PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN |
- BUDAYA 2 " D " DALAM DEMOKRASI.
- MEREKA BERMULA DENGAN " L "
- APA MATLAMAT AKHIR MEREKA?
- APA JANJI MEREKA?
- AGENDA TERSEMBUNYI DAP.
- ANTARA GURU DAN ANAK MURID.
- PAP KEMBALI JADI RAKAN SEKUTU DAP DI MALAYSIA?
BUDAYA 2 " D " DALAM DEMOKRASI. Posted: 27 Jun 2012 01:18 AM PDT |
Posted: 27 Jun 2012 01:08 AM PDT Negara berkebajikan, negara Islam dan 'Malaysian Malaysia'ISTILAH Inggeris ''negara berkebajikan'' menurut ahli sejarah tersohor British, Asa Briggs telah diperkenalkan oleh Archbishop (Ketua Paderi) bernama William Temple semasa Perang Dunia Kedua. Semasa diperkenalkan, pendekatan itu bertentangan dengan konsep Jerman Nazi yang memperkenalkan ''negara berperang'' (warfare state). Namun konsep asal negara berkebajikan itu mula diperkenalkan oleh ahli-ahli akademik Sozialpolitiker (Ahli Politik Sosial) Jerman sekitar 1870. Ia kemudian dilaksanakan di bawah dasar pembaharuan Perdana Menteri Pertama Jerman, Otto von Bismarck dikenali sebagai Negara Sosial. Beberapa negara Barat kemudian mengikutinya. Itali memperkenalkan Negara Sosial(Stato Sociale); pada 1936 Sweden Folkhemmet (terjemahan langsung: rumah orang-orang tua). Di Sepanyol ia dikenali sebagai estado del bienestar (negara yang sejahtera). Negara berkebajikan menurut prinsip Barat, yang mahu dibawa oleh DAP, dipersetujui oleh PKR sehingga Pas sanggup menggugurkan konsep Negara Islam, adalah berasaskan kepada prinsip iaitu peluang yang saksama, pembahagian kekayaan yang sama-rata dan tanggungjawab semua membantu yang susah. Namun jika dikaji secara halus ia adalah konsep Malaysian Malaysia yang pernah diangkat oleh pemimpin PAP Singapura, Lee Kuan Yew - sehinggalah ia mendapat hak kemerdekaan memerintah negara pulau itu - hasil tekanannya yang mahu melaksanakan dasar itu ke atas Tanah Melayu. Kini Malaysian Malaysia, satu konsep yang mahu mengetepikan hak keistimewaan satu bangsa lain dan hak-haknya sedang dijana secara sistematik oleh DAP, parti serpihan PAP. Negara berkebajikan, yang tiada pun diambil daripada rukun pembinaan negara Islam, akan diperkenalkan sekiranya Malaysia ini diambil alih oleh DAP kelak. Jika dilaksanakan nanti, ia bukan lagi merupakan dasar ekonomi yang membantu kaum-kaum yang susah dan menyeimbangkan kesejahteraan antara kaum seperti yang dilaksanakan dengan jayanya di negara ini. Kita amat bimbang, konsep negara berkebajikan yang mahu dibawa oleh DAP ini akan mengakibatkan perpecahan sosial yang lebih hebat. Jurang kecelaruan sosial akan melebar. Sekarang pun kita sudah dapat melihat gelagat DAP dalam mengambil kesempatan atas isu-isu yang mereka anggap ''boleh memberi peluang politik'' seperti isu biasiswa dan sebagainya. Ahli-Ahli Parlimen mereka diseru supaya terus-menerus membangkitkan isu meritokrasi - dalam usaha mengapi-apikan kaum tertentu supaya membenci kerajaan dan bangsa-bangsa tertentu. Apakah mereka menganggap murid-murid sesuatu kaum itu tidak bijak dan lemah sehinggakan semua biasiswa harus diberi kepada satu kaum lain yang bijak? Contohnya, jika diikut secara merit: Apakah mereka sanggup melihat murid-murid yang satu itu tidak boleh memperoleh walau satu biasiswa sekali pun kerana kaum yang satu lagi itu semuanya dianggap lebih layak mengikut acuan meritokrasi? Jika itulah caranya, maka berperanglah negara ini. Ternyata, niat mereka tidak ke arah perpaduan rakyat, tapi memperjuangkan semata-mata untuk sesuatu bangsa - dengan akhirnya kita bimbang ia akan mengetepikan satu kaum, bangsa dan etnik yang lain. Jika itulah yang mereka perjuangkan, maka percayalah itulah yang akan diterapkan dalam konsep negara berkebajikan tersebut kelak. Malaysia bukan seperti Britain, Jerman, Itali, Sweden atau negara-negara Arab mahupun Brunei yang melaksanakan konsep negara berkebajikan. Di negara itu, mereka hanya mempunyai satu kaum asas yang besar berbanding dengan kita. Kita mempunyai tiga kaum yang besar, dengan satu kaum asas yang tidak begitu besar dan sering dipertikaikan kedudukannya. Di negara-negara Barat, kaum asas mereka ialah berkulit putih, manakala yang lain-lain merupakan kaum pendatang, atau pun imigran dari negara-negara lain atau negara yang pernah dijajah oleh kaum asas itu. Maka itu pembahagian kebajikan itu lebih mudah dilaksanakan tanpa ada rasa marah kerana kebanyakan yang menerimanya adalah kaum asas yang majoriti. Apa yang mahu kita lihat di negara ini ialah dasar kerajaan yang pragmatik dan berkesan. Dan terbukti dasar kerajaan Malaysia yang dilaksanakan sejak kemerdekaan telah berjaya membawa kesejahteraan kepada kita semua. Perkhidmatan kesihatan awam yang merupakan antara prinsip utama dalam negara berkebajikan, telah pun diamalkan di negara ini sejak dulu lagi. Rakyat kita menikmati kemudahan itu secara percuma dengan pendaftaran hanya RM1. Begitu juga pendidikan dan lain-lain. Cubalah pergi ke negara-negara lain, malah ke negara jiran ASEAN sekali pun, perkhidmatan kesihatan dan pelajaran kita adalah yang terbaik. Apa yang diharapkan kerajaan dapat menambah baik lagi perkhidmatan dan mutunya supaya rakyat dapat menikmati faedah yang lebih besar. Kita berharap Kementerian Kebajikan Masyarakat dapat diwujudkan semula, supaya kita semua sedar mengenai kewujudannya dan fungsinya. Moto 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebenarnya merupakan satu tamparan kepada pakatan pembangkang, terutamanya DAP dalam soal berkebajikan. Malah konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga cukup memeritkan pihak pembangkang. Kata-kata Najib: ''Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita'' membuktikan gagasan 1Malaysia lebih hebat dan murni daripada konsep berbaur cauvanis seperti Malaysian Malaysia. Yang peliknya bagi pakatan pembangkang sendiri, walaupun mereka telah memerintah empat negeri - Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan - namun bayang model negeri berkebajikan itu pun tidak nampak? Apa yang ada Selangor hanya memberi beberapa baldi air percuma, yang kemudian mendatangkan pula masalah kewangan kepada negeri itu. Serta menziarahi orang mati dan memberi sedikit sumbangan. Pulau Pinang, negeri DAP yang mahu melaksanakan konsep Negara Berkebajikan sendiri gagal melaksanakan kebajikan kepada rakyatnya. Semakin marak kemarahan orang ramai di negeri itu terhadap pentadbiran kerajaan, terutamanya membabitkan penjaja-penjaja kecil yang diketepikan. Sebaliknya dasar pecah dan perintah sedang diamalkan di negeri itu. Kondo-kondo mewah banyak dibina untuk faedah beberapa golongan masyarakat tertentu, menggantikan kampung-kampung miskin yang diroboh untuk didirikan dengan pembangunan mewah. Rumah-rumah awam juga gagal didirikan. Kedah dan Kelantan, yang diperintah oleh kononnya sebuah Parti Islam pun tidak nampak apa-apa yang berlaku - konsep negara Islam pun sudah digugurkan, dan slogan negeri kebajikan pula hanyalah kata-kata manis dalam khutbah setiap Jumaat. Negara berkebajikan yang dilaksana di Barat sendiri pun kini dikritik hebat kerana telah mengakibatkan rakyatnya malas dan enggan bekerja, kerana mengharapkan bantuan kebajikan daripada kerajaan. Di Britain ia sudah dibahas hebat ekoran masalah kemalasan bekerja kerana mengharapkan elaun-elaun pengangguran dan pelbagai benefit yang disediakan kerajaan. Golongan pekerja dan peniaga pula sebaliknya berang kerana cukai yang tinggi dikenakan ke atas mereka untuk membiayai kebajikan rakyat yang tidak bekerja itu. Malah harga minyak di sana pun tidak disubsidi oleh kerajaan, seperti yang dinikmati oleh rakyat Malaysia kini. Harga semasa petrol di UK ialah RM6.70 seliter. Kesimpulannya, apa yang cuba diperkenalkan oleh DAP, sehingga Pas sanggup mengorbankan perjuangan Islamnya, hanyalah semata-mata satu pendekatan gimik popular. Namun secara halus ia sebenarnya adalah konsep perjuangan lama DAP, iaitu Malaysian Malaysia. Malangnya, PKR terpaksa mengikut bagi menyelamatkan tengkuk Anwar Ibrahim dan Pas rela dicucuk hidung kerana mengidam ke Putrajaya - ZAINI HASSAN |
Posted: 27 Jun 2012 01:01 AM PDT LGE sama LKY?SEKALI lagi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (LGE) yang juga Setiausaha Agung DAP, bersikap mencurigakan. Terbaru, terdapat laporan bahawa LGE mendakwa Johor bukan negeri yang selamat bagi pelabur asing kerana penuh jenayah termasuk kes culik berbanding Pulau Pinang. Kenyataan tersebut dibuat oleh beliau dalam satu temuramah dengan stesen radio Australia baru-baru ini. Jika benar laporan itu, beliau perlu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf terutama kepada baginda Sultan, kerajaan negeri dan seluruh rakyat Johor. Pada Awang, kenyataan itu bersifat penghinaan malah tohmahan kepada Johor. Kadar jenayah termasuk culik di negeri berkenaan telah menurun sejak beberapa tahun lalu. Sebagai Ketua Menteri dan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, LGE sepatutnya tidak memburuk-burukkan negeri lain. Jika pun beliau ghairah mahu menarik pelaburan asing ke Pulau Pinang, lakukannya dengan cara budiman. Setiap pemimpin negeri tanpa mengira ideologi politik ketika misi pelaburan ke luar negara perlu menjaga imej dan nama baik Malaysia, bukan bertindak sebaliknya. Itulah juga pegangan etika para pemimpin wilayah atau negeri di negara lain termasuk China, India dan Rusia. Dalam mereka mempromosi pelaburan wilayah atau negeri masing-masing ke luar negara, mereka tidak memburukkan atau melemparkan tohmahan kepada sesama negeri. Lalu ingatan Awang mengimbas kepada kenyataan Menteri kanan Singapura, Lee Kuan Yew (LKY) tidak lama dahulu bernada sama ke atas Johor. LKY mendakwa Johor adalah negeri yang tidak selamat kerana banyak berlaku jenayah. Ketika itu, reaksi rakyat Malaysia bangkit marah dan menyatakan bantahan sehingga mencetuskan kekecohan diplomatik antara kedua-dua negara. LKY kemudian memohon maaf kepada kerajaan dan rakyat Malaysia. Persoalannya apakah LGE mengikut pemikiran LKY, seorang pemimpin asing yang kerap mengeluarkan kenyataan menyinggung Malaysia? Apakah itu juga mencerminkan pendirian DAP untuk berkongsi aspirasi dengan PAP yang diasaskan oleh LKY? Berdasarkan sejarah PAP dan DAP daripada benih perjuangan yang sama iaitu bermula di tanah air ini ketika Singapura belum berpisah daripada Malaysia. Dalam isu jenayah di Johor, kenyataan siapa yang LGE mahu ikut dan percaya - pihak berkuasa di negara sendiri terutama Polis Diraja Malaysia atau LKY dari negara jiran? Seperti biasa, LGE pasti ada alasannya jika tidak pun penafian. Tetapi Awang seperti juga ramai orang punya firasat yang selalunya tepat dalam menilai siapa sebenarnya pemimpin DAP itu. Bukan sia-sia... Akhirnya Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu didakwa di mahkamah Rabu lalu atas tuduhan membuat tohmahan memburukkan nama anggota polis dan keluarga mangsa tragedi Balai Polis Bukit Kepong. Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu turut dikenakan tuduhan pilihan memfitnah tiga anggota polis yang mempertahankan diri dalam peristiwa yang berlaku pada 23 Februari 1950. Ia adalah kes pertama seumpamanya melibatkan dakwaan ke atas individu yang melakukan tohmahan ke atas anggota pasukan keselamatan. Awang angkat topi kepada pihak berkuasa termasuk Pejabat Peguam Negara atas tindakan yang tegas. Fakta sejarah tidak boleh diputarbelit apatah lagi melibatkan pejuang yang gugur berkorban demi tanah air tercinta. Pendakwaan tersebut adalah isyarat yang jelas kepada semua pihak agar tidak sewenang-wenangnya mengagungkan pengganas komunis dan menghina anggota pasukan keselamatan kita sendiri. Tindakan mengheret Mat Sabu ke mahkamah dengan sendirinya menangkis cakap-cakap sinikal bahawa pihak berkuasa tidak berani mengambil tindakan. Awang turut menerima beberapa komen menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebelum pendakwaan itu bahawa penat dan buang masa sahajalah orang ramai membuat aduan polis di seluruh pelosok negara. Difahamkan, terdapat 1,269 laporan polis termasuk waris keluarga tragedi Bukit Kepong dibuat terhadap Mat Sabu ekoran kenyataannya itu pada ceramah Pas di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lepas. Jika tidak silap, ia merupakan jumlah aduan tertinggi melibatkan individu setakat ini. Mungkin pecah rekod dunia. Mat Sabu dalam ceramahnya itu antara lain menyifatkan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepung adalah wira sebenar, bukannya 25 anggota polis serta keluarga mereka yang terkorban. Kandungan ceramahnya itu disiarkan eksklusif oleh Utusan Malaysia dan turut tersebar dalam bentuk rakaman klip video menerusi Internet. Awang lega dan syukur. Jelas dalam pendakwaan tersebut, suara orang ramai dan pelbagai pihak menjadi pertimbangan utama. Maka bukan sia-sialah sekian banyak aduan polis yang dibuat. Belajar dari DAP Dalam ruangan ini minggu lalu, Awang paparkan isu kebiadaban wakil rakyat DAP, M. Manoharan yang mahu menukar bendera Malaysia jika pembangkang memerintah negara. Dalam tulisan membidas Manoharan itu, diselitkan fakta bahawa beliau telah memohon maaf. Permohonan maaf itu meredakan sedikit kemarahan orang ramai dan pelbagai pihak terhadap ADUN itu namun isu itu masih berbahang. Terbaru, DAP mengambil tindakan menggantung Manoharan selama enam bulan ekoran kenyataan tersebut. Walaupun tindakan itu terdedah kepada apa sahaja tafsiran, Awang tertarik dengan pendekatan DAP yang mahu berpegang kepada nilai dan etika yang sesuai. Ia seharus menjadi mesej kepada Pas. Parti itu sewajarnya mengenakan tindakan tertentu ke atas Timbalan Presiden, Mohamad Sabu yang membuat kenyataan dalam ceramahnya yang menghina anggota-anggota polis dalam tragedi Bukit Kepong. Sudahlah beliau enggan menarik balik dan memohon maaf, Pas pula tidak mengambil tanggungjawab sebagaimana yang diperlihatkan oleh DAP. Dalam isu yang melibatkan kepentingan negara, realiti sejarah serta patriotisme, Pas dan Mohamad Sabu telah memberikan isyarat salah kepada rakyat Malaysia. Memohon maaf dan membetulkan kesilapan adalah amalan yang mulia apatah lagi dalam ajaran Islam. Nasihat Awang, belajarlah daripada DAP. Itu belum bercakap tentang konsistensi dalam dasar dan perjuangan. Isu hudud adalah contoh paling ketara. Ia tenggelam dan timbul mengikut musim. Sekejap mahu hudud dan sekejap tukar negara kebajikan. Ada ketika mengaum seperti singa, ada ketika senyap menikus. Ternyata hudud menjadi bahan jaja politik setiap kali menjelang pilihan raya umum. Tetapi yang tidak pernah goyah pendirian menentang hudud ialah DAP - dari dulu hingga sekarang. Diancam oleh Pas sekalipun, parti itu tidak gentar. Berbeza dengan Pas, DAP juga tidak menggadai kepentingan agama anutan mereka demi politik. Sekali lagi, belajarlah daripada DAP. Terima kasih... Banyak fakta menarik tentang kumpulan popular, Alleycats. Membina kehebatan dengan mendaulatkan lagu Melayu. Kumpulan yang asalnya terdiri daripada semua ahli bukan Melayu, sehingga kini mampu memikat pencinta muzik tempatan daripada semua kaum dan golongan. Lebih 40 tahun bertahan dalam industri muzik dan kini masih aktif melakukan persembahan termasuk di hotel dan kelab terkemuka. Sebanyak 287 lagu sudah dirakamkan menerusi 20 album dan sebahagiannya terus segar sehingga sekarang. Penyanyi utama, David Arumugam sudah berusia 61 tahun tetapi suara dan persembahan masih hebat. Penyanyi kedua kumpulan itu, Loga Arumugam telah meninggal dunia namun memori terhadap mendiang terus menyala di kalangan peminatnya. Rambut Afro penyanyi dua beradik itu merupakan satu lagi keunikan. Sebahagian fakta itu sudah cukup untuk membuatkan ribuan orang melangkah ke Istana Budaya menonton Konsert Alleycats, minggu lalu. Ramai yang meninggalkan konsert itu dengan perasaan puas dan terhibur kerana persembahan yang memukau. Awang ucap tahniah kepada kumpulan tersebut terutama David Arumugam. Sebahagian rakyat Malaysia membesar dengan lagu-lagu nyanyiannya. Sampai hari ini, orang kecil seperti Awang cukup terkesan dengan lagu Gerimis Senja. Yang turut mencuri perhatian ialah persembahan artis undangan, Dasha Logan. Dia adalah anak kepada Loga (anak saudara David). Dasha menyanyikan beberapa lagu antaranya Kasih Tidak Kesampaian, yang mengusik perasaan. Dasha berbakat besar. Penguasaan Bahasa Malaysia cukup bagus, lebih baik daripada sebahagian penyanyi Melayu. Yang menjadikan Dasha istimewa malam itu kerana dia menghayati sepenuhnya lagu-lagu nyanyian Loga. Riak wajahnya boleh menceritakan semua. Apa yang disampaikan bukan sekadar lagu. Ia adalah luahan kasih buat seorang ayah, yang telah pergi. Konsert malam itu menambahkan lagi himpunan fakta menarik tentang Alleycats. Sebagaimana ucapan terima kasih... yang selalu terpacul daripada mulut David Arumugam kepada para peminat, itulah juga ungkapan kepada Alleycats atas sumbangan besar kepada industri muzik tanah air. - BISIK-BISIK MINGGUAN. |
Posted: 27 Jun 2012 12:49 AM PDT PAP dan DAPHarap-harap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak melenting kalau Awang mahu bertanyakan satu perkara. Benarkah beberapa hari lalu, terdapat rombongan 30 orang ahli Parlimen dari parti PAP Singapura melawat Pulau Pinang? Rombongan tersebut dikatakan turut mengunjungi beliau. Khabarnya lawatan itu tidak uar-uarkan dan tiada liputan termasuk oleh media pembangkang. Awang sekadar ingin bertanya apakah tujuan lawatan tersebut? Apakah ia mempunyai kaitan dengan kerjasama yang kian kukuh antara kerajaan DAP Pulau Pinang dan PAP Singapura? PAP dan DAP mempunyai hubungan sejarah yang bermula ketika Singapura berada dalam Malaysia. DAP ditubuhkan bagi menggantikan PAP pimpinan Lee Kuan Yew ketika itu, yang disingkirkan keluar daripada Malaysia pada tahun 1965. Ia antara lain disebabkan PAP mahu menguasai politik tanah air dan menentang hak-hak orang Melayu. Konsep Malaysian Malaysia yang diideakan oleh Kuan Yew terus dinyalakan oleh DAP. Sejak DAP menguasai Pulau Pinang selepas pilihan raya umum lalu, beberapa pemimpin utama Singapura termasuk Kuan Yew melawat negeri tersebut. Guan Eng juga kerap ke Singapura sama ada secara rasmi mahu pun tidak. Awang melihat hubungan strategik antara PAP dan DAP memasuki tahap yang terbaik. Jika benar adanya lawatan itu, Awang musykil dan tertanya-tanya apa agendanya. Juga jika benar, parti-parti di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) juga boleh meniru pendekatan PAP. BN boleh menjalin hubungan langsung dengan parti dan pihak pembangkang di Singapura. Untuk apa lagi menjaga hati PAP semata-mata, jika kita tahu permainan mereka. BISIK-BISIK AWANG SELAMAT Melayu pasti terpinggir jika DAP memerintahSemua orang Melayu di negara ini mesti sedar bahawa nasib serta masa depan mereka akan terpinggir jika DAP diberi mandat untuk memerintah. Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, orang Melayu jangan lupa yang DAP pernah berjanji untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang antara tujuan utamanya untuk menghapuskan hak keistimewaan kaum itu. Justeru, beliau berkata, tiada sebab orang Melayu berharap untuk terus mendapat perlindungan serta keistimewaan kerana jelas sebelum diberi mandat untuk memerintah, parti berkenaan sudah menunjukkan keberanian mencabar kedudukan serta hak kaum majoriti itu. "DAP sekarang sedang berusaha menawan hati orang Melayu dengan janji-janji manis, termasuk menempatkan calon Melayu di kawasan Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. "Ini menunjukkan kesungguhan DAP untuk memerintah negara ini. Orang Melayu tidak seharusnya terpengaruh dengan janji-janji manis parti itu kerana hakikatnya mereka tidak pernah serius mengotakan janji," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang mahu DAP mendedahkan bilangan ahlinya yang berbangsa Melayu dan pada masa sama menyenaraikan rancangannya untuk pembangunan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Dalam hal ini, Rosnah memberi contoh nasib orang Melayu di Pulau Pinang selepas DAP diberi mandat memerintah negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-12. "Orang Melayu di negeri itu dianak-tirikan. Janji-janji semasa pilihan raya kononnya orang Melayu akan dibangunkan hanya tinggal janji," ujarnya. Malah, beliau berkata, Exco Melayu dalam pentadbiran DAP umpama boneka yang tidak mempunyai kuasa untuk berbuat apa-apa keputusan sekalipun membabitkan kepentingan Melayu dan Islam. Menurutnya, begitu juga nasib orang Melayu di Singapura apabila parti PAP yang asalnya DAP tidak mengambil kira sumbangan mereka selain turut mempersoalkan kesetiaan kaum itu. "Melayu di Singapura tidak mendapat jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan dan orang Melayu dianak-tirikan di republik itu," katanya. Rosnah berkata, sudah tiba masanya rakyat Malaysia khususnya orang Melayu membuat penilaian tentang kedudukan kaum itu jika DAP memerintah negara ini. "Pilihlah yang mana intan dan yang mana kaca. Kami yakin rakyat bijak menilai pihak mana yang terbaik dan yang mampu membela nasib rakyat," katanya lagi. Tidak selesa lihat penguasaan MelayuHasrat DAP mahu mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara mengukuhkan dakwaan bahawa parti berkenaan tidak selesa melihat penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, semua pihak sedar majoriti penjawat awam merupakan orang Melayu dan DAP tidak selesa dengan perkara tersebut. "Mereka (DAP) memang ada agenda tersembunyi menerusi hasrat tersebut dan bukanlah semata-mata mahu mengurangkan perbelanjaan kerajaan seperti didakwa. "Mereka ini memang tidak boleh tengok orang Melayu lebih sedikit dalam sesuatu. Kita (Melayu) memang ramai dalam sektor awam, jadi mereka cuba untuk mengurangkan penguasaan kita dalam sektor tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurut Zulkifli, DAP seharusnya melaksanakan terlebih dahulu hasrat mereka itu di negari-negeri ditadbir pembangkang dan lihat kesannya. "Saya cabar mereka laksanakan dahulu hasrat mereka itu di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Kita tengok apa reaksinya," jelasnya. Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini bahawa kerajaan DAP akan mengu rangkan penjawat awam dan mena matkan perkhidmatan mereka yang tidak efi sien seperti yang dilakukan kera jaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan Ruangan Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat yang turut menyentuh isu tersebut menganggap ia sebagai satu lagi provokasi DAP yang tersirat agenda tertentu. Sementara itu, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, itulah belang sebenar DAP yang bersikap rasis dan menanam kebencian terhadap orang Melayu dan asas negara. Katanya, konsep Malaysian-Malaysia yang dimulakan oleh PAP dan diteruskan oleh DAP adalah atas semangat yang sama iaitu tidak mengiktiraf Melayu dan Islam sebagai teras negara ini. ''Cuma semangat rasis dan kebencian itu hanya muncul sekarang setelah DAP yakin mereka boleh peralat dan tunggang pemimpin Melayu yang terdesak seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup gadai maruah bangsa dengan didokong sekelompok pro Anwar yang rakus kuasa di dalam Pas. ''Ini membuatkan DAP semakin berani terjemah semangat rasisnya dengan kenyataan terbaru berhubung kakitangan awam itu,'' katanya. |
Posted: 27 Jun 2012 12:39 AM PDT Hapuskan hak Melayu -- Janji DAP sekiranya pembangkang memenangi pilihan rayaDAP yang bersekongkol dengan Pas dan Keadilan sekali lagi berjanji akan menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu bagi memberi laluan kepada gagasan Malaysian Malaysia sekiranya memenangi pilihan raya 29 November ini. Timbalan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng turut menegaskan akan menolak sama sekali penubuhan negara Islam. Beliau berkata, dengan wujudnya Malaysian Malaysia semua kaum akan menikmati keistimewaan yang sama adil tidak seperti yang diamalkan oleh kerajaan sekarang. Beliau berjanji, tidak akan wujud lagi sebarang perbezaan dan diskriminasi kaum di antara orang Melayu, Cina dan India. Guan Eng menegaskan demikian semasa berucap di ceramah politik yang dihadiri oleh kira-kira 500 orang, di sini, malam tadi. Turut hadir, Naib Presiden DAP, Ahmad Nor dan calon pakatan pembangkang bagi Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku, T. Kannan. ''Kami masih berpegang dengan pendirian, menolak kerajaan Islam kerana gagasanMalaysian Malaysia tidak akan memberi sebarang keistimewaan kepada mana-mana kaum, sebaliknya, semua pihak akan mendapat taraf sama rata yang lebih adil,'' jelas Guan Eng yang baru dibebaskan dari penjara atas kesalahan fitnah itu. Gagasan Malaysian Malaysia pada asalnya dideklarasikan dalam satu perhimpunan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew di Singapura pada 8 Mei 1965. Ia kemudian diteruskan oleh DAP yang merupakan anak didik PAP setelah Singapura disingkirkan dari Malaysia, ketika parti itu mula memperjuangkan ideologi mereka pada tahun 1969 yang ternyata berbau 'anti-Melayu.' Bagaimanapun, gagasan yang kononnya berasaskan kepada penyamaan hak semua kaum bagi mencapai keadilan dan demokrasi yang lebih efisien itu menyepi buat seketika apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang memulakan projek Tanjungnya untuk merampas Pulau Pinang dari terus dikuasai oleh BN. Gagasan itu yang turut menimbulkan kebimbangan kepada tercetusnya kekacauan seterusnya diwujudkan kembali pada ulang tahun ke-30 parti itu pada 12 Mei lalu, walaupun mendapat tentangan pelbagai pihak yang menyedari muslihat halus gagasan berkenaan. Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad ketika mengulas pewujudan kembali gagasan itu turut menyifatkan ia sebagai punca segala ketegangan yang akan mencetuskan akibat buruk sekiranya ia dilaksanakan di negara ini. Guan Eng juga di majlis itu dengan lantang DAP menolak penubuhan negara Islam walhal sekutu mereka, Pas terang-terangan mengumumkan bahawa mereka akan mengamalkan corak pemerintahan yang berlandaskan kepada Islam yang tulen. Beliau yang mengistilahkan MCA sebagai 'Money Collective Agency' (Agensi Pengumpul Wang) turut mendakwa hanya DAP dan parti pembangkang yang lain seperti Pas, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Keadilan yang layak dipercayai kerana mengamalkan dasar politik yang bersih. |
Posted: 27 Jun 2012 12:23 AM PDT DAP SUDAH TERDESAKLANGKAH Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang melancarkan gagasan Malaysian Malaysia Kedua sempena ulang tahun perkhidmatannya selama 30 tahun sebagai Ahli Parlimen, mengundang persoalan besar terhadap percaturan baru parti itu. Dengan menjana semula gagasan itu, Kit Siang yakin bahawa DAP yang akan bekerjasama erat dengan parti pembangkang lain, mampu menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti. Gagasan Malaysian Malaysia telah diperjuangkan oleh DAP sejak tahun 1969, bagaimanapun pegangan itu disepikan apabila Kit Siang memulakan siri projek Tanjungnya dengan harapan untuk merampas Pulau Pinang dari BN. Apa yang umum ketahui Malaysian Malaysia antara lain menegaskan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak mengamal dasar supremacy, kebajikan dan kepentingan oleh sesuatu kaum atau etnik. Dengan kata lain, gagasan itu yang diwarisi daripada pemimpin parti PAP Singapura, Lee Kuan Yew bermatlamat menghapuskan sebarang keistimewaan kepada bangsa Melayu terutama dalam kedaulatan kuasa. Malaysian Malaysia diakui sedikit sebanyak menjadi ramuan terbaik memenangi hati masyarakat Cina khususnya dalam memastikan kelangsungan DAP walaupun parti itu masih gagal membentuk kerajaan. Kepada para pemerhati politik pula, Malaysian Malaysia Kedua mempunyai muslihat dan strategi tersendiri yang terpaksa dilakukan ketika kedudukan DAP semakin goyah dengan kian ramai ahli meninggalkan parti itu. Belum pernah berlaku dalam sejarah politik tanah air, DAP menghadapi ujian sebegini genting dan getir yang turut mencetuskan aliran baru sokongan kepada komponen parti memerintah yang lebih sederhana iaitu MCA dan Gerakan. Senario politik masa kini, kesungguhan untuk membantu mencorakkan kestabilan serta pemulihan ekonomi, nampaknya tidak merangsang minat masyarakat Cina untuk menyekutukan diri dengan DAP. Lebih-lebih lagi DAP kini dikritik oleh sebahagian masyarakat Cina termasuk ahli-ahlinya yang bimbang terhadap ikatan kerjasama dengan Pas, yang bercita-cita kuat untuk mewujudkan pemerintahan Islam. Di kalangan pemimpin DAP, pilihan raya umum lalu sudah cukup memberi pengajaran betapa ketika parti itu dilihat kuat dan bersatu padu sekalipun, ia masih gagal mencapai kejayaan apatah lagi nasibnya pada pilihan raya kali ini. Atas kebimbangan itu maka DAP tidak punya pilihan melainkan kembali kepada landasan asal perjuangan, yang tanpa Malaysian Malaysia dilihat ibarat kapal tanpa kompas. Bagaimanapun, percaturan terbaru DAP ini boleh membawa padah politik lebih buruk walaupun Kit Siang mendakwa sekarang adalah masa yang sesuai untuk memperjuangkan gagasan Malaysian Malaysia. Gagasan itu secara realitinya masih menggerunkan orang Melayu yang kini menikmati keistimewaan tertentu setelah ketinggalan jauh di belakang kaum lain akibat dasar pecah perintah oleh penjajah hampir 400 tahun lamanya. Walaupun kerajaan berhasrat untuk mewujudkan gagasan persamaan hak pada suatu masa nanti, tetapi ia masih belum dapat dilaksanakan sekarang memandangkan orang Melayu belum mampu bersaing terutama dengan kaum Cina yang menguasai ekonomi negara. Bukan itu sahaja, malah masyarakat bukan Melayu sendiri sekarang, semakin menerima hakikat bahawa dasar multietnik menjadi kerangka politik baru yang lebih baik dan harmonis - alternatif kepada Malaysian Malaysia. Kepada Kit Siang, selamat bereksperimen lagi. |
Posted: 27 Jun 2012 12:18 AM PDT Sekalipun rusuhan 13 Mei 1969 berlaku di Kuala Lumpur lebih tiga tahun setelah Singapura terpisah dari Malaysia tetapi tidak dapat dinafikan Malaysian Malaysia menjadi bibit cetusan peristiwa berdarah kerana anak tinggalan PAP iaitu DAP meneruskan perjuangan atas konsep ini. Mengenai semangat Malaysian Malaysia, LKY mencatatkan dalam bukunya itu sebagai ''bijak'' sepotong ucapan penyokongnya dari Parti Machinda Sarawak, Michael Buma di Malaysian Solidarity Convention anjuran PAP di Singapura pada 6 Jun 1965 mengenai perasaan tidak senang Buma de-ngan perkataan Waktu Tanah Melayu dan juga nama Keretapi Tanah Melayu. Malaysian Malaysia telah dideklarasikan dalam satu perhimpunan anjuran PAP di Singapura pada 8 Mei 1965 dengan dihadiri oleh parti-parti pembangkang Malaysia. Antara lain ia menegaskan bahawa ''Malaysian Malaysia bererti sebuah negara yang tidak dikenali dengan supremacy, kebajikan dan kepentingan sesuatu kaum atau bangsa.'' (MLKY muka 605). Setelah Singapura disingkirkan dari Malaysia pada September 1965, DAP telah ditubuhkan untuk meneruskan perjuangan Malaysian Malaysia tetapi DAP akhirnya menyepikan Malaysian Malaysia yang menggerunkan orang Melayu. Yang terakhir DAP dihayati oleh slogan reformasi dari Indonesia yang telah mendapat pengesahan dari Amerika Syarikat terutama sekali kerana ia akan memaksakan dasar ketulusan yang memerlukan kerajaan mendedahkan keistimewaan kepada Melayu terutama kepada anak Melayu tertentu. Ramai juga generasi baru Melayu yang tidak melalui perjalanan politik tanah air yang panjang dan berliku-liku, tidak dapat merasai bahaya politik yang terselindung di sebalik reformasi dan keadilan yang tiba-tiba disokong oleh DAP, tetapi setelah kuasa Melayu lumpuh dalam Parlimen kelak maka barulah mereka akan menyedari betapa salahnya isteri Anwar Ibrahim, Wan Azizah berpegangan tangan dengan Lim Kit Siang dan Pas bercumbuan dengan DAP. MELAYU LANUN DAN SAKAI DALAM perjuangan Malaysian Malaysianya, Lee Kuan Yew (LKY) mendapat dukungan dan sokongan daripada wartawan-wartawan asing dan juga daripada media asing. Beberapa orang wartawan asing yang berpusat di Singapura membantunya mempropagandakan konsepnya itu dan menimbulkan anggapan kerajaan Malaysia adalah kerajaan Melayu yang tidak adil dan bersifat perkauman. Di antara wartawan anti-Melayu ketika itu ialah Alex Josey. Alex Josey yang berasal dari Britain adalah kawan rapat LKY. Dalam tulisannya di majalah Australian Bulletin beliau mengatakan orang Melayu berasal dari lanun dan sakai. Penghinaan Alex Josey itu di tahun 1965 telah menimbulkan kemarahan orang Melayu di seluruh negara dan demikian juga penghinaan lain tetapi Utusan Melayu pada masa itu hanya dapat menggambarkan suatu bantahan daripada masyarakat yang miskin dan tidak berpelajaran berbanding dengan serangan provokasi bersifat intelektual dari Singapura. Bagaimanapun kerajaan Malaysia telah menerima tekanan orang Melayu dan menghalau Alex Josey keluar dari negara ini pada 6 Julai 1965. Penghinaan Singapura sampai kepada peringkat keterlaluan setelah perpisahannya dari Malaysia. Beberapa orang pemuda Malaysia telah dicukur rambut mereka kerana memasuki Singapura dengan berambut panjang. Pada masa itu, Melayu sewajarnya dipandang rendah dan hina kerana mereka berada dalam kemunduran dan jauh ketinggalan dari bukan Melayu. Hanya terdapat beberapa kerat Melayu terpelajar dan profesional Melayu. Mahathir terus dihantui oleh penghinaan Singapura masa lalu seperti LKY juga dihantui oleh bayang-bayang Utusan Melayu (tergambar jelas dalam buku MLKY). Maka itu apabila beliau dipilih menjadi Perdana Menteri, keazamannya yang utama ialah membawa Malaysia menjadi suatu bangsa yang bermaruah. Maka itu apabila diserang sakit jantung, Mahathir mahu pembedahan ke atasnya dijalankan di negara sendiri oleh pakar bedah Melayu yang lahir dari Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Hak Istimewa Melayu yang tidak pernah diyakini dan selalu disindir oleh LKY. Kejayaan pembedahan itu menimbulkan keyakinan besar kepada pakar bedah Melayu ini hingga keluar negara termasuk rakyat Singapura sendiri. Mahathir telah mempertarungkan nyawanya untuk mengiklankan keupayaan anak bangsanya. Mahathir dianggap sebagai membazirkan wang negara kerana mendirikan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) yang baru, meningkatkan keupayaan Pelabuhan Klang dan membangunkan bangunan pencakar langit yang tertinggi di dunia (Menara Berkembar Petronas), tetapi jika lapangan terbang itu tidak didirikan sebelum kegawatan ekonomi, janganlah dimimpikan Malaysia akan mempunyai lapangan terbang antarabangsa yang dapat menyaingi Singapura untuk seratus tahun lagi. Jika KLCC tidak dibangunkan, orang Malaysia akan terus mendongak kepada pencakar langit di Singapura dan merasa lebih kecil dari negara kecil itu yang selamanya mempunyai keyakinan bahawa Melayu pemalas dan bangsa yang tidak berbudaya tua. Mahathir memberikan pengertian baru dalam pembangunan tamadun manusia. Tidak semestinya bangsa berbudaya tua akan terus di hadapan. Kebudayaan Cina adalah tertua di dunia tetapi Amerika Syarikat dan Jepun lebih jauh ke hadapan dari China dan Eropah. Mahathir buktikan lanun dan sakai juga boleh menyaingi Singapura secara bijak. Mahathir berpendapat keagungan Melayu dan Islam tidak boleh dicapai sekadar meneriakkan Allahuakbar. Umat Islam hendaklah berupaya untuk menterjemahkan teriakan itu kepada realiti keupayaan mental. Mereka yang mempunyai wawasan akan dapat melihat kebesaran Allah di Malaysia di dalam pencapaian umat Islam di bidang pelajaran, profesionalisme, teknologi maklumat, lebuh raya dan sebagainya. Ia dapat dilihat dalam ketibaan kita di puncak Gunung Everest, ekspedisi Kutub Utara dan cabaran Jalur Gemilang, pelayaran solo Azhar Mansur mengelilingi dunia. Tidak semestinya kita melihat sesuatu hanya dari faedah yang nyata, dari untung ruginya, dari pembazirannya tanpa melihat dari segi keperluan kepada simbol dan mercu tanda yang memberikan psychological esteem kepada bangsa dan negara. ANTARA SAMAN LKY DAN KIT SIANG SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Kit Siang telah menyaman malu terhadap Utusan Melayu dan menuntut ganti rugi RM250 juta kerana dikatakan memfitnahnya sebagai tidak patriotik. Beliau juga menyaman New Straits Times dan New Sunday Times dengan tuntutan ganti rugi yang sama besarnya. Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew sendiri yang meninggalkan warisannya DAP setelah berpisah dengan Malaysia pernah mengambil tindakan saman terhadap Utusan Melayu kerana keengganan Utusan Melayu menarik balik siaran berita Setiausaha Agung UMNO Malaysia Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Albar menuduh LKY sebagai ''ejen komunis, mempunyai niat jahat untuk menghancurkan Malaysia dan melaga-lagakan Melayu dan Cina.'' Bagaimanapun Utusan Melayu terpaksa meminta maaf dan membayar kos perbelanjaan mahkamah sebesar lapan puluh ribu ringgit kepada LKY atas nasihat Allahyarham Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman kerana tidak mahu persengketaan diteruskan setelah penyingkiran Singapura. Tindakan Utusan Melayu membatalkan langkah mencabar saman itu telah menimbulkan kemarahan yang amat sangat di kalangan orang Melayu. Mereka tidak merelakannya kerana Utusan Melayu telah menjuarai perjuangan menentang Malaysian Malaysia yang bermatlamat untuk menghapuskan kuasa politik Melayu. Sekalipun dalam ucapan-ucapannya LKY sering menafikan dia menentang hak istimewa Melayu tetapi selalu beralasan. Contohnya di dalam suatu ucapan di Parlimen Malaysia, beliau menyatakan: ''Saya menarik perhatian kepada perbezaan antara persamaan hak politik dan hak istimewa bagi meningkatkan taraf politik dan sosial orang Melayu. Saya menerima hak istimewa tetapi jika persamaan hak politik dengan orang Melayu dinafikan kepada rakyat Malaysia lainnya maka kita tidak memerlukan Sukarno dan konfrontasi untuk menghancurkan kita . (MLKY muka 610). Dari semasa ke semasa ketika Singapura berada dalam Malaysia, Utusan Melayu mendedahkan dolak-dalik LKY di sebalik kata-kata penerimaan hak istimewa Melayu. Maka itu dendam LKY kepada Utusan Melayu tidak berkesudahan. Tidak hairanlah jika warisannya mempunyai perasaan yang sama terhadap Utusan Melayu. Utusan Melayu akan tetap meneruskan perjuangannya dan akan terus membuktikan bahawa perkongsian kuasa oleh UMNO yang berpengalaman adalah lebih baik bagi orang Melayu dari menyerahkan peranan ini kepada mereka yang tidak berpengalaman dalam perkongsian yang lemah dan berbahaya. - dipetik dari akhbar UM. |
PAP KEMBALI JADI RAKAN SEKUTU DAP DI MALAYSIA? Posted: 27 Jun 2012 12:13 AM PDT BIADAP - SINGAPURA UMUM RASMI SOKONG PAKATAN RAKYAT TUMBANG BN..!!Jika kita menakrifkan Singapura sebagai seorang manusia, maka ia pastinya seorang manusia yang paling busuk hati di dunia ini. Sejarah penubuhan negara tersebut iaitu dengan keluar dari Malaysia juga, menyaksikan yang negara itu ditubuh atas dasar khianat, angkuh, perkauman dan pentingkan diri sendiri. Akibat penubuhan yang tidak berasaskan niat yang baik, Singapura mempunyai sikap 'paranoid' yang kronik iaitu sentiasa menyimpan syak wasangka dan memusuhi Malaysia. Sikap 'paranoid' berlebihan inilah yang menyebabkan ruang angkasa Malaysia sering diceroboh mereka. Malah, bukan kita tidak tahu bahawa agen-agen mereka sentiasa bergerak cergas mengumpul maklumat dan memerhati pergerakan dan perkembangan negara ini. Walaupun Malaysia menghulurkan tangan persahabatan dan sering mengajak untuk bekerjasama dan menjunjung sifat sefahaman serta toleransi dalam menangani masalah-masalah yang membabitkan kedua-dua negara seperti perairan, ruang udara serta bekalan air mahupun dalam isu jambatan bengkok, tetapi huluran tangan Malaysia sering disambut dengan sepakan kaki sahaja oleh Singapura. Kini, Singapura semakin kurang ajar apabila mula campurtangan dalam urusan politik negara. Ini dilakukan dengan menyelinap masuk melalui aktiviti-aktiviti yang didalangi pembangkang yang bertujuan untuk melemahkan kerajaan. Antaranya, Singapura telah menghantar wakil ke perhimpunan BERSIH 3.0, dan Himpunan Hijau yang menentang Lynas. Agen-agen mereka yang dikenalpasti bukannya ke perhimpunan tersebut untuk memerhati tetapi turut berdemonstrasi bagi memburukkan imej dan mengsabotaj ekonomi negara ini. Amat kurang ajar sekali apabila antara yang agen yang dihantar untuk menyertai himpunan ini bukanlah orang-orang biasa atau rakyat marhaen tetapi terdiri dari diplomat-diplomat negara mereka, seperti: 1. Regina LOW Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg), First Secretary (Political) yang turut memakai baju kuning BERSIH 3.0. 2. Philomena AW Li Fen (philomena_aw@mfa.gov.sg), First Secretary (Political). 3. Ariel Eunice TAN Hwi Tiang (ariel_tan@mfa.gov.sg), Deputy High Commissioner and Counsellor. Bagi sebuah negara yang mendabik diri sebagai negara maju, tindakan tidak bertamadun iaitu tidak menghormati jiran dan tidak tahu batas-batas hubungan diplomasi membuktikan betapa busuk dan buruknya hati perut dan perangai Singapura. Maka tidak hairanlah Singapura digelar Yahudi Asia kerana hati perutnya yang busuk, biadap serta angkuh. Jika anda mengorek punca kenapa kaum Yahudi di laknat dan kenapa mereka dihalau lebih 70 kali sepanjang sejarah bangsa mereka di dunia ini, anda akan dapati bahawa secara umumnya, (walaupun bukan semua), kaum Yahudi terkenal dengan busuk hati, angkuh, biadap dan pentingkan diri juga. Lee Kwan Yew dalam bukunya "From Third World to First: The Singapore Story 1965-2000" pernah mendedahkan bahawa tentera Singapura diasaskan oleh tentera Israel. Beliau menulis, "misi ketenteraan Israel diketuai oleh Yaakov (Jack) Elazari, ketika itu berpangkat kolonel, kemudian dinaik pangkat ke brigadier jeneral. Setelah meninggalkan tentera,beliau menjadi penasihat tentera Singapura". Hubungan akrab Singapura dengan Israel ini dengan sendirinya menjelaskan kenapa Singapura tidak senang dengan Malaysia sebuah negara Islam yang maju dan berpotensi, yang menjadi jirannya yang sabar dan setia. Sikap kurang ajar Singapura tiada batasnya. Baru-baru ini, terdedah lagi bagaimana Singapura merancang untuk 'menceroboh' pilihanraya negara ini. Ini dilakukan dengan melatih beberapa wakilnya untuk menyertai pilihanraya dan semestinya dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan parti memerintah untuk digantikan dengan parti anak didiknya iaitu DAP, dengan kerjasama dua ekor keldai iaitu PAS dan PKR. Sebagai musuh azali, tidak mustahil Singapura mempunyai pelan yang jauh lebih besar terhadap Malaysia. Menyertai demonstrasi dan menceroboh pilihanraya adalah Pelan A. Justeru, jangan sekali-kali kita terlepas pandang bahawa mereka pasti telah melakarkan Pelan B dan seterusnya sekiranya percubaan menakluk Malaysia melalui Pelan A tersebut gagal. Sebelum ini, Wikileaks pernah mendedahkan bagaimana pemimpin Singapura merendah dan menghina hampir semua pemimpin dunia lain melalui perbualan sulit yang dirakam. Namun, Singapura langsung tidak terasa malu, jauh sekali meminta maaf. Maka, kita yakin bahawa Singapura akan mengambil sikap jelik yang sama dalam isu campurtangan dalam politik Malaysia ini. Seperti seorang manusia yang tidak pernah dididik dengan adab sopan serta nilai-nilai murni kemanusiaan, Singapura hanya akan mengambil sikap selamba walaupun sikap dan rancangan jahat mereka telah terdedah luas. Apa yang pasti, Lee Kwan Yew tentu merasa megah melihat bagaimana negaranya menjadi negara paling biadap dengan diplomat-diplomat yang amat kurang ajar sekali. Jika beginilah sikap Singapura, maka Malaysia wajib berpegang kepada pepatah iaitu 'buat baik berpada-pada' apabila berurusan dengan Singapura kerana Singapura telah berbuat jahat kepada kita, bukannya sekali - tetapi berkali-kali. Diharap kerajaan akan mengambil tindakan sebaiknya dalam menghadapi ancaman negara jiran ini. Harapan kita juga agar rakyat akan semakin membuka mata dalam membuat pilihan antara parti yang mendapat bantuan Singapura, dengan parti pemerintah yang tegas mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara |
You are subscribed to email updates from PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan