PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN |
- SEBAB-SEBABNYA ADALAH :-
- GelombanG KicK: PANDANGAN DR ASRI MENGENAI BERSIH 3.0
- Artikel ini bernilai RM 10 juta - ‘Disaster if Anwar is PM’
- MARI KITA NILAIKAN STRATEGI PEMBANGKANG.
- CUBA BACA INI.
Posted: 21 Apr 2012 06:33 PM PDT ANWAR MEMANG TAK LAYAK MENJADI PEMIMPN, APATAH CALON PM BAGI NEGARA UMAT ISLAM MALAYSIA INI!
Soalan-soalan diatas hanyalah secebis sahaja daripada terlalu banyak persoalan yang boleh ditanya mengenai Anwar Ibrahim! Tu belum mike tanya: 1. Kenapa Anwar menyokong kristian menggunakan kalimah ALLAH? 2. Kenapa Anwar menyokong murtadnya Lina Joy? 3. Kenapa Anwar menyatakan undang-undang liwat dah lapuk? 4. Kenapa Anwar menyokong Majlis Peguam bila dema melancarkan Seks Bebas LBGT? 5. Kenapa Anwar masih mempertahankan ucapan pluralisma di LSE yang menyatakan semua agama adalah sama? 6. Kenapa Anwar melancarkan manifesto Pakatan BiaDAP-PKR-PAS yang tidak menerima penubuhan Negara Islam dan menolak perlaksanaan hudud? 7. Kenapa kitab Jinggay langsung tidak sebut pasal Daulah Islamiyyah & perlaksanaan undang-undang Islam? Isyk-isyk..isyk..terlalu banyak "Mengapa" dan "Kenapa" yang mike boleh tanya yang rumusannya satu sahaja: ANWAR WAJIB DITOLAK! ANWAR WAJIB DIBUANG! Di petik dari blog Datuk Zulkefli Nordin. |
GelombanG KicK: PANDANGAN DR ASRI MENGENAI BERSIH 3.0 Posted: 21 Apr 2012 06:09 PM PDT GelombanG KicK: PANDANGAN DR ASRI MENGENAI BERSIH 3.0: Ada orang bertanya saya, apakah saya menyokong BERSIH? Saya kata saya masih di UK, tapi saya sokong keadilan dan pemberian hak secara yang w... |
Artikel ini bernilai RM 10 juta - ‘Disaster if Anwar is PM’ Posted: 21 Apr 2012 05:58 PM PDT Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 Sept.19/04/2012 5:29pm KUALA LUMPUR 19 April – Kes saman fitnah RM10 juta yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tokoh akademik, Dr. Chandra Muzaffar akan dibicarakan selama dua hari bermula 10 September ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad di kamar beliau setelah peguam Bani Prakash yang mewakili Anwar dan peguam Mohd. Zaharudeen Harun bagi pihak Chandra tidak bersetuju dengan cadangan mahkamah agar kes itu diselesaikan menerusi proses mediasi. Dalam saman yang difailkan pada 6 Mac 2008, Ketua Pembangkang itu mendakwa Chandra telah membuat komen berunsur fitnah terhadapnya dakan satu forum yang dianjurkan oleh Star Publication Bhd. di Menara Star, Petaling Jaya pada 3 Mac 2008. Kata-kata Chandra telah disiarkan dalam akhbar The Star di bawah tajuk "Disaster if Anwar is PM" dan "Chandra breaks silence on Anwar" dalam The New Straits Times pada 5 Mac 2008. - UTUSAN |
MARI KITA NILAIKAN STRATEGI PEMBANGKANG. Posted: 21 Apr 2012 05:44 PM PDT l Menanam politik kebencian Pendedahan mengenai gelagat beberapa pemimpin pembangkang ketika menghadiri istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara telah menjadi bukti bahawa pembangkang semakin tidak matang berpolitik. Mempersenda dan mengejek pemimpin-pemimpin kerajaan sememangnya sudah menjadi makanan politik pembangkang. Semuanya UMNO/ BN yang salah. Sebelum ini, pemimpin-pemimpin juga telah menanam politik kebencian di kalangan rakyat dengan memburuk-burukkan apa juga usaha kerajaan dan memfitnah pemimpin-pemimpin BN termasuk ahli keluarga mereka. Pembangkang semakin tidak matang berpolitik, sebab itulah di mana-mana sahaja sama ada di atas pentas ceramah, Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri mahupun dalam Istana Negara - perangai mereka tidak ubah seperti berada di kedai kopi, bercakap ikut sedap mulut dan memperlekeh pemimpin negara sesuka hati. Lihat sahajalah perangai mereka sewaktu dalam Dewan Rakyat. Anda sebagi pengundi sanggupkah melihat wakil anda bersikap demikan? Soalnya, apakah pemimpin seumpama ini layak dipilih menerajui negeri atau negara? Pembangkang hakikatnya semakin rimas dan tertekan apabila kepimpinan YAB Datuk Seri Najib terus melaksanakan satu demi satu janji yang telah dibuat kepada rakyat. Bukan sahaja daripada segi membantu taraf hidup rakyat, malahan dalam pentadbiran negara pun, kerajaan BN melakukan transformasi dengan menunaikan janji-janji yang dibuat termasuklah yang terbaharu pembentangan rang-rang undang-undang bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Semua itu membimbangkan pembangkang kerana dalam masa yang sama mereka menyedari terlalu banyak janji yang masih belum mereka tunaikan di negeri-negeri di bawah penguasaan mereka sama ada di Selangor, Kedah mahupun Pulau Pinang. Sebagai contoh, di Selangor kita perlu bertanya kerajaan PKR yang mentadbir bersama DAP dan Pas, apakah mereka sudah menunaikan antara janji-janji berikut yang dibuat dalam pilihan raya umum lalu. n Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor. n Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri. n Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan anak prasekolah. n Memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti. Ini belum lagi mengambil kira janji-janji manis yang berlambak-lambak tidak ditunaikan oleh pakatan pembangkang di Kedah dan Pulau Pinang dan sekarang kita melihat menjelang pilihan raya umum, pembangkang berjanji lagi. Inilah akibatnya apabila terlalu banyak berjanji hingga lupa pada apa yang telah dijanjikan. Cakap tak serupa bikin! Pada masa ini sasaran mereka ialah golongan muda, justeru mereka berjanji akan menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kalau diberikan peluang memerintah. Mereka juga berjanji untuk menurunkan harga minyak dan sudah pasti mereka juga berjanji menghapuskan tol. Semua ini adalah nyanyian lagu lama oleh pembangkang bagi meraih undi. l Menolak kebenaran Satu lagi gelagat pembangkang yang turut memualkan kita ialah sikap menolak kebenaran dan tidak mahu mengakui kelemahan serta kepincangan yang mereka miliki. Apabila sesuatu isu melibatkan pemimpin-pemimpin BN mereka akan menjajanya ke seluruh negara, soal benar atau salah itu perkara kedua yang penting ialah memburuk-burukkan pemimpin BN sebanyak mungkin. Tetapi apa yang anehnya, apabila sesuatu isu melibatkan pemimpin-pemimpin mereka mulalah pembangkang mengeluarkan pelbagai hujah untuk menunjukkan mereka berada di pihak yang benar. Biar pun ada sesetengah isu sudah diketengahkan dengan bukti namun pemimpin pembangkang tetap tidak mahu menerimanya, mereka akan mempertahankan antara satu sama lain, sedangkan ada antara mereka adalah terdiri alim ulama yang seharusnya amat memahami bahawa kebenaran perlu ditegakkan dalam keadaan apa sekali pun. Namun oleh kerana kepentingan politik lebih diutamakan maka kepincangan dan salah laku oleh pemimpin mereka akan cuba dilindungi dan dipertahankan. Mereka lebih gemar menuding jari menyalahkan BN dan media arus perdana serta menganggap semua itu hanyalah fitnah dan konspirasi politik. Oleh kerana mereka berkawan dan bersekutu dengan alim ulama yang ada dalam Pas maka pemimpin-pemimpin PKR dan DAP tidak pernah khuatir kerana pasti ada di kalangan alim ulama itu akan tampil membela mereka. l Kufur nikmat Allah SWT telah mentakdirkan pembangkang meraih kemenangan agak besar dalam pilihan raya umum 2008. Mereka berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan menawan Kedah, Perak (selama 11 bulan), Selangor dan Pulau Pinang, manakala Kelantan pula terus berada dalam genggaman Pas. Semua itu berlaku kerana perjalanan pilihan raya yang diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah berjalan secara telus, bersih dan adil. Tetapi pembangkang seolah-olah tidak mensyukuri nikmat ini. Berikutan kebimbangan mereka terhadap sokongan rakyat yang semakin kembali kepada BN maka isu proses pengundian dalam pilihan raya kembali dibangkitkan. Walaupun Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) telah menerima kesemua cadangan pembangkang namun mereka masih belum berpuas hati. Keadaan itu berlaku bukan kerana tuntutan mereka tidak dipenuhi tetapi mereka bimbang tidak mempunyai alasan jika tewas dalam pilihan raya. Menimbulkan keraguan terhadap kewibawaan SPR adalah taktik politik paling jijik kerana selama ini sudah terbukti suruhanjaya itu telah mengendalikan pilihan raya dengan telus dan adil. Kalau SPR tidak bersikap sedemikian sudah pasti pakatan pembangkang tidak akan mampu meraih sebarang kerusi dalam pilihan raya, apatah lagi mencatatkan kemenangan seperti 2008. Kesimpulannya, berdasarkan apa yang dibentangkan adalah jelas, Malaysia boleh dianggap bernasib malang kerana memiliki sekelompok pakatan pembangkang yang hanya mahu berpolitik sepanjang masa dan hanya bijak memutar belit fakta, menabur janji kosong, menolak kebenaran dan kufur nikmat. |
Posted: 21 Apr 2012 05:33 PM PDT Penjelasan KENAPA PTPTN Tidak Boleh di Mansuhkan.Posted on April 18, 2012 by rmf7 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai 1997. Fungsi PTPTN ialah untuk: Mengadakan dan memberi pinjaman pendidikan dan bantuan kewangan selain pinjaman pendidikan kepada pelajar, dan untuk mengadakan perkhidmatan mentadbir, mengawas dan memungut bayaran balik pinjaman; Memungut deposit dan mereka bentuk dan menyediakan skim simpanan bagi maksud menyimpan bagi tujuan pendidikan tinggi; dan Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis. PTPTN ditubuhkan dengan objektif untuk memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar yang layak mengikuti pengajian di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai 1997. Fungsi PTPTN ialah untuk: Untuk menjamin akses kepada pendidikan tertiari, pelbagai agensi telah menyediakan bantuan kewangan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR), Petronas, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional dan Khazanah Nasional serta Yayasan/Kerajaan Negeri. Namun, PTPTN merupakan sumber pembiayaan terbesar kepada pelajar yang memasuki IPT. Seiring dengan pertambahan bilangan enrolmen pelajar ke IPT, bilangan pinjaman PTPTN juga semakin meningkat. Pada tahun 1997, semasa PTPTN ditubuhkan, bilangan pinjaman yang diluluskan ialah sebanyak 11,956 dengan komitmen pembiayaan sebanyak RM219 juta. Bilangan pinjaman semakin bertambah pada setiap tahun di mana sehingga tahun 2010, sejumlah 1.7 juta pinjaman telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM37.4 bilion. Daripada komitmen pembiayaan tersebut, sebanyak RM24.9 bilion telah dikeluarkan untuk membiayai pengajian pelajar di IPT. Manakala jumlah bayaran balik yang diterima ialah RM2.2 bilion iaitu 49% daripada jumlah keseluruhan yang patut diterima (RM4.5 bilion). Baru baru ini PR telah melancarkan satu lagi isu iaitu Pendidikan percuma untuk memancing undi – Bagi pihak yang hanya tahu hal hal berkaitan hak asasi yang didewakan oleh Anwar Ibrahim tidak pernah mengambil tahu darimana datangnya dana yang di salurkan untuk pembiayaan pinjaman untuk pelajar Universiti. Apa yang ada didalam kepala otak mereka ialah memberontak dan kurang nya pengetahuan tentang hal sedemikian . Apakah Anwar Ibrahim akan memohon maaf akibat ketelanjuran perkataan memansuhkan PTPTN dan dalam isu pendidikan percuma. Balaci daripada Universiti yang diketuai oleh Adam Israel digunakan untuk merosakkan pemikiran anak muda yang hanya tahu memberontak tanpa melakukan kajian dasar. Ini lah akibatnya bila otak telah dikawal oleh orang lain. PTPTN tidak pinjam dari kerajaan sebaliknya meminjam dari bank dan KWSP dengan interest 4% dan student hanya bayar 1% semula. 3 % lagi ditanggung oleh PTPTN Kutipan tahunan sekitar 750 juta manakala PTPTN terpaksa memberi pinjaman sebanyak 4 billion setahun kepada pelajar. Secara logik akal, sangat sukar untuk PTPTN melakukan pelaburan kerana kutipan dan pemberian pinjaman yg tak seimbang malah PTPTN terpaksa menanggung kos perkhidmatan dan pembayaran gaji 400 pekerja tetap dan ratusan pekrja kontrak yg lain melalui interest 1% . Itu pun secara terang memang tidak mencukupi. justeru, cadangan saudara Rafizi untuk memberi free education sebanyak 2-4 billion setahun adalah logik namun tak masuk akal untuk jangka masa yg panjang. Perkara ini juga dapat dilihat di selangor sendiri, Beberapa pakar ekonomi dan akademik berpendapat jika dasar itu dilaksanakan, rakyat bakal dibebankan dengan cukai yang tinggi. Di Selangor kerajaan negeri mempunyai dua universiti iaitu UNISEL (Universiti Selangor) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). UNISEL menerima pinjaman PTPTN sebanyak RM851,294,429.90 untuk faedah sebanyak 25,649 pelajar universiti itu sejak tahun 2000 sehingga 31 Mac 2012. Manakala di KUIS pula menerima sebanyak RM369 juta 977,659.00 untuk kemudahan sebanyak 13,763 pelajar. Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menolak cabaran pelbagai pihak yang mahukan kerajaan pakatan rakyat Selangor menjadi perintis melupuskan hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di kolej universiti di bawah kawalan kerajaan negeri itu. Sebaliknya Anwar menuding jari kepada kerajaan Persekutuan yang didakwanya bertanggungjawab sepenuhnya untuk melupuskan hutang tersebut. Kita sedar sememangnya ini adalah cara Anwar Ibrahim untuk menutup kesalahan yang dilakukannya. Persoalannya kenapa berkenaan tidak dimasukkan dalam manifesto Buku Jingga Pakatan. Keberangkalian akan berlaku apabila PTPTN dihapuskan amat jelas sekali, ini belum diambilkira prihal yang melibatkan kecelaruan sistem. . 1.) 4 billion pd 2012 dan pada 2030 adakah 4 biilion masih kekal? bila prospek pendidikan semakin melebar, kos nya barangkali 10-15 billion ditambah dengan kegilaan mahu mengejar ranking universiti dunia. Kita terpaksa potong budget pembangunan untuk disalurkan pada pendidikan walaupun semua tahu bahawa Malaysia adalah antara negara di dunia yang sudah sedianya memperuntukkan bajet pendidikan paling tinggi. Pada masa hadapan, memang ramai akan punya degree dan even master, Tetapi tidak punya pekerjaan kerana pembangunan yang terencat akibat kurang suntikan modal untuk pembangunan. 2. ) Jika waktu itu baru krajaan hendak mengecilkan semula biasiswa atau menubuhkan kembali tabung pinjaman, pastinya yang akan terjerat adalah anak melayu ( yang pasti anak Melayu pada 2030 ke atas adalah anak2 mangkuk ayun yang berkhemah di dataran ) kerana bangsa cina sudah bijak dan cukup independce dalam soal survival pendidkan ini. 3.) Mekanisme free education laungan PR tidak jelas. sampai peringkat mana pendidikan itu harus percuma? maknanya siapa juga mahu belajar di kolej swasta walaupun keputusannya teruk, kerajaan akan tetap tanggung. jika ada 'lantai' keputusannya, habis bagaimana peluang yang lain mahu meneruskan pengajian dengan keputusan SPM yg cukup makan jika tabung pinjaman dihapuskan? penghapusan PTPTN memang suatu yang tidak masuk akal. 4.) Mengapa harus korban duit cukai rakyat untuk disalurkan pada pendidkan tertinggi yg akan melahirkan doktor engineer guru peguam walhal apalah sangat jika mereka membayar RM 100 sebulan malah ada yang serendah rm 50 seberapa lama yang mak bapak mereka mahu adakan bayar sedang kelompok ini mampu membayarnya. Trend penajaan menunjukkan 70% dari keseluruhan penajaan pinjaman/pembiayaan pendidikan negara adalah dibiayai oleh PTPTN. Menjelang tahun 2020, defisit pembiayaan pendidikan dijangka meningkat sehingga RM46 bilion. Antara faktor yang telah dikenal pasti menyumbang kepada defisit tersebut adalah:
5.) Cadangan penubuhan SSPN jauh ke hadapan dalam memimpin orang Melayu menabung untuk pendidkan anak2 dan duit simpanan itu boleh membantu PTPTN untuk melakukan pelaburan bagi meningkatkan jumlah tabungan. malah jika waris atau ibu bapa penabung SSPN meninggal, jumlah tabungan meningkat 2 kali ganda. apakah usaha ini tidak cukup baik untuk rakyat? 6.) Isu free education ini sebenarnya Anwar terlepas cakap dalam satu ceramah. kerana itu selepas tiga minggu baru pengarah strategiknya yang kendu lite2 keluarkan mekanisme pemansuahan yang lebih lanjut. Kata abg nuar dalam agenda daily kalau tak salah, Turki yang tak de minyak pun erdogan boleh beri fee education.. ermm betul ke? Di turki sehingga 2011 january ada 750 juta tong simpnan minyak dan salah sebuah univeristi middle east di Ankara, Universiti terbaik di Turki dengan ranking 241 dunia , Yurannya ialah 1000USD untuk undergrad per sem. so. mana yg percumanya? abg nuar kata Venezuela, Argentina dan cuba pun boleh bagi pendidkan free..ermm cukai disana bang 9% utk gaji 0-10k kalau tak silap? apa rkyat kita mahu begitu? 7.)Tanpa sedar sebenarnya kita dah subsidise malah beri free education pd peringkat tinggi sgt bnyk. cuma bila galakan pd pendidkan tinggi dgn pertumbuhan kolej swasta dgn pelajar keputusan hnya 2 kepujian pun boleh further stdy maka pastilah yg menerima biasiswa itu kurang berbanduing yg menggunakan pinjaman. biasiswa JPA, MARAa dan banyak lagi penglibatan GLC dalam memberi biasiswa pada pelajar di IPTA dan IPTS memang sudah cukup besar. Malah mana ada negara yang boleh sediakan pendidikan untuk pelajar2 yang meminati aliran teknikal atau apa juga aliran untuk peringkat sijil dan diploma di berpuluh ILP,IKBN,Kolej Komuniti secara percuma dan dapat ealaun bulanan lg semata2 tidak mahu kelompok yg gagal SPM ini tercicir dalam pendidkan. Apakah ini semua bukan free education pada skala yg besar? atau free education maknanya Kalau saya mahu smbung belajar walaupun dapat SPM semua fail maka PR sanggup berikan biasiswa? Banyak lagi kalau mahu belasah pendekatan PR dalam membeli undi rakyat cuma apa yg lebih penting kita harus kehadapan dan terbuka dalam menengahkan isu. Pemansuhan adalah sesuatu yang bukan sekadar tidak logik malah lebih bodoh dari lembu yang makan taik kerbau ( maki ala dr rem )… cuma ada beberapa ruang kerajaan harus teliti semula. Akhirnya, kalau ikut hati kita semua mahu apa yg kita pinjam kaw tim lah kira halal.. kata PR pendidkan itu hak asasi, makanya harus dberi percuma pd rakyat. makan minum, rumah dan hari ini kereta juga hak asasi.. so? Bila menjelang PRU ni semua kalau boleh kita nak bagi tapi rasional dan terbuka untuk masa depan bangsa. hapus PTPTN 43billion, wifi seluruh Malaysia termasuk ceruk kampung dll 5billion, subsisdi minyak 4 billiom, pengahapusan tol, elaun warga emas 1k sebulan dan banyak lagi janji pada rakyat yang mana jumlahnya dekat 100 billion mahu diberi. Dua round bajet tu hanya utk puaskan hati rakyat. Bajet pengurusan dan pembangunan mahu campak dalam longkang belakang rumah? anak2 muda yang-g rasional ayuh kita fikir mana yg terbaik untuk kita.. sekian Oleh: Khairul Afsan Abu Bakar |
You are subscribed to email updates from PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan