Selasa, 14 Februari 2012

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


SENDIWARA PEMBANGKANG MENJELANG PRU 13

Posted: 13 Feb 2012 07:28 PM PST


NIK AJIS DESAK ANWAR. JUJUR ATAU TERPAKSA ?

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim MENARIK
balik kenyataannya sebelum ini yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel.



Malah Ketua Pembangkang itu turut digesa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap
Wall Street Journal (WSJ)
bagi membersihkan namanya.




"Saya selaku Mursyidul Am PAS dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS,
menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di WSJ.




"Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza,
 maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar untuk
 mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau,"
katanya di sini, Isnin

EKSEKUTIF VS LEGISLATIF VS KEHAKIMAN.

Posted: 13 Feb 2012 06:30 PM PST



Dr. Mahathir anggap tuduhan Dzaiddin, Nazri tidak berasas, fitnah

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau telah melemahkan sayap badan kehakiman negara menerusi pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan ketika era pentadbirannya sekitar 1980-an.

KRISIS PERLEMBAGAAN 1980-AN.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bangunan Sultan Abdul Samad menempatkan Mahkamah Agungsemasa krisis perlembagaan Malaysia 1988.
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 merupakan satu siri peristiwa

Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 yang dicetuskan oleh pemilihan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1987 yang berakhir dengan penggantungan perkhidmatan dan kemudiannya penyingkiran Ketua Hakim Negara Tun Mohamad Salleh Abas dari jawatannya yang dijamin tidak boleh dipecat oleh Perlembagaan Malaysia. Pemecatannya oleh Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad telah diperlihatkan sebagai satu penyekatan terhadap kebebasan kehakiman yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. PERSOALANNYA BENARKAH BEGITU?




Walaupun banyak orang daripada pihak pembangkang, termasuk juga pihak bekas kerajaan seperti Tunku Abdul Rahman, menganggap bahawa pemecatan Salleh Abas adalah sesuatu yang sangat dibenci, penyokong-penyokong Dr. Mahathir berkeras mengatakan bahawa perbuatan ini telah membebaskan badan kehakiman Malaysia daripada cara pemikiran penjajah.

Pemecatan beberapa hakim itu diberikan justifikasi bahawa mereka telah menyalahgunakan wang awam untuk belanja peribadi — umpamanya, pembelian perabot mewah dari Itali. Tuntutan juga dibuat bahawa pemecatan-pemecatan itu telah menghapuskan kayu mati dan memperbaiki kecekapan mahkamah-mahkamah, seperti yang dapat diperlihatkan daripada pengurangan tunggakan kes.[18]

Tegas beliau, dakwaan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkaitan perkara itu adalah tidak berasas dan merupakan satu fitnah terhadapnya.

Menurutnya, mereka seharusnya menyemak semula peruntukan Perlembagaan terbabit dan menjelaskan sama ada terdapat bahagian-bahagian tertentu yang melemahkan badan kehakiman sehingga terpaksa 'tunduk' kepada kehendak ahli-ahli politik dalam cabang Eksekutif kerajaan seperti didakwa.

"Mereka boleh tanya sesiapa pun untuk mentafsirkan undang-undang itu dan lihat sama ada berlaku seperti apa yang didakwa. Ini fitnah. Tuduhan-tuduhan itu tidak berasas dan jika benar seperti didakwa, sudah pasti saya akan menukarkan jawatan ramai individu dalam badan kehakiman semasa mentadbir negara dahulu.

"Tetapi saya tidak akan saman mereka (atas dakwaan terbabit) kerana itu tindakan sia-sia," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kebangsaan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.

Jumaat lalu, Mohamed Dzaiddin dalam satu majlis di ibu negara mendakwa pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr. Mahathir sekitar 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.

Akibat pindaan itu, dakwanya, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen.

Hal sama turut diulas Mohamed Nazri dalam satu kenyataan di sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan hari ini.
Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, berhubung dakwaan beliau 'menyingkirkan' bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Salleh Abas pada 1988, perkara itu berlaku bukan atas kehendaknya.

Sebaliknya jelas beliau, ia berdasarkan persetujuan Yang di-Pertuan Agong ketika itu.

"Agong yang hendak Salleh digugurkan, bukan atas kehendak saya. Mengenai dakwaan Nazri (Mohamed Nazri) pula, semua tahu dia tidak pernah suka saya. Biarkanlah," katanya.

PETIKAN WIKIPEDIA.

Kekesalan Kerajaan Malaysia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, pada tahun 2008 membayangkan kerajaan Malaysia akan meminta maaf kepada Tun Salleh Abas yang dipecat serta mengembalikan semula hak-hak beliau seperti pencen dan sebagainya. Dalam ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada malam 17 April 2008 anjuran Majlis Peguam Malaysia di hadapan lebih kurang 600 orang, mengumumkan pembayaran ex-gratia kepada Tun Salleh Abas dan lima orang lagi hakim yang terlibat secara langsung dalam kes 20 tahun lalu iaitu: Datuk George Seah, Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdul Kader, Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Tan Sri Hamzah Mohamed Salleh.
Dalam ucapannya[19], Perdana Menteri menyentuh:
  • Mengenai hakim-hakim yang dipecat dan digantung pada 1988:
"
For me and for many other Malaysians, these towering judicial personalities represent a very different era for the nation's judiciary. Many felt that the judiciary then was a venerable institution which could be trusted to deliver justice. Some even hailed Malaysia's judiciary as a model for other countries – independent and credible.
"
"Bagi saya dan ramai lagi orang Malaysia, personaliti-personaliti tertinggi badan kehakiman ini mewakili era berbeza bagi badan kehakiman negara. Ramai yang merasakan badan kehakiman pada masa itu adalah institusi dihormati yang boleh dipercayai untuk menjalankan keadilan. Sesetengah mereka menyanjung tinggi badan kehakiman Malaysia sebagai model kepada negara lain - bebas dan boleh dipercayai."
  • Mengenai kehakiman:
"
No nation can call itself fair and just without an efficient and trusted judiciary. By "trusted", I mean a judiciary that delivers justice and is seen to deliver justice.
"
"Tiada satu negara boleh memanggil ia adil dan saksama tanpa mempunyai badan kehakiman yang cekap dan dipercayai. Mengenai "dipercayai", maksud saya adalah hakim menjalankan keadilan dan dilihat berlaku adil.
  • Mengenai pemisahan kuasa:
"
I can say with a clear conscience that I abided and will continue to abide by the principle of separation of powers, leaving the matter of justice to the judiciary. The judiciary must be fortified to be an institution that serves the democratic principle of separation of powers. The judiciary must be the guardian of the Constitution and the sentinel of the people's rights.
"
"Saya boleh mengatakan dengan ikhlas yang saya patuh dan akan sentiasa mematuhi prinsip pengasingan kuasa, membiarkan perkara berkaitan keadilan kepada badan kehakiman. Badan kehakiman mestilah diperkuatkan menjadi satu institusi yang berkhidmat untuk prinsip demokratik pemisahan kuasa. Badan kehakiman hendaklah menjadi penjaga kepada Perlembagaan dan pengawal kepada hak rakyat."
  • Mengenai suruhanjaya kehakiman:
"
I am pleased to announce to you tonight that the Government is proposing the setting up of a Judicial Appointments Commission to identify and recommend candidates for the judiciary to the prime minister.
"
"Saya dengan sukacitanya mengumumkan kepada anda sekalian pada malam ini bahawa kerajaan bercadang mewujudkan Suruhanjaya Perlantikan Hakim untuk mengenal pasti dan mencadangkan calon hakim kepada Perdana Menteri."
Ucapan Perdana Menteri mendapat pujian dari presiden Majlis Peguam yang mengatakan hakim-hakim yang dipecat sebagai hero yang menggadaikan hidup mereka dan merayu kepada Perdana Menteri untuk melihat kembali kes mereka yang ditahan di bawah ISA. Tiada kenyataan meminta maaf diucapkan tetapi hanya kekesalan.

RM10.5j bayar 6 hakim



KUALA LUMPUR 6 Nov. – Kerajaan hari ini mengumumkan telah membayar ex-gratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan lima lagi bekas hakim kanan yang terlibat dalam krisis kehakiman, 20 tahun lalu.
Salleh menerima bayaran tertinggi dengan RM5 juta, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh (RM2 juta), Tan Sri George Edward Seah Kim Seng (RM2 juta) manakala Tan Sri Wan Hamzah Mohd. Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Tan Sri Azmi Kamaruddin masing-masing mendapat RM500,000.
Jumlah bayaran itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semasa menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Bajet 2009 bagi Jabatan Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong sebelum ini telah mendesak kerajaan supaya mendedahkan jumlah pembayaran ex-gratia itu yang diumumkan pemberiannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada April lalu.
Mohamed Nazri berkata, bayaran itu bukanlah jumlah yang sesuai kerana ia melibatkan harga diri dan maruah bekas hakim-hakim berkenaan.
''Kerajaan tidak pernah mempertikaikan bayaran yang dibuat kepada bekas-bekas hakim itu tetapi Ahli Parlimen Wangsa Maju (Wee Choo Keong, PKR-Wangsa Maju) yang mempertikaikan jumlah bayaran tersebut.
''Sebenarnya kita tidak boleh meletak berapa harga yang sebenarnya patut dibayar sebab ia soal harga diri, mana boleh letak harga, tetapi kita bayar dan anggap jumlah tersebut sesuai," jelasnya.
Nazri menjawab celahan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) yang menyatakan bayaran itu terlalu rendah berbanding jawatan Salleh yang merupakan Ketua Hakim Negara adalah satu jawatan lebih penting daripada Perdana Menteri.
Jawapan Nazri itu dibantah keras oleh Choo Keong yang turut mencelah dengan menyatakan ia adalah terlalu tinggi memandangkan bekas hakim-hakim itu menerima bayaran pencen.
''Apa yang dikatakan oleh Choo Keong itu mempertikaikan jumlah bayaran. Gobalakrisnan menyatakan terlalu rendah dan Ahli Parlimen Wangsa Maju pula menyatakan terlalu tinggi, jadi tidak ada kesepakatan dalam jumlah bayaran yang harus diberikan, maka tindakan kerajaan adalah betul," katanya.
Beliau berkata, lima bekas hakim itu turut menerima pencen bulanan iaitu Salleh sebanyak RM5,102.16, Wan Suleiman (RM4,815), George Seah (RM5,916.90) Eusoffe (RM4,815), Wan Hamzah (RM6,508.59) dan Azmi (RM5,916.90).
Nazri menambah, apa jua bentuk bayaran kepada bekas hakim-hakim itu, ia tidak bermaksud bahawa kerajaan bersalah.
Pembayaran ex-gratia itu dibuat sebagai menghargai sumbangan bekas hakim-hakim berkenaan yang terlibat dalam krisis kehakiman dan merupakan langkah kerajaan memulihkan semula kewibawaan badan kehakiman.
Ex-gratia tersebut telah diserahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim pada Jun lalu kepada hakim-hakim terlibat.
Bagaimanapun Zaid enggan mendedahkan jumlahnya atas alasan permintaan oleh hakim berkenaan sendiri. Zaid meletakkan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 15 September lalu.
Nazri menjelaskan, bekas hakim-hakim itu telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti saranan panel yang telah bersidang berhubung kes tersebut dan bukan dipecat oleh kerajaan.
"Sekiranya bekas hakim-hakim itu dipecat mereka tidak layak mendapat pencen tetapi kerana telah ditamatkan perkhidmatan, maka mereka layak dibayar pencen mengikut Akta Pencen," katanya.
Nazri juga memaklumkan, kerajaan bersedia untuk membentuk panel hakim lain bagi menilai semula kes bekas hakim-hakim terbabit sekiranya terdapat fakta baru.
''Saya pegang apa yang dikatakan sebelum ini bahawa kerajaan bersedia untuk menubuhkan sebuah panel lain untuk menilai kes bekas hakim-hakim tersebut sekiranya terdapat bukti-bukti baru, tetapi pada masa ini tidak ada maka tidak perlu kerajaan tubuhkan panel baru," katanya.



PRU-13 - TAHNIAH POLIS MELAKA DAN APA 2011.

Posted: 13 Feb 2012 05:40 PM PST



MELAKA 13 Feb. - Polis Melaka giat menjalankan latihan terutamanya bagi anggota Unit Tindakan Ringan (LSF) sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, tindakan itu perlu bagi menjamin setiap anggotanya berada dalam keadaan siap sedia daripada segi mental dan fizikal serta mampu melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.

Selain itu katanya, program dan latihan dalam perkhidmatan juga dijalankan bagi meningkatkan pengetahuan kepada anggota polis mengenai undang-undang dan peraturan berkaitan pilihan raya serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu diikuti.

"Setiap anggota polis perlu dimantapkan daripada pelbagai aspek termasuk fizikal, mental, pengetahuan dan profesionalisme bagi memastikan setiap tindakan yang diambil bertepatan dengan peruntukan undang-undang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, setiap anggota dan pegawai juga turut dipersiapkan dengan pendekatan baru bagi menghadapi sebarang bentuk perhimpunan sebelum, semasa dan selepas pilihan raya selaras dengan Akta Perhimpunan Aman 2011.

AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2011.


PETIKAN MK.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menolak dakwaan bahawa Rang Undang-undang Perhimpunan Aman adalah satu undang-undang "draconian" yang zalim.
Jelasnya, bahawa dengan akta berkenaan perhimpunan bakal boleh diadakan dalam masa yang singkat dan menjamin hak setiap warganegara Malaysia untuk berhimpun secara aman.

NONE"Akta Perhimpunan Aman dibahagikan kepada dua kategori, bagi kawasan-kawasan yang telah ditetapkan, mereka hanya perlu memberitahu pihak polis dan akan ada pihak berkuasa yang akan memanatu keadaan walaupun dengan notis yang singkat.

"Bagi kawasan-kawan yang tidak ditetapkan, maka ia akan memerlukan 10 tempoh hari supaya pihak polis boleh berunding dengan masyarakat setempat untuk mendapatkan pandangan mereka," katanya pada sidang media selepas merasmikan forum antarabangsa sempena Perhimpunan Agung Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
"Bagi kawasan yang ditetapkan, awak boleh berkumpul pada bila-bila masa... hanya maklumkan kepada polis bahawa anda sedang berhimpun... malah maklumkan sahaja dalam tempoh 24 jam."

Menurut Najib, akta itu sesuatu perubahaan besar berbanding dengan undang-undang yang ada sekarang.

"Polis mempunyai budi bicara tetapi dalam akta baru ini, hak rakyat untuk berhimpun secara aman adalah dijamin, jadi ini adalah penting," katanya.

Najib juga menolak dakwaan bahawa undang-undang baru itu lebih zalim daripada kebebasan Myanmar dan menuduh pihak pembangkang cuba mengelirukan orang ramai.
"Dalam akta yang baru ini, hak warganegara untuk berhimpun dengan aman itu terjamin, itu yang penting. Adalah tidak berasas sama sekali bahawa kerajaan  lebih zalim daripada Myanmar dan macam-macam karut lagi.

"Mereka yang membuat dakwaan ini mahu mengelirukan orang ramai," katanya.
NONEPada 24 November lalu, Najib membentangkan rang undang-undang Perhimpunan Aman di Parlimen yang didakwanya meliputi hak bukan sahaja kepada penganjur dan peserta untuk menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata malah turut mengambil kira kepentingan awam dan masyarakat setempat.
"Kami akan tentukan kawasan-kawasan di mana orang ramai boleh berhimpun. Kawasan-kawasan itu akan ditetapkan. Itulah apa yang kita maksudkan kawasan yang ditetapkan dan kawasan-kawasan itu tidak akan menjejaskan kepentingan awam seperti stadium dan kawasan lapang.

"Pihak polis hanya akan menyelaraskan perhimpunan aman, itu sahaja peranan polis," katanya.

PETIKAN MSTAR.

Kerajaan Bentang Akta Perhimpunan Aman
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Selasa membentangkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bagi memberi hak kepada rakyat untuk menganjur dan menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata.
Rang Undang-undang berkenaan dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat.
Dalam pada itu Mohamed Nazri turut membentangkan Rang Undang-undang (Pindaan) Akta Polis 1967 juga untuk bacaan kali pertama.
Menerusi Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, dinyatakan hak penganjuran dan penyertaan berhimpun secara aman dengan tertakluk kepada sekatan tertentu demi kepentingan negara dan ketenteraman awam.
Bagaimanapun cadangan akta berkenaan tidak terpakai bagi sesuatu perhimpunan membabitkan kempen pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta perhimpunan mogok, sekat masuk atau piket di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.
Akta baru itu turut dengan tegas menyatakan seseorang penganjur akan didapati bersalah sekiranya menganjurkan perhimpunan di mana-mana kawasan larangan dalam jarak 50 meter had tempat larangan.
Individu berumur di bawah 21 tahun serta kanak-kanak berusia di bawah 15 tahun juga tidak dibenarkan menyertai perhimpunan kecuali yang membabitkan perhimpunan keagamaan, adat, perarakan pengebumian serta perhimpunan yang diluluskan Menteri.
Masyarakat bukan warganegara juga adalah dilarang menyertai perhimpunan di bawah akta ini.
Berdasarkan akta baru itu juga memberi kuasa Ketua Polis Daerah bagi sesuatu tempat penganjuran itu untuk mengenakan sekatan tertentu bagi tujuan keselamatan dan ketenteraman awam.
Bagi individu yang melanggar sekatan dan syarat yang ditetapkan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000.
Akta ini juga memberi kuasa kepada polis untuk mengeluarkan arahan bersurai menggunakan kekerasan yang munasabah sekiranya sesuatu perhimpunan itu menyalahi peraturan.
Kesalahan bagi peraturan itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000.
Sekiranya rang undang-undang ini diluluskan, pihak polis juga diberikan kuasa menangkap tanpa waran penganjur dan peserta yang melakukan kesalahan melanggari akta tersebut.
Sementara itu bagi akta untuk meminda Akta Polis 1967, matlamatnya ialah untuk memotong Seksyen 27, 27A, 27B dan 27C.
Kesemua seksyen ini berkaitan dengan pembuatan Akta Perhimpunan Aman 2011 untuk menghapuskan syarat permohonan lesen bagi sesuatu perhimpunan.



PETIKAN CY BERITA. 

29 Nov 2011

LUAR NEGARA

UNDANG-UNDANG PERHIMPUNAN AMAN
Najib: Peruntukan akta baru disalah tafsir

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, semalam mempertahankan keputusan pentadbirannya menggubal undang-undang berkaitan perhimpunan aman, yang dikritik daripada dalam kerajaan dan luar kerajaan, sambil mendakwa bahawa peruntukan akta baru itu telah disalah tafsir oleh banyak pihak.

Bercakap pada sidang media yang diadakan di sini, semalam, Datuk Seri Najib menyalahkan Pakatan Rakyat (PR) atas alasan mengelirukan orang ramai khususnya berhubung syarat notis 30 hari yang perlu dimaklumkan oleh penganjur perhimpunan kepada pihak polis, demikian lapor laman berita The Malaysian Insider.

'Sebenarnya perkataan dalam tempoh 30 hari bermakna ia boleh lima atau 10 hari tetapi perkataan itu membawa kepada kekeliruan, jadi kami memutuskan meletakkan secara khusus 10 hari, jadi tidak akan ada keraguan lagi,' jelas Datuk Seri Najib.

Beliau mengadakan sidang akhbar itu bagi menjelaskan keputusan kerajaan Malaysia yang mahu meminda beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang bakal dibahaskan di Parlimen hari ini.

Ahli-ahli Parlimen (AP) pembangkang menyifatkan rang undang-undang itu digubal dengan tergesa-gesa dan menggesa agar ia ditarik balik daripada dibahaskan.

Pertubuhan-pertubuhan bukan milik kerajaan (NGO), termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), juga mahu peruntukannya dikaji semula
.
Datuk Seri Najib berkata, notis 30 hari itu tidak bermakna makluman sebulan lebih awal diperlukan.

Menurutnya, orang ramai boleh berhimpun di tempat-tempat yang ditetapkan seperti stadium pada bila-bila masa dan polis tidak boleh menghalang ia daripada berlaku.

'Anda hanya perlu memaklumkan kepada polis bahawa anda mahu mengadakan perhimpunan, sebenarnya anda boleh memaklumkan dalam tempoh 24 jam,' katanya lagi.

Bagaimanapun di tempat yang tidak dikhususkan, hanya notis 10 hari diperlukan bagi pihak penganjur memaklumkan kepada polis dan mengadakan perbincangan dengan pihak yang tinggal di kawasan-kawasan terjejas dekat lokasi perhimpunan.

'Tindakan kami adalah perubahan besar berbanding keadaan semasa,' kata Datuk Seri Najib sambil menegaskan bahawa dakwaan bahawa Malaysia lebih drakonian berbanding dengan Myanmar 'adalah karut' dan 'mengelirukan orang ramai'.

Rang undang-undang itu yang digubal ekoran keputusan pentadbiran Datuk Seri Najib memansuhkan Seksyen 27 Akta Polis mendapat kritikan banyak pihak termasuk daripada pakatan pembangkang dan NGO.

Hari ini, Majlis Peguam Malaysia akan mengadakan kempen Walk for Freedom 2011 bagi membantah rang undang-undang itu dan menyerahkan memorandum syor pindaan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.


Tiada ulasan:

Pengikut