Pengikut

Nuffnang

Isnin, 18 Jun 2012

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

sumber :-

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


PRU 13 : PEMBANGKANG 'MENCIPTA BUKTI '

Posted: 18 Jun 2012 05:27 AM PDT


Bisik-Bisik Jangan Cakap Dengan Orang Lain : Cipta bukti!

KETIKA banyak isu moral, biseksual dan integriti Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim masih belum terjawab, muncul pula pendedahan terbaru. 

Anwar didakwa mengarahkan peguamnya mencipta bukti mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu kapal selam Scorpene dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribu.

Maknanya beliau mencipta fitnah terhadap Najib dalam isu tersebut yang dijadikan modal politik sejak 2002. Sampai begitu sekali sikap Anwar. Itu belum berkuasa, sekiranya menjadi Perdana Menteri, bayangkanlah musibahnya nanti.

Walaupun tersentak dengan pendedahan itu tetapi Awang tidak terkejut. Ramai yang tahu reputasi Anwar dalam soal integriti. Beliau tidaklah sebersih mana. Apatah lagi perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin yang ketika itu menjadi peguam bela Anwar.

Berikut antara sedutan kenyataan beliau semasa perbahasan di Dewan Rakyat, Selasa lalu yang disiarkan media.

''Selaku peguam bela Anwar pada ketika itu, saya membuat pelbagai semakan undang-undang untuk mencari bukti bagi mengaitkan Perdana Menteri dalam kes pembunuhan berkenaan. Namun tiada sebarang petunjuk Najib terlibat tetapi pembangkang cukup galak melemparkan fitnah.

Tiada sebesar zarah pun bukti Perdana Menteri terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya dan apabila saya memberitahu Anwar, dia marahkan saya.

Anwar kata, kalau tiada bukti, kamu kena adakan bukti tersebut tetapi sebagai peguam yang berprinsip, saya tidak mengikut arahan berkenaan.

Kalau ada bukti, sudah lama saya gunakan untuk menyerang Perdana Menteri tetapi hari ini, isu pembelian kapal selam Scorpene ditimbulkan lagi. Apa tujuan mereka timbulkan isu ini, tujuannya tidak lain untuk kembali mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya yang terbukti fitnah.

Saya peguam Anwar, saya lebih tahu. Mereka mendakwa kononnya ada surat akuan bersumpah yang mengaitkan Najib, semua itu bohong sebagaimana akuan sumpah palsu (diarah Anwar dalam kes Mohd. Saiful Bukhari Azlan),''.

Kenyataan di Dewan Rakyat itu cukup kuat. Ini disusuli kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim yang juga bekas sahabat Anwar bahawa Ketua Pembangkang itu tidak mempunyai sebarang asas untuk mengaitkan Najib dalam kedua-dua isu tersebut. Menurut beliau, kerajaan telah menandatangani perjanjian pembelian Scorpene pada 2002 manakala penganalisis politik, Abdul Razak Baginda mula mengenali wanita itu pada 2004. Tiada kaitan sama sekali Altantuya dalam isu Scorpene lebih-lebih lagi dengan Najib. Perdana Menteri sendiri telah bersumpah di dalam masjid pada 2007 bagi membuktikan beliau tidak bersalah. Setakat ini, Anwar tidak memberikan reaksi berhubung pendedahan Zulkifli, sama keadaannya dengan pendedahan bahawa beliau mengawal 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.

Kalau ada pun penjelasannya sudah boleh dijangka - tidak menjawab persoalan sebenar dan menuding jari pula kepada pihak lain. Tidak perlu untuk Awang ulas panjang tetapi Anwar sudah menjadi liabiliti kepada rakyat dan negara.

Selain dua kali dihadapkan ke mahkamah atas kes liwat dan isu biseksual, Anwar juga berdepan dengan banyak isu pembohongan dan dolak-dalik. Itulah 'kehebatan' Ketua Pembangkang Malaysia berbanding negara lain. Antara yang Awang ingat adalah muslihat mendapatkan bantuan IMF ketika krisis kewangan 1997, isu cubaan rampasan kuasa 16 September, kehilangan jam Omega, rakaman video seks bersama wanita dipercayai pelacur dan sokongan kepada Israel.

Sekali lagi bayangkan sekiranya Anwar menjadi ketua kerajaan, imej Malaysia yang disegani terutama sejak kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan sahaja merudum malah diperlekehkan dunia.

Awang tidak kisah kalau Anwar mahu berbohong kepada isteri dan keluarganya tetapi janganlah terus berbohong kepada rakyat. Dalam Islam, ditekankan betapa pemimpin yang selalu berbohong apatah lagi memfitnah, perlu dihindari. Persoalannya, apa lagi fitnah yang Anwar reka, yang kita semua tidak tahu.

-Awang Selamat


PRU 13 : DANA 3 BILLON MENANTI PAS DAN DAP ?

Posted: 18 Jun 2012 05:21 AM PDT


RAMAI yang tertanya-tanya apa relevannya membuka semula kisah yang pernah dibangkitkan kira-kira 13 tahun lalu?

Yang dimaksudkan adalah akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid berkenaan 20 Akaun Induk (Master Accounts) yang dikawal Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri.

Dalam akuan berkanun yang diikrarkan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 1999 itu, Abdul Murad menyatakan akaun tersebut diuruskan kroni-kroni Anwar membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion.

Isu ini biarpun sudah lebih 13 tahun berlalu sangat mustahak untuk dibangkitkan semula kerana sehingga kini, tiada jawapan kukuh diberikan mengenai status kesnya

Baik dari segi siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu atau jawapan-jawapan daripada Anwar sendiri, tidak ada sesuatu yang meyakinkan yang membolehkan rakyat membuat kesimpulan ia adalah dakwaan tidak berasas atau sengaja direka-reka.

Apatah lagi yang membuat dakwaan secara akuan berkanun atau akuan bersumpah itu ialah Abdul Murad iaitu individu yang mempunyai kuasa ke atas urusan perbendaharaan negara ketika itu.

Sudah semestinya, Abdul Murad bertanggungjawab atas akuan berkanun yang dibuat beliau dan sangat menyedari risiko yang bakal ditanggung jika membuat akuan bersumpah palsu.

Maka, dakwaan-dakwaan Abdul Murad itu mempunyai asas kukuh dan wajar disiasat secara terperinci.

Menjadikan isu ini lebih mustahak adalah jumlah yang didakwa iaitu RM3 bilion bukanlah sedikit.

Rakyat berhak mengetahui apa kesudahannya dengan wang yang cukup besar jumlahnya itu.

Ke mana ia disalurkan dan siapa pula yang mendapat manfaat daripadanya?

Tentang bagaimana ia boleh berlaku rasanya tidaklah sukar untuk difahami.

Anwar dengan kuasa yang ada padanya ketika itu iaitu sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, tentu sahaja tidak berdepan masalah untuk melakukannya, jika benar seperti yang didakwa Abdul Murad.

Pendedahan ini juga tidak boleh mengelak daripada dikaitkan dengan dakwaan berhubung pemilikan kekayaan luar biasa bekas Setiausaha Sulit Anwar ketika itu iaitu Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Taharin.

Azmin dan Shamsidar dikatakan mempunyai aset yang dipercayai bernilai lebih RM30 juta.

Ia berdasarkan dokumen yang berada dalam simpanan adik Azmin sendiri iaitu Ummi Hafilda seperti pegangan saham, deposit bank dan salinan penyata beberapa akaun bank yang dimiliki Azmin dan Shamsidar dalam tempoh hanya dua tahun iaitu dari 1992 hingga 1994.

Kekayaan luar biasa itu menimbulkan tanda tanya banyak pihak kerana ketika itu pendapatan bulanan Azmin sebagai Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri hanyalah RM2,442 sebulan.

Shamsidar pula ialah suri rumah sepenuh masa dan tidak bekerja.

Jadi bagaimana Azmin dan Shamsidar mampu mempunyai kekayaan sedemikian rupa.

Rakyat ingin mengetahui adakah Azmin dan Shamsidar termasuk dalam kroni-kroni yang menguruskan sebahagian daripada RM3 bilion yang dimaksudkan Abdul Murad itu
.
Tanggapan sedemikian tidak boleh dielakkan apatah lagi Azmin dan Shamsidar sehingga kini tidak menjawab berhubung dakwaan kekayaan yang dimiliki mereka.

Selain kemungkinan Azmin dan Shamsidar, pihak mana lagi yang hidup senang-lenang dengan wang berbilion-bilion ringgit itu?

Apakah pihak-pihak yang selama ini mempertahankan Anwar atas nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut mendapat manfaat melimpah-ruah daripadanya?

Atau ini mungkin boleh menjawab bagaimana Anwar mampu menampung aktiviti politiknya termasuk siri lawatannya ke luar negara beberapa kali yang selama ini disangkakan disalurkan menerusi dana daripada pihak asing?

Justeru, amat mustahak untuk siasatan berhubung dakwaan ini dibuka semula kerana rakyat mahu tahu kebenarannya selain tidak mahu ia lenyap begitu sahaja.

Untuk mengharapkan Anwar dan kroni-kroninya memberi jawapan jujur berkenaan isu ini barangkali ibarat mimpi di siang hari.

Mengalih

Seperti biasa, Anwar akan mengalih perhatian rakyat secara mencipta isu baru dan mengaitkannya dengan individu lain.

Kali ini individu itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tidak dapat dipastikan kenapa Anwar secara tiba-tiba meminta Muhyiddin mengisytiharkan harta dan kekayaan sebelum beliau turut berbuat demikian.

Tetapi apabila beliau terus menjadikan Muhyiddin iaitu orang kedua paling kanan dalam UMNO dan pentadbiran negara sebagai sasaran, dapat disimpulkan Anwar tidak 'main-main' dalam usahanya melepaskan diri kali ini.

Anwar mungkin berasakan beliau berjaya dalam taktik mengaitkan Muhyiddin dengan isu terbaru ini.

Tetapi rakyat yang sudah lali dengan permainan Anwar itu tidak nampak apa kaitan isu tersebut dengan Muhyiddin.
Apa yang diharapkan rakyat adalah jawapan kukuh dan meyakinkan daripada Anwar sendiri.

Malangnya, perkara itu tidak mungkin menjadi kenyataan sama seperti isu-isu lain yang dikaitkan dengan beliau sebelum ini yang langsung tidak mampu dijawab Anwar dan kroni-kroninya.

Agak memeranjatkan juga apabila Anwar sehingga kini tidak mengambil tindakan saman terhadap Abdul Murad.
Jika benar apa yang didakwa Abdul Murad itu adalah fitnah, Anwar seharusnya tidak teragak-agak menyaman Abdul Murad bagi membersihkan namanya.

Melainkan jika Anwar bimbang lebih banyak yang akan terdedah jika tindakan saman diambil, maka tindakan berdiam diri akan menyebabkan rakyat membuat kesimpulan Anwar takut berdepan dengan kebenaran.
Bukankah juga saman-menyaman sudah menjadi budaya Anwar dan pemimpin pembangkang lain? Jadi mengapa tidak kali ini?

Setakat ini, tidak banyak yang boleh diharapkan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan itu meskipun badan tersebut mengakui sedang memberi tumpuan terhadap laporan-laporan terbaru yang dibuat pelbagai pihak berkenaannya.


Begitupun, SPRM tidak akan membuka semula siasatan yang telah diarahkan tutup oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) melainkan jika wujud bukti-bukti baru dan berkaitan dikemukakan

Ini bermakna tanpa siasatan baru, isu ini hanya akan menjadi polemik atau tuduhan politik semata-mata dan langsung tidak memberi apa-apa kesan terhadap Anwar atau pembangkang.

Ia mungkin akan membangkitkan persoalan mengenai integriti dan kejujuran Anwar ketika diberikan amanah sebagai pemimpin negara.

Tetapi selepas dikaitkan dengan pelbagai isu termasuk skandal hubungan songsang dan tidak songsang, kerjasama erat dengan pro-Israel dan banyak lagi, apakah soal integriti, kejujuran dan maruah masih relevan dengan Anwar?

Yang menjadi harapan kepada rakyat ketika ini adalah bukti-bukti baru yang mungkin ada pada Ummi Hafilda.
Ummi seperti yang diketahui umum, menyimpan banyak rahsia Anwar termasuk dakwaan hubungan sulit dengan kakak iparnya iaitu Shamsidar.

Malah, Ummi juga sebenarnya yang membangkitkan semula ingatan rakyat terhadap skandal RM3 bilion ini menerusi wawancara eksklusif dengan Utusan Malaysia akhir tahun lalu dan sekali lagi pada Mei lalu.

Rakyat

Harapan rakyat Malaysia, jika Ummi mempunyai sebarang dokumen atau bukti-bukti yang boleh membantu SPRM menjalankan semula siasatan, ia dapat diserahkan dengan segera.

Selain Ummi, bekas sahabat baik Anwar, Datuk S. Nallakaruppan juga dikatakan boleh membantu menghidupkan semula pendedahan lebih satu dekad ini.

Ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana Nallakaruppan dikatakan menyimpan banyak rahsia Anwar sepanjang mereka bersahabat baik.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana pengetahuan Nallakaruppan berhubung skandal membabitkan aset bernilai RM3 bilion itu.

Tetapi biar sekecil manapun bukti yang mungkin dimiliki beliau, Nallakaruppan seharusnya tidak teragak-agak berkongsi dengan pihak berkuasa supaya dakwaan itu mendapat tempat yang seadilnya dari sudut undang-undang negara.

Ia juga bagi meredakan kebimbangan rakyat berhubung salah guna kuasa dan kedudukan yang berlaku.

Jika hanya dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Anwar boleh mencari ruang mengayakan kroni-kroninya dengan jumlah sebegitu besar, bayangkan apa yang boleh dilakukan beliau atas kapasiti sebagai seorang pemimpin tertinggi negara?

Bukankah Anwar ketika ini ialah calon Perdana Menteri bagi pembangkang sekiranya berjaya menjadi pemerintah negara?

PRU 13 : INI DIA TEKTIKAL POLITIK PEMBANGKANG.

Posted: 18 Jun 2012 05:09 AM PDT


Semuanya mahu dipolitikkan sehingga bertemu pilihan raya umum 13,

DAH tak larat dengan cerita politik. Sejak selepas pilihan raya umum (PRU) lalu, ada saja isu politik yang dibangkitkan. Setiap tindakan, pergerakan dan tutur kata mahu dipolitikkan. Novel yang berusia berpuluh tahun pun mahu dipolitikkan. Sudah dua tahun 10 bulan, PRU 2008 berlangsung tetapi terasa macam baru berlalu. 

Ada wakil rakyat letak jawatan semata-mata nak bagi ruang orang lain bertanding. Ada yang letak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan pemimpin. Bagaimanapun ada yang tinggalkan parti tetapi tidak letak jawatan wakil rakyat, maka selamatlah 'duit rakyat'. Tetapi pilihan raya kecil (PRK) disebabkan kematian tidak dapat dielakkan.

Itu sudah ketentuan Allah SWT. Setiap yang bernyawa pasti mati, tidak selama-lamanya menongkat langit atau kekal dengan jawatan di dunia ini. Hujung bulan ini ada lagi PRK. Mungkin inilah penggal paling banyak PRK. Sekali lagi ia tidak dapat dielakkan kerana itulah kehendak undang-undang.

Selagi tidak cukup tiga tahun tempoh penggal PRU lalu, maka kekosongan perlu diisi. Kadangkala PRK ini juga ada baiknya untuk melihat keupayaan parti politik sama ada mampu mendapat sokongan seperti PRU lalu. Dan lebih penting bagi negeri-negeri yang kerajaannya seperti telur di hujung tanduk, bolehlah PRK ini membantu menambah atau mengurangkan kerusi.

Kekalutan juga berlaku di kalangan parti politik. Masalah tak pernah selesai. Maka banyak masa dihabiskan untuk menyelesaikan masalah dalaman. Nampaknya, sehingga PRU akan datang, parti-parti politik sama ada pemerintah atau pembangkang akan terus berbicara mengenai politik. Masing-masing mahu mengekalkan kuasa dan dengan apa cara sekalipun akan berusaha untuk terus berkuasa. 

Lebih-lebih lagi khabar angin mengatakan PRU semakin hampir. Tentunya ramai yang belum puas dengan tempoh tiga tahun 'berkuasa' atau bergelar Yang Berhormat atau Yang Amat Berhormat. Maka wujudlah insan yang 'rakus' berpolitik, kononnya mahu tunjuk pandai sehingga mereka menjadi manusia yang bodoh sombong atau cerdik tak boleh diajar, bodoh tak boleh ditegur. Bagi mereka biarlah apa orang lain nak kata, asalkan matlamat tercapai.

Di negeri yang dikuasai pakatan DAP-PKR-Pas (3P), macam-macam cerita 'kepincangan' berlaku. Ini bukanlah bermakna kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN) terlepas daripada masalah tetapi sebelum ini pakatan 3P cuba menggambarkan bahawa merekalah yang terhebat tanpa cacat cela.

Di Selangor, tak habis cerita kelam-kabut berkaitan pentadbiran negeri yang diketuai oleh bekas tokoh korporat, Abdul Khalid Ibrahim. Entah apa nak jadi dengan pemerintahan kerajaan 3P ini. Daripada sekecil-kecil isu sekadar logo 1Malaysia sehinggalah isu pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri. 

Macam-macam kenyataan dikeluarkan berhubung dua isu ini. Logo 1Malaysia misalnya, exco cakap lain, setiausaha politik cakap lain dan menteri besar cakap lain. Itu baru logo. Rakyat boleh menilai adakah apa yang dilakukan lebih baik atau seperti tikus membaiki labu atau seperti kera mendapat bunga?

Namun apa yang penting, jangan sampai ada yang kena jual seperti yang berlaku dalam filem P. Ramlee iaitu 3 Abdul. Mengikut cerita, Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub mewarisi harta Ismet Ulam Raja yang kaya raya. Tetapi kerana ketamakan dan kebodohan, Abdul Wahab dan Abdul Wahib dilelong oleh bapa mertua, Sadiq Segaraga dengan harga 2,000 pound. 

Mujurlah muncul Abdul Wahub yang menebus maruah abang-abangnya kerana harta yang diwariskannya masih disimpan oleh peguam Suleman Akhlaken termasuk harta di Pakistan, Afghanistan, Turkistan, Hindustan dan Goheadgostan. Di mana letaknya Goheadgostan itu? Mengikut kata Abdul Wahub (P. Ramlee), kedudukannya dekat dengan negeri Setan!

Setakat ini kita belum dengar lagi negeri Setan tetapi apa yang kita tahu, dalam politik hari ini sudah ada 'pakatan syaitan' dan orang yang 'berkawan dengan syaitan'.

Di Kedah pula, ada juga isu yang belum selesai. Tiba-tiba sahaja Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar meletak jawatan sebagai Pengerusi Syarikat Kedah Sato Sdn. Bhd., anak syarikat milik Kerajaan Kedah. Kalaulah Mahfuz itu orang BN, maka sudah pasti Pas mati-matian akan minta kerajaan siasat itu ini. Pastinya ada yang tidak kena dengan peletakan jawatan itu.

Di Pulau Pinang kerajaan DAP juga tidak pernah kering isu untuk dijadikan modal politik. Terbaru tentulah isu serbu dan sita di restoran India Muslim. Tindakan secara tidak berhemah itu mengundang persoalan mengenai sejauh mana ketelusan pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan terhadap pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh peniaga, penjaja yang berselerak di pulau itu.

Bagaimanapun satu tindakan yang harus mendapat perhatian di Pulau Pinang ialah negeri itu terkehadapan dalam kempen beg plastik. Jika negeri-negeri lain cuma ada satu atau dua tiga hari, Hari Tanpa Beg Plastik (HTBP) tetapi di Pulau Pinang hari-hari tanpa beg plastik.

Kata Lim Guan Eng, ini selaras dengan hasrat kerajaan negeri menuju sebuah Negeri Hijau.

HTBP bermula 1 Julai 2009 dan dilanjutkan kepada tiga hari dalam seminggu mulai 1 Januari 2010. Kempen ini terpakai kepada semua pasar raya besar, pasar raya, pusat membeli-belah, farmasi, restoran makanan segera, rangkaian nasi kandar, kedai serbaneka (termasuk kiosk stesen minyak).

Pasar mini dan premis perniagaan tunggal juga perlu mematuhi syarat baru semasa pembaharuan lesen iaitu melaksanakan HTBP pada setiap Isnin, Selasa dan Rabu. Penjaja dan pasar bagaimanapun dikecualikan. Dan mereka yang ingin menggunakan beg plastik boleh membayar 20 sen sekeping. Hasil jualan itu akan disalurkan kepada akaun Rakan Antikemiskinan Negeri Pulau Pinang.

Diharapkan selepas ini, kerajaan negeri lebih berani melakukan tindakan supaya peniaga tidak dibenarkan sama sekali menjual beg plastik. Apa maknanya HTBP tetapi jual plastik. Biarlah hilang sokongan atau tidak popular asalkan hasrat menjadi Negeri Hijau tercapai.

PRU 13 : PAS - PARTI YANG DEGIL SEJAK AZALI LAGI !

Posted: 18 Jun 2012 05:02 AM PDT



Parti yang ditubuhkan pada 1951 memang paling hebat mempolitikkan isu agama sekali gus meletakkan Malaysia sebagai 'juara' dalam soal itu. 

1982, seorang pemimpin parti tersebut di Kampung Banggul Peradung,  Terengganu telah mengeluarkan amanat mengkafirkan orang UMNO semata-mata kerana didakwa bekerjasama dengan bukan Islam dan disebabkan tidak melaksanakan hukum hudud.

Pelbagai nasihat telah dikeluarkan bekas pemimpin Pas ini supaya rakan-rakan mereka yang masih menerajui parti itu tidak mempolitikkan isu agama. Malangnya, pemimpin berkenaan terus berdegil sehingga menjadikan nasihat itu ibarat mencurah air ke daun keladi.


Kedegilan itu, bukanlah sesuatu yang aneh kerana mereka juga tidak pernah melayan nasihat pengasas parti itu, Ahmad Fuad Hassan sehingga beliau terpaksa keluar parti setelah tiga tahun menerajui Pas.

Akibat amanat itu, maka timbulnya perpecahan di kalangan umat Islam seperti sembahyang dua imam, enggan bersembahyang di masjid UMNO dan menghukumkan haram makan sembelihan ahli parti itu.

Nikah yang dilakukan oleh jurunikah UMNO juga dianggap tidak sah, ibu bapa mengkafirkan anak serta berlaku perceraian antara suami isteri kerana berlainan parti dan banyak lagi peristiwa sedih yang benar-benar terjadi.

Walaupun berkemampuan melaksanakan hukum hudud setelah memerintah Kelantan dua dekad, Pas tetap tidak mahu melaksanakannya kerana berpendapat ia boleh dijadikan isu kitar semula yang 'amat berbisa' bagi meraih undi setiap kali pilihan raya.

Isu hudud yang dimainkan Pas ketika berkempen boleh membuatkan seorang Melayu Islam menjadi serba salah untuk menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ini berikutan parti itu akan menggambarkan BN bersikap anti-Islam dan telah mengambil pelbagai langkah menyekat hukum itu daripada dilaksanakan.

Mengulas isu itu, ahli akademik dari Arab Saudi, Ahmad Hamad al-Jilani yang menjawab soalan pada sesi soal jawab seminar berkenaan berkata, mana-mana pihak yang menggunakan isu pelaksanaan hukum hudud sebagai modal politik untuk menang dalam pilihan raya sebenar bertujuan mencari keredaan pengundi dan bukannya keredaan Allah.

Beliau berkata, Islam menuntut umatnya mengutamakan pelbagai perkara asas yang lebih utama seperti isu pendidikan, ekonomi dan sosial sesebuah negara itu.

"Sebelum mewujudkan hukum hudud, pelbagai aspek lain perlu diambil kira termasuklah semua masyarakat perlu menerima pelaksanaan itu. Sesiapa yang menggunakan hukum hudud untuk menang pilihan raya maka tujuannya bukan kerana Allah tetapi mencari keredaan pengundi," katanya.

Dalam pada itu, bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Mesir, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour pada sesi berasingan pada seminar itu turut mengulas permintaan parti itu supaya ahli-ahli yang terlibat secara langsung dengan pilihan raya agar menangguhkan ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka antara September hingga Oktober ini.

Beliau berkata, umat Islam wajib menunaikan ibadat haji dan perlu mengutamakan Rukun Islam kelima itu jika berkemampuan. Justeru, katanya, umat Islam tidak perlu menangguhkan pelaksanaan ibadat haji semata-mata untuk menyertai pilihan raya umum sekiranya ia dijalankan serentak pada musim itu.

Mengulas satu lagi 'fatwa' para pemimpin Pas yang membolehkan demonstrasi jalanan bagi menumbang kerajaan, Syeikh Mahmoud berkata, Islam tidak membenarkan sebarang bentuk demonstrasi sedemikian sehingga mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara sebaliknya ia perlu dilakukan secara aman.

"Islam tidak halang untuk berhimpun menyatakan pendapat atau hasrat terhadap pemerintah, tetapi jangan menyebabkan huru-hara dalam masyarakat sehingga ada orang rasa kesan buruk daripada perhimpunan itu.
"Masyarakat Islam juga tidak wajar menumbangkan kerajaan dengan cara tidak demokratik ketika pemerintah mereka telah melakukan banyak kebaikan dan kerajaan sedemikian patut beri peluang untuk meneruskan agenda membangunkan Islam," katanya.

Mengulas komen-komen yang dibuat oleh tokoh Islam antarabangsa berkenaan, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, berdasarkan pelbagai isu yang dibangkitkan, jelas sekali parti tersebut selama ini menggunakan hukum agama untuk kepentingan politik.

"Pas selama ini telah memperalatkan banyak hukum agama kerana politik dan bagi mendapatkan kuasa," katanya.
Mengulas isu terbaru supaya ahli parti menangguhkan daripada mengerjakan haji, Nakhaie berkata, sepanjang pengetahuannya, permintaan seperti itu tidak pernah dibuat Pas sebelum ini.

"Saya tidak merasakan permintaan tersebut sebagai luar biasa kerana Pas sering menggunakan agama untuk kepentingan parti. Walaupun ibadah haji bukan kewajipan segera, saranan yang dibuat Pas itu adalah tidak wajar," katanya.

Sementara itu, bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Pas memang suka memperalatkan agama dan ini termasuk dalam isu supaya ditangguhkan ibadat haji.

"Kita minta Pas semak balik semua ajaran al-Quran dan hadis yang selama ini dia bawa, apakah ada satu ayat al-Quran dan hadis yang menyatakan PRU13 setaraf dengan fardu haji?

"Jika tiada ayat sedemikian, ia menunjukkan parti itu seolah-olah meletakkan kewajipan pilihan raya demi parti lebih besar dari Rukun Islam kelima ini," katanya.





PRU 13 : PEMBANGKANG DAPAT BANTUAN DARI JIRAN DI SELATAN!

Posted: 18 Jun 2012 04:23 AM PDT


PRU 13 : APABILA PAS "MEMUJA" ARTIS DARIPADA ULAMA!

Posted: 18 Jun 2012 04:18 AM PDT


PAS yang ada pada hari ini merupakan parti yang 'berkembang mekar' bersandarkan persepsi. Tiada yang jelas dalam PAS sekarang. Langkah pemimpin dan kepimpinan mereka tidak lagi sederap tetapi bersimpang-siur. Satu orang ke barat dan satu orang lagi ke timur.

Bagaimana mungkin parti besar yang dikatakan ramai bijak pandai dan ilmuwan membesar-besarkan satu-dua orang artis yang kononnya sudah pulang ke pangkal jalan. Jentera parti dan media mereka bersungguh-sungguh mempromosikan aktiviti mereka.

Kemanakah perginya bijak pandai dan ilmuwan PAS, mengapa mereka membisu dan tengelam? PAS sebenarnya telah lama dihantui oleh Anuar Ibrahim dan trio Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Guan Eng yang bakal memberi kesan besar kepada Islam, Melayu dan institusi di raja.


PRU 13 : MANIFESTO PAS ?

Posted: 18 Jun 2012 01:32 AM PDT


Pas juga berjanji akan menubuhkan Majlis Perundingan Agama bagi mengelak perselisihan pendapat mengenai agama antara rakyat berbilang kaum. Isu ini juga tidak berbangkit kerana sehingga kini belum ada keperluan mengenainya (tiada konflik agama). Sebenarnya bukan majlis perundingan yang ditubuhkan Pas sebaliknya Kelantan kini dibanjiri tokong Buddha gergasi di Tumpat dan Bachok.
Kelulusan pembinaan itu dikatakan dibuat demi menjaga hubungan Pas dengan kaum Cina dan Siam di negeri Kelantan dan yang peliknya Pas hanya membina sebuah masjid sahaja sepanjang 20 tahun mentadbir Kelantan. Inikah cara dan gaya sebuah parti politik yang dikatakan memperjuangkan Islam mentadbir.
Pada pilihanraya 1999 juga Pas berjanji akan memastikan rakyat mendapat bekalan air bersih yang berkualiti.  Bagi Pas isu bekalan air bersih tidak berbangkit kerana sehingga kini majoriti rakyat sudah mendapat bekalan air bersih yang berkualiti namun Pas lupa bekalan air bersih itu diperoleh hasil bantuan dan peruntukkan jutaan ringgit daripada kerajaan pusat.
Tanpa bantuan dan peruntukan yang disalurkan kerajaan pusat melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Kesihatan dan kementerian lain yang terbabit rakyat Kelantan sudah pasti gagal menerima bekalan air bersih seperti yang dijanjikan oleh kerajaan Pas.
Kegagalan-demi kegagalan Pas membuatkan rakyat mula muak. Pada pilihanraya umum 2004, Pas menerima kejutan besar aopabila rakyat mula sedar dan memilih calon Barisan Nasional sebagai wakil mereka akibatkannya Pas hanya menang lebih satu kerusi berbanding Barisan Nasional.
Namun tsunami politik pada 2008 membolehkan Pas memenangi majoriti kerusi dengan hanya 6 kerusi dimenangi oleh Barisan Nasional.
Kemenangan itu tidak banyak bezanya kerana pas tetap gagal melaksanakan manifestonya.

Pada tahun 2009, hudud dan qisas langsung dah tak sebut di hadapan khalayak umum sebaliknya yang disebut adalah mendidik masyarakat untuk memahami hudud dan qisas dan kemudian menerimanya dengan rasa senang walhal lebih 30 tahun dahulu, ayat yang sama juga telah disebutkan oleh Presiden UMNO pada ketika itu dan diulang semula pada tahun 1996 oleh Dr.Mahathir.
Pada pilihanraya 2008, Pas sekali lagi melancarkan manifesto yang sama iaitu Membangun Bersama Islam yang kononnya Kelantan telah menerajui perubahan dan mendahului negeri-negeri lain di Malaysia sedangkan pada hakikatnya semua itu hanyalah mimpin semata sebaliknya rakyat Kelantan terus terpinggir dibelenggu kemiskinan manakala orang mudannya pula berhijrah ke keluar Kelantan untuk mencari pekerjaan.
Hakikatnya, Pas hanyalah mengaburi mata rakyat dengan menggunakan islam sebagai alat.
Pas bangga apabila dapat melaksanakan pentadbiran dan perbandaran berteraskan syariah: Memulakan majilis rasmi dengan al-fatihah dan menutupnya dengan bacaan surah al-Asri dan tasbih kaffarah dan bekerja lima hari seminggu; MPKB- Bandar Raya Islam dengan menyatakan Kelantan negeri pertama yang mempoloporinya tanpa sedar di negeri lain juga perkara ini sudah lama dipraktikkan.
Janji Pas untuk memajukan pengajianTahfiz Al- Quran yang diiktiraf oleh Universiti Shubra Mesir, Pusat Pengajian Pondok dan Kolej Islam Antara- bangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) sehingga mendapat pengiktirafan Universiti al-Azhar Mesir serta pendidikan bersepadu (sains Islam) sehingga berjaya melahirkan pelajar cemerlang di peringkat Malaysia pada pilihanraya 2008 juga tidak dilaksanakan sebaiknya malah kemudahan yang disediakan di sekolah-sekolah pondok dan pusat pengajian tahfiz tidak disediakan dengan sempurna.
Janji Pas untuk terus menerajui perubahan dalam melaksanakan prinsip 'pembangunan Islam' berbanding negeri-negeri di bawah pemerintahan BN juga hanyalah angan kosong umpamanya janji untuk menaikkan taraf dan peranan masjid, memakmurkan masjid, menaikkan elaun imam dan kakitangan masjid tidak juga dilaksanakan.
Pas hanya membina sebuah sahaja masjid berkonsepkan tamadun Cina di Rantau Panjang. Jika benar Pas ingin mengimarahkan, memakmurkan masjid sudah tentu masjid-masjid yang sedia ada mendapat manfaatnya serta banyak masjid baru dibina tetapi yang berlaku sebaliknya.
Pas juga gagal memberikan hak untuk semua kaum seperti yang dijanjikan untuk melantik Penghulu Kaum mewakili masyarakat Cina, India, Siam dan Orang Asli, tanah untuk Orang Asli dan kebebasan dalam amalan beragama dan kebudayaan.
Memperkenalkan sistem mata wang dinar dan dirham merupakan antara impian yang telah Pas laksanakan di negeri ini. Namun perlaksanaan itu tidak memberikan kelebihan kepada semua rakyat sebaliknya hanya menguntungkan pihak-pihak tertentu sahaja. Tambahan pula perlaksanaan dinar dan dirham yang diperkenalkan Pas tidak mempunyai sistem yang terancang.
Pada masa yang sama Pas juag telah menguar-uarkan kepada rakyat yang kononnya selama lebih 18 tahun memerintah kerajaan Pas Kelantan telah berjaya menurunkan kadar jenayah dan masalah sosial tetapi jika dilihat kepada statistik yang dikeluarkan pihak berkeuasa Kelantan menduduki tempat ketiga tertinggi melibatkan gejala sosial seperti rogol, sumbang mahram, buang bayi dan sebagainya. Malah Ahli Jawatan Kuasa Pemuda Pas Negeri juga dikatakan terlibat di dalam kes melarikan anak dara orang dan berkahwin di sempadan. Jika inilah keadaannya apa yang perlu Pas banggakan?
Paling hebat Pas berjanji untuk mengagihkan kekayaan sama rata kepada rakyat tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Pas hanya menambahkan kekayaan kroni-kroninya sahaja.
Selain itu Pas juga tidak lari dari terbabit dengan kes rasuah biarpun lantang menuduh lawannya mengamalkan rasuah.
Sesungguhnya Pas Kelantan gagal melaksanakan janji manifesto yang telah dibuat terhadap rakyat termasuklah pembinaan keluarga berteraskan konsep al-mawaddah (kasih sayang) dan as-sakinah (ketenangan) melalui pelaksanaan baitul al-mawaddah ke arah melahirkan wanita Kelantan yang sempurna sifat keibuannya.
Janji Pas untuk membina pusat usahawan kepada belia dan beliawanis di negeri ini juga dilihat hanyalah umpan untuk memancing undi semata kerana sehingga kini pusat tersebut tidak pernah terbina.
Perancangan untuk membina bandar yang berkonsepkan bandaraya Islam, bandar satelit di Pasir Tumbuh Bandar Baru Dabong dan Bandar Baru Pulai Chondong,  pelaksanaan  ciri-ciri  bandar Islamik ke setiap jajahan dan Gua Musang sebagai pusat ilmu tidak dilaksanakan.
Janji Pas untuk menjadikan Bachok sebagai bandar pelancongan Islam juga gagal sebaliknya Pas hanya menaiikan 'banner' untuk memberitahu rakyat tanpa menyediakan pelan perancangan khusus untuk melaksanakannya.
Dari segi ekonomi Pas berjanji untuk membangunkan industri IKS yang dianggap sebagai penggerak ekonomi moden negeri Kelantan dengan menyediakan bantuan, insentif khas, pengecualian cukai pintu dan khidmat penyampaian. Hakikatnya bantuan tersebut bukan disediakan oleh Pas sebaliknya bantuan diperolehi golongan terbabit daripada agensi berkaitan di bawah peruntukan yang disediakan kerajaan pusat.
Impian Pas untuk membangunkan Bandar Baru berkonsepkan 'bandar untuk semua'; rakyat berpeluang memiliki ekuiti (harta) atas projek yang dimajukan dan bagi yang terlibat dengan pengambilan tanah, 50 peratus bayaran pengambilan boleh dilaburkan ternyata gagal. Buktinya ia terjadi kepada penduduk di kawasan Lembah Sireh apabil atanah-tanah mereka dibeli dengan harga yang murah dan mereka hilang hak.
Pas bukan sahaja gagal membangunakan ekonomi penduduk tetapi juga gagal dalam merancang perbangunan pertanian seperti projek ladang depu, penanaman pokok jarak, jagung manis dan memajukan industri hiliran yang akan meningkatkan ekonomi petani luar bandar dan projek Halal Hub sebagai pusat per-tumbuhan dan pemasaran pelbagai produk makanan halal negeri.
Pas juga gagal melaksanakan penubuhan Darul Niswah yang merupakan pusat sehenti untuk membimbing, membantu dan melatih wanita ke arah wanita berdikari dan kemajuan sosio-ekonomi melalui program Cakno Wanita Kelantan.
Janji Pas untuk menyelesaikan masalah pemilikan tanah mellaui skim pemilikan tan ah untuk lot kediaman terutama kepada rakyat miskin juga dilihat tidak berjaya sepenuhnya kerana ia hanya menguntungkan kroni sahaja.
Pembalakan dan penerokaan haram yang dikatakan akan dibendung juga gagal sebaliknya ia terus berlaku secara berleluasa terutama di Gua Musang dan Lojing.
Memperluaskan peranan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan dari segi kebajikan rakyat miskin, termasuk mendahulukan baya- ran premium bagi peserta yang layak yang dijanjikan Pas juga tidak jelas kerana yang mendapat manfaat daripada program itu tidak berikan secara telus.
Selain itu Pas juga mengalamai masalah melaksanakan projek kayu gaharu, kambing jamnapari dan menyelesaikan masalah membabitkan peniaga yang dipindahkan ke Bazar Tok Guru dan Bazar Tengku Anis. (akan dibuat khusus yang ini sekarang tgh cari maklumat).
Kesimpulannya Pas hanya menggunakan janji manis untuk memperdayakan rakyat di negeri ini dan kelemahan pentadbiran Pas yang berpunca dari kelemahan pimpinan terutama Datuk Nik Abdul Aziz Nik mat menjadi punca kegagalan pentadbiran Pas dalam melaksanakan manifestonya

MESEJ PRESIDEN UMNO.

Posted: 18 Jun 2012 01:21 AM PDT

SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KE 62.

MAKSUD "GAME CHANGER"

BUAT RENUNGAN UMNO JASIN.

 JIKA UMNO TIDAK MEMAHAMI REALITI BARU LANDSKAP POLITIK NASIONAL, BAGAIMANA UMNO DAN BN MAHU BERJAYA REALITI BARU?

MEDIA BARU: UMNO HARUS MENGUASAI MEDIA BARU, KERANA HARI INI, DETIK INI, IA MAMPU MENENTUKAN KEMENANGAN ATAU KEKALAHAN. IA BERUPAYA MENTADARKAN 'THE PLAYING FEILD' ATAU IA TURUT BOLEH MENJADIKAN SATU PERTARUNGAN ITU TIDAK SETARA. DARI YANG DEMIKIAN , ORANG UMNO WAJIB MENGETAHUI CARA-CARA UNTUK MEMANFAATKAN MEDIA BARU DEMI SURVIVAL PARTI.

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian