LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK |
Nurul Nadhirah....jadi mangsa kekejaman manusia bertopengkan SYAITAN! Posted: 12 Mar 2012 07:38 PM PDT GEMPAR!hari ini rata-rata masyarakat di negara kita mempunyai perasaan GERAM,MARAH,SAYU,PILU dan SEDIH..Sayu,pilu dan sedih di atas berita adik Nurul Nadhirah telah kembali kerahmatullah.Pemergian yang amat menyayat hati,sudahlah dibunuh,dibakar pula. Kita hentikan seketika cerita-cerita panas politik..sebab harri ni KP takde mood untuk baca blog-blog politik atau membuat komen-komen..Sebab KP amat marah sangat dengan si penjenayah ini.. Tanggal 1 Mac,kita digemparkan dengan kehilangan anak ini,hinggalah semalam bila pihak POLIS mengesahkan bahawa rangka manusia yang dijumpai diladang kelapa sawit adalah milik anak kecil ini... Apakah dosa anak kecil ini sehingga diperlakukan sedemikian?Bagi KP,nak kata penjenayah tu manusia,TAK juga,nak kata BINATANG,pun tak juga,sebab,binatang pun TAHU JAGA dan SAYANG anak-anak mereka.Jadi apa kita nak panggil si penjenayah ni? Bagi KP,biarlah anak-anak menangis sekarang daripada kita menangis KEMUDIAN hari. Dalam hal ini,adakah wajar anak-anak yang berusia bawah 7 tahun dibiarkan pergi ke kedai untuk membeli mi segera dan telor?sedangkan ibunya "leka"ber"muka-buku"?Bukan tak boleh ber"muka-buku",boleh..KP pun taknak cakap apa-apa sebab benda dah berlaku..Yang pergi TETAP akan pergi Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini. "Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini hari ini," katanya lagi. *sedih sangat bila mengenangkan anak sekecil Dirang teringin nak makan mee segera, tetapi disuruh ke kedai membeli sendiri . Dan dalam perjalanan, dibunuh kejam atas dasar dendam. Kenapa kanak kanak sekecil Dirang yang langsung tak berdosa dijadikan mangsa kekejaman manusia syaitan. ** Ada yang mengatakan bahawa Dirang sudah dibiarkan bermain diluar sejak berumur 3 tahun tanpa sebarang pengawasan dari orang dewasa. Jika benar dakwaan ini, seharusnya ibu bapa Dirang perlu diambil tindakan kerana cuai dalam penjagaan anak. Tak terbayang jika benda macam ini berlaku dalam keluarga sendiri. ***Jangan hanya pandai buat anak. Bila dah dapat tak pandai nak hargai anak yang ada. Anak adalah kurniaan Allah yang teristimewa. Jagalah ia sebaiknya. Apa pun..KP serta barisan Jawatankuasa PUcTD..merakamkan ucapan takziah buat keluarga anak malang ini..Al-Fatihah...... |
You are subscribed to email updates from LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan