Puteri Bahagian Segambut |
- Bukit Jalil Sesak Gara-gara #BNYouthJobFair2012 #UMNO66 @TengkuAdnanReal @UMBKL
- @UstazAzharIdrus Suruh Pilih UMNO PRU13 Nanti
- @NajibRazak Dedah 7 Rahsia #UMNO66
- Video Rusuhan Di Bukit Jalil Malam Tadi @umbkl @tengkuadnanreal #UMNO66
Bukit Jalil Sesak Gara-gara #BNYouthJobFair2012 #UMNO66 @TengkuAdnanReal @UMBKL Posted: 12 May 2012 01:45 AM PDT Sekarang GR berada di Karnival Sambutan Ulangtahun UMNO 66. BN Youth Job Fair di sini mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan walaupun ketika ini hujan lebat di sini. Rata-rata pengunjung yang hadir mereka berkata program ini sungguh baik untuk mereka demi mencari pekerjaan yang baru dan boleh memperbaiki masa depan mereka dengan lebih baik. Tahniah GR ucapkan kepada Pemuda BN yang sentiasa mendengar masalah anak muda dan rakyat Malaysia serta menyelesaikan masalah mereka. Ayuh kepada pembaca budiman diluar sana, datanglah beramai-ramai ke BN YOUTH JOB FAIR di Bkt Jalil ini, banyak peluang pekerjaan di sini baik dari agensi Kerajaan dan juga swasta...Sudah lebih 10,000 ribu yang datang... Baca Selanjutnya di GOSSIP RAKYAT |
@UstazAzharIdrus Suruh Pilih UMNO PRU13 Nanti Posted: 12 May 2012 01:00 AM PDT Moh tengok video ni. Ustaz Azhar Idrus cakap : "Allah kata orang nak buat baik kena sokong Sape nak buat dosa jangan sokong" Jadi dah terang2lah siapa yang buat kebaikan sape yang sebaliknya. Tak payahlah pikir panjang2 lagi Mohle Kita Pakat2 Undi BARISAN NASIONAL PRU13 nanti |
@NajibRazak Dedah 7 Rahsia #UMNO66 Posted: 12 May 2012 12:45 AM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Jumaat menggariskan tujuh sebab rakyat perlu memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang. Menurut beliau tujuh prinsip berkenaan perlu menjadi pertimbangan dan perbandingan rakyat bagi membuat pilihan sama ada mahu mengekalkan BN sebagai kerajaan yang memerintah ataupun sebaliknya. "Bila kita nak buat pilihan nanti...bila sampai masanya (pilihan raya), saya nak paparkan tujuh prinsip yang boleh bantu kita buat penilaian dan pertimbangan. "Pertamanya pertimbangkan antara BN dan pembangkang mana satu kepimpinan yang boleh dipercayai dan tepati janji. "Keduanya pilihlah siapa antara BN dan pembangkang yang boleh tentukan esok lebih baik daripada hari ini,". Selain itu Najib yang juga Presiden UMNO berkata, rakyat perlu pertimbangkan pihak mana yang boleh mempertahankan rukun negara dan Perlembagaan Persekutuan. Katanya lagi rakyat juga perlu kepimpinan yang boleh menguruskan ekonomi negara dengan baik dan memastikan perpaduan dan keharmonian negara dapat dikekalkan. Tambah Najib lagi, kerajaan yang boleh membuat perubahan dan pembaharuan secara tersusun melalui pelbagai pelan transformasi juga perlu menjadi pertimbangan utama. "Bukan itu sahaja, rakyat juga perlu pilih pemimpin yang boleh tentukan kemakmuran negara sehingga mencapai negara maju berpendapatan tinggi," katanya ketika berucap di hadapan lebih 120,000 ahli dan penyokong UMNO. Baca selanjutnya di GOSSIP RAKYAT |
Video Rusuhan Di Bukit Jalil Malam Tadi @umbkl @tengkuadnanreal #UMNO66 Posted: 12 May 2012 12:00 AM PDT Sila lihat video di bawah ini bagaimana UMNO berjaya mengendalikan perhimpunan yang aman dan beradab di mana dihadiri lebih daripada 120,000 orang penyokong dan ahli-ahli UMNO dari seluruh pelusuk tanahair. Tiada sebarang laporan kecederaan, kemusnahan harta benda ataupun pihak polis yang cedera sewaktu perhimpunan tersebut. Tidak timbul isu peserta perhimpunan enggan mengikut arahan atau sebagainya sepertimana yang didengar sewaktu perhimpunan haram Bersih tempohari. Anda tonton dan anda nilailah sendiri............ |
You are subscribed to email updates from Puteri Bahagian Segambut To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan