Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 21 Julai 2012

UMNO Cawangan Bukit Ampang

sumber :-

UMNO Cawangan Bukit Ampang


Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan

Posted: 20 Jul 2012 09:16 PM PDT


Kami mengucapkan Selamat berpuasa kepada semua peringkat kepimpinan tertinggi pusat, bahagian dan cawangan UMNO khususnya kepada ahli cawangan dan masyarakat beragama Islam di kawasan Bukit Ampang. Semoga kita mendapat maghrifah dan rahmat dari Allah swt sepanjang Ramadhan yang penuh barakah ini. Amien.

Penawar hati di bulan Ramadhan seperti di bawah :

Puasa Ramadhan merupakan salah satu ibadah wajib umat islam yang harus dilaksanakan. Beberapa hadis puasa menjadi pegangan sekaligus rujukan tentang bagaimana menjalankan ibadah ramadhan dengan khusuk dan benar. Nabi Muhammad SAW selalu menyambut bulan Ramadhan dengan bahagia. Baginda menyampaikan beberapa hadis mengenai puasa ramadhan:
  • Hadis riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa'd. yang maknanya: "Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya".
  • Hadis riwayat Ibn Majah dan al-Hakim, daripada Ibn Umar, yang maknanya: "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak".
  • Hadis riwayat al-Baghawi dari seorang lelaki di kalangan sahabat, yang maknanya: "Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untuk-Ku, dan Akulah yang membalasnya. Puasa sebagai perisai dari azab Allah sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata pedang".
  • Hadis riwayat al-Baihaqi di dalam al-Syu`ab daripada Abu Hurairah, yang maknanya: "Puasa adalah separuh kesabaran, dan di atas setiap sesuatu mempunyai zakat, dan zakat jasad ialah puasa".
  • Hadist riwayat al-Nasa`ie daripada Abi Sa`id, yang maknanya: "Siapa yang berpuasa sehari semata-mata pada jalan Allah nescaya Allah menjauhkan wajahnya dari neraka jahannam selama 70 tahun".
  • Hadist riwayat Ibn Mandah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan al-Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa, yang maknanya: "Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan".
  • Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, yang maknanya: "Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan".
  • Hadis riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab al-Sunan, yang maknanya: "Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu".

Selamat beribadah dan berpuasa. Semoga kita semua diberikan kemudahan, rahmat, maghfirah dan keberkatan di bulan ini. 

Ketirisan Kerajaan negeri Selangor terlebih bayar RM100 juta

Posted: 20 Jul 2012 08:55 PM PDT

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
pengarang@utusan.com.my







KUALA SELANGOR 20 Julai - Bayaran terlebih bayar yang dibuat kerajaan negeri untuk membeli tanah daripada Talam Corporation Bhd. (Talam) di Bestari Jaya di sini, bukan sebanyak RM42 juta seperti yang didakwa sebelum ini sebaliknya RM100 juta lebih mahal.

Perkara itu didedahkan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong hari ini sewaktu membawa sekumpulan media melihat sendiri tanah seluas 916 hektar berkenaan di Bestari Jaya, di sini.

Tee Yong mendakwa, maklumat itu diperoleh berdasarkan laporan kewangan Kumpulan Hartanah Sdn. Bhd. (KHSB) pada 2009 yang juga memiliki tanah di kawasan sama.


0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian