Pengikut

Nuffnang

Ahad, 24 Jun 2012

Puteri Bahagian Segambut

sumber :-

Puteri Bahagian Segambut


Orang Muda Pilih @Barisanasional Tolak PR #BNYV "TAKE A CHARGE MAKE A DIFFERENCE"@BNYV2012 @KhairyKJ @TengkuAdnanreal @mediaumno @umbkl

Posted: 24 Jun 2012 08:50 PM PDT



Semalam telah berlangsung Bengkel Sukarelawan Pemuda Barisan Nasional atau lebih dikenali sebagai BNYV bertempat di Dewan Tun Dr Ismail PWTC. Bengkel ini merupakan inisiatif Pemuda Barisan Nasional dan ianya menjadi platform kepada penyokong muda Barisan Nasional yang tidak dapat menjadi sebahagian dari jentera rasmi parti untuk membantu PRU yang akan datang.















Bengkel telah dihadiri seramai 400 orang sukarelawan yang hadir dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Objektif bengkel ini adalah untuk mempersiapkan para sukarelawan BN untuk mengkoordinasi gerakan sukarelawan politik untuk membantu jentera pilihanraya Barisan Nasional di seluruh negara.






Bengkel BNYV ini dimulakan dengan sesi pembentangan dari setiap ketua-ketua unit utama iaitu Unit Pengurusan Majlis/Organisasi, Unit Komunikasi, Unit Penyelidikan, Unit Kempen Umum dan Unit Pidato Umum.





Kemuncak program tersebut adalah sesi dialog bersama YBM Tengku Adnan Tengku Mansor dan YB Khairy Jamaluddin sebelum semua peserta dilepaskan untuk acara "Amazing Race" iaitu di mana para sukarelawan telah dipecahkan di dalam kumpulan kecil yang terdiri dari 4 org di dalam satu kumpulan dan ditugaskan untuk mendapatkan maklumat umum dari orang ramai. Bengkel ini berakhir di acara "Satay Gathering" di Pejabat Operasi BNYV di Bangsar.






Kepada rakan-rakan yang berminat untuk mengetahui lebih kanjut mengenai BNYV ataupun berminat untuk menjadi sebahagian daripada team BNYV bolehlah menghubungi facebook www.facebook.com/bnyv2012, Twitter @BNYV2012 atau emailkan sebarang pertanyaan ke bnyv.workshop@gmail.com


TAKE A CHARGE MAKE A DIFFERENCE

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian