Pengikut

Nuffnang

Isnin, 4 Jun 2012

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

sumber :-

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


MAJLIS PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA BARISAN NASIONAL WILAYAH PERSEKUTUAN

Posted: 03 Jun 2012 08:51 PM PDT

Semalam bertempat di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur,  Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan. Tan Sri Muhyiddin sebagai Pengerusi Perhubungan Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan telah menyampaikan  mesej jelas mengenai "sokong siapa saja calon BN". Pada pilihan raya umum (PRU)yang  ke 13nanti, apa yang penting ialah kemenangan parti bukannya calon yang bertanding.
Kata Tan Sri Muhyiddin: "Walaupun kawasan itu kawasan yang bukan Umno, kemenangan rakan-rakan kita dalam BN menentukan kemenangan parti kita walaupun yang bertanding itu MCA atau Gerakan (misalnya), kita harus menyokong parti yang bertanding kerana mereka bertanding atas tiket BN dan kemenangan itu kelak adalah kemenangan BN".
Mesej ini bukan sekadar untuk Wilayah Persekutuan sahaja sebaliknya di seluruh negara. Tetapi bagi Wilayah Persekutuan terutama di Kuala Lumpur, setiap anggota parti komponen BN perlu menerima baik mesej ini jika mereka mahu "gelombang biru" membersihkan tsunami politik 2008.
Apakah Umno / BarisanNasional terutama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah bersedia untuk bangkit semula? Tsunami politik 2008 menyebabkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur jatuh ke tangan DAP, PKR, Pas. Bukannya luar biasa bagi pembangkang menguasai kerusi di ibu negara dan sekitarnya tetapi dengan hanya satu kerusi, keputusan PRU yang lalu bagi BN amat memeritkan.

Daripada 11 yang ditandingi, Barisan Nasional tewas di 10 kerusi. Setiawangsa yang ditandingi Dato' Seri Zulhasnan Rafique "menyelamatkan" keadaan. Berbekalkan Parlimen Setiawangsa, Umno /BN masih "terus bernafas di pusat sehenti"yang menjadi nadi urusan politik, pentadbiran dan pengurusan negara.

Menyelak kembali keputusan PRU lalu di Wilayah Persekutuan, Umno bertanding di lima kerusi termasuk Setiawangsa, Putrajaya dan Labuan. Keputusan mengejutkan apabila Dato Shahrizat Abdul Jalil kalah kepada calon PKR, Nurul Izah Anwar (PKR) di Lembah Pantai dengan majoriti 2,895 undi. Dato Shahrizat gagal mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada 2004 dengan majoriti 15,288 undi. Satu lagi kerusi ialah di Parlimen Titiwangsa apabila muka baru, Aziz Jamaluddin Mhd Tahir tewas kepada Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Pas) dengan majoriti 1,972 undi berbanding kemenangan calon BN 2004 dengan majoriti 11,815 undi.

Mampukah BN menguasai semula Lembah Pantai dan Titiwangsa dan mengekalkan Setiawangsa, Putrajaya dan Labuan?

Semuanya terletak kepada kepimpinan dan anggota parti di kawasan berkenaan sejauh mana mereka dapat menerima amaran, nasihat dan teguran Tan Sri Muhyiddin. Jika masih mahu berebut, "pijak kepala" kawan, sabotaj dan macam-macam lagi, maka lupakan saja kemenangan. Bagaimana pula dengan lapan kerusi yang ditandingi MCA dan Gerakan? MCA dan Gerakan tersungkur dan tersingkir di KL pada PRU lalu.

Antara faktor yang menyumbang kepada kekalahan BN di Lembah Klang termasuklah kehilangan undi yang ketara daripada masyarakat Cina dan India. MCA gagal mempertahankan Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak apabila tewas kepada PKR sementara DAP pula menyapu bersih kerusi yang menjadi "kubu kuat" mereka di Seputeh, Bukit Bintang dan Cheras.

Gerakan pula gagal mempertahankan Segambut dan Batu yang jatuh kepada DAP dan PKR serta terus mengalami kekalahan di Kepong, kerusi tradisi DAP. Kecuali di Bandar Tun Razak, majoriti pengundi ketika itu adalah masyarakat Cina dan kedudukan itu mungkin masih kekal sehingga sekarang.

Mungkin untuk PRU akan datang, BN melalui mana-mana parti komponen sekurang-kurangnya perlu "mengambil semula" Segambut, Batu, Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak sementara kerusi lain boleh dianggap bukan pilihan utama untuk menang. Jika menang, mungkin di Bukit Bintang, ia adalah satu bonus kepada BN.

Ramai yang menjangkakan BN mampu "mengambil semula" Wangsa Maju, kawasan yang dilihat mempunyai ramai pengundi Melayu. Pada PRU lalu, calon PKR, YB Wee Choo Keong menang dengan majoriti 150 undi mengalahkan penyandang, Yew Teong Look yang sebelum itu menang dengan majoriti 10,185 undi.

Khabarnya, Umno berminat dengan kerusi Parlimen Wangsa Maju, sementara PKR dijangka meletakkan Dr Tan Kee Kwong, bekas Ahli Parlimen Segambut yang juga bekas Pengerusi Gerakan WP KL. Bekas timbalan menteri itu kini mengetuai Wangsa Maju selepas YB Wee Choo Keong menjadi wakil rakyat Bebas.

Begitu juga dengan Bandar Tun Razak. Adakah strategi PKR menurunkan calon Melayu, Khalid Ibrahim yang memenangi kawasan itu akan menjadi turutan BN? Mungkin formula ini boleh diguna pakai untuk sekurang-kurangnya PRU akan datang dengan matlamat untuk menang dan berdasarkan kepada "calon boleh menang" yang boleh diterima pengundi serta penduduk setempat. Maka setiap parti komponen BN perlu sedia "berkorban" demi strategi yang dapat menjamin kemenangan BN.
Pada masa yang sama pemimpin-pemimpin berpengaruh di Wilayah  Persekutuan boleh menjadi faktor kekuatan untuk menggerakkan jentera Umno seperti Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta dua bekas Pengerusi Umno WP iaitu YB Dato Seri Zulhasnan Rafique, YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Syed Ali Al Habshee.


Mereka boleh memainkan peranan yang penting untuk memperkuatkan lagi jentera BN dan Umno Wilayah Persekutuan yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin, Timbalan Perdana Menteri itu perlu diberi sokongan yang kuat oleh setiap pemimpin parti komponen BN di WP supaya tidak timbul masalah menjelang PRU.

Semua pemimpin BN di semua peringkat iaitu Umno, MCA, MIC , Gerakan dan PPP perlu bersatu untuk memperkukuh, memperkasa dan memperkuatkan lagi jentera parti. Di Wilayah Persekutuan, pemilihan calon amat sensitif kerana tidak ada kerusi Dewan Undangan Negeri. Ini menjadi cabaran kepada pemimpin untuk mencari calon boleh menang yang terbaik dari segala aspek.

Harus diingat, geografi politik Kuala Lumpur melibatkan kumpulan campuran iaitu golongan elit dan sederhana termasuk pengundi baru dari seluruh negara yang datang ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki. Merekalah yang akan menentukan gelombang pilihan pada PRU akan datang.

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian