Jumaat, 4 Mei 2012

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


GENERASI MUDA PERLU MENGIMBAU PERJUANGAN TERDAHULU

Posted: 03 May 2012 08:27 PM PDT


 Generasi muda perlu mengimbau kembali perjuangan yang dilakukan oleh golongan berkenaan untuk meneruskan perjuangana mereka yang terdahulu ketika memperjuangkan kemerdekaan lebih 50 tahun lalu.





Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata peranan generasi muda pada zaman dahulu ketika merintis kemerdekaan begitu besar tanpa mengira latar belakang pendidikan masing-masing.

"Peranan generasi muda amat penting, dahulu ketika ingin merinstis kemerdekaan peranan generasi muda begitu signifikan sekali, sama ada mereka di sekolah pondok hinggalah ke maktab perguruan seperti Maktab Perguruan Sultan Idris peringkat yang lebih tinggi sama ada di dalam atau luar negara.

"Walaupun kita sudah mencapai kemerdekaan lebih daripada 50 tahun, namun pengisian generasi muda amat penting untuk bersama-sama membina sebuah negara untuk dinikmati oleh semua rakyat," katanya.
Menurutnya, pengimbauan semula pembabitan generasi muda amat penting bagi memastikan generasi sekarang dapat mempelajari untuk memastikan pemerintahan Barisan Nasional yang ditunjanggi UMNO terus dipertahankan.

Rosnah berkata Barisan Nasional sebuah kerajaan yang telus dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sejajar slogan Rakyat di Dahulukan, Pencapaian Diutamakan. 

Sumber Berita – Media UMNO

Tiada ulasan:

Pengikut