Puteri Bahagian Segambut |
- Pilih Pemulihan, Bukan Reformasi @mediaumno @umbkl
- Kalau Dah Penipu Tue Memang Sampai Bila2 Pun Menipu @mediaumno @umbkl
- @n_izzah Akur Perbicaraan di Mahkamah Perancis Hanyalah Fitnah? Cc. @meidaumno @umbkl
- PAS & Dalil Dalilnya Cc. @mediaumno @umbkl
- Zaliah Perlu Jelaskan Isu Kekayaannya @umbkl
Pilih Pemulihan, Bukan Reformasi @mediaumno @umbkl Posted: 28 Jun 2012 09:00 PM PDT Akhbar Australia, The Age (9 September) menyiarkan apa yang Datuk Seri Anwar Ibrahim katakan padanya:
Anwar berkata, hubungan beliau dengan Dr. Mahathir semakin buruk sejak berlaku perkara buruk di Indonesia.
"Selepas Suharto tumbang. Saya rasa dia amat takut selepas kejadian itu. Secara objektif, saya menyatakan, situasi rasuah di Indonesia adalah lebih buruk berbanding di Malaysia, tetapi kita mempunyai penyakit yang sama.'' Maka jelaslah Anwar percaya kepada apa yang berlaku di Indonesia akan berlaku juga di Malaysia. Ia juga menggambarkan akan mengambil langkah yang sama.
Kepercayaan bahawa masalah di Indonesia adalah serupa dengan masalah di Malaysia adalah suatu penyakit intelektual yang sering merundung sesetengah pejuang politik Melayu sejak sebelum zaman kemerdekaan lagi. Inilah juga penyakit yang ditanggung oleh nasionalis kiri Melayu dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) seperti Dr. Burhanuddin Al-Hilmi, Pak Sako dan Ahmad Boestamam.
Mereka menyangka Tanah Melayu perlu mengikut jejak Indonesia. Dengan kekaguman terhadap Sukarno mereka mahu melancarkan revolusi kemerdekaan di Tanah Melayu dan melaksanakan program politik (republikan anti-Barat) dan ekonomi (sosialis) cara Sukarno. Malah mereka mahu menggabungkan Tanah Melayu ke dalam Indonesia.
Perjuangan kiri tidak diterima dan tidak sesuai dengan orang-orang Melayu. Lebih membahayakan apabila ia terdedah dengan penaklukan oleh China komunis ke atas rantau ini.
UMNO dan Datuk Onn adalah pihak yang berjaya menyelamatkan Tanah Melayu daripada terjerumus ke dalam kesengsaraan. Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak faham bahawa Tanah Melayu berbeza daripada Indonesia. Orang-orang Melayu tidak seperti Indonesia. Kita mahu mengekalkan sistem beraja dan sistem ekonomi pasaran bebas. Ternyata cara ini telah mendatangkan kemakmuran kepada Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia.
Anwar dan ABIM terpukau dengan cara Indonesia Kini dalam zaman yang lain, ada golongan Melayu yang masih terpukau dengan cara-cara di Indonesia. Mereka seolah-olah menyamakan masalah Indonesia dengan masalah di Malaysia. Mereka tidak nampak perbezaan ketara antara kedua-dua negara ini.
Kalau dulu, intelektual kiri Melayu terpengaruh dengan Revolusi Indonesia dan retorik Sukarno, kini Anwar, ABIM dan konco-konconya terpengaruh dengan perjuangan Reformasi Indonesia dan kagum dengan kejayaan tokoh Reformasi, Amien Rais. Akan tetapi yang pasti, Amien tidak menghadapi masalah peribadi.
Memang diketahui tokoh-tokoh ABIM seperti Siddiq Fadil dan Sidek Baba mempunyai kecenderungan terhadap cara Indonesia. Malah mereka berucap menggunakan bahasa seperti Indonesia.
Reformasi mungkin sesuai di Indonesia, tetapi tidak di negara ini. Reformasi di sana mempunyai idealisme tersendiri bagi menyelesaikan masalah masyarakat di sana. Mungkin Amien Rais sesuai dengan Indonesia. Tetapi caranya, dengan menggunakan mahasiswa tidak sesuai di Malaysia. Malaysia tidak mempunyai masalah penglibatan tentera dalam politik. Korupsi, kolusi dan nepotisme yang menjerat rejim Suharto tidak ada di Malaysia. Malaysia ada Dasar Ekonomi Baru yang begitu dikagumi hingga ada saranan di kalangan intelektual Indonesia dan penganalisis Barat supaya Indonesia menirunya.
Akan tetapi masalah Indonesia tetap berbeza. Amien Rais adalah tokoh yang baik dan mungkin beliau sesuai untuk memimpin Indonesia pada satu hari kelak. Akan tetapi Anwar tidak sama dengan Amien. Amien, ketua Muhammadiyah dan kini menjadi ketua Partai Amanat Nasional (PAN) muncul dari perjuangan mahasiswa dan rakyat yang menuntut reformasi di Indonesia.
Akan tetapi Abim bukan Muhammadiyah. Anwar walaupun pada tahun-tahun 70-an telah muncul dari gerakan mahasiswa tetapi telah dinaikkan dan diserapkan ke dalam kerajaan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Anwar, selama 16 tahun adalah sebahagian daripada kerajaan Malaysia.
ABIM pula, walaupun ada idealisme Islamnya sendiri tetapi telah menyokong UMNO dan kerajaan, kerana adanya Anwar selama 16 tahun juga. Anwar dan ABIM tidak layak melancarkan reformasi.
Malah sekiranya mereka teruskan juga, mereka akan mencemarkan idealisme reformasi itu sendiri. Bagi Malaysia, sehingga ini, cara yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ialah rancangan pemulihan yang telah digariskan oleh Perdana Menteri.
Malaysia berpeluang untuk berjaya Sokongan terhadap cara Perdana Menteri menangani kegawatan ekonomi kian bertambah dari kalangan pemerhati antarabangsa. International Herald Tribune (9 September) menyiarkan rencana oleh Marshall Auerback, jururunding strategik global Veneroso Associates.
Katanya: "Dunia tidak begitu menghiraukan Mahathir bin Mohamad pada Disember lalu ketika beliau mengadakan sidang kemuncak pemimpin-pemimpin Asia di Kuala Lumpur. Kebanyakan penganalisis Barat menggambarkan Mahathir sebagai xenofob (antiasing) dan menganggap kata-kata anti-Baratnya sebagai hanya penyedap sidang.
"Mungkin itu adalah antara sebabnya, tetapi perhatian yang lebih seharusnya diberikan kepada sidang kemuncak Kuala Lumpur itu. Orang-orang Asia Tenggara sejak itu hanya mengangguk setuju pada pihak Barat tetapi tidak ada niat serius untuk melaksanakan penyelesaian IMF yang boleh memusnahkan masyarakat.
"Beberapa bank akan tutup dan beberapa badan korporat akan bergabung; pekerjaan akan hilang dan pinjaman akan diatur semula dan dijual. Akan tetapi dari Tokyo ke Jakarta, niat yang jelas adalah untuk menggalakkan suasana supaya rantau itu keluar dari kemelesetan tetapi mengelak perubahan struktur yang dianggap oleh IMF sebagai perlu."
"Saya adalah pendukung Keynes yang ketinggalan zaman,'' kata Kiichi Miyazawa pada hari dia dilantik sebagai Menteri Kewangan Jepun pada Julai lalu. Beliau kemudian menegaskan bahawa dia menyokong "pemulihan ekonomi, dan bukan reformasi.''
"Ini adalah lebih daripada pernyataan dasar; ia lebih mencerminkan strategi di samping taktik. Isunya bukan saja hasil ekonomi bagi suku tahun berikutnya tetapi pemeliharaan satu model ekonomi yang telah memajukan rantau ini pada kadar dan pada tempoh yang tidak ada bandingannya dalam sejarah.
"Dalam konteks inilah yang perlu diperhatikan betapa Malaysia mengenakan kawalan modal. Wall Street dan Jabatan Negara Amerika Syarikat dilaporkan terkejut bahawa Mahathir mengambil langkah demikian. Mereka memang patut terkejut. Kini kita mempunyai satu kes kajian terhadap model yang berbeza daripada model ekonomi Inggeris-Amerika. Model Inggeris-Amerika meletakkan ciri-ciri utamanya sebagai pengaliran modal yang tidak terganggu.
"Dasar baru Malaysia ini telah mendorong bantahan yang tidak bersebab dari pusat-pusat kewangan Barat. Kawalan mata wang dikatakan akan menghapuskan keyakinan yang penting dan modal Barat yang berada di Malaysia akan lari.
"Apakah yang berlaku terhadap sejarah? Dengan beberapa pengecualian kecil, kawalan modal telah dilakukan di rantau ini semasa Perang Dingin - era keajaiban ekonomi Asia - tidak pernah menghalang pelaburan. China, Korea Selatan dan Taiwan masih mengekalkan kawalan. Mengenai larinya modal, angka-angka dalam pasaran Kuala Lumpur menunjukkan bahawa syarikat-syarikat yang seharusnya setia dan memiliki pelaburan jangka panjang telah lama meninggalkan negara ini.
"Difahami betul-betul, kawalan modal bertujuan untuk mengehadkan aliran masuk, dan bukannya aliran keluar. Mahathir telah membuat kesimpulan bahawa modal jangka pendek yang banyak daripada luar adalah suatu yang merosakkan pada sistemnya yang berasaskan pada kadar simpanan tinggi dan pinjaman korporat yang tinggi.
"Dikecam di Barat, tindakan Malaysia tidak dibantah di Asia Timur. Jika Malaysia berjaya mencetuskan pertumbuhan, sememangnya peluang untuk berjaya ada, ia menjadi satu petanda bagi kapitalisme Inggeris-Amerika menjadi hanya salah satu model di kalangan yang lain. Kita akhirnya akan mendapati dunia terbahagi kepada beberapa blok ekonomi sebagai hasil berpanjangan globalisasi,'' kata Auerbeck.
Malaysia munculkan model baru ekonomi Maksud Auerbeck dalam tulisannya itu ialah jika Mahathir berjaya mengatasi kegawatan ekonomi Malaysia dengan cara kawalan modal itu, ia akan memunculkan satu model ekonomi kapitalis ala Malaysia, berbeza daripada model Inggeris-Amerika.
Jika kemudian negara-negara lain, khususnya di Asia mengambil contoh, maka ia menjadi model Asia Timur yang harus diterima oleh Barat sebagai sesuatu yang boleh berfungsi.
Auerbeck juga menulis:
"Ramai di Barat yang memandang Asia dan rantau-rantau lain hanya sebagai pasaran yang bertindak menurut logik pasaran dan bukan sebagai suatu masyarakat yang kompleks. Pemimpin-pemimpin Asia dalam kedudukan yang sesuai untuk memperbaiki keadaan ini. Mereka mungkin tidak dapat menjadi pelaksana demokrasi yang berprinsip, tetapi kejayaan ekonomi mereka berkait rapat dengan kekuatan masyarakat nasional yang dicabar oleh globalisasi.
""Memang difahami di seluruh Pasifik bahawa globalisasi yang menyebabkan krisis Asia dan tidak secara logiknya sebagai penawar. Ada kalangan di Barat yang yakin bahawa globalisasi adalah suatu yang tidak dapat dielakkan. Sebenarnya tidak. Dunia tidak bersedia untuk menjadi satu.''
Pengganti Perdana Menteri bukan menjadi masalah International Herald Tribune menyiarkan berita bertajuk "Malaysia bimbang terhadap penggantian Mahathir'' (7 September).
Media asing memang menjadikan isu ketiadaan pengganti Perdana Menteri sebagai suatu masalah dan akan menghalang keyakinan pelaburan.
Sedangkan perkara itu bukan suatu masalah besar. Perdana Menteri sendiri berkata, kalau apa-apa yang berlaku pada dirinya, UMNO akan bertindak dengan cepat untuk memilih antara dua Naib Presiden yang ada iaitu Datuk Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Abdul Razak. Prosedur sudah ada, dan itu tidak menjadi isu.
Akan tetapi media asing memang cuba memperbesarkan suatu masalah yang bukan masalah utama. Dahulu, ketika Suharto memerintah Indonesia, isu itu juga ditimbulkan. Mereka menggambarkan bahawa Indonesia akan menjadi masalah kerana Suharto tidak menyediakan penggantinya.
Sedangkan menurut perlembagaan Indonesia, perkara itu sudah jelas. Naib Presiden sudah ada iaitu B.J. Habibie. Ternyata apabila Suharto mengundurkan diri, Habibie dengan mudah diterima sebagai Presiden Indonesia. Walaupun ada bantahan dan gerakan reformasi, tetapi kekacauan bukan kerana soal penggantian Habibie.
Sebenarnya yang menjadi persoalan bagi mereka bukanlah sama ada pengganti atau tidak, tetapi soalnya sama ada pengganti mereka itu orang mereka atau tidak.
Jadi andai kata mereka tidak berpuas hati dengan Habibie, media asing akan mengacaunya lagi dan menyeru supaya digantikan dengan orang lain, mungkin atas nama reformasi. Begitulah hasrat mereka.
Selain yang mereka mahu adalah orang mereka, mereka juga mahu dasar-dasar kewangan yang menguntungkan mereka diterapkan di negara ini. Dasar-dasar yang menguntungkan mereka dan tidak mestinya menguntungkan rakyat negara ini.
Jadi dalam dasar kewangan Mahathir, mereka akan mengecamnya, dan malah mungkin cuba menggagalkannya kerana ia tidak menepati kepentingan spekulator Barat. Kebebasan media bagi mereka adalah apa yang berkhidmat untuk kepentingan kewangan Barat.
Sumber: utusan malaysia, 13 September 1998 |
Kalau Dah Penipu Tue Memang Sampai Bila2 Pun Menipu @mediaumno @umbkl Posted: 28 Jun 2012 07:00 PM PDT Tiada Perdana Menteri di negara ini yang terpaksa berdepan dengan kezaliman pihak pembangkang berbanding dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau bukan sahaja difitnah, ditohmah dan dijadikan sasaran bagi senjata politik pembangkang, tetapi mereka juga turut menyeret isteri dan ahli keluarganya yang tidak berdosa.
Daripada kes kematian bekas pembantu Exco Selangor hinggalah kepada isu kapal selam Scorpene, semuanya disalahkan kepada pundak Perdana Menteri.
Yang merancang segala jentera propanda licik ini tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim yang mengepalai tiga puak yang berlawanan ideologi, prinsip perjuangan dan kepentingan politik.
Namun kenyataan anggota bebas Parlimen, Datuk Seri Zahrain Hashim dua hari lalu berhubung isu Scorpene telah membersihkan nama Perdana Menteri daripada sebarang tuduhan rasuah dan penyelewengan dalam urusan pembelian kapal selam itu.
Ia sekali gus meranapkan strategi Anwar dengan mengeksploitasi pertubuhan bukan kerajaan, Suaram untuk menjadikan isu tersebut sebagai bahan besar dalam kempen fitnah pembangkang terhadap Perdana Menteri.
Anggota Parlimen itu mengatakan bahawa selama ini Suaram telah diperalatkan oleh Anwar untuk menipu rakyat dengan mereka-reka isu tersebut.
Pertama katanya, siasatan pihak polis Perancis mendedahkan bahawa tidak wujud sama sekali mana-mana rekod imigresen yang menunjukkan wanita bernama Altantuya Shaariibuu telah memasuki negara itu antara tahun 1999 dan 2006.
Ini bermakna dakwaan pembangkang bahawa Datuk Seri Najib elah dilihat bersama-sama wanita itu dan Abdul Razak Baginda adalah pembohongan semata-mata.
Sekali gus perbuatan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mencipta gambar Perdana Menteri kononnya sedang makan dengan Altantuya dan Abdul Razak menggunakan kaedah 'photoshop' juga mendedahkan niat jahat pembangkang sejak dari awal lagi.
Fakta kedua yang mendedahkan kepalsuan tuduhan pembangkang ialah Altantuya tidak fasih berbahasa Perancis seperti mana yang didakwa mereka.
Ini jelas membuktikan dakwaan bahawa wanita itu telah menjadi orang perantaraan sebagai penterjemah dalam urusan jual beli kapal selam antara kerajaan Malaysia dan Perancis adalah palsu dan pembohongan yang jelas.
Malah menurut Datuk Seri Zahrain, semua perbincangan rasmi antara kedua pihak diadakan dalam bahasa Inggeris dan dengan itu keperluan untuk menggunakan khidmat seorang penterjemah tidak wujud sama sekali.
Penjelasan beliau telah berjaya mendedahkan komplot dan motif sebenar pembangkang yang mahu memalukankan kerajaan dengan menyebar fitnah dan memburukkan nama baik negara di mata dunia.
Anwar beranggapan isu Scorpene yang dibangkitkan adalah senjata politiknya yang ampuh untuk mencabar kepimpinan Perdana Menteri, tetapi sayang sekali senjata yang diharapkan memakan diri sendiri.
Sebagai Perdana Menteri yang bertanggungjawab dan menjaga amanah rakyat, Datuk Seri Najib tetap meneruskan tugas yang digalasnya untuk menjaga kebajikan rakyat dan membangunkan negara dengan penuh kesedaran dan keinsafan.
Hasilnya, semakin hari rakyat semakin menyokong kepimpinan beliau kerana melalui pelbagai program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan rakyat semua lapisan mendapat manfaat dan untung.
Pembangkang pula sudah tidak ada lagi modal politik yang hendak di canainya lagi kecuali meroyan siang dan malam seperti orang hilang akal.
Pembangkang terpaksa bergantung kepada isu Scorpene kerana mahu menutup kepincangan parah yang berlaku di dalam kubu kuat PKR di Selangor.
PKR Selangor semakin goyah dan rapuh disebabkan pertelingkang berpanjangang di antara puak Azmin Ali dan Menteri Besar, Khalid Ibrahim.
Malah suara sumbang mendesak Khalid meletak jawatan semakin lantang kedengaran dari kalangan pimpinan PKR negeri.
Pergolakan yang berlaku hanya mengesahkan bahawa pembangkang - PKR, PAS dan DAP - hanya gilakan kuasa dan apabila berkuasa mereka bergaduh sesama sendiri untuk merebut jawatan untuk kepentingan sendiri.
Pergolakan politik yang berlaku di Selangor dan pembohongan besar pembangkang dalam isu Scorpene adalah resipi terbaik yang akan memastikan mereka berkubur pada pilihan raya umum akan datang.
|
@n_izzah Akur Perbicaraan di Mahkamah Perancis Hanyalah Fitnah? Cc. @meidaumno @umbkl Posted: 28 Jun 2012 05:00 PM PDT Akhirnya, Nurul Izzah terpaksa menerima hakikat bahawa tidak ada perbicaraan yang berlangsung di Perancis mengenai isu kapal selam Scorpene. Dalam Sidang Parlimen 26hb Jun baru-baru ini, Nurul Izzah antara lainnya bertanya Menteri sekiranya Malaysia akan memohon untuk menjadi pemerhati di Mahkamah Tribunal Perancis untuk mendapat akses kepada siasatan berhubung kes tersebut.
Y.B Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi menjawab bahawa keperluan itu tidak timbul kerana pihak Perancis telah memaklumkan bahawa tiada perbicaraan yang berlangsung mengenai kapal selam scorpene di negara itu.
Nurul Izzah kemudiannya akur dengan jawapan tersebut dan bertanya lagi sama ada Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut dan dijawab oleh Menteri Pertahanan sebagai tidak perlu kerana pembelian kelengkapan angkatan tentera dibuat mengikut tatacara perlaksanaan kontrak perolehan pertahanan negara.
Maka dengan itu, semakin jelaslah penipuan SUARAM mengenai perbicaraan di mana Nurul Izzah sendiri telah mengesahkannya apabila memohon penubuhan Suruhanjaya DiRaja sebagai 'ganti'.
Benar, bahawa penyiasatan sedang dijalankan mengenai urusniaga kapal selam oleh syarikat DCNS di Perancis. Tetapi, penyiasatan itu tidak ada kena mengena dengan kerajaan mahupun pemimpin-pemimpin di Malaysia, tetapi melibatkan syarikat tersebut, dengan ahli-ahli politik di sana. Ia masih di peringkat siasatan dan bukannya perbicaraan. Nama Altantuya Shaariibuu juga langsung tidak terlibat, malah nama Perdana Menteri juga tidak disebut. Malaysia tiada kena mengena dengan penyiasatan itu melainkan mungkin, sebagai pembeli sahaja.
Untuk SUARAM membangkitkan soal sapina merupakan sesuatu yang amat lucu sekali kerana bagaimana untuk mengsapina sesiapa jika perbicaraannya tidak ada?
SUARAM, atau lebih tepat, pembangkang bukan sahaja mempunyai tabiat yang suka menipu tetapi lebih buruk lagi ialah mereka sanggup menipu tanpa batasan. Tidak cukup mereka memburukkan sistem kehakiman dan pihak berkuasa di Malaysia, kini mereka turut membadutkan hakim dan mahkamah Perancis pula. Malah mereka juga menggambarkan polis Perancis sebagai tidak cekap kerana tidak mampu mengesan kemasukan Altantuya ke negara tersebut.
Mereka juga sanggup mengheret orang yang telah mati untuk dijadikan modal politik secara berterusan memandangkan orang tersebut tidak mampu membela diri atau menjelaskan apa-apa lagi. Mereka juga tidak malu menggunakan nama orang yang masih hidup seperti Jasbir Singh Chahl, yang ditohmah kononnnya akan disapina untuk hadir ke perbicaraan fantasi mereka.
Walaupun telah terkantoi berkali-kali, mereka tetap berdegil ingin mengasak isu yang sama.
Ini menyebabkan ramai di kalangan rakyat mula bertanya, setelah jelas kini bahawa isu ini sengaja diada-adakan oleh pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, maka apakah ia bermakna pembunuhan Altantuya juga didalangi oleh mereka?
Sememangnya pelik apabila Altantuya dikaitkan dalam isu yang beliau langsung tiada kena mengena. Dan memang pelik apabila namanya tetap disebut walaupun telah jelas beliau langsung tidak memasuki Perancis pada ketika urusniaga scorpene berlangsung. Perdana Menteri juga tidak mengenali Altantuya dan telah bersumpah sebanyak empat kali mengikut landasan Islam mengenainya. Begitu juga beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah, mempunyai alibi kukuh tidak terlibat dengan pembunuhan tersebut. Tetapi, nama gadis malang ini tetap diungkit dan dimainkan oleh pembangkang sekali gus membuktikan bahawa mereka benar-benar ketandusan isu 'tulin' untuk menyerang Perdana Menteri.
Dengan prestasi pembangkang yang begitu buruk di negeri-negeri yang ditadbir mereka, serta skandal-skandal peribadi yang tidak berkesudahan antara seorang demi seorang pemimpin mereka, di tambah dengan penipuan mengenai scorpene ini, rakyat menjadi bertambah curiga dengan pembangkang. Ramai yang mula tertanya-tanya, sejauh mana pembangkang sanggup lakukan untuk merampas kuasa?
Kita tahu bahawa pembangkang sanggup menggadai nyawa rakyat dengan mencetus keganasan, kita juga tahu bahawa pembangkang sanggup mengsabotaj ekonomi negara sendiri dengan memburuk-burukkan dan mencemar imej negara dan Perdana Menteri.
Justeru, kita tidak dapat mengelak dari mengesyaki yang segala apa yang dituduh oleh pembangkang terhadap kerajaan dalam isu scorpene ini, adalah sebenarnya apa yang telah dilakukan sendiri oleh mereka dengan niat untuk memerangkap kerajaan.
Dengan itu, Nurul Izzah boleh meneruskan lakonannya di parlimen dan SUARAM boleh meneruskan penipuan mereka di media tetapi rakyat jua yang akan menghakimkan mereka. Di mata rakyat, kredibiliti SUARAM, Nurul Izzah dan pembangkang keseluruhannya telah musnah sama sekali.
Malah, ramai rakyat yang sinis berkata bahawa mereka mengesyaki para penulis komen menyokong SUARAM dan Nurul Izzah di portal-portal dan blog-blog pro-pembangkang adalah kebanyakannya orang yang sama yang diupah oleh SUARAM untuk menyedapkan hati sendiri kononnya masih ramai yang menyokong mereka.
Tidak apa, teruskanlah menyedapkan hati sendiri buat masa ini, kerana jumlah sokongan sebenar tetap akan terserlah dalam pilihanraya. |
PAS & Dalil Dalilnya Cc. @mediaumno @umbkl Posted: 28 Jun 2012 03:00 AM PDT Di bawah ni antara beberapa dalil yang dianggap sebagai 'benda' pelik di dunia. Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. "Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur.." (Kuliah Di Marang 1983) KEMUDIANNYA.. PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12. 2. Kata PAS: "Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin". KEMUDIANNYA.. Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang. 3. PAS kata: "Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi" KEMUDIANNYA.. Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu. 4. PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: "Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga ?!@#$@#" KEMUDIANNYA.. Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan ?!@#$@# bahkan mencanggihkan ladang ?!@#$@#, tak pulak PAS kata kerajaan mereka 'kerajaan ?!@#$@#'. 5. PAS kata Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi. KEMUDIANNYA.. Bila Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: "Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah". 6. Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: "Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…" KEMUDIANNYA.. Bila Anwar kena pecat, PAS kata: "UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam". 7. Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: "Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi". Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat. KEMUDIANNYA.. Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: "Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar.." 8. PAS kata: "Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir" KEMUDIANNYA.. PAS Kedah yang baru memerintah kata: "Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan. 9. PAS kata: "Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur". KEMUDIANNYA.. PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar. 10. PAS kata: "Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: "Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir". KEMUDIANNYA.. PAS Kedah kata: "Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah" (Azizan Razak) 11. PAS kata: "UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves". KEMUDIANNYA.. PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia. 12. PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng libaral yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain. KEMUDIANNYA.. Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan. 13. Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah. KEMUDIANNYA.. PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid? 14. PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara KEMUDIANNYA.. PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana? PAS terus senyap dan senyap 15. PAS kata: "Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam" KEMUDIANNYA.. PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: "Kami menentang negara Islam" (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: "Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO". 16. PAS kata: "UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya" KEMUDIANNYA.. PAS sekarang berkempen war-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam Khalifah Umar bin Abdul Aziz. 17. PAS kata: "UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah" KEMUDIANNYA.. PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah. Di Kelantan sudah lama menjadi sarang pelacuran tapi Nik Aziz terus diam membisu. 18. PAS kata: "Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam" (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib). KEMUDIANNYA.. PAS meredhai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kenapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja? 19. Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razaleigh, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka. KEMUDIANNYA.. PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?. 20. PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Boleh jadi murtad lah kononnya KEMUDIANNYA.. PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: "Kita tidak berminat menentang Hindraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi" (Harakah) 21. PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam. KEMUDIANNYA.. PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12. 22. PAS kata perjuangkan Islam KEMUDIANNYA.. PAS kini perjuangkan negara kebajikan. Soal Islam tolak tepi dahulu. Siapa yang tak Islam sebenarnya? 23. Nik Aziz berani kata wujudkan negeri hudud. KEMUDIANNYA.. Apabila banyak pihak mencabar, Nik Aziz kata tunggu PAS ke Putrajaya dulu. Umpama menanti bulan jatuh ke riba lah kot 24. PAS berani menyahut seruan perhimpunan sejuta umat menentang murtad. KEMUDIANNYA.. Tarik diri pasal takda kena mengena dengan parti. Sebenarnya PAS takut dengan PKR & DAP. Persoalannya adakah masih releven PAS hari ini? Sumber: REZQEEN HILL |
Zaliah Perlu Jelaskan Isu Kekayaannya @umbkl Posted: 28 Jun 2012 01:00 AM PDT Menarik sebenarnya bila kita membicarakan mengenai akaun induk RM 3 bilion yang agak heboh diperkatakan sejak dulu hingga kini. Surat Akuan Bersumpah (SD) yang Ketua Umum PKR kemukakan nyata tidak berupaya menarik tirai penamat untuk isu kontroversi ini.
Apatah lagi bilamana bekas Ketua Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris mengakui SD tersebut dibuat atas permintaan Anwar Ibrahim dan bukannya dilakukan atas sebab terdetik dari kesedaran dirinya sendiri.
Tambah menghangatkan keadaan bilamana Ummi Hafilda tampil dengan pendedahan tentang seorang wanita misteri yang dikatakan rapat dengan Ketua Umum PKR itu semasa Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.
Wanita misteri yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim dalam isu RM 3 bilion ini telahpun kita ketahui identitinya, dikenali sebagai Zaliah Zakaria. Menurut pengakuannya, dia pernah memiliki wang tunai dan hartanah bernilai RM100 juta.
Zaliah juga mengakui mengenali Wan Azizah sewaktu menjawat jawatan dalam syarikat Wira Tangkis Sdn Bhd tapi di masa yang sama menafikan mengenali suaminya yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan.
Mengikut penjelasannya lagi, aset bernilai RM100 juta yang pernah dimilikinya itu diperolehi hasil perniagaan lumba kuda pada akhir 1990-an. Agak-agak siapakah Menteri Kewangan ketika itu yang bertanggungjawab meluluskan lesen judi lumba kuda tersebut?
Benarkah Zaliah langsung tidak mengenali Anwar dan hanya mengenali isterinya sahaja? Mungkinkah kelulusan lesen judi lumba kuda itu hasil rekomen dari Wan Azizah yang ketika itu adalah isteri kepada Menteri Kewangan?
Paling penting tentu sahaja khalayak ramai menuntut penjelasan yang lebih ampuh dari Zaliah berkaitan punca dan sumber sebenar kekayaannya.
Seseorang yang memiliki aset dan wang tunai RM100 juta tentu sahaja cukainya tidak akan mencecah RM50 juta sebaliknya ia sepatutnya jauh lagi rendah dari angka tersebut.
Justeru itu, wajarlah Zaliah mengambil langkah berterus terang kerana ianya lebih baik berbanding penjelasan separa masak yang dilakukannya sebelum ini yang hanya mengundang lebih banyak persoalan dan di masa yang sama makin menjerat tengkuk Anwar Ibrahim.
|
You are subscribed to email updates from FROM THE EYES OF SEGAMBUT PRINCESS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan