Isnin, 30 April 2012

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


TERIMA KASIH PDRM.

Posted: 29 Apr 2012 07:14 PM PDT


MONDAY, APRIL 30, 2012

Demo Haram:Langkah Polis Sebelum-Sebelum Ini Tepat

Sebelum ini semua diantara kita tahu apa langkah-langkah yang diambil polis sebelum sebarang perhimpunan jalanan atau perhimpunan haram berlangsung. Polis mengambil tindakan mencegah atau menghalang.

Banyak pihak sebelum ini mengkritik polis atas tindakan pencegahan dan halangan yang dilakukan. Ada yang kata kerana polis buat begitulah membuatkan peserta-peserta perhimpunan haram menjadi semakin ganas. Menyusahkan orang ramai dan macam-macam lagi. Pembangkang pula menuduh kerajaan tidak mengamalkan demokrasi yang betul dan bermacam-macam tuduhan lain lagi. 

Sebelum ini undang-undang yang ada menyatakan sebarang perhimpunan yang melebihi 5 orang perlu mendapat permit polis terlebih dahulu. Banyak pihak mengatakan itu undang-undang lapuk dan sebagainya.

Mengambil kira semua pandangan selaras dengan dasar transformasi yang dibawa oleh PM, lalu dibentanglah rang undang-undang perhimpunan aman. Jika dulu pembangkang berkata dan membuat macam-macam tuduhan buruk kepada kerajaan apabila perhimpunan mereka dihalang. Tetapi sewaktu rang undang-undang perhimpunan aman hendak diluluskan mereka lari keluar Dewan Rakyat

Oleh kerana rang undang-undang perhimpunan aman telah diluluskan maka polis membenarkan perhimpunan bersih 3 diadakan tanpa sebarang halangan ditempat-tempat yang telah dinyatakan dalam undang-undang tersebut. Untuk pengetahuan anda semua, Dataran Merdeka tidak termasuk dalam tempat yang dibenarkan untuk berhimpun dalam rang undang-undang tersebut. 

KDN dan polis mengambil langkah yang cukup berhemah dan berlembut dengan penganjur bersih atas semangat rang undang-undang yang baru diluluskan itu. Jika KDN dan polis tidak memberi kerjasama kerajaan akan dituduh cakap tidak serupa bikin pula.

Menteri sendiri menawarkan Stadium Merdeka dan Stadium Bukit Jalil kepada penganjur serta polis pula berjanji akan membantu untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar. Tetapi semua itu dibakul sampahkan oleh penganjur dan mereka tetap berkeras untuk adakan di tempat yang tidak dibenarkan. 

Akhirnya apa yang berlaku semalam, kesalahannya diletakkan kepada kerajaan dan polis. Penganjur yang keras kepala lepas tangan. Dalam banyak-banyak perhimpunan haram yang dilakukan pembangkang sebelum ini, perhimpunan semalam adalah yang paling ganas selepas perhimpunan hari Anwar dijatuhkan hukuman penjara pada 14 April 1999.

Kita harus mengambil iktibar dari apa yang berlaku semalam. Semalam adalah ujian pertama kepada polis selepas rang undang-undang perhimpunan aman diluluskan beberapa bulan lepas. Melihat kepada apa yang berlaku semalam nampaknya undang-undang lama lebih baik lagi. 

Terang-terangan usaha baik kerajaan untuk membenarkan perhimpunan telah disalahgunakan oleh puak-puak lahanat tersebut untuk menimbulkan kekacauan dan huru-hara. Madu yang diberi tuba yang dibalas.

Selama dua minggu polis memberi muka dan bersabar kepada puak-puak lahanat tersebut . Tetapi makin diberi muka mereka makin naik toncang. 

Bermula dengan perhimpunan anti PTPTN pada 14.April.2012. Mereka berhimpun depan Sogo, kemudian berarak ke Dataran Merdeka sehingga sehingga menimbulkan masalah kesesakan lalu lintas. Polis bersabar.....Tidak bertindak kerana tidak mahu dituduh zalim dan kejam. Kemudian mereka nak berkhemah di Dataran Merdeka. Polis tidak masuk campur, hanya DBKL sahaja. 

Bas PDRM disekat dan anggota dimaki. Sabtu 12.30 malam


Sabtu 28 April 2012, seawal jam 12.01 tengah malam mereka mula berkumpul dan buat huru-hara berdekatan Dataran Merdeka sehingga jalan raya menjadi sesak. Polis bersabar.....Tidak bertindak kerana tidak mahu dituduh zalim dan menghalang hak rakyat. 

Sejak jam 6.30 pagi Sabtu saya berada di sekitar kawasan Pudu Raya, Petaling Street dan Pasar Seni untuk melihat dengan mata sendiri apa yang akan terjadi pada hari tersebut. Seawal jam 7 pagi peserta-peserta demo sudah tiba dengan memakai baju kuning dan hijau . Kebanyakan mereka tiba dengan bas di Pudu Raya dan LRT di Stesen Pudu.

Simpang Kota Raya-Jalan Sultan
Jam 10 pagi mereka sudah mula berkumpul tepi jalan sekitar Jalan Sultan dan bangunan Kota Raya. Kemudian mereka berkumpul ditengah-tengah jalan raya sehingga menimbulkan kesesakan lalu lintas termasuklah bas-bas yang keluar masuk Pudu Raya. Sedangkan mereka kata perhimpunan akan bermula jam 2 petang.

Jam 11 pagi mereka berpecah kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan berarak sambil menjerit-jerit mengikut laluan yang ditetapkan dan akan bertembung kembali di Dataran Maybank. 

Keadaan lalu lintas tidak terkawal apabila mereka membuat halangan atas jalan raya, dan tutup jalan sesuka hati mereka. Manakala peniaga-peniaga mula tutup kedai. Mereka buat seperti mak bapak mereka punya jalan. Mereka boleh ishtihar mereka berhimpun secara aman. Tetapi mereka tak sedar yang tindakan mereka berarak sana sini telah menimbulkan kekacauan lalu lintas. Apabila satu jalan mula sesak, selepas itu kesesakan akan berantai-rantai sehingga ke jalan-jalan lain dan akhirnya semua jalan masuk ke pusat bandar sesak dan berantai-rantai pula ke pinggir bandar. Akhirnya polis yang akan dimarahi orang ramai kerana tidak mengawal lalu lintas. Sedangkan arahan polis puak-puak lahanat tidak patuh. 

Depan Menara Maybank
Sepanjang berada disana saya perhatikan setiap kali kenderaan polis lalu mereka akan sorak dan maki. Termasuklah kepada helikopter polis yang sedang memantau dari udara. Itu pun mereka sorak dan maki juga. Gilakan ? 

Jam 12 tengahari mereka mula naik sheh apabila ada pemimpin-pemimpin mereka mula tiba dan berucap di Dataran Maybank. Jam 1 tengahari mereka semakin menggila dan keadaan semakin tidak terkawal. Bimbang sesuatu yang buruk berlaku saya bergerak ke arah Pasar Seni . Di depan Bangkok Bank saya lihat gerombolan peserta demo berarak sambil menjerit-jerit. Unit amal Pas yang berbaju merah berada di barisan hadapan sambil meniup wisel dan menjerit-jerit supaya memberi laluan. Rupa-rupanya Ambiga yang berada dalam gerombolan tersebut untuk menuju ke Dataran Merdeka. Lebih kurang sejam disana, tiba-tiba unit amal Pas mengeluarkan arahan supaya bergerak ke Dataran Maybank dan tunggu arahan selanjutnya. 

Jihad ! unit amal yang menjadi benteng mengawal Ambiga.
Disana keadaan juga peserta-peserta demo menggila. Tiba-tiba mata dan hidung terasa pedih kena gas pemedih mata yang dibawa angin. Tekap muka dengan tuala basah. Dua malam boleh tidur lena. Selesai masalah resdung saya apabila kena gas pemedih mata.

Melalui sistem BBM, rakan yang berada di Dataran Merdeka memaklumkan polis mula melepaskan pemedih mata setelah peserta-peserta demo mula bertindak ganas dengan membuka halangan masuk ke Dataran Merdeka selepas disuruh Anwar dan Azmin. 

Semuanya kerana lampu hijau dari Anwar dan Azmin. Bagi peserta-peserta demo biasa atau pun yang bukan totok Pas dan PKR mereka mula bersurai selepas gas pemedih mata dilepaskan. Termasuklah orang-orang cina yang sebelum itu begitu ramai.

Amiga dikawal rapi petugas parti islam yang tiada maruah
Dari tengah malam sebelumnya hinggalah ke tengahari polis bersabar kerana tidak mahu dituduh zalim dan kejam, walaupun mereka dicaci dan dihina.  Tetapi apabila dibiarkan mereka makin menjadi-jadi.

Apabila mereka dah naik ke kepala, apakah polis masih nak biarkan mereka bertindak ganas ? 

Setelah lebih 12 jam polis beri muka dan bersabar dengan mereka, adakah menjadi kesalahan untuk polis bertindak selepas mereka mula mengganas ?

Pernahkah kita semua terfikir bagaimana seksanya polis dengan pakaian yang dipakai, dengan cuacanya , dengan makan minum yang tidak tahu kemana, dengan tidurnya yang tak tahu kemana , nak buang air pun susah. Kemudian dimaki dan dihina pula. Walaupun mereka polis tetapi mereka juga manusia seperti kita. 

Anggota polis sedang dimaki dan dicaci
Setiap kali mereka melaung-laungkan perkataan polis anjing darah saya akan berderau hingga ke kepala dan bulu roma saya akan meremang. Kalau kita yang bukan polis pun boleh begitu, apakah perasaan orang yang dilemparkan kata-kata begitu ?  

Apabila mereka kalah undi Pos mereka kata SPR yang memanipulasi undi berkenaan. Mereka tidak pernah sedar yang tindakan-tindakan bodoh mereka itu membuatkan polis tidak mahu mengundi mereka. 

Kesimpulannya apa yang saya nak kata bahawa, langkah-langkah pencegahan dan halangan yang diambil oleh polis kepada perhimpunan-perhimpunan haram sebelum ini adalah satu langkah yang tepat. Puak-puak lahanat itu memang tidak boleh diberi muka dan peluang kerana mereka memang jenis manusia yang tidak pandai menghargai peluang yang diberi.

London 2011
Sebagai penutup saya ingin mengajak rakan-rakan pembaca semua untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada polis diatas kerja keras dan kecekapan mereka semalam. Jika ada kesilapan atau kesalahan yang mereka lakukan dalam tugas mereka semalam, sebagai rakyat kita pakat-pakat maafkan mereka. 

Kita kena ingat bahawa amanah yang dipikul mereka lagi besar berbanding jika ada sedikit kesilapan yang mereka lakukan. 

Jika anda lihat ada blog-blog pembangkang tunjuk gambar perusuh dipukul polis, itu perkara biasa bagi mana-mana polis dalam dunia ini apabila berdepan dengan perusuh. Tidak ada polis dalam dunia ini yang berhadapan dengan perusuh seperti pakar kaunseling berdepan dengan orang yang mendapatkan khidmatnya. 

Apa-apa pun saya secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada pembangkang kerana telah menggali lubang kubur mereka sendiri semalam, dan kubur-kubur yang digali semalam akan diisi dengan jenazah mereka sendiri pada malam keputusan PRU 13 nanti. 

London 2011
London 2011
Italy 2010
Sepanyol 2012
China 2009 
Greece 2012

Posted: 29 Apr 2012 07:10 PM PDT


PAS Tersesat di dalam Pelayaran - KICKDEFELLA



Ramai di antara kita telah menaiki bahtera tersebut. Belayar jauh mengharungi badai dan gelombang
demi atas kepercayaan yang telah ditanam di dalam benak pemikiran kita. Di dalam menempuh berbagai
cabaran itu, ramai juga yang terkorban. 

Tiba-tiba baru kita sedari, nakhoda bahtera yang ada dikalangan kita naiki itu, sebenarnya
 tidak turut serta di dalam pelayaran tersebut. Habis siapa yang asyik mengemudi bahtera itu?

Itulah dia nasib 'Negara Islam PAS'. Berkurun lamanya Parti Islam SeMalaysia terpekik terlolong 
memperjuangan penubuhan sebuah Negara Islam dan mengkafirkan negara sekular. Kita yang ikut 
serta di dalam perjuangan itu dijanjikan syurga di akhirat kelak.

Apa akan jadi kepada mereka yang selama sudah berkurun lamanya percaya bahawa bahtera yang
 mereka naiki itu ialah bahtera menuju ke arah penubuhan sebuah Negara Islam adalah tidak benar.
 Di dalam al Quran tiada Negara Islam kata nakhoda bahtera itu yang kini bersiap-siap untuk menaiki roket
 ke Negara Berkebajikan.

Negara Berkebajikan yang akan di tubuhkan bersama DAP dan PKR itu bukankah akan jadi 
sebuah negara sekular?

Apa itu Negara Sekular? Ringkas dan mudah, Negara Sekular ialah yang tidak memberi keutamaan
 kepada mana-mana agama. Negara Sekular tidak mempunyai agama rasmi.

Apakah PAS akan mendukung sekularisme di dalam menubuhkan Negara Berkebajikan?

Atau PAS menerima bahawa 'Agama Islam sebagai Agama Persekutuan' seperti yang terdapat
 di dalam Perlembagaan Persekutuan yang selama ini sudah cukup? Kalau cukup, apakah ini bererti
 PAS akhirnya mengakui bahawa Perlembagaan yang dipengaruhi oleh tokoh-tokoh Penjajah Inggeris,
 UMNO, MCA dan MIC itu sebenarnya bukanlah kafir?

Pada 1981, Nakhoda itu, Ustaz Hadi Awang mengeluarkan amanatnya,

    'Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia
 lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, 
mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang
mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


    Percayalah saudara-saudara sekelian, Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad,
 derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana
 kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam.
 Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, 
kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.'

Kita menjadi kafir kerana mengamalkan politik suku agama suku!

Adakah Negara Berkebajikan itu tidak akan membuat Ustaz Hadi dan kabinet PASnya menjadi kafir
kerana mengasingkan politik dan agama.

Bagaimana dengan mereka yang terpedaya dengan laungan amanat Hadi dan terkorban di dalam proses
 untuk menubuhkan Negara Islam yang bertahun-tahun menjadi intipati perjuangan PAS.

Bagaimana dengan Allahyarham Ibrahim Libya dan korban Memali? Tidakkah PAS hari ini harus memohon
 maaf kepada anak cucuk korban Memali kerana telah memperdayakan mereka tentang Negara Islam.

Bagaimana dengan hubungan kekeluargaan yang terputus dan adik beradik, suami dan isteri, ayah dan anak
 yang tidak bertegur sapa sehingga ke akhir hayat mereka kerana dakyah 'penubuhan Negara Islam PAS'.

Bagaimana dengan jemaah yang menghina dan menduakan Imam mereka? Bagaimana dengan ikatan
 kejiranan yang terputus hingga jemputan kenduri kendara menjadi begitu sukar untuk dipenuhi kerana
 pihak yang menjemput bukan pejuang 'penubuhan Negara Islam PAS'.

Penjelasan Ustaz Hadi bahawa di dalam al Quran tidak ada menyebut tentang Negara Islam bagi membetulkan
 semula aqidah perjuangan PAS hanya mengiyakan tuduhan banyak pihak terhadap kesesatan didalam PAS.

Hari ini PAS tidak perlu membazirkan masa menjelaskan apa itu Negara Berkebajikan. Kita semua tahu,
 'Negara Berkebajikan' ialah aqidah baru PAS supaya mereka tidak perlu melangkah mayat Karpal Singh.
'Negara Berkebajikan' ialah pengakuan bahawa PAS sebenarnya lemah. Tetapi kerana nafsu mahu menjadi
 pemerintah begitu membuak-buak, PAS rela menolak aqidah asalnya kerana untuk memuaskan nafsu mereka,
 ia hanya boleh tercapai dengan bersama DAP dan PKR. Kedua-dua, DAP dan PKR pula mahu menubuhkan 
negara sekular sepenuhnya.

Oleh yang demikian, saranan supaya PAS menggugurkan perkataan Islam dari nama parti tersebut adalah
 amat wajar. Apatah lagi, jika di dalam al Quran tidak menyebut Negara Islam, sudah tentu 'Parti Islam'
 juga tidak terdapat di dalam al Quran.

Melihat kepada insiden ini, kita terpaksa melahirkan kekaguman terhadap para nasionalis yang menubuhkan
 UMNO dan melakarkan aqidah perjuangan UMNO. Sebenarnya, nasionalis ini sudah memahami isi kandungan
 al Quran semenjak 1946 lagi. PAS pula baru memahaminya pada tahun 2011.

Bagaimana dengan mereka yang masih bersesak-sesak didalam bahtera itu? Apakah PAS akan berkata benar
 kepada mereka atau akan menjadi lembaga hitam berwajah dua? -13/6/2011 


1 comments:

  1. Yang sebenarnya keputusan bertukar haluan ini dibuat tanpa merujuk kepada ahli2 PAS. Apa salahnya kalau mereka jadikannya sebagai suatu usul kemudian semua ahli atau wakil dapat membincangkannya secara terbuka. Biarlah ahli yang memutuskan. Ini tidak keputusan jadikan negara kebajikan hanya diputuskan oleh beberapa kerat 'ketua'. langsung di sogokkan ketekak ahli seolah-olah ahli semuanya bersteuju. Hakikatnya, semua ahli Pas telah kena 'kencing', dipedayakan oleh ketua2 mereka. Tak usah lah nak berdalih lagi. Sebanyak mana ceramah dan helah pun tak akan dapat memadamkan PENIPUAN, PENGKHIANATAN terhadap ahli yang benar percayakan pemimpin mereka ini suatu masa dulu. Tindakan sererusnya. turunkan kalau tidak rentap/gulingkan mereka ini dari terus menipu ahli. Kalau tidak pun mari kita ramai2 keluar dari Pas, buka parti baru PAS II atau lebih baik lagi masuk UMNO dan teruskan perjuangan menegakkan Negara Islam dari sana



PRU 13 LEBIH AWAL ?

Posted: 29 Apr 2012 07:07 PM PDT


Bersih13: Najib 'tak ragu-ragu' panggil PRU



















KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara kelmarin, 
yang dikatakan menarik lebih ramai peserta berbanding Bersih 2.0 Julai lalu, tidak akan menimbulkan keraguan 
untuk memanggil Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun menurut Perdana Menteri, biar tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.

"Saya tak ragu-ragu. Saya tak tahu, kita tengoklah," kata beliau kepada pemberita selepas
mempengerusikan mesyuarat bulanan Majlis Tertinggi Umno di sini malam tadi.

Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasiona (BN) ditanya mengenai kesan
 perhimpunan Bersih 3.0 , yang diadakan atas alasan mahu menuntut pilihan raya yang adil dan bersih,
ketika penganalisis dan pemerhati mengatakan bahawa PRU13 kemungkinan diadakan Jun ini.

Bagaimanapun ekoran perhimpunan itu, kini ada yang membuat andaian kemungkinan PRU13
akan dianjakkan sehingga September atau November. Perdana Menteri ada mandat sehingga April 2013.

Dipetik dari laporan Bernama, Najib turut ditanya sama ada kerajaan akan mewujudkan satu lagi 
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi memenuhi tuntutan perhimpunan kali ini.

Najib berkata, tiada sebab untuk mewujudkannya kerana semuanya telah dijawab semasa PSC
membentangkan laporan mereka di Parlimen baru-baru ini.

Najib telah mewujudkan PSC Ogos lalu ekoran perhimpunan Bersih 2.0 dan laporan akhirnya telah
 dibentangkan di Parlimen awal bulan ini.

Bagaimanapun rasa tidak puas hati masih berterusan.


Read more: http://celahgelegar.blogspot.com/2012/04/bersih13-najib-tak-ragu-ragu-panggil.html#ixzz1tU9WxFfU

jinggo-fotopages: BERSIH 3 - Unit Amal effektif berdepan FRU

Posted: 29 Apr 2012 07:01 PM PDT

jinggo-fotopages: BERSIH 3 - Unit Amal effektif berdepan FRU: Venue : Depan Bank Muamalat, Jalan Melaka, Kuala Lumpur Event : Demonstrasi Bersih 3. Date : 28/4/2012 @ 2.30 pm Unit Amal PAS ...

ADA JUGA DI SINI.....

Posted: 29 Apr 2012 06:58 PM PDT


sekitar Bersih 3.0 Di Dataran Pahlawan Melaka

image
image
image
image
image
Bersih Atau KOTOR
image
image
image

jinggo-fotopages: BERSIH 3 - Koleksi still shots

Posted: 29 Apr 2012 06:55 PM PDT

jinggo-fotopages: BERSIH 3 - Koleksi still shots: Venue : Dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka melalui Dataran Maybank Event : Demonstrasi Bersih 3 Date : 28/4/2012 dari 11.00 am t...

APA AGENDA MEREKA?

Posted: 29 Apr 2012 06:51 PM PDT


Video polis dianjingkan atas arahan 'komunis' DAP



Kalau tak kawal, beginilah jadinya ...





Yang suruh anjingkan polis itu ssiapa ...





Pikirlah Melayu ... Pikir ... Polis tu kebanyakkan Melayu. Yang dendam betul polis siapa. Yang banyak penjenayah siapa? Taukeh jenayah besar siapa??

KANSER YANG MENUNGGU AJAL!

Posted: 29 Apr 2012 06:49 PM PDT


LGBT Ibarat Wabak Jadi Kanser

 Nasharudin Mat Isa
KUALA LUMPUR – Amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ibarat satu wabak yang akan menjadi kanser dan menjadi satu penyakit parah dalam masyarakat dengan ancaman dahsyat yang membawa kesan negatif serta boleh merosakkan fabrik sosial.
Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari Nasharudin Mat Isa berkata, semua pihak perlu berganding bahu memastikan generasi muda bebas daripada gejala LGBT kerana mereka merupakan bakal pemimpin serta pewaris untuk mengemudi negara ini dengan akhlak yang baik serta terpuji.
Oleh itu, bekas Timbalan Presiden Pas itu berkata, demi masa depan dan akidah generasi muda, isu LGBT tidak boleh dipolitikkan .
"Ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan kerana ia melangkaui politik dan kita jangan hanya kejar pembangunan sehingga terikut dengan budaya negatif Barat," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada "Wacana Kemungkaran LGBT: LGBT Mengundang Bala Allah SWT" , semalam.
Nasharudin berkata, wacana seumpama itu merupakan satu gerakan bagi menyedarkan rakyat serta memastikan mereka tidak terjebak serta menyokong golongan ini.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Biro Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Mahamad Naser Disa turut berkongsi pendapat sama dengan Nasharudin agar isu LGBT, yang jelas melanggar prinsis asas agama, tidak dipolitikkan kerana ia boleh menyekat usaha untuk membela agama Islam.
"Islam adalah agama rasmi negara, saya tidak kisah sebarang kecenderungan politik, jika ada parti yang menyokong Alhamdulillah tetapi saya tidak mengaitkan diri saya dengan politik," katanya.
Mahamad Naser turut menyelar pihak yang cuba mempertahankan golongan LGBT serta memberi sokongan kepada golongan itu memperjuangkan hak bagi mendapatkan tuntutan yang mereka inginkan.
"Ia seolah-olah mempopularkan golongan ini bila ada pihak yang mempertahankan mereka sedangkan golongan ini ternyata sekali pelaku orientasi seks yang dilarang di dalam undang-undang dan mencabar ketentuan Tuhan," katanya.
Wacana sehari ini dihadiri kira-kira 100 peserta daripada segenap lapisan masyarakat anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia – Bernama

BILA NASIHAT TIDAK DIENDAHKAN?

Posted: 29 Apr 2012 06:47 PM PDT


Penganjur Tetap Berdegil

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meminta penganjur Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 3.0) supaya menerima lokasi alternatif ditawarkan dan bukannya di Dataran Merdeka seperti dirancangkan sebelum ini.
Malah, beliau turut memberi jaminan keselamatan terhadap penganjur dan peserta perhimpunan itu Sabtu ini sekiranya mereka menerima lokasi ditawarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Katanya, kerajaan juga tidak pernah menghalang penganjur mengadakan perhimpunan berkenaan, malah menawarkan empat stadium sekitar ibu negara sebagai lokasi.
"Kita menawarkan kepada mereka Stadium Merdeka, Stadium Bukit Jalil, Stadium Cheras dan Stadium Titiwangsa. Saya memberi jaminan dan dapat memastikan perjalanan ke tempat ditetapkan tidak akan terganggu.
"Malah jika mereka menerima tawaran diberikan, perjalanan mereka akan lebih mudah sebagai satu semangat dalam akta baru iaitu Akta Perhimpunan Aman," katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.
Hishammuddin berkata, alasan penganjur kononnya tidak mempunyai cukup masa untuk menukar lokasi selain Dataran Merdeka adalah tidak logik kerana mereka masih mempunyai masa agak panjang menjelang perhimpunan berkenaan.
"Kalau mereka benar-benar ikhlas dalam perjuangan mereka, mengapa tidak duduk berbincang dan fikirkan jalan terbaik selain daripada mencari alasan yang saya rasakan tidak masuk akal.
"Apa sebenarnya dikehendaki penganjur ini. Kita sudah cuba sedaya upaya bertindak adil terhadap mereka namun sebaliknya mereka tetap berdegil dan enggan berunding secara rasional," katanya.
Hishammuddin juga berkata, pihaknya tidak menganggap perhimpunan itu sebagai sesuatu yang membahayakan namun pihak berkuasa diletakkan dalam keadaan bersedia sekiranya penganjur dan peserta masih berdegil untuk berhimpun di Dataran Merdeka.
Mengulas mengenai dakwaan bahawa beliau menerima afidavit Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang meminta penjelasannya yang didakwa mengisytiharkan BERSIH sebagai pertubuhan tidak sah tahun lalu, Hishammuddin berkata:
"Saya sebagai tuan punya badan belum menerima sebarang permohonan atau arahan mahkamah. Ini adalah sesuatu yang tidak benar dan saya meminta orang ramai agar tidak terpengaruh dengan khabar angin dipercayai dilakukan pihak tidak bertanggungjawab."
Sementara itu, Pengerusi bersama gabungan itu, Datuk S Ambiga, berkata pihaknya tetap dengan keputusan meneruskan perhimpunan di Dataran Merdeka walaupun DBKL menolak permohonan mereka untuk berbuat demikian.
"Hari ini (semalam) kami mengadakan perbincangan hati ke hati dengan Datuk Bandar (Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail) yang memaklumkan kepada kami bahawa pihaknya tidak akan membenarkan perhimpunan di Dataran Merdeka," katanya. – Berita Haria

Polis jalankan tugas... apa rasanya jika ini keluarga mu?

Posted: 29 Apr 2012 06:44 PM PDT


Polis jalankan tugas... apa rasanya jika ini keluarga mu?




Ini gambar polis yang keluar dari kereta polis terbalik dan terus dilanyak perusuh Bersih .



Mohamad Azri Salleh, cameraman TV Al Hijrah yang menyelamatkan polis pun dihentak sampai pecah kepala.

AKHIRNYA MENGAKU........

Posted: 29 Apr 2012 06:42 PM PDT


Bersih ngaku kalah, Penyokong 'damage control'

Walaupun ada ushaa untuk salahkan polis, dan spin berlaku keganasan, mereka dah kalah dan mengaku mereka dah luar kawapan. Baca Malaysian Insider sini ngaku dan cuba nak spin. Bawah ini pun dari Malaysian Insder yang ngaku mereka dah terperangkap dengan kebodohan sendiri.
Imaj mereka tercemar dengan gambaran dari imej ini selama-lamanya.
Keluarlah macam-macam cerita pasal polis kasar lah apa.

Tiada ulasan:

Pengikut