Ahad, 22 Julai 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Kakitangan Awam Terima Bonus Raya RM500. TQ PM @NajibRazak

Posted: 22 Jul 2012 10:18 PM PDT

NAJIB berbual bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis berbuka puasa anjuran Perdana Menteri dan isteri serta majlis penyampaian zakat Kumpulan FELDA di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi.  
 
NAJIB berbual bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis berbuka puasa anjuran Perdana Menteri dan isteri serta majlis penyampaian zakat Kumpulan FELDA di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi.






PUTRAJAYA: Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini.

Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.
Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pembayaran bonus dan Bayaran Khas Kewangan itu membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
"Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.

Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada 30 Ogos ini. Ini adalah kali ketiga berturut-turut penjawat awam dan pesara mendapat duit raya. Pada tahun lalu dan 2009, kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada kedua-dua kumpulan itu sebelum 1 Syawal.

Kali terakhir kerajaan membayar bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam adalah pada September dan Disember 2008.
Sementara itu, Najib yang bercuti sejak 1 Ogos lalu selepas menjalani pembedahan 'Arthoscopic' di lutut kiri memulakan tugasnya pagi semalam.

Beliau yang tiba di pejabatnya di bangunan Perdana Putra kira-kira jam 9.40 pagi kelihatan ceria dan sihat sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri berkata, Najib dibenarkan bertugas selepas doktor berpuas hati dengan proses penyembuhannya.

Kecederaan lama Perdana Menteri berulang selepas menendang bola ketika merasmikan pertandingan futsal di Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya pada Mei lalu. Bagaimanapun, doktor menasihatkan beliau mengehadkan aktiviti harian pada waktu ini sehingga pulih sepenuhnya.

Selain melaksanakan tugas pejabatnya, Perdana Menteri hadir pada majlis berbuka puasa bersama anggota Kabinet di kediaman rasminya di Seri Perdana petang semalam - Berita Harian

Semoga Allah SWT Lanjutkan Usia YAB PM @NajibRazak Untuk Terus Berbakti Pada Malaysia @umbkl @mediaumno

Posted: 22 Jul 2012 03:07 PM PDT

SP mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Ulangtahun yang ke 59 buat Perdana Menteri yang disayangi, Datuk Seri Najib Razak pada hari ini 23hb Julai 2012.

Semoga DS Najib dilanjutkan usia, dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah SWT untuk terus berbakti kepada rakyat Malaysia.

We Love PM!!!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@RempitUnited Edar Bubur Lambuk Bersama2 @ADPadiPutra di Kg Baru #rempitunited @umbkl

Posted: 22 Jul 2012 06:53 AM PDT

Adi Putra & Sari Yanti turut bersama memeriahkan 'Bubur Lambuk Percuma' Rempit United

KUALA LUMPUR - Setelah tampil bersama Unit Media Baru Pemuda UMNO (UMB) dalam sessi 'Lepak Santai Rempit United' di NZ Garden KLCC tempoh hari, kumpulan Rempit United ni turut tidak melepaskan peluang melakukan kerja-kerja amal sepanjang bulan Ramadhan ini.
Pertubuhan Penunggang Motorsikal Bersatu Malaysia atau Rempit United (RU) yang dianggotai oleh golongan anak-anak muda yang gila bermotorsikal ini diketuai oleh jaguh permotoran negara Wazi Abdul Hamid.
Wazi Abdul Hamid - Presiden Rempit United
Rempit United yang ditubuhkan bertujuan untuk memastikan golongan anak muda yang gila bermotorsikal atau 'mat rempit' tidak dihukum sewenang-wenangnya dan dipandang serong oleh masyarakat kita.

Selain itu Rempit United turut menyediakan platform yang baru kepada golongan 'mat rempit' untuk mempamerkan bakat serta kebolehan mereka dalam bidang permotoran melalui cara yang betul.





Melalui penganjuran program kebajikan sebegini, sedikit sebanyak dilihat dapat memperbetulkan kembali tanggapan negatif masyarakat serta membuktikan bahawa golongan anak muda yang dilabel sebagai'mat rempit' atau samseng jalanan ini juga mampu melakukan kerja-kerja amal kebajikan jika mereka diberikan peluang.


Selain Wazi Abdul Hamid dua artis popular tanahair iaitu Adi Putra dan pelakon genit Sari Yanti akan turut bersama memeriahkan lagi pengagihan 'Bubur Lambuk Percuma' Rempit United 23 Julai ini.


Kepada warga kota jangan lepaskan peluang untuk menikmati keenakan bubur lambuk percuma dari Rempit United serta beramah-mesra bersama dua selebriti popular ini pada 23 Julai 2012 (Isnin) di Jalan Raja Abdullah berhadapan dengan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) jam 3.00 petang.







Sumber: PJOnline

Kabinet Pakatan Haram Jika Berjaya Tawan Putrajaya???? @umbkl @mediaumno

Posted: 22 Jul 2012 03:57 AM PDT

Mungkin ini kabinet bayangan PR jika berjaya tawan Putrjaya. Tentu dah tak sabar puak2 ni nak tunggu PRU13 sebab masing2 pun dah tak sabar nak berkuasa.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Pengikut