Isnin, 18 Jun 2012

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Masih segar dalam ingatan

Posted: 17 Jun 2012 07:58 PM PDT

Walaupun  ianya telah hampir 2 bulan berlalu,namun peristiwa hitam yang melanda negara tempoh hari masih segar diingatan..lihat betapa kotornya permainan politik mereka yang kononnya mengatakan perhimpunan "duduk dan bantah"bertukar menjadi berdiri dan menimbulkan provokasi.
Persoalannya di sini,betul ke jumlah kehadiran para peserta bersih dianggarkan mencecah 500k?hahhaaa,kalau jumlah tu yang hadir,KP rasa mau lumpuh KL dan sudah pastinya kekuatan anggota keselamatan mesti lebih daripada itu,ni tak,pihak berkuasa boleh dikira jumlahnyanya..KP rasa yang hadir pada hari tersebut sekitar 20-25K sahaja..pasal tu mereka tak mahu gunakan stadium. Kalau guna stadium,pastinya jumlah merekaboleh diketahui,pandai betul merekaspinkan gambar ye,yelah kalau tak pembohongan bukanlah pakatan namanya.
Baru-baru ini,KP bersama rakan lain telah berkesempatan melihat sendiri dengan mata kepala KP sendiri video tentang perhimpunan itu bersama-sama dengan penduduk di sekitar daerah Kuala Langat,kat situ ada jugak sahabat-sahabat luar yang hadir,tapi KP tak kisahlah,biar mereka tengok dan lihat sendiri apa yang sebenarnya berlaku,mudah-mudahan mereka boleh berfikir dengan cara yang matang tentang bagaimana pihak polis dikasari,dimaki hamun dengan kata-kata yang tak manis serta banyak lagi insiden yang selama ini tidak diketahui..apa yang menyayat hati KP,pabila lihat satu rakaman video dimana salah seorang anggota polis yang sedang dirawat di dalam ambulan diserang oleh seorang pemuda.Apa salah anggota terbabit?Salahkah pihak polis menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan kepadanya untuk menjaga ketenteraman awam!Bagi KP,tindakan tersebut memang tidak boleh dimaafkan!

Perhimpunan ini sebenarnya gagal..sebabnya,lain yang mereka kata,lain pula yang mereka buat.bahkan,sanggup mengikari perintah mahkamah,jika sistem keadilan tidak dihormati,sistem apakah yang harus dipakai?Nampak sangat,ianya hanyalah satu agenda untuk menjatuhkan kerajaan serta mempunyai kepentingan individu yang bercita-cita untuk menawan Putrajaya.


Tiada ulasan:

Pengikut