Isnin, 12 Mac 2012

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


DATUK SERI SHAHRIZAT JALIL LETAK JAWATAN ?

Posted: 11 Mar 2012 08:08 PM PDT

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April 2012 ini selepas tamat penggal sebagai Ahli Dewan Negara.

Bagaimanapun, Datuk Seri Shahrizat Jalil akan terus menerajui Pergerakan Wanita UMNO bagi menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh akar umbi.

"Surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini. Peletakan jawatan itu akan berkuat-kuasa pada 8 April 2012.

Beliau membuat pengumuman itu dalam satu sidang media selepas merasmikan "Majlis Karisma Keluarga: Jalinan Kasih" di Taman Tema Desa Waterpark, Kuala Lumpur.

Pengunduran beliau dalam barisan Kabinet itu dipercayai ada kaitan dengan isu Pusat Fidlot Nasional. (NFC) yang menjalankan ternakan lembu di Gemas, Negeri Sembilan yang didakwa wujud penyelewengan serta membabitkan ahli keluarganya.

Isu itu tercetus berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu yang menyentuh mengenai pengurusan NFC kerana berdepan masalah apabila sasaran pengeluarannya dikurangkan daripada 60,000 ekor lembu kepada 8,000 lembu.

Pada 13 Januari, Datuk Seri Shahrizat mula bercuti daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selama tiga minggu.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras merasakan , pengumuman perletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat Jalil bukanlah akan menjadikan Pergerakan Wanita UMNO lemah,tetapi ini membawa kepada semangat yang lebih utuh hanya untuk parti UMNO khususnya dan Barisan Nasional amnya.

Datuk Seri Shahrizat Jalil mangsa politik kotor Pakatan Rakyat malah musuh dalam selimut. Beliau masih akan terus berjuang untuk Wanita !!!

Tiada ulasan:

Pengikut