Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 16 Jun 2012

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

sumber :-

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


SPECIAL NUMBER PLATE

Posted: 15 Jun 2012 06:53 PM PDT


SPECIAL NUMBER PLATE: Critic of sultan had obtained AGS 10 for free

The former Perak menteri besar's official car, bearing the AGS10 number plate.
The former Perak menteri besar's official car, bearing the AGS10 number plate.
PUTRAJAYA: OFFICIAL records show that the strongest critics of the sultan of Johor and health minister in the  WWW vehicle registration issue, had themselves used their positions to obtain  "golden" numbers  for their cars.
Former Perak menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, whose plate number AGS 10, once adorned his Toyota Camry, had used the number until the car was sold.
The Camry was procured by the office of the state secretary in January 2009 and was the same one that turned turtle in front of the Perak Umno building in January 2010. Nizar, who suffered minor injuries in the accident, extricated himself out of the vehicle and waved to the crowd.
Nizar later admitted hat he had exceeded the speed limit.
Records obtained by the New Straits Times showed that the tender for the number, categorised as "golden" (meaning it must fetch no less than RM10,000 in a tender), was made under the name "YAB menteri besar Perak".
While AGS 10 was sold that year for RM60,000, records show that the "offer price", "total" and "deposit" from Nizar were RM0.00.
Under Nizar's administration, at least eight other special numbers were obtained by the state secretary's office for the use of its "financial officers".
The numbers AFD 33 and AFF 88 were bought for between RM200 and RM9,500.
Nizar had incurred the wrath of the people of Johor and Sultan Ibrahim Sultan Iskandar when he tweeted that the RM520,000 paid by the Johor ruler for the much-coveted WWW 1 number plate could have been put to better use.
Sultans are allocated seven free numbers each.
It is understood that a Proton Perdana Executive V6, bearing the plate number BKC 1818, is also being used by Nizar.
Perak Barisan Nasional Youth chief Khairul Azwan Harun said Nizar should not have made those statements, seeing his own penchant for unique numbers.
"When he, too, was entitled to a special number, Nizar should have followed his own advice to the sultan of Johor and sold off the number, so that the state government could use that money to help the rakyat."
Records also showed that one Abdul Hadi Awang was the first and current owner of PAS 12, while one Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz is the owner of PAS 17.
The licence plate PG 1, currently takes pride of place on Penang Chief Minister Lim Guan Eng's Mercedes-Benz.
The number was inherited from the previous state administration.
Penang Wanita MCA chief Tan Cheng Liang called on Lim to auction off the number and put the money into the state's coffers.
Tan said she could not understand why Pakatan leaders made an issue over the WWW 1 and WWW 15 numbers, unless it was to help their campaign to take over Putrajaya.
She said this was part of the opposition's smear campaign and it had incited anger among the Chinese community towards MCA deputy president Datuk Seri Liow Tiong Lai and MCA.
"If Lim thinks it's morally wrong for Liow to use his allocation for a free number as a minister, then Guan Eng has no business using PG 1. At least Liow returned the number and proceeds from it would go to the government's coffers."
The NST was unable to obtain a response from Lim as it had been the policy of the state government not to engage with this newspaper.
Lim had said that it was an abuse of power if the Road Transport Department had given the MCA deputy president the WWW 15 number plate.
The RTD said it had offered the number to Liow as he was eligible as a minister to receive it for free. Liow then rejected the offer. Additional reporting by Looi Sue-Chern


Read more: Nizar had had 'golden' number - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/nizar-had-had-golden-number-1.95122#ixzz1xuv1oxMS

GULINGKAN BN?

Posted: 15 Jun 2012 06:48 PM PDT


Usaha gulingkan pemerintahan BN?


Coleman mendedahkannya dalam Rogue Nation: why America is the most dangerous state on earth (2003); Bodansky, The secret history of the Iraq war (2004"MALAYSIA tidak terkecuali daripada proses pertukaran pemerintahan negara menerusi aktiviti segelintir pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik tertentu 'yang menerima bantuan kewangan dari Amerika Syarikat (AS)," (Mahathir, 18 Februari 2012).

Amaran bekas Perdana Menteri ini berasas. Dakwaan AS melakukan pembunuhan pemimpin tertinggi dan pertukaran rejim di sesebuah negara asing, sama ada secara langsung atau menerusi bantuan proksinya di negara sasarannya memang berlaku sejak era Perang Dingin. Tindakan ini dilakukan atas alasan ideologi, ekonomi atau geopolitik. Anehnya, sesiapa yang mendedahkan tindakan ini dilabelkan sebagai pengamal teori konspirasi, pemfitnah atau penyebar kepalsuan terhadap AS.

Ini dihuraikan oleh penulis Barat - Kahin & Kahin dalam Subversion as foreign policy: the secret Eishehower and Dulles debacle in Indonesia (1995); Johnson, Blowback (2000); Blum, Rogue Nation (2001); Chomsky, The Culture of Terrorism (1988) serta Profit over peopleneoliberalism and global order (1998); dan Rogue Nation: the rule of force in world affairs (2000).
); Mearsheimer & Walt, The Israel Lobby and US foreign policy (2006); Chomsky & Archer, Perilous Power: the middle east and US foreign policy (2007).

Seluruh karya ini mendedahkan liciknya AS melaksanakan operasi hitam yang diselindungkan di sebalik dasar luar, dasar ekonomi atau dasar geopolitiknya di sepanjang era Perang Dingin, pasca-Perang Dingin dan pasca-911. Tindakan ini lazimnya dilaksanakan menerusi alasan yang saha seperti menumpaskan pengaruh komunis, memusnahkan elemen anti-demokrasi, memerangi teroris Muslim sejagat, mencegah perebakan senjata pemusnah (WMD), atau menegakkan demokrasi liberal.

Majoriti tindakan ini ditumpukan ke Asia Barat, Asia Tengah, Asia Tenggara dan Asia Timur. Mutakhir ini, ia difokuskan ke Afrika Utara. Di era Perang Dingin, negara-negara Amerika Latin dan Carribean tidak terkecuali. Ini membuktikan amaran Tun Dr. Mahathir Mohamad bukannya fitnah. Beliau sering mengungkapkan perkara ini sewaktu menerajui negara menerusi kritikan terhadap penjajahan baru pihak Barat.

Dr. Mahathir mengkritik perkara ini sebab sesiapa yang enggan akan diganggu, dikenakan sekatan, diancam dan ditekan. Ini kerana pengamalan demokrasi liberal adalah strategi halus kuasa-kuasa Barat melaksanakan neo-imperialismenya di era pasca Perang Dingin (Mahathir 2003:57).

Atas kesedaran inilah Dr. Mahathir mengasaskan penubuhan Kumpulan Ekonomi Asia Timur (EAEG) pada awal 1990-an untuk mencegah keleluasaan AS di era globalisasi. Namun kerana inilah juga "AS mula memulas tangan" (Mahathir 25 April 2011).

Lantas "AS memberitahu Jepun untuk membantah. AS meminta Korea Selatan supaya menentang. Lebih serius lagi, AS juga berjaya mempengaruhi dua negara anggota ASEAN, Singapura dan Indonesia, untuk menolak EAEG" (ibid). Selepas EAEC ditolak oleh ASEAN, Dr. Mahathir menyetujui cadangan Indonesia mewujudkan EAEG.

Bila EAEC dan EAEG tidak jadi kenyataan, semangat EAEC dijelmakan ke dalam ASEAN+3 dukungan Korea Selatan selepas kegawatan krisis mata wang Asia 1997. Berikutan penubuhan ASEAN+3, sekumpulan pengkaji dilantik oleh pertubuhan ini mencadangkan kewujudan East Asia Summit (EAS) atau Sidang Kemuncak Asia Timur (Kim 2004: 123).

Barat tidak senang dengan kejayaan Malaysia ini. Akibatnya, Malaysia diserang "oleh sekurang-kurang 300 NGO asing yang berpangkalan di AS, Britain, Australia dan Jepun (Ruhanie 2011:66). NGO asing ini menggugat ekonomi dan politik Malaysia menerusi 'isu alam sekitar yang dikaitkan dengan pembalakan hutan tropika; hak asasi manusia yang dikaitkan dengan ISA; [dan] kebebasan akhbar yang dikaitkan dengan amalan demokrasi liberal' (ibid).

Malaysia juga difitnahkan oleh filem The last blockade terbitan Britain kononnya menindas kaum Penan menerusi kerja pembalakan di Sarawak; filem The turtle beachterbitan Australia (1992) kononnya rakyat Malaysia membunuh pelarian Vietnam; dan filem terbitan BBC kononnya kerajaan Malaysia menindas keturunan India.

Barat menggunakan pendekatan rencam ini untuk menghuru-harakan Malaysia. Ini kerana mereka tidak dapat mengharu-biru Malaysia seperti di Indonesia pada akhir 1950-an - termasuk percubaan membunuh Presiden Sukarno seperti dihuraikan oleh Kahin & Kahin (1995).

Barat mutakhir ini tidak lagi menggunakan strategi di atas. AS sudah mempunyai tali barutnya yang terdiri daripada segelintir NGO dan parti-parti politik tertentu di Malaysia, terutama sekali yang dipercayai menerima dana bantuan darinya secara langsung atau sebaliknya.

Barat kini berusaha melakukan pertukaran pemerintahan Malaysia menerusi prinsip peribahasa Melayu 'hanya kayu yang dapat menumbangkan pokok kayu.' Tanda-tanda ke arah ini sudah kita saksikan sejak gerakan jalanan di negara ini mulai 2011. 'Kayu' dalam konteks ini adalah 'hulu kapak' sementara 'pohon kayu' adalah Barisan Nasional (BN), dulunya Perikatan, yang memerintah Malaysia sejak 1957.

Oleh kerana dasar luar kerajaan BN adalah berkecuali, inilah sebabnya BN perlu ditukar dengan kerajaan baru yang boleh dijadikan kuda tunggangan dalam konteks geopolitik AS di Asia Tenggara di abad ke-21.

 Ini kerana abad ke-21 adalah abad Asia - benua yang kaya dengan sumber petroleum, mempunyai perairan strategik seperti Selat Melaka dan Laut China Selatan, dan China selaku kuasa ekonomi sejagat.

Inilah maksud amaran Dr. Mahathir di Melaka baru-baru ini. Jika 'hulu kapak' ini diredhakan menukar pemerintahan di Malaysia, kedaulatan negara kita akan tergadai, dan kita semualah yang menggadaikannya!


 RUHADATUKNIE AHMAD ialah bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Johor, 1990-2004

MULUT TEMPAYAN YANG TIDAK BOLEH DITUTUP....

Posted: 15 Jun 2012 06:41 PM PDT


Siapa Lagi Yang Akan Tolong Azmin Tutup Mulut?

Melihat gelagat Azmin Ali dalam tempoh terdekat ini, sememangnya sudah cukup untuk memberitahu kita bahawa kekasih gelap Anwar Ibrahim itu berada dalam keadaan yang sangat terdesak. Terdesak untuk mempertahankan kuasa dan keberadaannya dalam politik negara menjadikan Azmin Ali cuba menggunakan kesemua sumber yang dia ada.
Ampang membekalkan kekayaan yang menambahkan lagi luar biasanya jumlah kekayaan yang dimiliki oleh Azmin Ali. Bukan lagi rahsia besar bagaimana Azmin Ali dengan dibantu oleh Zuraidah Kamaruddin merompak 'kekayaan' MPAJ menerusi proksi-proksi mereka setelah kejayaan Khalid Ibrahim menyingkirkan Alam Flora Sdn. Bhd. dalam kerja-kerja pembersihan dan sisa pepejal di seluruh Selangor.
Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin sebenarnya tidak bersendirian. Di seluruh Selangor, para pemimpin PKR dan DAP juga sibuk berebutkan kekayaan negeri untuk tembolok dan perut sendiri. Sehinggakan ada yang menggunakan samseng dan bekas penjenayah sebagai proksi dan kakitangan mereka, bagi memastikan mereka dapat mengaut kekayaan negeri ini.
Zuraidah dan Azmin Ali di Ampang merupakan pemimpin kanan Pakatan Rakyat Selangor yang terlibat menggunakan tenaga samseng dan penjenayah serta bekas penjenayah. Beberapa orang Ahli Majlis MPAJ telah pun disahkan sebagai pemilik pusat-pusat hiburan haram, selain terlibat dengan kegiatan ceti haram, bahkan pengedaran najis dadah, telah diambil oleh kedua-dua orang pemimpin kanan PKR itu untuk mewakili kepentingan mereka di MPAJ.
Serangan yang dilakukan oleh Raja Petra Kamaruddin terhadap Azmin Ali, membuatkan Timbalan Presiden PKR itu terkedu dan terkesot. Agak aneh juga, Anwar Ibrahim yang cukup gah dengan slogan LAWAN TETAP LAWAN, langsung tidak berani  mengangkat muka terhadap pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Raja Petra Kamaruddin yang suatu ketika dahulu cukup dibanggakan oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
Begitu juga dengan pendedahan tentang harta kekayaan melampau yang dimiliki oleh Azmin Ali serta tidak sepadan dengan pendapatannya, cuma dinafikan oleh Azmin Ali dengan nada yang tidak bersungguh-sungguh. Tiada lagi LAWAN TETAP LAWAN, sebaliknya Azmin Ali mahupun Anwar Ibrahim memilih untuk tidak mengendahkan persoalan berkenaan.
Dalam keadaan sekarang, dapat dilihat dengan jelas bagaimana Azmin Ali sebenarnya sedang tersepit. Selepas 'disumpah' oleh ibunya sebagai anak derhaka, ulah dan musibah tidak henti-henti melanda Azmin Ali. Lebih malang lagi, musibah yang melanda Azmin Ali tidak terhenti setakat dirinya sahaja, bahkan turut menjadi tempias yang mengenai batang tubuh setiap orang ahli keluarganya. Sehinggakan cerita lama bagaimana dia menukar darah anak-anaknya untuk membuktikan bahawa salah seorang anaknya adalah anak kandungnya, kembali terdedah.
Dan sama seperti dalam kes-kes yang lain, Azmin Ali terpaksa tutup mulut tentang hal berkenaan terutama sekali apabila didedahkan, darah yang digunakan sebagai sampel untuk perolehan DNA, diserahkan sendiri oleh Azmin Ali kepada pihak klinik yang diupahnya, bukan kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisa.
Dari semasa ke semasa, Azmin Ali terus didedahkan sebagai petualang yang sanggup memperdagangkan isteri dan anak-anaknya demi mencari kemasyhuran dan kekayaan. Dan setiap kali pendedahan dibuat, Azmin Ali akan tutup mulut dan berpura-pura tidak ambil pusing dengan segala macam persoalan berkenaan.
Anwar nampaknya tidak mampu lagi melindungi Azmin Ali daripada terus kena serang. Sebabnya, Anwar sendiri tidak menang tangan untuk menepis setiap persoalan terutama tentang beberapa akaun kewangan yang bernilai lebih RM30 bilion miliknya yang dijaga dan diatasnamakan kepada kroni-kroninya.
Siapa lagi yang akan menolong Azmin menutup mulutnya rapat-rapat?
Rasa-rasanya, Azmin Ali hanya mampu mendiamkan diri tetapi pada masa yang sama, dia juga sedar, dosa-dosanya sedang memburunya sehinggalah dia kembali ke liang lahad!!

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian