PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN |
SKANDEL ANUAR GATE : SIAPA DI BELAKANG IPP? Posted: 10 Apr 2012 01:39 AM PDT Ketika IPP mula dibenarkan beroperasi di Malaysia pada tahun 1993, siapaMENTERI KEWANGAN yang menjaga PERBENDAHARAAN NEGARA? Pastinya dia ialah ANWAR IBRAHIM. Kenapa aku katakan dia harus dipersalahkan? Mudah sahaja, Mahathir bukan pakar ekonomi, dan tentu sekali dia mempercayai apa sahaja yang diucapkan oleh Anwar kerana dia bukan Menteri Kewangan....Ini dapat dibuktikan, Mahathir tidak pernah menyandang jawatan Menteri Kewangan sebelum menjadi Perdana Menteri. Beliau naik menjadi Perdana Menteri tanpa memegang jawatan Menteri Kewangan, sedangkan mantan Perdana Menteri terdahulu seperti Tun Abdul Razak dan Tun Hussien Onn pernah memegang jawatan berkenaan sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri. Natijahnya disini jika MAHATHIR melakukan kesilapan dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan kewangan, dia TIDAK BOLEH DIPERSALAHKAN SERATUS PERATUS kerana dia sememangnya tidak begitu terdedah dalam urusan berkenaan. Bak kata Tun Dr. Mahathir "I'am A Doctor" Sedangkan Anwar Ibrahim pula dilantik menjadi Menteri Kewangan bermula pada tahun 1991 sehingga 1998. Antara rekod seorang AHLI PARLIMEN memegang jawatan MENTERI KEWANGAN PALING LAMA dalam kabinet kerajaan selepas Tun Tan Siew Sin. Jadi adalah mustahil untuk menyatakan ANWAR tidak nampak atau 'KELABU' dalam melihat perjanjian yang berat sebelah yang bakal memberikan impak kepada negara. Jadi apa peranan ANWAR ketika IPP hendak dibenarkan beroperasi di Malaysia? Tidakkah dia memberi nasihat kepada Tun Dr. Mahathir akan perihal impak negatif IPP kepada TNB sekiranya IPP diberikan perjanjian berat sebelah? Dimanakah suara Anwar ketika itu? Dimana hujjah bantahan Anwar dan nasihatnya kepada Mahathir? Untuk mengatakan Mahathir akan menolak hujjahnya, ianya adalah satu perkara yang mustahil, kerana Tun Dr Mahathirlah orang yang membawa Anwar Ibrahim masuk ke dalam UMNO dan melantiknya sebagai Menteri Kewangan. Dan apa guna ada Menteri Kewangan jika nasihatnya tidak diterima??? Pastinya sebagai seorang PERDANA MENTERI yang TIDAK PERNAH MEMEGANG JAWATAN MENTERI KEWANGAN sebelum ANWAR DIPECAT, akan menerima bulat-bulat perkataan Anwar. Dan anda lihat pada Krisis Ekonomi yang berlaku pada 1997 pun Anwar masih belum dipecat, walaupun tugasnya itu diambil alih oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bukti Mahathir masih SAYANGKAN Anwar, walaupun pada masa yang sama ANWAR telah menyarankan Perdana Menteri mengambil langkah serupa yang diambil oleh Suharto di Indonesia : PINJAM WANG DARI IMF. Kembali kepada perjanjian IPP. Sepertimana BARISAN NASIONAL yang berpegang pada janji begitulah juga Kerajaan Malaysia. Setiap perjanjian yang ditandatangani akan dipatuhi. Itulah konsep UMNO dan BARISAN NASIONAL : JANJI DITEPATI . Untuk rekod YTL Power Station di Pasir Gudang akan menamatkan operasinya pada tahun 2015. Moralnya sama apa yang berlaku pada Dakwaan Anwar berkenaan PTPTN. Beliau melaung-laungkan PTPTN adalah ZALIM sedangkan dia sendiri yang memberikan 'Lampu Hijau' kepada penubuhan PTPTN ketika dia menjadi Menteri Kewangan. Malah rakan sebantalnya LIM KIT SIANG sendiri BERSETUJU malah MENYOKONG penubuhan PTPTN. Anda boleh baca kenyataan Lim Kit Siang melalui Hazard Parlimen pada tanggal 14 Mei 1997. Malah YANG PALING BARU, dalam BUKU 'JINGGAY' tidak menyatakan akan MENGHAPUSKAN PTPTN sebaliknya mengurangkan kadar 'bunga' yang mana ianya telah DILAKSANAKAN OLEH PTPTN melalui SISTEM UJRAH yang hanya mengenakan kadar 1% sebagai khidmat pentadbiran. Kesimpulannya disini, setiap apa yang berlaku pada hari ini ada punca yang terjadi pada era yang lepas. Oleh itu, jangan mudah-mudah menyalahkan pihak-pihak yang lain tanpa melihat dan mengkaji sejarah. Dan ingatlah "SEJARAH MENGAJAR KITA MENGENALI PERISTIWA YANG TERJADI HARI INI". |
You are subscribed to email updates from PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan