Khamis, 15 Mac 2012

Razlan's

Razlan's


@khalid_ibrahim Tunggu jawapan Azmin?

Posted: 15 Mar 2012 03:32 AM PDT

Hari ini, Malaysiakini melaporkan kedudukan MB Selangor yang sudah menjadi pengundi hantu di Lembah Pantai.

Jawapan menyalahkan pihak SPR sudah dapat dijangkakan oleh pejabat Menteri Besar.

Sementara kita menunggu jawapan daripada SPR, eloklah MB periksa dulu siapa dalang dalam PKR yang mahu melihat kejatuhan kamu dalam memimpin Negeri Selangor.

Seperti Azizan di Kedah yang ramai musuh, tidak terkecuali Khalid Ibrahim yang bermusuh dengan Azmin dan gang-gang lama dalam PKR.

Azmin sudah merancang lama untuk mengambil jawatan MB dari Khalid tetapi tidak dapat terlaksana kerana Anwar perlukan sokongan beliau dan dengar cerita DAP menyokong penuh Khalid sebagai MB.

Khalid memang terkenal dikalangan DAP kerana memberikan banyak jawatan dalam Negeri Selangor kepada DAP dan tindakan ini diambil kerana mahu mengibangi sokongan ahli PR yang lain dengan kuasa Azmin Ali.

Apapun, kita tunggu apa yang akan dijawab oleh SPR dan orang-orang PKR.

Laporan ditulis dari Phuket, Thailand... Bercuti bersama keluarga sebelum musim sibuk akan tiba. ... Razlan.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tiada ulasan:

Pengikut