PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS |
KAJIAN PERSEPSI PILIHANRAYA UMUM KE 13 Posted: 02 Apr 2012 09:32 PM PDT Persoalan yang bermain di minda ramai rakyat Malaysia sekarang, iaitu bilakah Pilihanraya Umum Malaysia ke-13 akan diadakan. Di merata tempat, kempen sedang giat dijalankan kedua-dua gabungan utama Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bagi meraih hati para pengundi, seolah-olah pilihanraya akan diadakan pada esok hari. Sejajar dengan itu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Universiti Malaya Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) telah menjalankan satu kajian "Persepsi Politik Malaysia dan Kepimpinan Sebelum Pilihanraya Umum ke-13″. UMCEDEL telah ditubuhkan pada 14 April 2010 sebagai sebuah pusat penyelidikan yang mengkhusus dalam penyelidikan dan penerbitan pada demokrasi dan pilihan raya di Malaysia. "Persepsi Politik Malaysia dan Kepimpinan Sebelum Pilihanraya Umum ke-13″ merupakan kajian terkini yang dijalankan oleh UMCEDEL. Kajian ini melibatkan 2559 responden dengan pengumpulan data menggunakan pensampelan yang digunakan untuk tujuan tertentu mengikut keselesaan. Margin kesilapan kaji selidik itu adalah 1.9% pada tahap 95% keyakinan. Antara penemuan kajian itu ialah:
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras merasakan mustahil jika terdapat individu - individu yang tidak tahu menahu langsung dalam arena politik negara. Ianya menjadi satu kerugian jika sesorang itu sebagai rakyat Malaysia tidak berpolitik kerana dalam ISLAM khususnya ada diterangkan mengenai politik. Rasulullah bersabda... "Barangsiapa di pagi hari perhatiannya kepada selain Allah, maka Allah akan berlepas dari orang itu. Dan barangsiapa di pagi hari tidak memperhatikan kepentingan kaum muslimin maka ia tidak termasuk golongan mereka (kaum muslimin)". Berpolitik adalah hal yang sangat penting bagi semua rakyat di Malaysia khususnya negara yang bermajoritikan umat ISLAM. Hal ini penting kerana umat ISLAM perlu hidup berlandaskan syariat ISLAM. Dan yang pastinya, hukum untuk kebaikan dan urusan umat-umat sekalian khususnya umat Islam adalah fardhu. Jadi, sabda di atas telah menerangkan mengapa anda perlu berpolitik. Jika tidak berpolitik dan anda pula orang ISLAM , maka anda sebenarnya tidak menyahut seruan Rasullullah.
|
You are subscribed to email updates from PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan