Ahad, 18 Mac 2012

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Pulang semula hak rakyat!

Posted: 18 Mar 2012 08:45 AM PDT


BERUAS - Tidak salah kerajaan memulangkan semula hasil rakyat kepada rakyat melalui pemberian bantuan bukan bertujuan untuk meraih undi seperti yang didakwa pembangkang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis Sepagi Bersama PM di Beruas, semalam.

"Ini sebenarnya menepati apa yang kita gagaskan iaitu rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Jika pembangkang menuduh kerajaan tidak bertanggungjawab itu tidak benar sama sekali.

"Jika hanya dekat pilihan raya kita berikan pelbagai bantuan semata-mata untuk meraih undi itu menunjukkan kerajaan tidak bertanggungjawab tetapi pendekatan yang kita gunakan amat berbeza," katanya.

Beliau mengulas dakwaan pembangkang yang mengatakan pelbagai bantuan diberi kerajaan dalam usaha menarik perhatian pengundi pada pilihan raya umum nanti.

Dalam nada sama, beliau menasihati rakyat supaya tidak menggadai masa depan mereka dengan terpengaruh kepada pelbagai tohmahan dan janji pembangkang kerana terbukti Umno boleh memberikan kesejahteraan kepada semua.

Katanya, keprihatinan kerajaan selama ini dan pelbagai bantuan yang disalurkan kepada rakyat menunjukkan kerajaan dapat mengurus tadbir negara dengan cekap.

"Jangan dengar dakyah pembangkang, ataupun dengar boleh tetapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri kerana kita sudah nampak mereka bercelaru pada hari ini.

"Cerita mereka tidak boleh pakai kerana mereka sendiri tidak mampu mengurus tadbir negara dengan baik," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan:

Pengikut