Puteri Bahagian Segambut |
- Kerajaan Prihatin : Baucar RM520 Untuk Pemandu Teksi #BNBagus #Vote4BN #BN4WP @umbkl @mediaumno
- Singapura Biadap? @umbkl @mediaumno
- Jangan Ambil Padang Kami @Khalidibrahim cc @umbkl @mediaumno
- Rafizi Ramli Letak Jawatan Sebab Bosan. Acane Ni Nak Jadi YB? @umbkl @mediaumno
Kerajaan Prihatin : Baucar RM520 Untuk Pemandu Teksi #BNBagus #Vote4BN #BN4WP @umbkl @mediaumno Posted: 21 Jun 2012 09:00 PM PDT Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak akan menyempurnakan pelancaran pemberian voucher RM520 kepada pemandu teksi dari seluruh negara yang dianggarkan sekitar 66,000 orang di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Jun 2012 (ahad). Voucher tersebut diberikan khas untuk golongan ini membeli dan menukar tayar kenderaan kepada yang baru. Skim pemberian voucher ini diberi nama Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma). Memang khas untuk teksi² seluruh Malaysia. Teksi sapu tak termasuk dalam program ini tapi kalo nak datang memeriahkan majlis, mai je lah. Mungkin bagi sesetengah pihak beranggapan ini adalah satu helah ataupun strategi kerajaan untuk mendapatkan sokongan dari pemandu-pemandu teksi seluruh negara. Bak kata Anwar Ibrahim, ini merupakan gula-gula politik dari kerajaan.
Namun tidak semua pemandu teksi beranggapan pemberian sumbangan dari kerajaan ini sebagai gula-gula pilihanraya semata-mata. Ia lebih kepada penghargaan dari kerajaan kepada pemandu² teksi seluruh negara yang juga merupakan 'duta kecil' untuk perlancongan dalam negara. Saya merasakan banyak pemandu teksi yang bersetuju dengan usaha kerajaan yang dilihat lebih positif ke arah membantu meringankan beban rakyat. Pendapat Timbalan Presiden PAS, Mahfuz Omar yang menyifatkan pemberian voucher RM520 ini masih tidak mencukupi untuk pemandu² teksi membeli 4 bijik tayar. Sebab sekarang ini, terdapat pelbagai jenis teksi yang beroperasi di atas jalan raya. Tapi di sini, saya quot kan sebijik tayar untuk teksi standard, harganya seperti di bawah.. RM130 sebijik RM130 x 4 bijik = RM520 Mahfuz Omar dok pikiaq RM520 masih tidak memadai dan meminta kerajaan mengkaji semula cadangan tersebut. Dalam masa yang sama juga si Saya beranggapan Mahfuz Omar mungkin baru terjaga daripada lena yang panjang ataupun memang berlagak poyo untuk menjadi hero taik kucing kepada pemandu² teksi yang masih menggunakan permit syarikat. Pada tahun lepas, kerajaan telah mengeluarkan sebanyak 30,000 permit teksi kepada pemandu² teksi sewa. Namun dalam tempoh tersebut, kerajaan terpaksa membekukan sementara pemberian permit² teksi atas beberapa faktor. Baca selanjutnya di REZQEEN HILL UMNO - We Walk The Talk PR - They Just Talk Only |
Singapura Biadap? @umbkl @mediaumno Posted: 21 Jun 2012 08:00 PM PDT Jika kita menakrifkan Singapura sebagai seorang manusia, maka ia pastinya seorang manusia yang paling busuk hati di dunia ini. Sejarah penubuhan negara tersebut iaitu dengan keluar dari Malaysia juga, menyaksikan yang negara itu ditubuh atas dasar khianat, angkuh, perkauman dan pentingkan diri sendiri. Akibat penubuhan yang tidak berasaskan niat yang baik, Singapura mempunyai sikap 'paranoid' yang kronik iaitu sentiasa menyimpan syak wasangka dan memusuhi Malaysia.
Sikap 'paranoid' berlebihan inilah yang menyebabkan ruang angkasa Malaysia sering diceroboh mereka. Malah, bukan kita tidak tahu bahawa agen-agen mereka sentiasa bergerak cergas mengumpul maklumat dan memerhati pergerakan dan perkembangan negara ini. Walaupun Malaysia menghulurkan tangan persahabatan dan sering mengajak untuk bekerjasama dan menjunjung sifat sefahaman serta toleransi dalam menangani masalah-masalah yang membabitkan kedua-dua negara seperti perairan, ruang udara serta bekalan air mahupun dalam isu jambatan bengkok, tetapi huluran tangan Malaysia sering disambut dengan sepakan kaki sahaja oleh Singapura.
Kini, Singapura semakin kurang ajar apabila mula campurtangan dalam urusan politik negara. Ini dilakukan dengan menyelinap masuk melalui aktiviti-aktiviti yang didalangi pembangkang yang bertujuan untuk melemahkan kerajaan. Antaranya, Singapura telah menghantar wakil ke perhimpunan BERSIH 3.0, dan Himpunan Hijau yang menentang Lynas. Agen-agen mereka yang dikenalpasti bukannya ke perhimpunan tersebut untuk memerhati tetapi turut berdemonstrasi bagi memburukkan imej dan mengsabotaj ekonomi negara ini.
Amat kurang ajar sekali apabila antara yang agen yang dihantar untuk menyertai himpunan ini bukanlah orang-orang biasa atau rakyat marhaen tetapi terdiri dari diplomat-diplomat negara mereka, seperti:
1. Regina LOW Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg), First Secretary (Political) yang turut memakai baju kuning BERSIH 3.0.
2. Philomena AW Li Fen (philomena_aw@mfa.gov.sg), First Secretary (Political).
3. Ariel Eunice TAN Hwi Tiang (ariel_tan@mfa.gov.sg), Deputy High Commissioner and Counsellor.
Bagi sebuah negara yang mendabik diri sebagai negara maju, tindakan tidak bertamadun iaitu tidak menghormati jiran dan tidak tahu batas-batas hubungan diplomasi membuktikan betapa busuk dan buruknya hati perut dan perangai Singapura.
Maka tidak hairanlah Singapura digelar Yahudi Asia kerana hati perutnya yang busuk, biadap serta angkuh. Jika anda mengorek punca kenapa kaum Yahudi di laknat dan kenapa mereka dihalau lebih 70 kali sepanjang sejarah bangsa mereka di dunia ini, anda akan dapati bahawa secara umumnya, (walaupun bukan semua), kaum Yahudi terkenal dengan busuk hati, angkuh, biadap dan pentingkan diri juga.
Lee Kwan Yew dalam bukunya "From Third World to First: The Singapore Story 1965-2000" pernah mendedahkan bahawa tentera Singapura diasaskan oleh tentera Israel. Beliau menulis, "misi ketenteraan Israel diketuai oleh Yaakov (Jack) Elazari, ketika itu berpangkat kolonel, kemudian dinaik pangkat ke brigadier jeneral. Setelah meninggalkan tentera,beliau menjadi penasihat tentera Singapura".
Hubungan akrab Singapura dengan Israel ini dengan sendirinya menjelaskan kenapa Singapura tidak senang dengan Malaysia sebuah negara Islam yang maju dan berpotensi, yang menjadi jirannya yang sabar dan setia.
Sikap kurang ajar Singapura tiada batasnya. Baru-baru ini, terdedah lagi bagaimana Singapura merancang untuk 'menceroboh' pilihanraya negara ini. Ini dilakukan dengan melatih beberapa wakilnya untuk menyertai pilihanraya dan semestinya dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan parti memerintah untuk digantikan dengan parti anak didiknya iaitu DAP, dengan kerjasama dua ekor keldai iaitu PAS dan PKR.
Sebagai musuh azali, tidak mustahil Singapura mempunyai pelan yang jauh lebih besar terhadap Malaysia. Menyertai demonstrasi dan menceroboh pilihanraya adalah Pelan A. Justeru, jangan sekali-kali kita terlepas pandang bahawa mereka pasti telah melakarkan Pelan B dan seterusnya sekiranya percubaan menakluk Malaysia melalui Pelan A tersebut gagal.
Sebelum ini, Wikileaks pernah mendedahkan bagaimana pemimpin Singapura merendah dan menghina hampir semua pemimpin dunia lain melalui perbualan sulit yang dirakam. Namun, Singapura langsung tidak terasa malu, jauh sekali meminta maaf.
Maka, kita yakin bahawa Singapura akan mengambil sikap jelik yang sama dalam isu campurtangan dalam politik Malaysia ini. Seperti seorang manusia yang tidak pernah dididik dengan adab sopan serta nilai-nilai murni kemanusiaan, Singapura hanya akan mengambil sikap selamba walaupun sikap dan rancangan jahat mereka telah terdedah luas.
Apa yang pasti, Lee Kwan Yew tentu merasa megah melihat bagaimana negaranya menjadi negara paling biadap dengan diplomat-diplomat yang amat kurang ajar sekali.
Jika beginilah sikap Singapura, maka Malaysia wajib berpegang kepada pepatah iaitu 'buat baik berpada-pada' apabila berurusan dengan Singapura kerana Singapura telah berbuat jahat kepada kita, bukannya sekali - tetapi berkali-kali.
Diharap kerajaan akan mengambil tindakan sebaiknya dalam menghadapi ancaman negara jiran ini. Harapan kita juga agar rakyat akan semakin membuka mata dalam membuat pilihan antara parti yang mendapat bantuan Singapura, dengan parti pemerintah yang tegas mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara
|
Jangan Ambil Padang Kami @Khalidibrahim cc @umbkl @mediaumno Posted: 21 Jun 2012 06:00 PM PDT Dalam sistem demokrasi kewujudan pihak pembangkang bertujuan untuk check & balance tadbir urus kerajaan yang memerintah bagi memastikan tiada penyelewengan atau salah guna kuasa berlaku.
Sebaliknya di Malaysia, kehadiran parti pembangkang lebih berminat mengadu domba dan mencipta kontroversi tanpa berpaksikan realiti kebenaran.
Ambil contoh bangkangan mereka terhadap pembinaan sekolah agama rakyat (SAR) di Taman Pegoh Aman, Perak. Ternampak jelas bantahan oleh PAS dan PKR bermatlamat untuk 'cover issue' yang sedang hangat di Selangor melibatkan pengambilan padang awam PKNS.
Dalam kedua-dua isu tersebut ia kelihatan sama kerana ia melibatkan kawasan padang, hakikatnya banyak beza di antara kedua-duanya. Seakan sama tapi tak serupa.
Padang awam PKNS di SS7 Kelana Jaya merupakan kawasan yang diwartakan sebagai tempat rekreasi manakala pembangunan yang mahu dijalankan di situ pula merangkumi pusat komersial seperti kompleks perniagaan dan kediaman kos tinggi.
Bantahan pengambilalihan padang tersebut pula datang dari majoriti penduduk tempatan kerana mereka akan kehilangan keseluruhan padang rekreasi tersebut.
Selain itu, penukaran status padang tersebut daripada kawasan rekreasi kepada tapak komersial jelas bertentangan dengan perwartaan asal yang diluluskan oleh Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ).
Padang awam di Taman Pegoh Aman pula berbeza situasinya. Daripada keseluruhan luas 1.6 hektar, hanya 0.3 hektar di penjuru padang sahaja dimanfaatkan untuk pembinaan sebuah sekolah agama rakyat.
Bermakna sebahagian besar kawasan padang masih boleh digunakan sebagai tempat permainan dan kawasan riadah untuk penduduk sekitar.
Ia jelas berbeza sekali dengan situasi padang PKNS di Kelana Jaya yang bukan sahaja hilang status rekreasinya tanpa gantian malah keseluruhan luas persegi padang menjadi hakmilik pihak lain untuk kegunaan komersial semata-mata.
Projek pembinaan SAR di Perak itu juga telah mendapat kelulusan Pejabat Daerah serta turut mendapat lampu hijau dari Jabatan Agama negeri dan jelas sekali ia tidak seperti digambarkan sebaliknya oleh PAS dan PKR.
Paling penting, pembangunan sekolah agama di penjuru padang tersebut memenuhi keperluan penduduknya serta disokong oleh majoriti besar penduduk setempat.
PAS yang suatu ketika dulu cukup gah mendabik dada sebagai pejuang sekolah agama rakyat sepatutnya berasa malu dengan tindak tanduk mereka yang semakin hari kian nampak ketidakmatangannya.
Para pimpinan PAS dari serendah-rendah tahap hinggalah ke peringkat tertinggi parti, semacam sudah hilang arah haluan perjuangan.
Masing-masing gagal memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan dan bermanfaat untuk rakyat.
Mereka lebih cenderung membangkang apa saja semata-mata untuk mencapai kepentingan politik kepartian tanpa memperdulikan soal betul atau salah sesuatu perkara - memang sah layak digelar bangkang dari longkang. |
Rafizi Ramli Letak Jawatan Sebab Bosan. Acane Ni Nak Jadi YB? @umbkl @mediaumno Posted: 21 Jun 2012 06:43 AM PDT SHAH ALAM – Sementara PKR Selangor berhadapan isu kontroversi berkaitan dengan Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohd Rafizi Ramli pula mengumumkan beliau telah memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Jawatan Penasihat Ekonomi Selangor disandang oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya telah beri notis letak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sebarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor dan lain-lain, rujuk kepada Kerajaan Negeri atau (Datuk Seri) Anwar Ibrahim," kata Rafizi menerusi mesej Twitternya lebih sejam lalu. Pengarah Strategi PKR ini, yang dilihat sebagai antara pemimpin yang meningkat naik dalam politik PKR, tetapi menjawab panggilan telefon. Rafizi dilantik sebagai Pengarah Strategi susulan pemilihan PKR dua tahun lalu. Bagaimanapun beliau menjawab soalan-soalan yang dikemukakan pengikutnya menerusi Twitter. Antara lain beliau berkata, "letak jawatan proses biasa." "Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di Kerajaan Negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah," katanya lagi. Menjawab soalan pengikutnya yang mahu tahu alasan sebenar beliau meletakkan jawatan, Rafizi berkata, "Ha, ha, ha, seoalan tweet macam kata-kata terkenal (bekas Ketua Wanita Umno dan anggota Kabinet pusat, Tan Sri) Rafidah Aziz, "mengapa, mengapa, mengapa"." "Jangan bimbang saya tidak menangis bercucuran macam Tun M (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad)," katanya dengan merujuk kepada peristiwa ketika Perhimpunan Agung Umno sedekad yang lalu. Rafizi yang antara lain disebut-sebut akan diletakkan sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) juga berkata, beliau memerlukan masa rehat dan sebab itu melepaskan jawatan itu. "Itu sahaja," katanya lagi. Katanya, beliau biasanya tidak akan kekal dalam satu jawatan lebih daripada dua tahun. "Saya tidak pernah kekal lebih daripada dua tahun dalam satu-satu jawatan. Yang ini saya sudah melebih dua tahun, masa untuk bergerak ke depan. Tiada dimensi politik dalam hal ini," katanya menjawab soalan-soalan pengikutnya yang terkejut dengan keputusan ini. Walaupun beliau tidak mengaitkan dengan perkembangan politik dalam PKR dan Pakatan Rakyat, tetapi keputusan itu dilihat akan memberi kesan ke atas persepsi orang ramai terhadap PKR - Sinar Harian SP; Dengar2 beliau salah satu calon yang akan bertanding PRU13 nanti. SP rasa baik toksah undi dia ni sebab dia nanti 2 tahun je dia buat kerja. Yelah dia gak yang cakap paling lama dia bertahan untuk satu2 jawatan hanyalah 2 tahun. So pikir2lah ye. |
You are subscribed to email updates from FROM THE EYES OF SEGAMBUT PRINCESS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
7 ulasan:
Where there is a cutthroat competition in this era of virtual storefronts, security adds credibility and success and an authentic scrutinized security certificate helps you generate more revenues. You eventually find a hotel that can provide accommodation but you arrive to find that you are spread out all over the place as the hotel couldn’t guarantee to locate you in the same part of the hotel complex let alone on the same floor. vista pptp vpn. This composition is projected to give the readers information and tips on how to choose a printing paper for your brochure printing. Business web templates help you to make several changes without any cost., anonymous torrent upload. Because of the tremendous amount of time invested in getting a short sale approved, it is imperative that we use mortgage professionals who have a solid track record of successfully funding short sales. openvpn su ubuntu
Well the truth is there is not a magic pill or a specific diet. cheap vpn services
Several quotes can be obtained and the lowest prices insurance can be bought., privacy policy for web site. Well, that’s fine because you can now take resveratrol as a supplement. Let us help you ensure these necessary coverages aren't passed over, with great products at a great price. georgia hope grant for private colleges. Always make efforts to give your child an organic life so that they remain harmless and protected from any type of allergies. which is the best vpn
Should you live with bad stress and anxiety, you simply must take action to lessen the amount. Hence, there is no point in depending on the success statistics of dental implant surgeries. emule for windows 98. This often sees a narrowing range as the market trades on both sides of a pivotal big figure each day. German is fast gaining weight as a language of technology., server iowait. Just make sure that the items you are using do not defeat their original purpose to attract attention. dmw client 3 r4
The importance of writing quality web content is also equally important., cs source server search. The best way of getting all the vitamins is to eat variety of foods, and don’t skip meals. One of the hardest decisions that drivers and vehicle owners commonly has to make is when the right time to replace windshields is. network attached usb. Every one is on the track despite the suffering he or she encounters before the laurel. what is network design tool
And the best part is collecting the material and preparing your own fireworks is a great fun as well as you have control over each and everything that gives you confidence while your pyro display. There was some notable jerkiness when the camera panned back and forth. network switchers routers used seller buryer. It involves taking a number of smallish grafts with a holepunch device and transplanting to the affected area. So why pay more for the same product?, ms access visual basic. Some of them are reasonable while some are truly shocking. adsl internet connections
bape clothing
bape clothing outlet
kd shoes
golden goose outlet
bape clothing
paul george
kd 15
kyrie 5 spongebob
palm angels outlet
jordan 1 off white
Catat Ulasan