Pengikut

Nuffnang

Ahad, 29 April 2012

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

sumber :-

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Inilah yang dinamakan bersih!

Posted: 28 Apr 2012 09:43 PM PDT





KP merakamkan ucapan tahniah kepada pihak keselamatan yang telah mengawal insiden paling buruk semalam,memalukan negara!
Ramai juga anggota Polis yang tercedera semalam,
Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S.
Ambiga menyifatkan perhimpunan Bersih 3.0 berjaya
walaupun ia berakhir dengan pertembungan antara ribuan
penyokongnya dan pasukan polis.
"Hari ini ialah hari yang bersejarah buat kita semua.
Walaupun kita tak sampai Dataran Merdeka, kita sudah
berjaya hari ini

SELEPAS UCAPAN TERSEBUT, PESERTA PERHIMPUNAN TELAH BERTINDAK AGRESIF DENGAN MEMBALING PELBAGAI OBJEK KE ARAH POLIS DAN MEREMPUH PENGHADANG SERTA BERGERAK MENGHALA KE DATARAN MERDEKA. PIHAK POLIS TELAH MENGAMBIL TINDAKAN DENGAN MELEPASKAN TEMBAKAN AIR DAN KEMUDIANNYA DIIKUTI DENGAN GAS PEMEDIH MATA BAGI MENGHALANG KEMARAAN KUMPULAN TERSEBUT. KUMPULAN BERKENAAN TELAH BERTINDAK GANAS SEHINGGA MENYEBABKAN (11) ORANG ANGGOTA POLIS TERCEDERA, (9) ORANG ANGGOTA DIRAWAT DI HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL) DAN (2) ORANG ANGGOTA DIRAWAT DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PPUKM).

MANGSA KEJADIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. KPL 165534 MOHD FAIRUZ BIN ZULKIFLI, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KECEDERAAN LUKA DAN CALAR DI BADAN AKIBAT DITENDANG DAN DIPIJAK OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. BELIAU DIRAWAT DI HKL. 

2. KPL 141269 ABU BAKAR BIN ABDUL RAHMAN, ANGGOTA IPD PUTRAJAYA, MENGALAMI KECEDERAAN PECAH DIBIBIR, BENGKAK BAWAH MATA KIRI DAN KESAKITAN DI BADAN AKIBAT DITUMBUK DAN DIBALING OBJEK SEHINGGA TERJATUH DARIPADA MOTOSIKAL. BELIAU DIRAWAT DI PPUKM.

3. KONST 171506 AZIZI BIN MOHD NOH, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK BUKIT AMAN, MENGALAMI KECEDERAAN DI PIPI AKIBAT DIBALING OBJEK KERAS DAN MENDAPAT RAWATAN DI HKL.

4. L/KPL 152574 MOHD NASIR BIN ABU MANSUR, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KESAKITAN BADAN DAN TIDAK BOLEH DUDUK AKIBAT TERJATUH MOTOSIKAL DAN DIPUKUL DI PERUT. BELIAU DIRAWAT DI HKL.

5. L/KPL 157576 DATU MOHD JOHAR DATU SHARIMAN, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KECEDERAAN DI MATA AKIBAT DITUMBUK OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. BELIAU MENERIMA RAWATAN SEBAGAI PESAKIT LUAR DI HKL.

6. KONST 178857 MOHD NOR FIRDAUS BIN HJ ABU BAKAR, ANGGOTA IPD PUTRAJAYA, MENGALAMI KECEDERAAN RETAK TULANG LENGAN KANAN DAN DIRAWAT DI PPUKM.

7. KONST 175128 MOHD KAMIL BIN PARIMIN, ANGGOTA IPK TERENGGANU, MENERIMA 7 JAHITAN DI KEPALA DAN DIRAWAT DI HKL.

8. KONST 179689 ZAMAN BIN ALI, ANGGOTA BALAI POLIS WANGSA MAJU, MENGALAMI KECEDERAAN PATAH HIDUNG DAN DIRAWAT DI HKL.

9. SJN 84797 SHUIB BIN JAMALUDDIN, ANGGOTA IPD KANGAR, SAKIT DARAH TINGGI DAN DIRAWAT DI HKL.

10. L/KPL 124962 TUAN RUZI BIN TUAN SENG, ANGGOTA IPD MACHAP JOHOR, KECEDERAAN PATAH DUA BATANG GIGI, KOYAK DI BAHAGIAN BIBIR (7 JAHITAN DI DALAM BIBIR), DAN LEBAM SELURUH BADAN. BELIAU DIRAWAT DI HKL.

11. L/KPL 157813 AMIRUL BIN NAWRI, ANGGOTA BALAI POLIS PORT DICKSON, MENGALAMI SESAK NAFAS AKIBAT DITUMBUK. BELIAU DIRAWAT DI HKL.

PESERTA PERHIMPUNAN JUGA TELAH MEROSAKKAN KENDERAAN PASUKAN POLIS, IAITU (2) BUAH KERETA PROTON WAJA, SEBUAH PACUAN EMPAT RODA NISSAN XTRAIL DAN SEBUAH MOTOSIKAL. KATEGORI KENDERAAN TERSEBUT ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. (1) PROTON WAJA KL176, MENGALAMI KEROSAKAN CERMIN SEBELAH PEMANDU PECAH DAN ANTENA (AERIAL) BELAKANGNYA DIPATAHKAN.

2. (1) PROTON WAJA WTJ2974, MENGALAMI KEROSAKAN SEMUA CERMIN HADAPAN DAN BELAKANG SERTA TINGKAP PECAH AKIBAT DITERBALIKKAN OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. 

3. (1) NISSAN XTRAIL WQW 160, MENGALAMI KEROSAKAN SEMUA CERMIN TINGKAP DAN CERMIN HADAPAN PECAH. BADAN KENDERAAN KEMEK. 

4. (1) MOTOSIKAL TRAFIK WSB 723, JENIS HONDA CBX 750 TELAH DIBAKAR OLEH PESERTA PERHIMPUNAN.

PERHIMPUNAN YANG DIADAKAN DI DATARAN MERDEKA TELAH BERJAYA DISURAIKAN OLEH PIHAK POLIS DAN PIHAK POLIS MASIH LAGI MEMANTAU KEADAAN DAN KETENTERAMAN AWAM DI KAWASAN TERSEBUT.


t.t
( MOHMAD BIN SALLEH ) DCP
KETUA POLIS 
KUALA LUMPUR.

(Dikeluarkan pada 28 April 2012 jam 2240hr)


Pemuda UMNO Telok Datok

Posted: 28 Apr 2012 07:26 AM PDT

Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S.
Ambiga menyifatkan perhimpunan Bersih 3.0 BERJAYA

walaupun ia berakhir dengan pertembungan antara ribuan
penyokongnya dan pasukan polis.
"Hari ini ialah hari yang bersejarah buat kita semua.
Walaupun kita tak sampai Dataran Merdeka, kita sudah
berjaya hari ini.
"Desakan kita sudah didengari kerajaan dan seluruh dunia.
Semua kaum datang untuk pilihan raya yang bersih dan adil.
Kita berjuang bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi
untuk anak-anak kita dan masa depan Malaysia," kata beliau.
Perhimpunan hari ini, walaupun tidak mendapat kebenaran
untuk diadakan di Dataran Merdeka, ia diteruskan dan
dicemari insiden merempuh sekatan didirikan oleh polis di
lokasi bersejarah itu.
Beliau berucap dari atas sebuah kereta pacuan empat roda,
di hadapan stesen LRT Masjid Jamek, sebelum berarak
menuju ke persimpangan menuju ke Dataran Merdeka.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata:
"Kami ucapkan terima kasih pada semua yang hadir."
"Kita nakkan pilihan raya yang bersih dan adil bukan kotor.
"Kita berhimpun untuk mendapatkan pilihan raya yang adil
dan ini membuktikan perhimpunan ini berjaya apabila rakyat
turun beramai-ramai secara aman tanpa sebarang
kekacauan," kata beliau.




Pemuda UMNO Telok Datok

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian