PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN |
- CUBA BAYANGKAN JIKA INI BERLAKU.....
- WUJUDNYA KUMPULAN "NEO-PAS" DALAM PAS!
- RAHSIA "ANWAR" DI TANGAN KARPAL?
CUBA BAYANGKAN JIKA INI BERLAKU..... Posted: 29 Jun 2012 10:45 PM PDT |
WUJUDNYA KUMPULAN "NEO-PAS" DALAM PAS! Posted: 29 Jun 2012 10:35 PM PDT Salam 2 all. Kenyataan Joceline Tan dalam analisanya di akhbar The Star hari ini mengenai kesan pemilihan PAS merumuskan secara tepat apa yang berlaku bila beliau berkata, "the PAS polls shows how hungry the party is to win the general election, so hungry that they are prepared to compromise on their party's "Leadership by the Ulama" policy - pemilihan PAS menunjukkan betapa kebulurnya parti itu untuk memenangi pilihanraya umum, kebuluran yang menyebabkan mereka bersedia berkompromi dengan dasar "kepimpinan ulama'" parti tersebut!". Deklarasi YB Tuan Guru Haji Hadi bahawa PAS akan mengetepikan perjuangan penubuhan "Negara Islam" dan mengubahnya kepada slogan "Negara Kebajikan" adalah bukti jelas kenyataan diatas. Kesanggupan beliau menyatakan "konsep Negara Islam" tidak ada dalam Al Quran bagi menghalalkan perubahan dasar itu membuktikan kesanggupan Neo-PAS melakukan apa sahaja untuk memenuhi impian ke takhta Putrajaya. Ini adalah kenyataan daripada seseorang yang 30 tahun lepas sanggup mengisytiharkan UMNO sebagai kafir kerana tidak mahu melaksanakan hudud, qisas & ta'zir dan menolak penubuhan "Negara Islam". Sebab itu ada hadis Melayu menyebut "kalau nak meludah jangan ke langit, kerana kelak akan terkena muka sendiri!". Melaksanakan "negara Islam" bermakna melaksanakan juga konsep kebajikan, sebab didalam Islam ada ciri kebajikan. Tetapi melaksanakan "negara kebajikan" belum tentu melaksanakan negara Islam, sebab bukan semua kebajikan itu Islamik. Abu Talib adalah antara manusia paling hebat membuat kebajikan; beliau membela, membesarkan, melindungi dan mempertahankan Rasulullah saw, tetapi beliau tetap kafir. Negara New Zealand dan Sweden adalah antara negara yang dikenali sebagai "welfare state", "negara kebajikan", tetapi mereka tetap negara kafir. Menukar slogan daripada "Negara Islam" kepada "Negara Kebajikan" adalah sekadar retorik politik, tetapi malangnya Al Quran dijadikan sandaran kepada retorik ini!!! Teman sebenarnya bersimpati dengan Tuan Guru Haji Hadi. Teman sangat menghormati beliau sebagai seorang agamawan yang tegas walaupun tidak banyak bercakap. Namun beliau kini tersepit diantara 'impian ke syurga' dengan 'kilauan Putrajaya'. Kenyataan beliau bahawa pemilihan kepimpinan PAS yang baru adalah "kabinet perang pilihanraya" beliau mengundang satu persoalan besar: perang untuk siapa? Adakah Tuan Guru Haji Hadi terlupa ada diantara kaum Anwarinas yang dimahkotakan perwakilian baru-baru ini pernah secara terbuka mencabar beliau supaya meletak jawatan. Juak-juak mereka diluar sana juga tidak kurang pernah menghina Tuan Guru Haji Hadi secara terbuka dengan mendesak beliau meletak jawatan Presiden. Malah mereka berkata Tuan Guru Haji Hadi adalah "penghalang besar" mereka ke Putrajaya! Teman tidak terkejut jika konspirasi halus akan dibuat untuk menekan Tuan Guru Haji Hadi samada meletak jawatan, atau "ISA-Ikut Saja Anwarinas"! Dan itulah yang telah Tuan Guru Haji Hadi lakukan. Tindakan pertama beliau sebagai Presiden bagi kaum Anwarinas membuktikannya; kenyataan beliau secara terbuka semasa ucapan penangguhan menolak videoklip yang didakwa membabitkan Anwar, atas alasan tidak ada 4 saksi, adalah bukti jelas betapa tersepitnya beliau. Kenyataan beliau ini sebenarnya memperlekehkan hukum dan undang-undang Islam; seolah-olah Islam tidak menerima kemajuan sains dan teknologi. Seolah-olah hukum Islam ini statik dan jumud, tidak mengikuti perkembangan masa! Adakah wanita yang mengadu dirogol wajib membawa empat orang saksi; tidak cukupkah DNA, videoklip, cctv, kajian forensik dan lain-lain untuk mensabitkan kesalahan serangan seksual itu? Sebenarnya teman yakin Tuan Guru Haji Hadi tahu, jauh dihati kecilnya siapa pelaku dalam videoklip itu. Bak kata beberapa ulama' PAS yang pernah menonton, "sukar untuk nak kata itu bukan Anwar!!!". Tuan Guru Haji Hadi tahu isunya bukan qazaf, bukan zina; tetapi kelayakan untuk memimpin, untuk menjadi pemimpin. Dan Tuan Guru Haji Hadi tahu videoklip itu membuktikan manusia yang ditabal isterinya sendiri tidak layak menjadi pemimpin. Tetapi sayang, Tuan Guru Haji Hadi tersepit kelemasan dalam gelombang kemunculan kaum Anwarinas! Pemilihan kali ini menyaksikan kaum Anwarinas berjaya menguasai saf kepimpinan PAS. Sebagaimana idola mereka, kaum Anwarinas ini adalah kaum yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi nafsu politik mereka. Dan yang lebih merbahaya, ini adalah kaum yang akan bersedia menggunakan Al Quran & sunnah untuk menghalalkan apa sahaja yang akan mereka lakukan, sebiji sebagaimana yang dibuat oleh Attarturk semasa menghalalkan tindakan menghancurkan Islam dengan menggunakan Islam. Sebab itu tidak layak mereka diberi label "Erdogan", kerana prinsip dan perjuangan Reccep Tayyib Erdogan jauh berbeza dengan mereka. Lebih layak mereka diberi label "Attarturk", atau lebih afdhal "kaum Anwarinas", kerana qiblat mereka ialah manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan, bukannya Tuan Guru Haji Hadi! Kaum Anwarinas mendakwa mereka sangat menghormati ulama'. Malah mereka menegaskan akan memperkasakan 'ulama didalam PAS. Ternyata ini sekadar retorik politik dan pemanis mulutsahaja! Inilah kaum yang pernah menuntut Tuan Guru Haji Hadi meletakkan jawatan. Beberapa hari sebelum pemilihan, juak mereka menghina Tuan Guru Haji Hadi dengan mendesak beliau mengosongkan jawatan Presiden. Nasihat para 'ulama saperti Timbalan Mursyidul 'Am (Dato' Dr. Haron Din) dan Ketua Dewan 'Ulama (Datuk Harun Taib) agar kepimpinan ulama' sedia ada dikekalkan mereka tolak macam sampah. Hari ini mereka pootar-poosing mendakwa sangat menghormati dan akan memperkasakan 'ulama. Umat Islam dan rakyat negara ini perlu bersedia berhadapan dengan satu fenomena baru politik machiavelli yang akan dibawa oleh kaum Anwarinas ini. Ini adalah kaum yang mana prinsip utamanya ialah "matlamat menghalalkan cara". Kalau kalimah ALLAH swt pun mereka sanggup gadai-jual demi politiking yang melampau, maka politiking kaum ini memang tidak ada sebarang batasan. Kalau anak isteri mereka boleh jadikan bahan gadaian politik dengan "bai'ah talaq tiga", umat dan rakyat boleh bayangkan apa yang mereka boleh dan sanggup lakukan demi sedikit mahkota kekuasaan! Ingatlah, inilah kaum yang dahulu pernah melabel Anwar Ibrahim dengan gelaran "Al-Juburi". Inilah kaum yang pernah melabel Anwar sebagai "kafir", termasuk diatas mimbar Jumaat. Inilah kaum yang pernah melabel syiah sebagai "kafir". Inilah kaum yang pernah mengisytiharkan berkawan dengan kafir itu kafir - arridho bil kufr, kufr bentak mereka. Tapi hari ini, kaum ini juga menjadi penjilat Anwar nombor wahid! Inilah kaum yang hari ini menjadikan syiah sebagai rakan sekutu. Inilah kaum yang hari ini yang sanggup tidur sebantal dengan kafir harbi biaDAP! Inilah kaum yang hari ini melabel Sahibus Samahah Mufti Perak dengan gelaran "haramsani". Inilah kaum yang hari ini mengatakan "negara Islam" tidak ada dalam Al Quran!!! Kaum Anwarinas ini adalah kaum yang bersedia melakukan apa sahaja; politik mereka tanpa batas tiada sempadan; semuanya halal bila boleh memuaskan nafsu serakah mereka! Teman dapat melihat bahawa politik negara ini akan menjadi haru biru. Kaum Anwarinas ini, samada dalam PAS, PKR atau DAP, samada dalam parti atau luar parti, adalah pengamal politik songsang, politik luar tabi'e. Mereka akan sanggup lakukan apa sahaja, malah termasuk melanggar undang-undang dan keharmonian negara. Teman tidak akan terkejut kalau budaya "politik jalanan" akan bercambah segar. Teman cukup yakin kaum ini akan menggunakan pendekatan "politik rimba" dalam mencapai impian mereka. Demonstrasi, rusuhan, perhimpunan haram besar-besaran, rapat umum dan segala macam politik rimba akan diterjemahkan sebagai "politiking yang halal". Caci maki, sumpah seranah, maki hamun, fitnah memfitnah, pembohongan, label-melabel akan menjadi satu norma dan kebiasaan mereka. Bagi umat Islam bangsa Melayu, kemunculan kaum Anwarinas ini adalah mimpi ngeri bagi umat Islam. Kalau kalimah ALLAH mereka fatwakan halal untuk Kristian gunakan dalam bentuk syirik; boleh bayang apa yang mereka boleh buat. Teman tidak terkejut kalau mereka menghapuskan hak dan keistimewaan Islam dan Melayu. Sebab itu teman tidak terkejut salah seorang daripada kaum Anwarinas baru-baru ini membuat kenyataan bahawa jika memerintah, mereka bersedia melantik Panglima Angkatan Tentera, (dan mungkin termasuk Ketua Polis Negara) dari kalangan bukan Islam, walaupun hakikatnya bukan Islam tak berapa kerat sahaja dalam Angkatan Tentera dan Pasukan Polis DiRaja Malaysia. Semuanya demi mendapat sokongan dan undi daripada bukan Islam, jual gadai apa sahaja yop! Kepada kaum bukan Islam/ Melayu, teman berpesan supaya jangan terpedaya dengan kaum Anwarinas ini. Kalau tuhan dan agama mereka pun mereka sanggup jual dan bergolok gadai, jangan kamu ingat mereka tidak bersedia buat apa sahaja nanti terhadap kamu. Mungkin kamu akan mendapat keuntungan jangka pendek dengan menyokong mereka, tetapi teman cukup yakin kamu sendiri yang akan menyesal dari segi jangka panjang. Ini adalah kaum yang paling tak boleh dipercayai. Jangan kamu lupa pembohongan 16 Sept! Kepada para ulama', 'ilmuan, ustadz dan da'ie didalam PAS, bangkitlah mencegah kemungkaran besar yang akan berlaku. Masa masih belum terlambat. Dalam masa terdekat ini, beberapa langkah tegas dan jelas perlu diambil iaitu: 1. pastikan pemilihan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik hendaklah daripada kalangan 'ulama dan 'ilmuan. Sekurang-kurangnya tambahan 6 anggota baru yang dilantik dikalangan ulama' akan dapat mengimbangi kaum Anwarinas ini; 2. kedua, pastikan perlantikan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri seramai 14 orang itu adalah dikalangan para 'ulama dan 'ilmuan. Kehadiran mereka dalam mana-mana mesyuarat AJK PAS Pusat akan memberi sokongan moral kepada para ulama' dan 'ilmuan; 3. ketiga, pastikan perlantikan Ahli Mesyuarat Dewan Harian iaitu Setiausaha Agong, Bendahari, Ketua Penerangan dan Pengarah Pilihanraya adalah dikalangan para ulama' dan 'ilmuan Islam yang takut dan bertaqwa kepada ALLAH; bukan penyembah manusia; 4. keempat, eloklah jawatan Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am dan Ahli Majlis Syura' dilantik dikalangan para 'ulama dan 'ilmuan yang tidak partisan atau memegang sebarang jawatan politik kepartian. Ini akan menjadikan Majlis Syura' lebih berwibawa dan dihormati; 5. Dewan 'Ulama dan Dewan Pemuda PAS kini menjadi benteng terakhir kepimpinan 'ulama dan pembawa obor dasar perjuangan menegakkan sebuah negara Islam. Maka usaha memperkukuh kedua-dua Dewan 'Ulama dan Dewan Pemuda perlu disegerakan dan dimantapkan. Manakala bagi langkah panjang, para 'ulama, 'ilmuan, da'ie dan pejuang Islam hendaklah melakukan perkara-perkara berikut: 1. kumpulan usrah wajib diujudkan, dan hendaklah dilantik para naqib dikalangan ulama' dan 'ilmuan untuk memimpin kumpulan usrah; 2. 'amalan usrah hendaklah diwajibkan dikalangan ahli. Pastikan tiap ahli wajib menghadiri dan menjadi ahli usrah. Mana-mana ahli yang tidak mendapat pengesahan Naqib sebagai ahli usrah tidak boleh menjadi perwakilan didalam mana-mana muktamar atau tamrin, atau menjadf calun dalam mana-mana pilihanraya; 3. tarbiyyah wajib menjadi asas keahlian; semua ahli PAS wajib menjalani tarbiyyah Islam, dimana modul nukilan Assyahid Syeikh Hassan Al Banna boleh dijadikan panduan; 4. 'amalan zikir dan tareqat perlu diperkenalkan kepada tiap ahli PAS; dan Al Ma'thurat wajar dijadikan 'amalan harian bagi tiap ahli; 5. para ulama', ustadz, dai'e dan pendakwah wajib kembali ke markas-markas untuk berdak'wah dan membina semula budaya 'ilmu dikalangan ahli dan menterjemahkan kepimpinan 'ulama ke alam realiti ahli-ahli. Apa yang berlaku sekarang budaya "out-reach" ini agak kekurangan dikalangan para 'ulama dan para pendakwah. Ujud jarak yang serius dengan para ahli; sedangkan kaum Anwarinas dan yang sewaktu dengan mereka siang malam pagi petang terus menjalankan aktiviti "out-reach" mereka. Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh dilakukan oleh para 'ulama, 'ilmuan dan pendakwah didalam PAS. Satu perkara yang sangat ketara, para 'ulama perlu bersuara dalam isu-isu semasa, dan suara mereka mestilah berdasarkan Al Quran dan Sunnah, bukan mengikut rentak arus politik kepartian. 'Ulama sepatutnya menjadi pembentuk pemikiran dan akhlak ummah; bukannya menjadi pengangguk kepada kehendak semasa. Umat hari ini memerlukan bimbingan, bawalah mereka kearah haq dan kebenaran walaupun berhadapan dengan rintangan dan risiko cabaran; selagi ianya bersandarkan Al Quran & Sunnah. Kemunculan dan kejayaan kaum Anwarinas didalam pemilihan PAS baru-baru ini telah mengubah landskap politik PAS; daripada menjadikan politik sebagai alat, Islam sebagai matlamat; kini ia berubah menjadi Islam sebagai alat, kuasa politik sebagai matlamat! Tranformasi PAS daripada parti politik berteraskan Islam kepada sekularisma semakin jelas. Perubahan slogan daripada "Negara Islam" kepada "Negara Kebajikan" atas dasar "Negara Islam" tidak ada didalam Al Quran sekadar menguatkan persepsi bahawa ini semua adalah sekadar retorik politik machiavelli. Semoga para 'ulama akan bangkit semula membawa obor perjuangan Islam, semoga Al Quran & Sunnah kembali menjadi dasar haq dan benar didalam PAS. Kalau tidak, amanat dahulu yang mengisytiharkan sesiapa yang menolak negara Islam adalah kafir akan terpalit dan boomerangkembali kepada PAS! Akhirnya perjuangan mendaulatkan sebuah negara Islam pergi jua meninggalkan PAS! Apalah agaknya kata Assyahid Ustadz Ibrahim Libya jika Allahyarham mendapat tahu PAS tidak lagi mahu memperjuangkan penubuhan sebuah Negara Islam, sedangkan Almarhum membayar dengan nyawa untuk perjuangan itu! Semoga ALLAH memberikan keampunan, petunjuk dan hidayah kepada semua mereka yang masih memiliki sekelumit keimanan. Semoga ALLAH masih mahu melimpahkan sifat ihsan dan rahimNya kepada kita semua. Yang baik datang dari ALLAH, yang tidak kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH menjauhkan teman dari sebarang perasaan dengki, 'ujub dan takbur; dan moga ALLAH menjadikan tulisan teman ini sebahagian daripada 'ibadah. Wallahua'lam dan wassalam. Zulkifli Bin Noordin Isnin 04 Rejab 1432 06 Jun 2011 |
RAHSIA "ANWAR" DI TANGAN KARPAL? Posted: 29 Jun 2012 10:22 PM PDT Salam 2 all. Teman melihat gelagat Karpal Singh saperti cacing kepanasan dengan pendedahan bahawa beliau telah pada tahun 1997 mendedahkan tentang perlakuan homoseks dan liwat oleh manusia yang ditabal oleh bininya sebagai pemimpin anugerah tuhan. Akhirnya dalam kenyataan yang disiarkan oleh media portal FMT yang pro-pembangkang, Karpal mengaku memang beliau telah membuat kenyataan bahawa beliau mempunyai keterangan mengenai kegiatan homoseks & meliwat Anwar Ibrahim, tetapi kononnya keputusan Mahkamah Persekutuan pada 02.09.2004 membebaskan Anwar menutup isu tersebut. Samada Karpal dah pening, ataupun sengaja memutarbelit cakap beliau tidaklah teman tahu. Tetapi apa yang jelas, Mahkamah Persekutuan pada 02.09.2004 membuat keputusan saperti berikut: YA Dato' Abdul Hamid bin Hj Mohamad, Hakim Mahkamah Persekutuan yang mempengerusikan sidang tersebut memutuskan bahawa: "To summarise our judgment, even though reading the appeal record, we find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen, sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved the alleged offences as stated in the charges, beyond reasonable doubt, on admissible evidence and in accordance with established principles of law". "Sebagai ringkasan penghakiman, setelah membaca rekod rayuan, kami mendapati ada keterangan yang boleh mengesahkan bahawa perayu (Anwar & Sukma) terlibat didalam kegiatan homoseks dan kami lebih mempercayai bahawa kejadian liwat di Tivolli Villa memang berlaku, namun Mahkamah ini, sebagai Mahkamah undang-undang, hanya boleh mensabitkan kesalahan keatas perayu jika Pendakwaraya berjaya membuktikan pertuduhan, melampaui keraguan menasabah, berdasarkan bukti dan keterangan yang boleh diterimapakai mengikut prinsip perundangan keterangan sedia ada". Mana-mana peguam dan mereka yang biasa dengan sistem perundangan kita tahu bahawa kesimpulannya ialah pembebasan Anwar oleh Mahkamah Persekutuan bukan kerana tiadanya kegiatan meliwat itu, tetapi adalah kerana sebab teknikal. Itulah kesimpulannya, tetapi hakikatnya Mahkamah Persekutuan percaya dan yakin kegiatan liwat itu berlaku! Pokok pangkalnya, kenyataan Karpal menggunakan keputusan kes Mahkamah Persekutuan itu yang kononnya menutup kegiatan homoseks dan liwat Anwar terhadap Azizan dan lain-lain adalah langsung tidak menasabah. Malahan keputusan Mahkamah itu sebenarnya memperkuatkan lagi dakwaan Karpal Singh yang mendakwa Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks dan liwat. Mari kita ingat semula apa yang disebut oleh Karpal: 1. Pada 22.10.1997, Karpal Singh mengejutkan negara apabila mendedahkan didalam Parlimen bahawa beliau mempunyai dokumen dan bukti yang Anwar Ibrahim sebagai pemimpin UMNO dan Timbalan Perdana Menteri terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat membabitkan pemandunya. Karpal mendesak Kerajaan supaya menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap dakwaannya; 2. Karpal Singh juga telah membuat ucapan didalam satu majlis anjuran DAP di Federal Hotel Kuala Lumpur mendedahkan sekali lagi bahawa beliau mempunyai bukti dan keterangan bahawa Anwar Ibrahim terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat membabitkan pemandunya Azizan Abu Bakar; 3. Karpal Singh juga telah menemui Azizan dan Umi Hafilda dan telah memberikan nasihat kepada mereka mengenai aduan kegiatan homoseks & liwat Anwar Ibrahim yang dibuat mereka; 4. Karpal Singh juga telah memberitahu kepada beberapa pemimpin PAS mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar sehingga menyebabkan ada diantara mereka secara terbuka melabel Anwar sebagai "Al-Juburi"; 5. Karpal Singh juga membuat kenyataan mendesak Peguam Negara, Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah, yang juga rakan sekelas beliau semasa pengajian undang-undang di Universiti Malaya Singapura, supaya mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim atas kegiatan homoseks & liwat terhadap pemandunya itu; 6. Kita jangan lupa pendedahan di WikiLeaks bahawa Bahagian Risikan Australia & Singapura mempunyai "bukti teknikal" tentang kegiatan homoseksual & liwat Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri Singapura, Senior Minister Lee Kuan Yew mempercayai kegiatan homoseks & liwat Anwar itu. Dan kita tahu Kuan Yew adalah mentor dan idola kepada Kitsiang, Anak Laki Kitsiang dan ramai pemimpin DAP yang lain; 7. Pada 08.02.2009, Karpal Singh mengherdik Anwar Ibrahim dan mendesak supaya manusia yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan ini "bertaubat & berundur" setelah pembongkaran pembohongan isu 16 Sept didedahkan kepada umum. Berdasarkan rentetan diatas, dan keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut, adalah jelas Karpal Singh sebenarnya mempunyai maklumat dan keterangan mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar Ibrahim. Malah kenyataan beliau semasa berucap di Hotel Federal tersebut sangat jelas, iaitu, "I have the evidence in my hand that the Deputy Prime Minister (Anwar Ibrahim) was involved in sodomy - saya ada didalam tangan saya keterangan bahawa Timbalan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) terlibat dengan meliwat". Karpal Singh selalu mendabik dada menyatakan bahawa beliau akan "make sure of his facts before making any public statement - saya akan memastikan fakta saya sebelum membuat sebarang kenyataan umum!". Sudah pastilah mengikut rentetan diatas jelas bahawa Karpal Singh memang mempunyai bukti dan keterangan yang mencukupi bahawa Anwar Ibrahim terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat! Berdasarkan itu, adalah wajar sebagai seorang peguam veteran untuk Karpal Singh menawarkan diri kepada Pendakwaraya untuk menjadi saksi didalam kes pertuduhan Anwar Ibrahim meliwat kakitangannya sendiri Saiful Bukhori Azlan yang sedang dibicarakan sekarang. Mungkin akan ada yang bertanya kes ini melibatkan pertuduhan Anwar meliwat Saiful, sedangkan Karpal bercakap tentang Anwar meliwat Azizan. Sebenarnya dari segi undang-undang, Pendakwaraya boleh dalam membuktikan sesuatu kes baru dengan mengemukakan karakter, latarbelakang, sejarah lampau dan lain-lain dengan tujuan membuktikan Orang Kena Tuduh mempunyai sikap atau "trend & pattern" yang sama dalam perlakuan jenayahnya, dan memanggil sebagai saksi orang yang mempunyai maklumat atau bukti dan keterangan sedemikian! Contohnya Seksyen 8 (1) dan Seksyen 8 (2) Akta Keterangan untuk tujuan membuktikan motif, persediaan dan perlakuan lampau, maka keterangan mengenai perlakuan lalu seseorang itu, samada yang diketahui oleh dirinya atau agennya (saperti Karpal peguam Anwar) adalah relevan dan boleh dikemukakan. Ataupun Seksyen 9 Akta Keterangan yang memperuntukkan bahawa fakta yang diketahui oleh seseorang yang boleh memperjelaskan fakta lain (dalam kes ini perangai atau fe'el homoseks & meliwat) adalah relevan untuk dikemukakan untuk membutkikan pertuduhan meliwat itu sendiri. Jadi didalam kes ini, pertuduhan terhadap Anwar Ibrahim ialah melakukan kesalahan meliwat Saiful Bukhori Azlan, seorang kakitangan beliau sendiri, sama saperti Azizan pemandunya. *Nota: fakta Saiful adalah kakitangan, pekerja dan staf Anwar Ibrahim ini sepatutnya secara langsung menolak dakwaan adanya konspirasi pihak lain terlibat termasuk Kerajaan kerana bagaimana mungkin Kerajaan berkonspirasi untuk membuat Anwar meliwat Saiful. Anwar yang interview Saiful, Anwar yang ambil Saiful bekerja (sebagai pembantu am pejabat), Anwar yang bayar gajinya, malah ada keterangan Anwar pernah membawa Saiful ke beberapa destinasi luar negeri saperti Hong Kong, Bangkok & Singapura. Bukan Kerajaan yang bayar tambang dan duit hotel Saiful tetapi Anwar sendiri! Dan bagaimana Kerajaan hendak memaksa Anwar meliwat Saiful? Tidak masuk akal langsung! Dan WikiLeaks sendiri mendedahkan bahawa Bahagian Risikan Australia & Singapura mempunyai "bukti teknikal" Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat. Jangan lupa Anwar pernah membawa Saiful ke Singapura. Tetapi apa "bukti teknikal" yang dipunyai oleh Bahagian Risikan Australia & Singapura itu teman pun tak tahu sebab mereka masih merahsiakannya! Adakah mereka akan menggunakannya dimasa hadapan wallahua'lam. Jadi "trend & patternnya" sama. Keterangan dan bukti yang Karpal Singh tahu dan ada ialah Anwar meliwat kakitangannya Azizan Abu Bakar. Pertuduhan sekarang ialah Anwar meliwat kakitangannya Saiful Bukhori Azlan. Atas dasar itu sahaja Karpal Singh sepatutnya menawarkan diri menjadi saksi didalam kes pertuduhan liwat oleh Anwar Ibrahim terhadap kakitangannya Saiful. Sekiranya enggan, maka Pendakwaraya wajib memohon kepada Mahkamah supaya mengeluarkan sapina terhadap Karpal Singh untuk hadir memberi keterangan sebagai saksi. Sekiranya Karpal Singh menafikan mempunyai keterangan dan bukti mengenai kegiatan liwat & homoseks Anwar saperti yang didakwanya didalam Parlimen pada 22.10.1997, maka ternyata Karpal Singh berbohong dan tindakan "perjury" dan "contempt of Parliament" wajib diambil terhadap Karpal Singh. Jika beliau menyatakan beliau mempunyai bukti & keterangan bahawa memang Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat saperti yang didakwanya didalam Parlimen itu, maka kita perlu mempersoalkan mengapa Karpal Singh mahu terus menjadi Peguam membela Anwar? Adakah beliau mempunyai agenda politik yang jahat, atau ada sebab-sebab lain? Wallahua'lam, tepuk dada tanyalah kepala otak sendiri! Seperkara yang perlu teman sebut juga disini ialah, mengikut Peraturan 3 (a) & (b) Peraturan Guaman (Amalan & Etika) 1978, seseorang peguam tidak sepatutnya menerima apa-apa arahan untuk membela seseorang jika ianya akan memalukan beliau. Memalukan itu bermakna keadaan bilamana Peguam tersebut mempunyai maklumat sulit berkaitan perkara yang sama kerana pernah menasihatkan mana-mana pihak lain". Didalam kes ini, Karpal pernah memberikan khidmat guaman dengan menasihatkan Azizan Abu Bakar mengenai aduan beliau berkenaan kegiatan homoseks & meliwat Anwar Ibrahim terhadap Azizan, dan hasil daripada itu Karpal memperolehi maklumat sulit mengenai kegiatan itu. Malahan Karpal Singh sendiri menyatakannya secara terbuka didalam Parlimen dan dalam ucapan-ucapan dan tindakan lainnya. Malah didalam kenyataan yang disiar melalui media portal pro-pembangkang FMT, Karpal mengakuinya. Maka Karpal Singh tidak sepatutnya menerima atau meneruskan kedudukan sebagai peguam membela Anwar Ibrahim didalam kes liwat terhadap kakitangannya Saiful Bukhori Azlan; kerana ini akan meletakkan Karpal dalam keadaan memalukan - very embarassing position! Malahan Peraturan 28 Peraturan Guaman (Amalan & Etika) 1978, memperuntukkan bahawa, "seseorang Peguam tidak sepatutnya hadir di Mahkamah (mewakili seseorang tertuduh) sekiranya dia punya sebab mempercayai bahawa dia boleh menjadi saksi berkaitan sesuatu fakta yang material, dan jika semasa perbicaraan berlangsung, menjadi jelas kepada beliau bahawa beliau boleh menjadi saksi, beliau sepatutnya berhenti daripada terus mewakili seseorang itu didalam apa-apa prosiding jika ia boleh menarik diri tanpa menjejaskan kliennya". Jadi adalah jelas bahawa Karpal sepatutnya menawarkan diri sebagai saksi bagi kes pertuduhan meliwat oleh Anwar Ibrahim terhadap kakitangannya Saiful Bukhori Azlan dan tidak meneruskan untuk mewakili Anwar Ibrahim sebagai peguam. Dan jika itu berlaku ianya tidak akan menjejaskan pembelaan Anwar Ibrahim kerana beliau mempunyai pasukan peguam yang ramai. Cuma teman paling hairan kenapa Majlis Peguam, yang biasanya cukup kuat melalak dan memekak dalam kes-kes lain, mengambil sikap membisu terhadap tindak tanduk Karpal Singh dalam kes ini. Teman mengambil peluang ini mencabar Majlis Peguam untuk menyatakan pendirian mereka dalam isu yang serius ini. Dan dari segi politik, teman hairan mengapa Karpal Singh, Pengerusi DAP berkeras mahu terus mewakili Anwar dan bertindak sebagai peguam Anwar dalam keadaan fakta dan bukti yang jelas bahawa beliau sendiri yang bukan sahaja mendedahkan kegiatan homoseks & liwat Anwar, tetapi juga mendakwa mempunyai bukti dan keterangan mengenainya. Sudah pasti rumusannya jelas, Karpal dan kepimpinan DAP mempunyai agenda politik yang licik. Tambahan pula mentor dan idola kepimpinan DAP saperti Kitsiang & Anak Laki Kitsiang iaitu Lee Kuan Yew mempercayai kegiatan homoseks & liwat Anwar, malahan Bahagian Risikan Australia & Singapura mempunyai "bukti teknikal" Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks & meliwat itu. Apakah mereka telah, sedang dan akan menggunakan maklumat dan keterangan itu untuk "memeras Anwar"? Adakah saperti kata orang Perak, dema dah pegang teloq Anwar? Kita tidak tahu apa sebenarnya yang menjadi agenda mereka, tetapi kita khuatir kalau itu tujuan mereka, bayangkanlah betapa bahayanya keselamatan dan kedudukan negara ini jika manusia yang ditabal oleh bininya sebagai pemimpin anugerah tuhan itu menjadi Perdana Menteri Malaysia!! Dan teman juga hairan dengan sikap dan pendirian kepimpinan PAS. Dengan maklumat , bukti dan keterangan yang begini punya jelas dan terang, tidakkah mereka menyedari bahawa satu konspirasi dan pakatan syaitan yang jelas sedang berlaku. Pakatan Syaitan yang boleh menjahanamkan Islam, rakyat dan negara ini. Tidakkah mereka sedar inilah orang yang sama yang mengisytiharkan "kalau umat Islam mahukan negara Islam, over my dead body! Dan yang lebih menyedihkan, bagaiman boleh ada pemimpin PAS yang mengisytiharkan secara terbuka akan membela Karpal Singh sehingga mati!". Tidakkah mereka sedar kesilapan besar yang dilakukan oleh para kuffar dan musyrik dizaman para Rasul dan Nabi termasuk zaman Rasulullah saw, ialah enggan menerima dan menginsafi kebenaran yang terbukti jelas dihadapan mereka; malah sebaliknya mengambil sikap menentang para Nabi & Rasul itu termasuk Rasulullah. Dan teman cukup yakin mereka tahu sebab para ulama', ilmuan, kepimpinan dan ahli akar umbi PAS adalah ahlul-kitab belaka! Teman menyeru kepada PAS supaya bangkitlah sebagaimana akan bangkitnya pejuang Islam yang tulis, serulah kepada yang ma'ruf dan cegahlah kemungkaran besar ini, dan berimanlah kepada ALLAH. Jika ada dikalangan segelintir para pak jangoat penyembah manusia yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan ini menentang, maka hukumnya jelas. Cantaslah mereka, campakkan mereka jauh daripada wadah perjuangan Islam. Yakin dan percayalah firman ALLAH, "bantulah agama ALLAH, dan ALLAH pasti akan membantu kamu!". Secara umum, berdasarkan pernyataan diatas, teman menegaskan bahawa: 1. Karpal Singh sepatutnya menawarkan diri untuk menjadi saksi didalam kes pertuduhan Anwar meliwat kakitanganya sendiri Saiful Bukhori Azlan; 2. Jika Karpal Singh enggan, hendaklah Pendakwaraya memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan sapina memaksa Karpal menjadi saksi memberi keterangan dalam kes ini; 3. Saiful Azlan Bukhori, sebagai mangsa, boleh melalui peguam beliau juga membuat permohonan kepada Mahkamah untuk mengeluarkan sapina terhadap Karpal Singh untuk menjadi saksi, dan memberi keterangan dan mengemukakan dokumen dan/ atau bukti mengenai kenyataan beliau bahawa beliau mempunyai bukti & keterangan yang Anwar Ibrahim adalah seorang yang terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat; 4. Jika Karpal memberi keterangan menafikan mempunyai bukti & keterangan mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar sebagaimana yang didakwanya di Parlimen pada 22.10.1997 (dan diperkuatkan dengan lain-lain ucapan dan tindakan beliau selepas daripada itu), tindakan menghina Parlimen hendaklah dikenakan terhadap Karpal Singh. Dan jika itu berlaku, maka akan terbongkarlah pembohongan Karpal Singh; 5. Jika Karpal Singh memberi keterangan mengaku mempunyai bukti & keterangan mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar, dan memberikan butirannya kepada Mahkamah, maka beliau hendaklah berhenti daripada terus mewakili Anwar Ibrahim berdasarkan Peraturan Guaman (Amalan & Etika) 1978; 6. Majlis Peguam hendaklah menyatakan pendiriannya secara terbuka mengenai status Karpal Singh ini dan teman mencabar Majlis Peguam supaya tidak mengamalkan sikap "talam dua muka" tetapi sebaliknya hendaklah tegas dan konsisten berdasarkan undang-undang sedia-ada; dan jika terbukti bahawa Karpal wajib menjadi saksi, maka teman cabar Majlis Peguam supaya mendesak Karpal Singh supaya memberikan keterangan dan bukti sebagai saksi didalam kes Anwar didakwa meliwat Saiful Bukhori Azlan; 7. Teman berpendapat bahawa mana-mana rakyat dan warganegara boleh membuat lapuran polis mengenai kenyataan dan kedudukan Karpal Singh ini supaya boleh satu siasatan dibuat oleh pihak polis mengenai kesahihan dakwaan Karpal beliau mempunyai bukti dan keterangan mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar Ibrahim. Jika daripada siasatan itu didapati ada keterangan baru diperolehi mengenai kesalahan meliwat Azizan Abu Bakar, maka Pendakwaraya perlu mengkaji dan mempertimbangkan untuk mengenakan pendakwaan baru terhadap Anwar sesuai dengan keputusan Mahkamah Persekutuan saperti yang dicatat diatas; 8. Kepada para ulama', 'ilmuan, kepimpinan dan ahli akar umbi PAS, pertimbangkanlah dengan aqal yang waras dan jiwa yang tawaddhu' mengenai keadaan ini. ALLAH memberikan kita aqal, dan ALLAH memberikan kita Al Quran & Sunnah Rasulullah saw sebagai pedoman kita untuk menentukan samada sesuatu itu hak ataupun batil, Islam atau tidak. Dan pertimbangan berdasarkan Al Quran & Sunnah Rasulullah saw itulah yang benar, dan akan membawa kita kepada ketaqwaan; 9. Sesuai dengan sabda Rasullulah saw, "addeenul nasihah-agama itu nasihat", maka teman mengemukakan nasihat teman kepada para ulama', ilmuan, kepimpinan dan ahli akar umbi PAS, mufaraqahlah, berpisahlah daripada Pakatan Syaitan ini. Kembalilah kepada perjuangan menegakkan sebuah Daulah Islamiyyah dan melaksanakan undang-undang Islam. Teman tidak meminta PAS bergabung dengan UMNO, ataupun mengujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO. Malahan teman sendiri secara peribadi tidak bersetuju, kerana untuk kebaikan dan kebajikan Islam dan umat Islam, PAS perlu bergerak bersendirian, dan UMNO perlu bergerak sebagaimana yang ia bergerak sekarang, tetapi didalam isu yang menjadi kepentingan umat dan agama, kita umat Islam yang mempunyai Satu Tuhan, Satu Rasul, Satu Kitab, Satu Qiblat, dan Satu Aqidah wajib dan mestilah bertindak dengan Satu suara, Satu nada! 10. Dan kepada Karpal Singh, janganlah poosingh-poosingh. Mr. Singh. Be courages, be a Singh! Singh is king, not poosingh-poosingh lah Mr. Karpal Singh!! Adios amigos, grasias senor. Wallahua'lam & wassalam. Zulkifli Bin Noordin Sabtu 03 Safar 1432 08 Januari 2011 |
You are subscribed to email updates from PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan