PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS |
DAFTAR SEBELUM BULAN JUN LAYAK MENGUNDI PILIHANRAYA UMUM Posted: 20 Jun 2012 01:54 AM PDT Kira-kira tiga juta rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih, masih berpeluang mengundi sekiranya mendaftar sebelum 30 Jun ini jika Pilihan Raya Umum diadakan selepas Ogos. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Jun adalah detik paling sesuai untuk mereka mendaftar sebelum senarai pemilih diwartakan pada Ogos depan. "Bulan Jun ini adalah bulan terakhir suku tahun 2/2012 dan selepas itu nama-nama tersebut akan dipamerkan pada bulan berikutnya iaitu Julai selama dua minggu. Jika tiada sebarang bantahan, senarai daftar pemilih berkenaan boleh diwartakan," katanya. Dalam setahun ada empat suku tahun iaitu suku tahun pertama (Januari-Mac), suku kedua (April-Jun), suku ketiga (Julai-September) dan suku keempat (Oktober-Disember), kini SPR dalam proses menerima permohonan pendaftaran pemilih bagi suku tahun kedua. Sehingga suku 1/2012, seramai 12.9 juta yang sudah mendaftar, daripada jumlah itu pengundi Melayu (6,782,990), Cina (3,871,277), India (938,946), Bumiputera Sabah (618,277), Bumiputera Sarawak (519,563), Orang Asli (69,510) dan lain-lain (11,2027). Bernama melaporkan Tan Sri Abdul Aziz berkata, selain pendaftaran baru, Jun juga penting kepada mereka yang sudah mendaftar membuat semakan. "Ia bagi membolehkan pemilih mengetahui sekiranya terdapat perubahan lokaliti, tempat mengundi atau sebarang kesilapan dan ketidaktepatan maklumat, jika semakan dibuat selepas Jun mungkin sudah terlewat," katanya. Beliau berkata, hanya pemilih sahaja boleh memohon menukar butir diri masing-masing dalam Daftar Pemilih, SPR tidak dapat membetulkan apa-apa kesilapan yang berlaku tanpa pemilih itu sendiri memaklumkan kepada SPR mengikut peraturan dan prosedur ditetapkan. "Tidak boleh beranggapan disebabkan sudah mengundi di tempat sama sebanyak tiga kali sebelum ini, maka kita pun ambil mudah tidak mahu membuat semakan, tidak boleh begitu adalah lebih baik buat semakan bukannya susah pun," katanya. Bagi menggalakkan pemilih membuat semakan, kempen bulan semakan diadakan sejak 1 Jun lepas selama sebulan dan sehingga 11 Jun, hanya satu peratus sahaja iaitu kira-kira 138,216 pemilih telah berbuat demikian. "Jumlah itu jika dibandingkan dengan jumlah pemilih berdaftar adalah terlalu kecil kerana jumlah pemilih berdaftar sehingga suku tahun 1/2012 adalah seramai 12.9 juta orang," katanya. Tan Sri Abdul Aziz berharap selepas ini lebih ramai yang akan mendaftar dan membuat semakan kerana pelbagai kaedah disediakan SPR untuk kemudahan orang ramai. Semakan boleh dibuat melalui Call Centre di ibu pejabat SPR di Putrajaya di talian 03-8885 6565 atau pejabat Pilihan Raya Negeri mulai 8.00 pagi hingga 5.00 petang, Isnin hingga Ahad tujuh hari seminggu sepanjang bulan berkenaan. Semakan juga boleh dibuat di laman web SPR di www.spr.gov.my atau Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPRSEMAKNO.KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888. Semakan di kaunter SPR boleh dibuat di Ibu Pejabat SPR Putrajaya, ataupun di pejabat Pilihan Raya Negeri dan dibuka pada Sabtu dan Ahad dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang sepanjang bulan berkenaan. Sumber Berita -Agenda Daily |
PUTERI UMNO AKAN BANTU SPR JEJAK 3.6 JUTA YANG BELUM DAFTAR SEBAGAI PENGUNDI Posted: 19 Jun 2012 10:51 PM PDT Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa 3.6 juta rakyat Malaysia yang telah layak mengundi tetapi belum daftar mengundi merupakan situasi yang perlu di pandang serius. Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin berkata, Puteri UMNO melihat isu ini perlu diberi perhatian sewajarnya dan diambil tindakan segera. "Hal ini kerana dari jumlah tersebut menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia tidak mengambil berat tentang kepentingan mereka untuk menjadi pengundi serta mengambil mudah urusan mendaftar dan mengundi. "Mereka merasakan bahawa satu undi mereka itu tidak akan menjejaskan keadaan ataupun mereka berfikir masih ada ramai lagi yang mengundi," ujarnya mengulas kenyataan SPR bahawa terdapat 3.6 rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi lagi. Dalam masa yang sama jelas beliau Pergerakan Puteri UMNO melalui Skuad Daftar Pemilih sentiasa berusaha mendaftarkan seramai mungkin sebagai pengundi. Justeru katanya Pergerakan Puteri UMNO sama ada di peringkat pusat, negeri atau bahagian membuka kaunter daftar pengundi atau kaunter PR semasa Puteri UMNO melaksanakan program bersama masyarakat. "Terdapat juga usaha dari Pergerakan ini membuka kaunter SPR di pasar malam dan kedai mamak. Langkah ini dilaksanakan adalah bagi memastikan rakyat Malaysia yang telah layak mengundi mendaftar sebagai pengundi. "Jika dilihat statistik dari 383,805 orang ahli Puteri UMNO, 306,352 orang daripadanya merupakan golongan pengundi," ujarnya lagi. Sumber Berita - MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan