Puteri Bahagian Segambut |
- Kalah Kes Liwat, Adakah Yusof Bersekongkol Dengan Anwar?
- Selepas peraturan BAFIA dicabul, mana tindakan lanjut...
- Gigs #HBN2012 di Port @BeeAntBlues Malam ini
Kalah Kes Liwat, Adakah Yusof Bersekongkol Dengan Anwar? Posted: 23 May 2012 07:00 PM PDT BUKAN sedikit mata yang terbeliak di hari perbicaraan Anwar dalam isu Bersih pagi tadi. Semuanya gara-gara melihat peguam yang mewakili Anwar, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, bekas peguam cara II negara, yang juga mengetuai barisan pendakwaan kes liwat Anwar dan Saiful Bukhari. Ia seolah-olah melihat Mahathir berpegang tangan dengan Anwar, sehari selepas memecatnya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998.
Yusof dengan rasmi melepaskan jawatan sebagai Peguam Cara II Negara, beberapa hari sebelum Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012.
Sementara ramai yang beranggapan, Anwar menang kes tersebut kerana Hakim terkhilaf dalam penghakimannya, tindakan Yusof kini menimbulkan kesangsian sama ada ketua pendakwaan sendiri pun ada memainkan peranan juga dalam pembebasannya.
Bagaimana dan berapa besar peranan yang dimainkan Yusof, penulis tidak pasti, tapi penulis yakin ada dan semua ini menuntut Yusof tampil memberikan penjelasan apa sebenarnya yang berlaku. Lagipun kita sedang cakap Yusof sebagai peguambela sekarang, bukan Yusof sebagai peguam cara, dan kebetulan golongan peguam kini ada isu kredebiliti dan intergriti yang serius
Sekarang fahamlah kita kenapa kes Anwar ini tertangguh sekian lama tanpa dicabar pasukan Pendakwaan. Fahamlah kita kenapa banyak kesilapan-kesilapan bodoh dari pihak pendakwaan dibuat dalam kes ini antaranya kegagalan mendesak Anwar mengemukakan saksi alibi yang nama-nama mereka dikemukakan kepada Mahkamah oleh Karpal Singh sebaik Anwar diarah untuk membela diri.
Begitu juga dengan tindakan menamakan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif sebagai sebagai sebahagian dari pasukan pendakwaan walaupun tahu beliau ada 'isu' dengan Saiful Bukhari. Soal kebenaran disebalik 'isu' yang dibangkitkan itu tidak penting, yang penting kegagalan mengenal pasti masalah yang timbul telah menyebabkan kes tersebut hampir sahaja dibuang oleh Mahkamah.
Dan siapa yang patut bertanggungjawab dalam soal ini? Penulis yakin Yusof, kerana sebagai ketua pendakwaan, dia yang bertanggungjawab memilih timbalan pendakwa raya mana yang layak untuk membantunya dalam mengendalikan kes tersebut.
Penulis yakin, semua kegagalan ini memainkan peranan penting dalam mendorong Hakim membuat keputusan membebaskan Anwar dari kesalahan meliwat Saiful.
Yusof tidak perlu menjawab kepada media (apatah lagi yang pro pembangkang) seperti yang dilakukannya sebentar tadi. Yusof perlu menjawab kepada rakyat kerana sepanjang dia berkhidmat di Jabatan Peguam Negara, wang rakyatlah yang membayar gajinya.
Ini bukan soal kecil, ini soal serius yang membabitkan intergriti pejabat Peguam Negara sebagai satu-satunya badan yang mempunyai keputusan penuh untuk meneruskan atau tidak sesuatu kes pendakwaan. Begitu juga dengan menentukan sama ada rayuan akan dibuat ke peringkat Mahkamah yang lebih tinggi atau tidak.
Kita bimbang ada unsur-unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa terlibat. Takkanlah semuanya terjadi secara kebetulan? Kalau benar Yusof 'dibeli' semasa mengendalikan kes Anwar, perbicaraan semula perlu diadakan dengan barisan pendakwaan yang baru.
Silap-silap, Peguam Negara pun perlu letak jawatan. |
Selepas peraturan BAFIA dicabul, mana tindakan lanjut... Posted: 23 May 2012 05:00 PM PDT SUATU ketika dahulu, negara dikatakan berada di bawah pemerintahan kuku besi kerana pihak berkuasa bertindak pantas dan tegas terhadap anasir jahat mahupun yang berniat jahat. Malahan, di kalangan warga media sendiri tidak dikecualikan daripada tindakan jika didapati melanggar perundangan negara seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) atau mana-mana undang-undang lain dalam hasil karya mereka. Bagaimanapun, kini terdapat golongan tertentu yang cuba mengambil kesempatan terhadap ketelusan dan keterbukaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan cuba berselindung di sebalik pendekatan kesederhanaan kerajaan untuk menghalalkan perbuatan yang nyata sekali satu jenayah. Jika sebelum ini profesion guaman dilihat tercalar akibat penglibatan sebilangan anggota dalam agenda politik, kini tiba pula giliran industri kewangan menerima nasib serupa. Jenayah mendedahkan maklumat sulit perbankan dan kewangan individu mahupun syarikat telah beberapa kali dilaporkan berlaku bukannya atas kepentingan ramai tetapi melibatkan agenda politik. Umpama 'niat manghalalkan cara' beberapa anggota parti politik pembangkang dilaporkan telah mencabul Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 apabila mendedahkan maklumat rahsia seteru mereka dan perkara itu juga disyaki melibatkan orang dalam institusi kewangan sendiri. Dalam usaha melepaskan diri daripada dipertanggungjawabkan terdapat pula gerakan menghalalkan perbuatan membocorkan rahsia kewangan itu kononnya atas dasar mendedahkan kepincangan, dan demi kepentingan umum. Walaupun terdapat banyak saluran disediakan termasuk oleh Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendedahkan maklumat berlakunya kepincangan, pihak terbabit tetap memilih untuk menyebarkannya kepada media dan umum demi menimbulkan kekeliruan serta syak wasangka. Sejauh mana alasan 'kepentingan umum' dapat diterima demi menghalalkan perbuatan melanggar undang-undang untuk kepentingan peribadi pihak atau golongan tertentu sahaja? Adakah sekadar menghalalkan pendedahan maklumat sulit pemimpin dan kenamaan sahaja atau mungkin rahsia mana-mana rakyat negara ini juga boleh dikongsi dengan masyarakat dunia? Sama ada individu yang mendedahkan mahupun orang dalam indusrti kewangan yang dikatakan terlibat, adakah mereka akan diambil tindakan setelah menjatuhkan kredibiliti warga perbankan dan institusi kewangan negara? Bagi Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE), J. Solomon, sebarang maklumat pelanggan bank tidak boleh didedah tanpa kebenaran kepada mana-mana pihak luar kerana semua itu adalah rahsia sulit. "Pekerja bank yang memegang mana-mana jawatan sekalipun tidak boleh beri maklumat pelanggan kepada orang luar. Nube mahu dakwaan penglibatan seorang kakitangan bank dalam kes kebocoran maklumat kewangan baru-baru ini disiasat sama ada benar atau berlaku secara lain (kecurian)," Katanya. Tegasnya, jika ada bukti kukuh penglibatan kakitangan bank, ia tidak boleh diterima sama sekali kerana telah ditetapkan dibawah BAFIA maklumat pelanggan itu perlu dirahsiakan. Beliau turut menjelaskan, pihak bank masing-masing mempunyai prosedur tindakan tersendiri dalam menguruskan kejadian tersebut jika terbukti kakitangan mereka terlibat. "Nube hanya akan membantu kakitangan bank itu jika didakwa tanpa bukti kukuh tetapi pihak kesatuan tidak akan bersetuju dengan perbuatan mendedahkan rahsia itu jika terdapat bukti kukuh. "Terdapat prosedur dalaman dan juga mahkamah dalam situasi ini dan kita akan ikut tindakan majikan jika memang ada bukti kukuh penglibatan kakitangan tersebut," ujarnya. Beliau turut mengingatkan kesemua ahli NUBE mahupun kakitangan bank yang lain agar tidak terlibat dengan sebarang perbuatan pecah amanah sedemikian. Solomon menegaskan, selain hubungan pekerja dan majikan, kakitangan institusi kewangan juga tertakluk kepada perjanjian kolektif kesatuan dan juga undang-undang negara. "Janganlah kerana politik kita terlibat dengan perbuatan begini, semua kakitangan perlu menjaga tanggungjawab mereka kepada pelanggan. Kita tidak boleh terlibat dengan sesuatu yang bercanggah dengan polisi sedia ada, walau apa pun ideologi politik kerana ini amanah daripada pelanggan," jelasnya. Beliau turut menasihatkan mana-mana kakitangan bank yang terlibat kepincangan atau salah laku, termasuk perbuatan membocorkan maklumat agar melaporkannya kepada majikan atau saluran yang telah disediakan. "Jika takut ataupun pekara itu melibatkan kakitangan berjawatan lebih tinggi, mereka juga boleh melaporkan kepada NUBE atau Bank Negara dan identiti mereka akan dirahsiakan. Tidak perlu risau untuk tampil ke depan bersama bukti yang kukuh jika nampak atau tahu sesuatu yang tidak kena berlaku," tegasnya. Tambahahnya, perbuatan mendedahkan rahsia kewangan mana-mana individu mahupun syarikat tanpa kebenaran pemiliknya perlu disekat dengan segera kerana ia umpama penyakit berjangkit yang mudah merebak. "Kita perlu halang segera perbuatan sebegini kerana bukan sahaja akan menjejaskan imej bank yang terlibat malahan semua industri perbankan dan institusi kewangan negara." katanya. Tokoh ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam juga berharap Bank Negara bertindak pantas dan tegas terhadap pihak yang terlibat dalam melanggar peruntukan BAFIA dan mendedahkan nama-nama individu mahupun syarikat tanpa kebenaran. "Peruntukan BAFIA kita kena ikut, jika berlaku kesilapan atau tidak ikut maka keadaan akan menjadi teruk. Jika bank negara tidak ambil tindakan tegas, orang tidak akan pedulikan BAFIA lagi kelak dan keresahan orang ramai juga pasti sukar untuk dikawal." jelasnya. Beliau berpendapat, tahap keyakinan terhadap sistem perbankan dan institusi kewangan tempatan juga boleh menurun ada perbuatan terebut, seterusnya menjejaskan pelaburan domestik dan juga dari luar. "Banyak implikasinya. Kes-kes melanggar undang-undang perlu diambil tindakan pantas dan tegas, jika tidak orang akan ingat bank negara dipengaruhi orang politik. Semua agensi mempunyai sistem kawalan mereka sendiri. Bank negara juga jangan lemah dan ikutlah sistem sedia ada untuk bertindak," ujarnya. Tambahnya, orang ramai juga kini sedang tunggu dan lihat perkembangan isu berkenaan serta mula mempersoal kenapa belum ada tindakan diambil pihak berkuasa. Tegasnya lagi, jika tidak bertindak dengan segera, kejadian mendedahkan maklumat rahsia perbankan dikhuatiri akan menjadi semakin teruk kelak. Sumber: Utusan Malaysia |
Gigs #HBN2012 di Port @BeeAntBlues Malam ini Posted: 23 May 2012 02:58 AM PDT Tak kira apa genre muzik kegemaran anda, semua bakal disajikan malam ini bermula jam 8.30 malam oleh barisan penyanyi solo, duo dan berkumpulan. Lokasi pentas adalah di Bee Ant Blues Port (Persiaran Perdana, Precint 4) sempena Himpunan Jutaan Belia 2012. Bakat-bakat baru yang bakal menempa nama di pentas hiburan tanahair yang dicungkil dari pertandingan BN Youth Music akan menggegarkan Putrajaya malam ini. Jangan lepaskan peluang untuk berhibur bersama kami.... Jom ke BEE ANT BLUES port... Pasti osemmm!! |
You are subscribed to email updates from Puteri Bahagian Segambut To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan