahan PAS menghentam pihak UMNO/BN serta memutarbelitkan isu hudud yang kononnya mereka sedang perjuangkan.Ramai tak terfikir betapa sandiwara itu sungguh memualkan.Bukan sedikit masyarakat islam yang hayal kerana candu agama yang dimomokkan pemimpin PAS,lebih-lebih lagi PAS dan Nik Aziz sering berfatwa bahawa dengan menyokong perjuangan mereka maka jalan ke syurga menjadi lebih mudah. Alasannya, kerana meraka adalah pejuang hudud.Itu sandiwara PAS dihadapan umat islam,Lain pula sandiwara PAS dan Nik Aziz dihadapan penganut agama lain.
Perkara ini perlu Nik Aziz dan PAS nafikan atau PAS harus mengakui bahawa semua itu adalah sandiwara demi meraih undi rakyat,kerana nafsu kemaruk untuk menawan Putrajaya.Faktanya,Nik Aziz perlu ingat janji yang telah dibuat semasa berdialog di Persidangan Gereja-Gereja di Malaysia di Petaling Jaya, pada Mei 2000.Sewaktu persidangan tersebut PAS telah memberi jaminan tidak akan melaksanakan negara Islam,apatah lagi hudud.Jaminan itu buat dihadapan semua paderi kanan yang hadir, semuanya untuk meyakinkan masyarakat bukan islam di Negara ini tentang perjuangan mereka.Laporan diatas bukan fitnah olahan media UMNO/BN atau Utusan, sebaliknya disuarakan sendiri oleh media
Pakatan Haram.Sampai bila PAS dan penyokongnya harus membohongi diri sendiri dengan menyalahkan UMNO dan media untuk menutup permainan kotor mereka.? -
Melanau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan