Puteri Bahagian Segambut |
Rayuan BR1M Sebelum 10 Februari 2012 Posted: 07 Feb 2012 09:07 PM PST Perhatian untuk pemohon-pemohon BR1M yang permohonan mereka telah ditolak bolehlah membuat rayuan menggunakan format borang yang boleh di dapati di SINI dan borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar sebelum 10hb Februari 2012. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata keluarga dengan isi rumah berpendapatan sebanyak RM3,000 ke bawah yang gagal mendapat BR1M masih boleh membuat rayuan untuk dipertimbangkan oleh kerajaan. Mereka berhak mengemukakan rayuan kerana mungkin permohonan awal ditolak disebabkan kesilapan teknikal atau lain-lain faktor dan kita minta mereka membuat rayuan dengan segera" - Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Pemohon juga boleh menyemak status permohonan BR1M mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500/ 1-300-88-3010 mulai 16 Jan 2012 dari 9 pagi hingga 5 petang setiap hari bekerja. |
PR Ketepikan Perjuangan Islam? Posted: 07 Feb 2012 06:36 PM PST "Saya dipecat kerana menegakkan akidah, kerana cuba menghalang muslim dari melakukan maksiat, kerana menghalang orang Islam minum arak, berzina dan melakukan kemaksiatan. Saya bukan dipecat kerana berzina, atau meliwat atau rasuah." - Hasan Ali Dalam PR, menegakkan Islam, menghalang 'dengan tangan' seseorang itu berbuat dosa adalah salah besar. Salah besar adalah tidak dapat memejam mata apabila ada usaha memurtadkan muslimin..............klik Gossip Rakyat untuk cerita lanjut. SP: Dari Anas bin Malik r.a., dia berkata, kami bertanya, "Ya Rasulullah, kami tidak akan mengamalkan semua kebaikan (ilmu: sunnah/ amal saleh) dan kami tidak akan mencegah ( dakwah/ amar ma'ruf nahi mun'kar) kemungkaran sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran." Maka Nabi saw. bersabda,"tidak, bahkan serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan semuanya,dan cegahlah dari kemungkaran,meskipun kalian belum meninggalkan semuanya." (Hr. Thabrani ) |
You are subscribed to email updates from Puteri Bahagian Segambut To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan