Isnin, 19 Mac 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Kadiaq Keluar UMNO kerana Kecewa????

Posted: 19 Mar 2012 11:00 PM PDT



'Menteri Riben' - Itulah gelaran yang diberikan kepada Tan Sri Sheikh Fadzir ketika beliau menjawat jawatan dalam kerajaan dahulu. Semalam veteran UMNO ini bertindak keluar UMNO yang mana ianya menjadi topik bagi sesetengah blog pembangkang.

Sebelum ini Sheikh Fadzir Musibat lantang menuduh UMNO mengamalkan korupsi, nepotisme, kronisme dan salah guna kuasa sepanjang memerintah negara. Bila diteliti alasan yang dinyatakan ini bagi saya sungguh lucu kerana banyak pihak tahu bagaimana sikap Sheikh Fadzir 'Musibat' sepanjang beliau mempunyai jawatan dalam kerajaan serta di peringat Bahagian UMNO.

Malah ketika beliau menjawat jawatan dalam UMNO beliau salah seorang pemimpin yang tidak memberi ruang kepada orang muda yang berkelayakan untuk menonjol di peringkat Bahagian, sebaliknya jawatan penting semuanya diserahkan kepada adik-beradiknya.

Jawatan terakhir 'musibat' yang tak sedar diri ini adalah Menteri Penerangan dalam kabinet Pak Lah sebelum beliau melepaskan kerusi tersebut untuk adiknya iaitu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir tetapi kalah ditangan Zulkifkli Nordin dari PKR (kini bebas).

Satu sikap kronisme yang diamalkan Kadir Sheikh Fadzir ketika dalam UMNO, UMNO Bahagian seolah-olah milik beliau dan anak-beranak...

Hentam UMNO Sebab Tanah?


Sebelum lantang kritik dan menyerang UMNO difahamkan Sheikh Fadzir Musibat kecewa selepas PM tidak memenuhi permintaan beliau berhubung sebidang tanah yang terletak di Shah Alam.

Difahamkan wang belasan juta ringgit diperlukan beliau untuk menyelesaikan urusan tanah tersebut yang mana jika tanah tersebut tidak terjual difahamkan ianya akan dirampas.

Ekoran kecewa PM tidak melayan, beliau mula menyerang PM DS Najib Tun Razak serta mengheret nama UMNO. Harapan beliau PM ataupun wakil memanggilnya untuk mengadakan satu perbincangan, tetapi sehingga kini permintaan tersebut tidak pernah dilayan oleh PM.

Kini beliau keluar UMNO dengan harapan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim (PKR) memberikan 'insuran' khas kepada tanah miliknya agar ianya tidak dirampas oleh kerajaan negeri.

Jika benarlah dakwaan ini, bagi saya Kadir Sheikh Fadzir memang patut keluar dari UMNO malah jika beliau tidak keluar individu rakus dan tamak ini wajar dipecat saja dalam UMNO demi menjayakan agenda tranformasi yang dibawa oleh PM.


Cerita selanjutnya di BERSIH 3 SUKU

GODFATHER DAP Tunjuk Power

Posted: 19 Mar 2012 10:30 PM PDT



Karpal Singh betul-betul menyinga kali ini apabila Jawantankuasa Disiplin DAP mengambil keputusan membebaskan P. Ramasamy daripada tuduhan melanggar disiplin parti.

Pelik bin ajaib betul sikap Godfather DAP seorang ni, Disember tahun lepas, dia juga yang beria-ia mahu pertelingkahannya dengan Ramasamy diserahkan jawatankuasa tatatertib parti untuk diselesaikan.

Selepas berperang mulut dengan timbalan setiausaha agung DAP, P Ramasamy, pengerusi kebangsaannya, Karpal Singh berkata, beliau lebih suka krisis tersebut diselesaikan melalui saluran dalaman parti.
- Malaysiakini, 29 Disember 2011 -

Namun, bila keputusan tidak mengikut kehendak nafsunya sebaliknya memihak kepada Ramasamy, dia pula yang meloncat tak puas hati.

Sudah tabie agaknya, keadilan hanya di akui oleh Karpal hanya bila ianya memenuhi seleranya saja. Jika sebaliknya, selagi itulah dia akan melompat sambil mendabik dada dialah godfather dan dialah pembawa panji keadilan di seantero dunia.



Perang terbuka antara Karpal dengan Ramasamy sebenarnya hanyalah lanjutan daripada protes kecil kaum India terhadap Karpal SIngh & DAP yang sekian lama dilihat hanya mempergunakan sokongan masyarakat India untuk kepentingan politik saja.

Apabila kuasa sudah berada dalam tangan, pengorbanan kaum India di perkecilkan, tidak ubah umpama habis madu sepah dibuang.

Malah sejak wujudnya pertelingkahan terbuka antaranya dengan Ramasamy, telah ramai pemimpin & ahli DAP keturunan India yang dipecat atau digugurkan jawatan mereka hasil campurtangan Karpal Singh.
Termasuklah kes terbaru pengguguran empat orang ahli DAP yang menganggotai Lembaga Pembiayaan Hindu & Lembaga Rayuan Negeri.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan Karpal Singh juga mengesahkan pemimpin tertinggi DAP mengambil keputusan untuk menggugurkan empat anggota parti, yang dilantik oleh Ramasamy yang juga adalah timbalan ketua menteri Pulau Pinang II, daripada Lembaga Pembiayaan Hindu dan Lembaga Rayuan Negeri dalam masa terdekat.

- Malaysiakini, 18 Mac 2012 -

Pantang kena dikritik, terus dikorek hingga ke lubang cacing mencari siapa saja yang bersekongkol menyokong P. Ramasamy, tiada yang akan terselamat.

Dulu pun, waktu wujudnya penentangan terbuka terhadap kepimpinan diktatorship Lim Kit Siang yang digerakkan oleh Wee Cho Keong, ramai pemimpin berkaliber DAP menjadi mangsa kerakusan kuasa Lim Kit Siang.

Segalanya dilakukan demi untuk mempertahankan kedudukan masing-masing dalam DAP.

Lim Kit Siang dengan agendanya meng 'dinasti' kan DAP begitu juga Karpal dengan gerakan untuk meletakkan anak-anaknya dalam kepimpinan pusat parti.

DAP yang gah bercakap soal kebebasan bersuara, hak menyuarakan pendapat akhirnya menjadi parti anak beranak yang hanya sesuai di ikuti oleh pak turut dan pak sanggup.

Corat-coret Pelancaran Jentera UMNO Wilayah Persekutuan

Posted: 19 Mar 2012 06:11 PM PDT


Pelancaran Jentera UMNO Wilayah Persekutuan
Tarikh : 18 Mac 2012, Ahad
Masa : 8.00 pagi - 1 tengah hari
Tempat : Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur



Program pagi itu telah dirasmikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan. Program ini telah dihadiri oleh hampir 20,000 orang jentera UMNO dari Bahagian-bahagian di dalam Wilayah Persekutuan.

Di dalam ucapan perasmian beliau beberapa aspek penting telah ditekankan terhadap jentera parti yang hadir. Beliau telah meminta semua jentera UMNO di Wilayah Persekutuan untuk mengetepikan segala persengketaan yang wujud di semua peringkat dan juga segala krisis-krisis dalaman. Selain daripada itu, Tan Sri Muhyiddin juga mengingatkan kepada semua supaya melipat-gandakan usaha dan bekerja lebh keras lagi bagi memastikan Wilayah Persekutuan dapat ditawan semula oleh Barisan Nasional. Program-program yang dijalankan biarlah dapat memberi manfaat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan haruslah lebih mendekati rakyat/pengundi kerana pengundi adalah "RAJA", Pemberi Mandat dan penetu nasib BN dan juga pemerintahan negara.



Sekalung tahniah buat seluruh warga UMNO Wilayah Persekutuan yang telah bersama-sama memastikan jentera UMNOWP berdiri gah bagi memastikan WILAYAH PERSEKUTUAN dapat ditawan semula daripada pembangkang. Kemenangan calon BN adalah bergantung kepada sokongan dan kekuatan jentera parti.

Bersedia bekerja, Jangan Alpa dan Leka serta Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat WILAYAH PERSEKUTUAN PASTI DAPAT DITAWAN.







Tiada ulasan:

Pengikut