Isnin, 13 Februari 2012

Razlan's

Razlan's


Lakonan PR

Posted: 13 Feb 2012 06:58 PM PST

Semalam, Nik Abdul Aziz dengan telah menyuruh Anwar saman WSJ atas kenyataan menyokong keselamatan negara Israel sekiranya kenyataan beliau didapati diputar belit.

Saya melihat perkara ini sebagai satu lakonan sekiranya tindakan susulan tidak diambil oleh salah satu pihak.

Dalam Politik hari ini, banyak tindakan PAS sudah tidak lagi releven kepada perjuangan Islam, sebagai contoh terdekat, isu Hassan Ali yang telah dipecat disebabkan pertahankan akidah islam yang di permainkan oleh MB Selangor.

Dalam hal menyokong Israel pula, tiba-tiba kita lihat Nik Aziz bertindak mahu menyokong islam walhal sebelum ini, isu dalam negeri seperti Lina Joy murtad yang disokong Anwar tidak pula diendahkab oleh beliau.

Ada banyak lagi peristiwa yang melibatkan akidah orang islam terjadi sekitar 3 tahun ini, tetapi tidak dipedulikan oleh beliau kerana mahu mendapat sokongan daripada KAUM yang selama ini tidak menyokong PAS.

Suka saya nak ingatkan kepada PAS agar lebih prihatin dalam menjaga islam bersama, bukan hanya bertindak menjaga Islam seperti musim durian, nak berbuah baru nak jaga untuk mendapat hasilnya, islam bukan barang mainan untuk kamu.

Kalau DAP sanggup keluar dari negeri Kedah hanya disebabkan mahu pertahan kandang babi, PAS sepatutnya berani menarik keluar Selangor dari Pakatan, tetapi kalau pikirkan Selangor itu lubuk dana, setidaknya mereka nyatakan keluar PR dari Kelantan untuk menunjukkan betapa serius mereka menjaga Islam.

Saya menyeru kepada semua orang islam agar buka mata dan buka hati untuk melihat sejauh mana orang islam sudah dilacurkan oleh Anwar dan PR demi untuk mebdapat kuasa politik.

Sekian.

Published with Blogger-droid v2.0.2

Tiada ulasan:

Pengikut