Ahad, 8 April 2012

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


PEMBANGKANG TERPERANGKAP

Posted: 08 Apr 2012 08:36 AM PDT


Assalamualaikum.

Antara perkarayang paling ditakuti pembangkang sekarang adalah penyatuan dan perpaduan dikalangan pemimpin serta ahli UMNO. Sebabnya, selama ini mereka hanya tahubahawa kononnya UMNO berpecah dan sebagainya.

Suasana telahberubah, dan iklim politik juga kian berubah. Lihatlah di mana-mana, rakyatsudah mulai sedar dengan hakikat politik sekarang.

Sah UMNO pulasemakin mantap dan berada dalam keadaan yang sangat baik. Pembangkangsebenarnya telah membuat andaian yang salah jika berkata UMNO berpecah, danhakikat itu akan dapat diterjemahkan pada PRU yang ke-13 nanti.

Apa yangberlaku adalah sebaliknya, apabila mereka sendiri masih belum selesai dalampengagihan kerusi yang mahu dipertandingkan puak mereka pada PRU akan datangini.

Di Terengganumisalnya, PKR telah menuntut untuk bertanding 14 kerusi tetapi pada masa yangsama PAS tidak mungkin akan membiarkan perkara tersebut berlaku. PKR kian tamakkerana menyangka mereka kuat sangat sedangkan PKR hanya parti yang menumpangkekuatan Pas sahaja. Itu yang Pas tidak suka dan marah.

PKR memangtidak berpijak di bumi yang nyata. Tidak habis dengan membohongi rakyat melaluipelbagai isu-isu yang berlaku, mereka juga mahu membohongi Pas kononnya merekaadalah parti yang kuat sangat sehingga tergamak menuntut 14 kerusi.

Saya tidaknampak Pas akan berkompromi dalam perkara tersebut. Jika tidak diselesaikanmenjelang PRU nanti, mereka akan menerima padah dan tidak mustahil akan berlakupertandingan sesama sendiri sebagaimana ketika Pas bergabung dengan PartiSemangat 46 sebelum ini.

Inilah keadaansebenar yang mereka sengaja tutup dari pengetahuan rakyat dengan melemparkankononnya UMNO berpecah.

Sebenarnya,rakyat dah lama tahu bahawa pakatan pembangkang tidak sebulu. Masing-masingtamak dan perasan parti mereka kuat walaupun hakikatnya mereka tidaklahsebegitu.

Tapi bagisaya, tidak mustahil juga jika Pas menurut kehendak PKR sebab sebelum ini pun,mereka selalu ikut telunjuk PKR. Apakah sebabnya yang berlaku sedemikian itu,saya tidaklah pasti.

Apa pun sayaberharap, rakyat akan lebih celik dan faham mengenai keadaan politik semasahari ini. Ia penting bagi memastikan mereka tidak terjebak atau terpedayadengan propaganda murahan pembangkang menjelang PRU ini.

AGENDA BERSIH ...

Posted: 08 Apr 2012 08:10 AM PDT


Assalamualaikum.

Diam tak diam,mkita dah pun masuk bulan April, empat bulan di tahun 2012 – tahun yang saratdengan ramalan PRU ke-13 diadakan.

Seperti yanganda tahu, puak pembangkang akan menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 di ibunegara. Apa yang mereka tuntut juga sama sebagaimana perhimpunan haram Bersih2.0 yang lalu.

Malah, PasTerengganu juga dikatakan akan mengadakan demonstrasi besar-besaran sebelum itudi Kuala Terengganu, hadapan Wisma Darul Iman.

Sama ada kitasedar atau tidak, bahawa kerajaan telah pun menubuhkan jawatan khas bagimengkaji dan mencadangkan mengenai pilihan raya bagi menambah baik prosespilihan raya yang sedia ada.

Jawatankuasaitu bukan sahaja terdiri daripada wakil kerajaan, malah wakil-wakil partingpembangkang. Oleh itu, mereka boleh dan telah pun memberikan pandangan bagimencapai tujuan jawatankuasa tersebut ditubuhkan.

Malah, hasilkajian dan perancangan jawatankuasa berkenaan telah dibentangkan di Parlimenserta diluluskan walaupun pembangkang membuat kacau ketika pembentangan perkaratersebut di Parlimen baru-baru ini.

Namun, Bersih3.0 yang sekali lagi akan diketuai Ambiga sebagai membantah terhadap sistempilihan raya yang ada.

Jika oranglain tidak faham mengapa pembangkang tetap membantah, malah mahu mengadakanbeberapa perhimpunan menjelang PRU ke-13 ini, tetapi saya boleh fahammengenainya.

Pertama,pembangkang sejak dahulu tidak pernah melihat apa yang diusahakan ataudilakukan kerajaan BN adalah tidak betul walaupun setiap keputusan yang dibuatturut melibatkan puak mereka. Itu perkara pokok yang sangat penting untukdiberikan perhatian.

Dan kedua,nampak sangat pembangkang tidak bersedia untuk menghadapi PRU. Apa yang merekalakukan adalah untuk menarik perhatian banyak pihak dan mungkin juga satukaedah untuk "memaksa" kerajaan melengahkan PRU.

Hakikat yangmereka sendiri sedar ialah betapa sokongan rakyat terhadap BN kian melonjakkerana rakyat kita semakin hari semakin melihat dan menilai pembangkang yangbanyak menimbulkan masalah kepada rakyat.

KepimpinanPerdana Menteri, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melakukan yangterbaik untuk rakyat dan negara walaupun pada masa yang sama pembangkang asyikmelalak tanpa melakukan apa-apa pun.

Rakyat semakinsedar, semakin tahu mengenai tabiat buruk dan kelemahan pembangkang. Justeru,mereka kini beralih kepada BN yang telah terbukti mampu melakukan yang terbaikbuat rakyat. Percayalah!.

Tiada ulasan:

Pengikut